Showing posts with label Cinch Tea Mix. Show all posts
Showing posts with label Cinch Tea Mix. Show all posts

Set Vitamin Raya

Errrk? Ada jugak ke Vitamin Raya ni? 
Ok, vitamin ni saya beri nama Set Vitamin Raya disebabkan mereka ni penting time-time perjalanan balik ke kampung mahupun semasa berziarah dan juga keadaan biasa musim perayaan di mana perut kita tak henti-henti diisi dengan juadah yang sedap-sedap sampai boleh menyebabkan tak sihat badan.

Meh saya nak senaraikan vitamin dalam gambar di atas, bermula dari kiri:

1- Performance Drink (PD)

PD ni macam yang saya selalu cerita dalam entri-entri lepas, ialah minuman tenaga berperisa oren yang cukup marvelous! Memberi tenaga segera, secepat 15 minit selepas diminum. Saya dapat rasa perbezaan lepas minum PD ni masa mengandung tahun lepas. Dah nak collapse dah rasa, minum PD ni segelas in sha Allah, dengan izin Allah juga, dapat buat aktiviti macam biasa balik. Jadi memang sesuai sangat untuk diminum pada waktu sahur dan berbuka, terutamanya jika menempuh perjalanan balik kampung yang jauh. Memandu ni nampak saja duduk, tapi kalau badan tak bertenaga bahaya. PD juga sangat sesuai diambil jika cuaca panas. Mana tahu nanti masa berziarah tu panas lit lit ke, bolehlah minum PD ni untuk recharge. Sesuai untuk semua, termasuk kanak-kanak dan orang tua. Ia tidak manis, nak manis tambahlah gula dam bancuhan.

2- Alfalfa Complex

Alfalfa ni merupakan suplemen yang mempunyai 1001 khasiat, namun apa yang penting untuk musim perayaan ialah peranan alfalfa untuk flush segala lemak dan bahan-bahan yang tidak perlu yang diambil di musim raya. Faham-faham sajalah, mesti ada hidangan rendang, ketupat, lemang, kuah kacang dan aneka kuih raya yang tinggi lemak tinggi gulakan. Sayang sungguh dah puasa sebulan, dah turun 1-2 kg atau lebih, raya ketiga dah naik berat asal. Jadi biar alfalfa bantu buang segala lemak dan toksik tu, jangan biar terkumpul dalam perut kita nan satu.

3- Peppermint Ginger Plus (PGP)

PGP adalah suplemen dalam kategori herba, bahan asasnya halia dan ada rasa mint yang boleh membuatkan perut rasa selesa. Kalau Eno tu kita taktahu apa bahannya, PGP pula memang diperbuat daripada bahan-bahan semulajadi. Dah makan pulut tu, jaga-jaga dengan serangan angin. Jadi PGP sangat sesuai untuk halau angin tu kekuar dari badan. Tak bestlah sakit di musim raya nikan. 

4- Lecithin

Yeahhh..Lecithin si pembakar lemak. Sebelum bagi alfalfa bertindak buang lelemak tidak baik itu, kena bagi Lecithin bakar / cairkan dulu lemak tu. Lecithin ni selain membekalkan kolina yang baik untuk otak, juga bertindak sebagai 'fat emulsifier'. Jadi, taklah rasa bersalah sangat untuk makan di hari raya kan. Takkanlah datang rumah orang, bila orang hidang makanan kita nak cakap "Saya diet, tak dapat makan". Kecik hati tuan rumah nanti.

5- Cinch Energy Tea Mix

Cinch Tea ni ialah teh yang super superb. Sebab apa saya kata begitu? Ia adalah gabungan 4 jenis teh. Cinch Tea ni memang sangat-sangat bagus diambil untuk orang yang nak berjaga malam, nak drive, atau nak jalani aktiviti yang padat sepanjang hari. Buntang je mata. Sesuai dengan namanyakan, 'energy boost' adalah peranannya. Nak campur dengan PD dan jadikan lemon tea pun boleh. Oh ya, ia juga bertindak meninggikan kadar metabolisme, jadi siapa minum Cinch Tea susah nak gemuk.

Di sini kami ingin mengambil kesempatan mengucapkan Selamat Hari Raya, semoga selamat semuanya dan amalan kita diterima Allah.

