Showing posts with label Buku Mini. Show all posts
Showing posts with label Buku Mini. Show all posts
Mencari Ramadhan Gift yang sesuai untuk VIP, klien, boss, guru, pensyarah, rakan sekerja, dan lain-lain?










Kami ada KURMA AJWA dan MARIAMI yang segar, berkualiti, tidak direndam air gula, malah bonusnya PAKEJING kemas dan cantik😍
Tempahan secara borong dah pun dibuka. Cepat-cepat order ye jangan tunggu kesuntukan masa atau stok habis! Huhu.
* Anda juga boleh tambah dengan madu tualang, madu tualang stik, buku-buku mini Asmaul Husna, Yasin, Al-Ma'thurat, tasbih mini dan Al-Qur'an saiz mini atau saiz biasa. 
Whatsapp 012-3302067 (Mai)
Atau klik je link ni: www.wasap.my/60123302067
Assalamualaikum wbt.

Dah pertengahan Disember 2018. Majlis anda bila? 
Eh, dah dekat tapi belum ada doorgift yang sesuai? Tak apa, mungkin selama ni mencari yang terbaik. Atau, sebelum ni belum ada bajet yang cukup. 

Hari ni saya nak kongsi salah satu produk buku mini yang kami @bukumaia ada, iaitu Al-Ma'thurat Mini yang didatangkan dalam 8 design cover yang cantik cun melecun. Nak tengok? 




Kan saya dah kata...cantikkkk! 

Ada 8 design, bolehlah pilih mana yang berkenan. Mungkin berkenan di mata, mungkin nak sama dengan warna tema. Nak order nanti boleh bagitau no design atau boleh juga send balik gambar pada kami supaya tak salah order. 

Salah satu kelebihan Al-Ma'thurat ini ialah, adanya label tema untuk ayat-ayat dan zikir wirid di dalamnya. Jadi, kita yang nak beramal ni pun tahu apa yang kita lafazkan itu. Bagi orang yang punya latar belakang pendidikan agama, mungkin dah tahu semua ini. Tapi, berapa ramai antara kita yang baru kenal Al-Ma'thurat, yang baru termotivasi untuk menjadikannya amalan lazim? Tentu label ini sangat bermanfaat buat mereka.

Sebenarnya, dalam suasana Islam di Malaysia pada hari ini, ramai yang teringin atau mahu berubah menjadi Muslim yang lebih baik namun ramai yang malu untuk bertanya atau berguru. Jadi, diharap dengan pemberian kecil kita ini dapat juga menyuntik semangat kepada ramai saudara seislam kita di luar sana untuk menjadikan amalan zikir sebagai rutin harian, makanan jiwa dan juga sebagai laluan memudahkan urusan seharian. 

Al-Ma'thurat memang besar fadhilat atau kelebihannya kepada pengamalnya. Di dalamnya telah disusun ayat-ayat Al-Qur'an yang dapat menjadi pendinding, syifa' (penawar) kepada fizikal dan emosi. Disusun juga zikir, istighfar, doa dan selawat  yang semuanya memberi kebaikan kepada pengamalnya semula.

Oh ya..jika nak beli combo dengan Yasin Mini pun kami ada juga, design yang sama seperti di atas. Boleh juga tempah dengan kotak sekali. Dan kalau majlis lambat lagi, kami juga ada pakej doorgift buku mini sekali dengan tasbih mini, home made punya. Nak tasbih custom nama pun boleh.

Untuk hantaran dan majlis nikah pula, kami ada menyediakan Al-Qur'an yang boleh custom nama atau gambar. Sesuai sangat nak abadikan nama pengantin pada Al-Qur'an tersebut. Ada pilihan Al-Qur'an biasa atau Al-Qur'an dengan terjemahan. Ada kelulusan KDN. 




Kalau berminat, jangan segan-segan ye nak hubungi kami. Sebarang pertanyaan, boleh hubungi nombor telefon di bawah. Sebaiknya melalui Whatsapp / Telegram / SMS.

Pertanyaan / tempahan:
Whatsapp 012-3302067 (Mai)

#almathurat
#alQurancustomnama
#alQurancetaknama
#hantaranalQuran
#bukumaia @ Bandar Seri Putra/Bukit Mahkota
September 2018
Ramai masih mencari buku ni?