#Penghantaran terakhir sebelum hari raya ialah pada 15 Julai 2015 oleh Shaklee (M) Sdn Bhd.

#vitaminraya
#balikkampung
#inikanraya
#shakleebandarseriputra

** Disclaimer
This product is not intended to diagnose, treat, cure or prevent any diseases. This product is just a supplement to help you stay healthy.


Pertanyaan? Hubungi:


Puan Mai (SID 918631)
SMS: 012 3302067
EMEL: minaina_ilaaina@yahoo.com
FB FANPAGE: Min-Aina-Ila-Aina

* MAIA merupakan pengedar Shaklee yang sah dan menerima pembelian secara Self Pickup. Lokasi kami berhampiran kawasan Bandar Seri Putra, Bandar Bukit Mahkota, Bangi Lama, KUIS, UKM dan Bandar Baru Bangi. Penghantaran melalui pos boleh dibuat ke seluruh Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak.
Bismillahirrahmanirrahim.

Allahu Rabbi. Lama sungguh tak menyapa para pembaca di blog ni. Memang sibuk dan kalut sesangat. Sungguh masa berlalu sangat pantas sekarang. Rasa 24 jam sehari tu memang tak cukup. Ada saja kerja yang tak selesai walaupun rasanya celik mata sampai la terlena (kadang-kadang terlena secara tak sengaja, memang TERlena) sentiasa je menguruskan sesuatu. Astaghfirullahalazim. Berilah kami kesempatan dalam beribadah..jangan lah hal dunia mengganggu masa ibadah kami.

Kekalutan ini terasa bila salah seorang dalam keluarga tak sihat. Muhammad Sofiy, anak sulung saya demam mula Rabu 4 hb Mac lepas. Pagi Rabu dia dah mengadu, "Umi, Sofiy rasa sakit tekak," My bad, aduan anak saya tak ambil berat. Bukanlah tak ambil kisah cuma ingat sakit tekak tu biasalah musim panas kan. Saya cuma pesan supaya dia minum air masa dalam kelas, saya bekalkan tumbler air masak untuk dia bawak ke sekolah. Saya ingat nak bagi dia multivitamin sebelum dia ke sekolah tapi akhirnya lupa. Balik sekolah, badan dia dah panas. Bagi dia PCM dan suruh berehat dalam bilik tidur, on aircond dan suruh buka baju. 7 malam, bagi PCM lagi tapi dok perasan lepas sejam suhu dia tak turun-turun. Chek tengok 39.1. Tinggi tu. Sudahnya kami sepakat bawak dia ke bahagian kecemasan Hospital Serdang. Risau, kawasan kami ni hot denggi, dah ada kematian pun. Wabak denggi sekarang pun dahsyat dan menakutkan. Sampai boleh merosakkan saraf otak.

Sampai Kecemasan, Allahu..ramainya manusia. Kami memang dah lama tak datang ke bahagian Kecemasan tu. Ada la 2-3 tahun kot tak ke sana. Dulu taklah ramai sampai macam tu. Kali ni..dengan yang terbaring sana-sini, paling kesian dengan bayi, kanak-kanak dan warga emas,


Saya ambil gambar satu bahagian je..tak sempat nak snap sana sini maklumlah dengan dukung babynya, melayan anak demamnya...lagipun tak manis pulak orang tengokkan. 

Dipendekkan cerita, lepas jalani rawatan saringan, diberi lagi sekali ubat demam, diambil darah (sekarang kalau demam je memang check darah sebab takut denggi), dan setelah hampir 5 jam menunggu barulah kami dapat jumpa doktor. Aduhai..kesian sangat dengan anak yang demam, kesian juga si baby yang takmau tidur sebab tak selesa dan encik suami yang keletihan. Sudahlah sebelah siangnya kami memang ke sana-ke mari ada banyak urusan yang diselesaikan. 

Doktor kata, tonsil Sofiy bengkak. Ujian darah menunjukkan jangkitan bakteria, WBC dia 19.9..agak tinggi...padanlah demam dia tinggi. Denggi..negatif. Alhamdulillah. Dapat antibiotik Amoxycilin..macam biasalah dos pertama memang selalu dapat Amox ni. Sampai rumah, dah dekat 5 pagi. Bagi Sofiy makan ubat, saya dan suami pun alas perut sikit yang dah lapar. Mujurlah baby Farhan naik je kereta dia tidur dengan nyenyaknya. Dapatlah lelap dalam 2 jam. Suami sempat jugak ke masjid berjemaah Subuh, salutelah..kalau saya..haruslah di rumah je.