Buku Mini Mudahnya Menjemput Rezeki ni memang melekat di hati. Masih ramai mencari untuk dijadikan doorgift majlis.
Tapi memang sungguh, walaupun saiznya mini, tetapi ilmu yang dapat dicedok di dalamnya terasa banyak dan sangat bernilai.
Insya Allah, stok ready di HQ dan boleh dihantar melalui pos.
Kami juga ada BUKU MINI ASMAUL HUSNA, AL-MA'THURAT, BUKU MINI PANDUAN SOLAT dan YAASIN sebagai alternatif buku mini yang lain. 
Pertanyaan/Tempahan:
Whatsapp 012-3302067 (Mai)

#almathurat
Hari ni 31 Julai kan?
Hari terakhir di bulan Julai 2018. Sedar tak sedar dah lebih separuh tahun 2018 ni kita lalui. Memang, masa terasa laju sungguh. Macam baru semalam Jumaat, tetiba dah Jumaat balik. Allahu, kita di akhir zaman.

Bagaimanapun, hidup perlu diteruskan. Peluang beribadah kita gunakan sebaik mungkin. Peluang menambah baik kehidupan juga usah disia-siakan. Peluang dapat FREE POSTAGE pun grab la sementara ada.
Nak ulang tawaran ni, FREE POSTAGE untuk barangan terpilih seperti dalam gambar sehingga jam 6 petang HARI INI 31 JULAI 2018 sahaja.
Tengok gambar ye, dan mungkin boleh share kot ada kawan yang perlu.










Nak tanya apa-apa klik link whatsapp ni ye.



"Ni yang lipat-lipat tu ke?"
"Bukan, yang lipat-lipat tu keluaran lama. Dah lama habis"
"Alaa...saya nak yang lipat-lipat tu"

Begitulah lebih kurang butir perbualan saya dengan klien. Bila stok dah habis, ramai pula yang mencari. Tapi penerbit kata, dah tak diterbitkan lagi. Ralat juga sebab tak dapat nak penuhi permintaan pelanggan.
Ramadhan lepas, tiba-tiba penerbit bagitau, ada pula sikit lagi Asmaul Husna Poket ni. Ada pelanggan yang tukar dengan design terbaru. Dalam 1 ribu - 2 ribu unit.
Jadi hari ni sekali lagi saya nak uar-uarkan pada kawan-kawan semua, kot ada yang suka Asmaul Husna design ni. Dia lipat-lipat dan ada sarung macam sampul. Bukan kulit keras. Satu warna ini sahaja.



Kalau berminat nak buat doorgift kenduri ke, nak jadikan free gift produk ke, sesuai sangat. Belian borong sahaja iaitu 50 unit dan ke atas. Boleh dicetak nama (tulisan warna emas) untuk pembelian minimum 100 unit. Harga? Harga kami tawarkan mengikut kuantiti, untuk minimum 50 unit RM1.80/unit. Dulu-dulu harganya RM2, sekarang nak clear stock. Lagi banyak lagi murah kami dapat tawarkan. Kalau nak setkan dengan tasbih mini pun boleh, cuma tempahan secara ad hoc (mengejut dan rushing) susah sikit sebab tasbih home made. 

contoh tasbih mini pearl

Dah zikir Asmaul Husna hari ni?
Allah Ya Somad, Ya Baari', Ya Baa'ith, semoga kita produktif di hari terakhir bekerja minggu ini, Jumaat yang berkat.

Klik link whatsapp ni ye jika nak tempah Asmaul Husna.
Instagram: @bukumaia
FB Fanpage: Min-Aina-Ila-Aina

Alhamdulillah, sudah hari yang ke-7 umat Islam di Malaysia berpuasa. Setiap tahun, @bukumaia sentiasa dikunjungi pelanggan yang mahu mencari cenderahati yang sesuai untuk majlis khatam al-Qur'an. Tahun ini pun sama seperti tahun-tahun sebelumnya. 

Apa yang boleh kami tawarkan kepada anda ialah PAKEJ BUKU MINI yang cantik, comel lagi bermanfaat. 

POKET MINI ASMAUL HUSNA



Dah lama menghilang, tiba-tiba ada stok terselit. Sekarang dah tinggal 400 unit sahaja lagi dan boleh habis bila-bila masa sahaja. 


BUKU MINI ASMAUL HUSNA 2018 SAIZ A6











Di atas ni ialah barisan buku mini Asmaul Husna keluaran 2018. Dah berubah saiznya dan coraknya. Boleh juga ambil pakej dengan kotak macam gambar di atas ni. Nak pakej dengan tasbih mini pun boleh. Cuma, untuk tasbih kami tak ambil tempahan secara ad hoc sebab biasanya kami buat custom made. Maknanya, kalau nak cepat, mungkin kami tak cadangkan tasbih. 