Mata memang terpisat-pisat, badan rasa melayang semacam sebab tak cukup tidur dan letih. Tapi, hari tu jugaklah kelas pertama saya sebagai guru bahasa Melayu untuk pelajar antarabangsa. Mujurlah cuma kelas aktiviti. Aktivitinya ke kilang memproses keropok lekor. Syukur lokasi pun dekat. Apalagi, Cinch Energy Tea la penyelamat saya, minum segelas Cinch Tea panas dan zass ke lokasi. Alhamdulillah, dapat habiskan 5 jam masa mengajar dengan jayanya..walaupun tak tolong gentel keropok lekor (nama pun kilang, guna mesin la kan), tapi saya sempat juga menyusun keropok lekor yang dah siap direbus masuk dalam bakul.



In sha Allah saya akan sambung cerita tentang keropok lekor dan juga Sofiy. Kesian Sofiy, demam teruk dia kali ni. Oh yaa...meh nak tunjuk sikit gambar Cinch Tea yang power itu...



** Disclaimer
This product is not intended to diagnose, treat, cure or prevent any diseases. This product is just a supplement to help you stay healthy.

Berminat nak dapatkan suplemen di atas? Hubungi saya melalui mana-mana medium di bawah dan saya akan layan pertanyaan anda. Penghantaran melalui pos boleh dibuat ke seluruh Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak. COD (dengan caj penghantaran) atau self pickup boleh dilakukan di kawasan-kawasan berhampiran lokasi kami iaitu Bandar Seri Putra Bangi, Bandar Bukit Mahkota,Bangi Lama, Nilai 3KUIS dan UKM.

Untuk maklumat lanjut, hubungi:

Puan Mai (SID 918631)
SMS/ WA/TELEGRAM: 012-3302067
EMEL: minaina_ilaaina@yahoo.com
FB FANPAGE: Min-Aina-Ila-Aina

*MAIA merupakan pengedar Shaklee yang sah dan menerima pembelian secara Cash on Delivery (COD) atau Self Pickup di kawasan Bandar Seri Putra, Bandar Bukit Mahkota, Bangi Lama, KUIS, UKM dan Bandar Baru Bangi. Caj penghantaran akan dikenakan bergantung pada jarak kawasan. Penghantaran melalui pos boleh dibuat ke seluruh Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak.

Tips dan Suplemen Untuk Anda Yang Nak Stay Up Malam



Nak stay up tapi ngantuk? Itu la cabarannya untuk sesiapa yang perlu stay up malam. Lagi satu cabaran, kalau pun tak mengantuk masa stay up..esoknya pulak lesu sebab tak cukup tidur. Sedangkan esok perlu dilalui seperti hari-hari biasa. Dah ada baby kecik ni macam dah setiap hari pulak stay up. Sebabnya, masa dia dah tidurlah baru emaknya ada masa nak mengadap laptop. Siang dah buat kerja-kerja hakiki. Malam je la tinggal masa nak buat kerja part time. Kadang-kadang kerja hakiki pun kena bawak sampai ke malam.

Sebenarnya stay up malam ni sebaiknya dielakkan jika tiada sebarang keperluan, atau boleh diganti pada waktu-waktu yang lain. Sebabnya? Lebih banyak keburukan daripada kebaikan. Antaranya ialah mengurangkan daya fokus dan kognitif kita sendiri. Apapun, bergelar pelajar, bekerja secara online, tak lupa juga blogger tegar memang tak dapat elak berjaga malam ni. Cuma janganlah dijadikan amalan. 

Ada orang memang suka stay up malam, maksudnya tak tidur langsung sampai la awal pagi atau terus sampai pagi. Ada juga yang lebih suka tidur dulu dan kemudian bangun awal-awal pagi sekitar pukul 3 dan tak tidur semula. Dulu-dulu masa zaman degree saya suka stay up sampai 3-4 pagi macam tu, especially time exam la..study last minute la katakan. Tapi bila dah beransur dewasa, dah ada keluarga, ada anak, saya prefer tidur dulu sekitar pukul 9 atau 10 malam dan bangun balik pukul 3 atau 4 pagi. Sebabnya, badan dah penat seharian kalau paksa pun stay up otak dah tak boleh absorb dan cerna segala info yang nak study tu. Menurut pakar tidur, Dr. Sara C. Mednick waktu tidur yang paling baik ialah 1-3 pagi atau 1-3 petang. Waktu inilah tidur kita paling nyenyak dan berkualiti agaknya.

Tips Untuk Stay Up Malam


1- Dapatkan ekstra tidur atau rehat sebelum stay up. Misalnya kita tahu akan berjaga malam menjelang exam, sehari dua sebelum tu janganlah berjaga malam juga. Dapatkan 'afternoon nap' juga sangat membantu. Sebab tu lah dalam Islam disunatkan tidur Qailulah agar kita mudah bangun solat malam.

2- Makan makanan seimbang dan berkhasiat pada siang hari. Sebelum malam yang kita perlu berjaga tu, pada waktu siangnya eloklah kita makan makanan yang berkhasiat supaya badan kita segar dan sihat.

3- Sediakan makanan ringan untuk dimakan sewaktu stay up. Perasan tak, kalau berjaga malam ni kita mudah lapar. Boleh makan, jangan biarkan perut lapar nanti kita susah nak fokus pada kerja. Cuma perlu diingat, bukan semua makanan boleh kita ambil waktu ini. Silap makan, tambah-tambah mengantuk jadinya. Elakkan makanan tinggi gula dan juga tinggi karbohidrat. Sebaliknya ambil makanan tinggi protein dan serat seperti telur tebus, kekacang, buah-buahan seperti epal, oren dan pisang. Minuman protein shake juga merupakan pilihan yang baik. Saya tentulah pilih ESP Shaklee. 

4- Rangsangan atau gerakan badan membantu kita kekal segar dna tidak mengantuk. Antara gerakan atau rangsangan yang boleh dilakukan ialah stretching bahu, leher dan pinggang, pastikan kaki mencecah lantai (atau alas dengan kotak), cubit pipi, gigit lidah perlahan, tarik cuping telinga, buat senaman ringan macam squat atau lompat bintang. Berjalan dan berdiri secara berkala juga sangat membantu mengelakkan mengantuk dan hilang fokus.

5- Rangsangan minda. Sekiranta boleh, tukar-tukar aktiviti yang kita buat. Contohnya sejam baca, sejam hafal, sejam lagi tulis atau yang berkenaan.
Setelah kenal Shaklee, saya dah ada pembantu bila nak stay up. Kadang-kadang terpaksa juga stay up bila dah sampai deadline kan. Kalau tidur dulu risau terbabas sampai Subuh..kan melopong. Pembantu yang saya maksudkan tu ialah SUPLEMEN SHAKLEE:

Suplemen Yang Membantu Anda Stay Up Malam


1- Cinch Energy Tea Mix



Kombinasi teh yang hebat ini walaupun pada asalnya disediakan untuk membantu proses menurunkan berat badan dengan cara meningkatkan metabolisme, namun ternyata fungsinya sesuai dengan namanya. Teh yang menggalakkan tenaga segera, dan ia diakui ramai termasuklah dua orang sahabat saya peminum tegar Cinch Tea ini. Apa kata mereka?



Dulu tak kenal Shaklee lagi, bila nak stay up je saya pun beli minuman kacip fatimah atau tongkat ali. hahaha. Padahal minuman dalam tin kan tinggi gula. Saya alah pada kafein (dalam kopi dan nescafe), jadi tak dapatlah nak minum kopi-kopi ni. Kalau minum juga, bukannya stay up..collapse terus.

2- Performance Drink

Minuman tenaga ini sememangnya tidak mengecewakan. Bukan sahaja untuk atlet tetapi juga bagi sesiapa saja yang mahukan tenaga segera. Sesiapa yang nak stay up, badan kena fit dan segar supaya otak pun dapat bekerja dengan sepenuhnya. Antara perkara yang penting bagi memastikan badan sentiasa segar ialah air yang mencukupi. Kadang kala kita rasa kita sudah minum secukupnya, tetapi badan kita masih kekurangan air. Performance Drink Shaklee bukan sahaja mengawal bendalir dalam badan, malah membuatkan kita bertenaga dengan segera. Saya sendiri sememangnya penggemar PD, kalau rasa lemah atau badan lain macam je, cepat-cepat minum PD. Dalam 10-15 minit dah boleh rasa kesannya. Daripada tak larat dan tak bermaya, jadi bertenaga buat kerja. Bulan puasa pun macam tu, kalau berbuka dengan PD badan rasa segar berbeza dengan air lain walaupun minum banyak tetap rasa letih. So, minumlah PD sebelum, semasa stay up dan keesokan harinya.