Oh ya, kalau nak pasangkan buku mini Asmaul Husna ini dengan surah Yasin mini pun boleh. Kami dah buat corak sama siap-siap, sebab ramai yang minta nak dua-dua jenis buku ni. Boleh masuk dalam 1 kotak sahaja. 

TASBIH MINI PEARL / MARBLE

tasbih mini pearl warna lembut



 tasbih marble

marble


BUKU MINI MMR

Ini ialah Buku Mini Mudahnya Menjemput Rezeki (MMR) yang baru terbitan Pustaka Darul Iman. Isi dalamnya sama seperti edisi pertama (gambar semut). Namun untuk buku mini MMR in, penghantaran dibuat hanya melalui pos sahaja. 


Ok, jangan tunggu lagi sebab masa berlalu. Poslaju dan kurier semakin sibuk, kalau lambat-lambat risau tempahan anda tak sempat sampai pula sebelum majlis. 

Berminat?

Untuk respons segera: Whatsapp 012-3302067 atau klik link www.wasap.my/60123302067/khatamQuran 

Boleh juga pm di Facebook Fanpage kami Min-Aina-Ila-Aina

atau 

dm di Instagram @bukumaia

Alhamdulillah, hari ini 1 Ramadan 1439 H, seluruh umat Islam mula berpuasa. Semoga kita diberikan kesihatan, kekuatan, semangat, dan keimanan untuk menyempurnakan rukun Islam ke-3 ini. Bulan Ramadan juga merupakan bulan bersedekah dan bulan mendampingi al-Qur'an. Di Malaysia, selain membaca al-Qur'an secara sendirian, kita biasa juga mengadakan tadarus iaitu program mengaji al-Qur'an secara beramai-ramai dan melengkapkan seluruh al-Qur'an dalam tempoh sebulan ini. Ada yang mengadakan tadarus di masjid dalam kumpulan kariah masing-masing, ada yang mengadakan tadarus di peringkat sekolah, tempat kerja, kejiranan dan lain-lain. Biasanya di hujung bulan Ramadan nanti, akan diadakan majlis khatam al-Qur'an sebagai satu majlis penghargaan kepada semua yang terlibat. 

Ramai customer kami di @bukumaia mencari buku-buku mini untuk dijadikan sebagai cenderahati majlis khatam al-Qur'an. Kami menawarkan beberapa pakej buku mini seperti buku mini Yasin, buku mini Asmaul Husna, buku mini panduan solat beserta pakej kotak dan tasbih mini. Tasbih ni ada 2 jenis dengan harga berbeza. Buat masa ni kami hanya menjual secara borong minimum 20 unit tasbih. Tapi untuk buku mini, minimum 50 unit buku. 


Tasbih pearl warna lembut pilihan pelanggan kami

 Tasbih pearl

 Tasbih marble

Tasbih marble

Selain tasbih biasa macam dalam gambar di atas, kami juga boleh custom made tasbih dengan nama. Ha..macam mana tu? Jom tengok gambar kat bawah ni.




Cantikkan? Jadi takdelah tasbih mudah hilang. Dah ada nama kita siap-siap kat tasbih. Senang nak bawa ke mana-mana, di samping menyuntik sentimental value. Tasbih bernama ni sesuai juga dijadikan hadiah kepada seseorang yang istimewa misalnya cikgu, ustaz, ustazah ataupun kawan-kawan. Baru-baru ni pun ramai yang beli tasbih nama ni untuk dihadiahkan pada cikgu sempena Hari Guru. 

Kami bekalkan tasbih nama sahaja, packaging pelanggan buat sendiri dan tag kami di FB:)

Tasbih ni digunakan untuk berzikir, menyebut nama Allah, memohon keampunan Allah..atau apa saja zikir yang  baik-baik. Jadi, sebagai pemberi kita berharap mudah-mudahan dapat juga menumpang sedikit pahala kerana kita tau kita bukanlah hamba yang dijamin syurga. Semoga bila orang yang menerima itu beramal, kita tumpang sahamnya. Amin.

Berminat nak tempah juga tasbih mini untuk majlis anda?
Tempah awal kerana kurier sangat sibuk di bulan Ramadan

Klik link Whatsapp: www.wasap.my/60123302067

pm kami di Facebook Fanpage: Min-Aina-Ila-Aina

pm kami di Instagram: @bukumaia