3- ESP Soy Protein Isolate Powder


Minuman shake yang tinggi protein dan juga mengenyangkan. Rasa vanilla yang boleh disuaipadan dengan lain-lain minuman merupakan pilihan yang mudah dan enak. Minum ESP ni in sha Allah kita tak rasa lapar dan mengidam makanan-makanan ringan. Nak sediakan pun mudah sangat, tuang ESP dan air dalam shaker dan kocak saja. Kalau suka boleh combine dengan minuman lain macam susu atau jus.



4- B-Complex


Terkenal sebagai vitamin penjana tenaga, ambil B-Complex setiap hari dan lebihkan dos pad ahari-hari kritikal misalnya hari yang kita perlu stay up. In sha Allah B-Complex bantu kita fokus dan bertenaga.


Bagaimana Untuk Kekal Segar Selepas Semalaman Stay Up


Ini satu hal lagi. Dulu..saya tercari-cari macam mana nak elak rasa lesu kalau tak cukup tidur. Serius masa tu rasa perlu sangat apa-apa bantuan macam minuman ke apa. Sekarang alhamdulillah Shaklee banyak membantu.

1- Take a nap. Lepas dah bersengkang mata, tidurlah sekejap sebelum memulakan rutin harian seperti biasa. Tidur sekejap tu..lama mana? Menurut sleep expert, tempoh nap yang paling sesuai untuk menyegarkan badan daripada keletihan berjaga sepanjang malam ialah 10-20 minit, dan pastikan jangan lebih daripada 30 minit, Kalau lebih, kita dah tidur melebihi satu cycle dan akibatnya.....kita akan rasa bertambah lesu, malah mungkin rasa melayang, pening dan sakit kepala. Jaga-jaga ye..pastikan set alarm dan jangan sambung tidur lepas alarm berbunyi.

2- Kafein. Ini lagi satu trick. Ambil kafein secara sederhana dan tidur selama 30 minit.

3- Buka lampu atau keluar di bawah cahaya matahari. Kalau bekerja di bawah lampu, lampu biru sangat membantu kita alert dna tidak mengantuk.

4- Hidrat. Minum air secukupnya. Mandi. Cara saya, tentunya minum PD.

5-Buat senaman ringan supaya aliran darah lancar. Antara senaman yang boleh dilakukan ialah brisk walk.

6- Elakkan multitasking selepas berjaga malam. Ini kerana, selepas berjaga dalam tempoh yang panjang, kapasiti memori kita akan menurun sebanyak 38%.


Perhatian!

Ganti hutang tidur anda selepas tugasan / urusan anda selesai. Jangan biarkan badan lesu dalam tempoh yang terlalu lama. Tidur ganti ini sebaiknya selama 9-10 jam.



Berminat nak dapatkan suplemen di atas? Hubungi saya melalui mana-mana medium di bawah dan saya akan layan pertanyaan anda. Penghantaran melalui pos boleh dibuat ke seluruh Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak. COD (dengan caj penghantaran) atau self pickup boleh dilakukan di kawasan-kawasan berhampiran lokasi kami iaitu Bandar Seri Putra Bangi, Bandar Bukit Mahkota,Bangi Lama, Nilai 3KUIS dan UKM.

Untuk maklumat lanjut, hubungi:

Puan Mai (SID 918631)
SMS/ WA/TELEGRAM: 012-3302067
EMEL: minaina_ilaaina@yahoo.com
FB FANPAGE: Min-Aina-Ila-Aina

*MAIA merupakan pengedar Shaklee yang sah dan menerima pembelian secara Cash on Delivery (COD) atau Self Pickup di kawasan Bandar Seri Putra, Bandar Bukit Mahkota, Bangi Lama, KUIS, UKM dan Bandar Baru Bangi. Caj penghantaran akan dikenakan bergantung pada jarak kawasan. Penghantaran melalui pos boleh dibuat ke seluruh Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak.

Hanya Tinggal Satu Kotak Lagi Cinch Tea, Siapa Mau?



Lama juga Cinch Energy Tea ni tiada di pasaran Malaysia. Kehabisan stok. Bagi pengamal tegar Cinch Tea ni, mesti rasa kehilangan yang amat sangat. Nak stay up pun jenuh sengkang mata la jawabnya. 

Saya masih ada satu kotak sahaja lagi. Siapa cepat dia dapat.


Ingin dapatkan produk Shaklee, atau mendaftar keahlian Shaklee, boleh hubungi kami melalui mana-mana medium di bawah:

Puan Mai (SID 918631)

MAIA Natural Resources
SMS: 012 3302067
EMEL: minaina_ilaaina@yahoo.com
FB FANPAGE: Min-Aina-Ila-Aina

*MAIA merupakan pengedar Shaklee yang sah dan menerima pembelian secara Cash on Delivery (COD) atau Self Pickup di kawasan Bandar Seri Putra, Bandar Bukit Mahkota, Bangi Lama, KUIS, UKM dan Bandar Baru Bangi. Caj penghantaran akan dikenakan bergantung pada jarak kawasan. Penghantaran melalui pos boleh dibuat ke seluruh Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak.

Assalamualaikum w.b.t

Lama tak menulis tentang Phd dan study..Ahaa..ada la tu kan sebabnya? Sebabnya sudah tentulah progresnya yang tak berapa nak cantik. Anggaplah ini alasan, mabuk mengandung yang teruk selama 6 bulan sebelum ni memang buat perjalanan Phd saya macam lumpuh seketika. Sekarang ni baru boleh mengadap laptop dan buku semula. Tengok pada archieve entri blog nipun dah tahu, betapa tak berupdate blog ini dalam bulan-bulan kebelakangan ni.

So! Setiap manusia memerlukan kata-kata perangsang ataupun motivasi. Tidak kiralah apapun yang diusahakan, kita sebenarnya memerlukan motivasi setiap masa supaya momentum kita sentiasa cantik dan kita sentiasa bersemangat. Nak kerja, nak mengemas rumah, nak memasak, nak belajar, malah nak beramal ibadat pun perlukan motivasi. Dari mana, daripada siapa motivasi ini datang? Pelbagai sumber boleh jadi motivasi. TV, buku, individu dna yang menariknya sekarang sudah ada alam maya dan laman sosial untuk kita dapatkan motivasi. Contohnya satu page ini yang diberi nama Phd 'Dr. CT Research Clinic'. Saya selalu dapat petikan-petikan atau mutiara kata yang dikongsikan oleh admin (Dr CT sendiri) yang sangat menarik dna saya berhasrat untuk kongsikan di sini. Kadang-kadang, kita seakan tercari-cari kata semangat, tapi tak jupa yang betul-betul tepat dengan situasi kita pada waktu tersebut. Saya harap perkongsian ini dapat memberi manfaat buat para pembaca dan teman seperjuangan. Dr. CT dah pun declare bahawa segala yang ada di page tersebut sememangnya untuk dikongsi.

**************************************************************

Why we should not compare our condition with others?
Because, the differences in life is a true beauty, how universe do it things accordingly. That is why we can have so many equation that equal to 10, i.e:
1+9 = 10
2+8 = 10
5+5 = 10
7+3 = 10
6.5+3.5 = 10
x + y = 10

So everybody have their own path to take, own style to undergo life, different view, but yet...all towards the same goal >>> success in this life and the here after.




*******************************************************************************************
We just ordinary people, trying hard to be extraordinary person. Hold on to your aim, when the moment come, when you graduated, at that moment...on the stage, everything will quickly play back on your mind. The commitment, the sacrifice, the focus, the pain, the hardwork, obstacles, challenges....all contributed to what you have achieved today. And you finally understand that everything you have gone through is worth it. Wish you all the very best in your journey and may success always be yours on that one fine day, 



*******************************************************************************************

I can see clearly now, the rain is gone,
I can see all obstacles in my way
Gone are the dark clouds that had me blind
It's gonna be a bright (bright), bright (bright)
Sun-Shiny day
It's gonna be a bright (bright), bright (bright)
Sun-Shiny day

Oh yes I can make it now, the pain is gone
All of the bad feelings have disappeared
Here is the rainbow I've been prayin' for
It's gonna be a bright (bright), bright (bright)
Sun-Shiny day

Look all around, there's nothin' but blue skies
Look straight ahead, there's nothin' but blue skies




**********************************************************************************************
Don't waste your time thinking bad things will happened. You will waste your energy and time concentrate on things that might not even happening. Stay focus on what you working on and think of positive outcome, submit (Tawakkal) to Allah, InsyaAllah all is well. Your mind creates reality >>> sesungguhnya Allah mengikut sangkaan hambaNya.



*********************************************************************************************
Problem/situation occur for you to think out of the box, to do something out of your norm, to step out from your comfort zone. Why afraid? Our job is to tackle the situation and adjust accordingly. Make it practical, not to wait for perfection. Do and make mistake, that is what human does, we improvised So, will you take a chance? coz I am.


*******************************************************************************************
Semalam on the way balik rumah dalam kereta dengar slot 'Usrati' kat ikimfm. Ustazah Hafizah Musa kata bila ada masalah dalam rumahtangga 'kuharapkan panas sampai kepetang rupanya hujan ditengahari' tak semestinya perkara buruk yang berlaku, Allah turunkan hujan ditengahari sebab nak cuci mana yang kotor untuk dibersihkan kemudian keluar balik matahari. Rasionalnya, lihatlah dari sisi barkah/positif kenapa sesuatu berlaku. Ustazah kata lagi, kita kenalah mengingati Allah dengan cara yang baik bukan dengan cara yang buruk. Cara yang baik dengan bersolat, berzikir baca Quran. Dengan cara yang buruk 'Ya Allah... Kenapalah ini kau timpakan pada aku, apa salahku Ya Allah'. Semoga dengan sedikit perkongsian ini, pagi Jumaat kita akan lebih bermakna InsyaAllah.


*********************************************************************************************
Each research is unique, don't be afraid to adapt new thing  yang penting perkara pokok kita pegang. Dalam Islam kita berpegang pada Quran&Hadith, namun setiap kemaslahatan yang berlaku akan diperjelas dengan fatwa baru bersesuaian dengan masalah pada zaman tersebut namun tetap berlandandaskan Quran&Hadith. Macam tu jugak lah research kita, mudah kan!



****************************************************************
I've learned.... 
That everyone wants to live on top of the mountain, but all the happiness and growth occurs while you're climbing it. It's 'The Climb'...


**************************************************************************************************
Always be a step ahead from ordinary people, this is how you make a difference in life. We always ask from God (Allah) to be a better person from Yesterday, being a step ahead will make this possible, it takes continuous effforts, not just sitting there and go with the flow.


***************************************************************************************************
Part of success is 'Istiqamah', nampak mudah tapi berat untuk dipraktikkan.


***************************************************************************************************

ALAT BANTU BELAJAR

Dalam tempoh buat PhD ni, macam-macam yang dilalui. Bak kata Dr. CT, setiap orang ada laluan dan cabarannya yang tersendiri. Daripada group calon-calon PhD dan juga pengalaman sendiri serta rakan-rakan seperjuangan, saya nampak MASALAH KESIHATAN merupakan antara masalah biasa yang dihadapi oleh calon PhD. Tinggal lagi masalah itu ringan atau berat. Namun, dalam jangka masa menyiapkan PhD, masalah kesihatan yang ringan pun akan terasa berat, apatah lagi kalau memang sakit itu sakit yang kronik atau memerlukan rawatan rapi dengan pihak hospital.

Biasanya masalah kesihatan yang dihadapai oleh calon-calon PhD ada kaitannya dengan STRES. Mungkin ada yang tak stres sepanjang buat PhD tapi raaaaamai yang asyik stres, stres, stres. Saya cuma nak kongsikan sahaja dengan kawan-kawan tentang SUPLEMEN SHAKLEE yang membantu kita kekal sihat, cergas dan fokus. 

1- B-COMPLEX : Ini memang vitamin anti-stres, meliputi stres fizikal dan juga emosi. Sebab tulah orang yang ada hypertension doktor akan prescribe B-Complex. B-Complex ni mengandungi gabungan 8 Vitamin B yang sangat penting oleh tubuh. Setiap hari, vitamin B yang tidak digunakan akan dibuang kerana sifatnya yang larut air, jadi tiap-tiap hari kena restock vitamin B ni. Bagi mereka yang ada masalah saraf, B-Complex sangat-sangat membantu meredakan ketegangan saraf anda. Mana taknya, menghadap laptop sajakan kerjanya. B-Complex juga menjana tenaga, sebab fungsinya yang memproses tenaga daripada karbohidrat dan protein. Pentingkan B-Complex? 


2- OSTEMATRIX : Ini pun vitamin anti-stres juga, tetapi fungsi dia beza sediikit daripada B-Complex. Ostematrix ini ialah kalsium dan magnesium yang digabungkan dalam satu tablet. Sangat mujarab untuk melegakan masalah lenguh-lenguh badan terutamanya ketika bangun pagi, membantu kita mendapatkan tidur yang lena dan berkualiti sekaligus memudahkan kita bangun pagi. Dan of course membantu memanjangkan jangka hayat tulang kita. Ostematrix juga melancarkan perjalanan darah dan menstabilkan tekanan darah.


3- CINCH ENERGY TEA & PERFORMANCE DRINK

Haa..yang ni ala-ala tongkat ali dan kacip fatimah la ni. Cinch Energy Tea ni memang akan bg tenaga segera. Biasa kalau orang nak memandu jauh memang suka ambil Cinch Energy Tea ni. Saya ada seorang kawan sePhD (lelaki) yang memang amalkan Cinch Energy Tea. Kata dia, "Minum secawan ko akan celik sepanjang malam, buat kerja tak rasa letih langsung. Memang  terbaik la teh ni". Teh ni diperbuat daripada teh hijau, teh roibos putih dan merah dan kandungannya adalah semulajadi tanpa bahan kimia. Haa..BONUS! Cinch Energy Tea ini juga sangat sesuai untuk proses menurunkan berat badan sebab fungsinya yang UP kan metabolisma tubuh kita. Bila metabolisme tinggi, kalori juga mudah dibakar. Faham-faham sajalah bila stres ni kadang-kadang jadi kuat makan tanpa sedar. Betul tak?

Performance Drink (PD) pulak membantu supaya badan kita sentiasa hidrat, iaitu cukup air. Kita biasanya tak perasan yang kita kurang minum air dek sibuk dengan kerja-kerja seharian. Kena pulak dok dalam aircond sejuk je. Sedangkan natijahnya, jika badan kita kurang air..kita akan mudah rasa penat, letih, lesu dan hilang fokus. Untuk itu, mudah kalau kita ambil PD ni sebagai langkah selamat memastikan kita hidrat. 


Rasa PD sedap, ala-ala oren Tang! Ni bekal saya masuk SOHO. 

4- VITAMIN C: Ok, vitamin C ni semua orang tau ianya vitamin asas macam B-Complex juga. Akibat stres, imuniti badan akan jadi lemah dan mudah jatuh sakit terutamanya, demam, batuk, selesema dan ulser. Saya pernah kena sakit ni yang baik hanya sekejap-sekejap saja dna gerlarutan selama 2 tahun. Alhamdulillah, lepas saya amalkan vitamin C secara konsisten saya dah kurang jatuh sakit. Alhamdulillah. 

Ada 2 pilihan, nak yang kunyah atau yang telan. 

Inilah sebahagian daripada SUPLEMEN SHAKLEE yang boleh diambil untuk membantu kita kekal sihat. Boleh pilih ikut kesesuaian dan keperluan diri anda. 

Kalau berminat nak cuba Vitamin Shaklee, saya adalah pengedar Shaklee yang sah dengan ID 918631. Alang-alang dah makan sendiri dan rasa sendiri kebaikannya, eloklah saya kongsikan dengan orang lain juga. Takkan benda baik kita nak simpan sorang-sorang.

Boleh hubungi saya untuk maklumat lanjut:

Puan Mai (SID 918631)
SMS: 012 3302067
EMEL: minaina_ilaaina@yahoo.com
FB FANPAGE: Min-Aina-Ila-Aina

*MAIA merupakan pengedar Shaklee yang sah dan menerima pembelian secara Cash on Delivery (COD) atau Self Pickup di kawasan Bandar Seri Putra, Bandar Bukit Mahkota, Bangi Lama, KUIS, UKM dan Bandar Baru Bangi. Caj penghantaran akan dikenakan bergantung pada jarak kawasan. Penghantaran melalui pos boleh dibuat ke seluruh Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak.