Showing posts with label Herbal Blend. Show all posts
Showing posts with label Herbal Blend. Show all posts


Saya guna krim ni untuk baby 5 bulan...alhamdulillah serasi...saya sapukan juga kat pipi baby sebab ada ruam susu...krim ni best sebab takde parabens dan memang sesuai untuk baby.

***
Anak saya since bayi sampaila umur 3 tahun kalau ada ruam or gatal-gatal sapu cream herbal blend ni je...baik kakak atau baby yang umur 8 bulan tu..tahan lama sebab bukan pakai hari-hari..pastu time musim banyak nyamuk cuba sapu kat tangan dan kaki...nyamuk tak berani hinggap...saya dah try cream ni.



Inilah rupanya Krim Herbal Blend Shaklee yang dimaksudkan. Krim ini ialah krim serbaguna, boleh digunakan oleh semua peringkat umur. Kat rumah ni, saya guna untuk lembapkan kaki dan sihatkan kulit kaki, Sofiy guna kalau ada gatal-gatal ke, kena gigit nyamuk ke, semut ke. Suami pulak sapu kat lutut dia, dia ada alergi seafood kalau makan mesti lutut jadi gatal-gatal. Alhamdulillah serasi dengan dia, biasanya sekali sapu dah ok.

Krim ini tidaklah wangi macam lotion baby tu, tapi baunya tidak juga menyengat atau tidak menyenangkan. Ada bau mint yang sangat lembut, dan memang ada kandungan menthol yang memberi efek sedikit sejuk. Sikit sangat, kalau kulit dewasa macam kita ni tak terasa pun mentolnya. Jadi, bagi anda yang nak sapukan krim ini pada bayi anda, usah risau. Krim ini tidak memberi efek panas macam losyen halia tu, dan tidak juga sejuk atau pedih macam minyak yu yee atau minyak cap kapak.

Di bawah ini satu lagi testimoni keberkesanan Herbal Blend dan Meal Shakes dalam membantu kanak-kanak eczema dan resdung.


29/7/2013 saya post pasal anak sedara yang kena eczema guna herbal blend..Alhamdulillah...lepas 3 hari licin je kulit dia. Dah ok. Pastu 3,4 hari lepas dia start consume Meal Shakes. Lagi perubahan positif. Hidung yang sentiasa berair di awal pagi dah berkurang. Anak sedara saya ni penghidap eczema dan resdung. Baru berusia 6 tahun.




** Disclaimer
This product is not intended to diagnose, treat, cure or prevent any diseases. This product is just a supplement to help you stay healthy.


MAIA (SID 918631)
SMS: 012 3302067
EMEL: minaina_ilaaina@yahoo.com
FB FANPAGE: Min-Aina-Ila-Aina

* MAIA merupakan pengedar Shaklee yang sah dan menerima pembelian secara Cash on Delivery (COD) atau Self Pickup di kawasan Bandar Seri Putra, Bandar Bukit Mahkota, Bangi Lama, KUIS, UKM dan Bandar Baru Bangi. Caj penghantaran akan dikenakan bergantung pada jarak kawasan. Penghantaran melalui pos boleh dibuat ke seluruh Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak.

Wanita dijadikan secara fitrahnya sukakan kecantikan dan ingin tampil cantik selalu. Tidak mengira umur, dari kecil lagi kanak-kanak perempuan sudah minat kepada kecantikan, apatah lagi bila meningkat remaja. Bagi yang menghampiri angkan 30 dan seterusnya...wanita cukup risau jika mereka sudah tidak lagi cantik.

Demi mencapai maksud cantik yang sebenarnya sangat subjektif ini, ramai yang sanggup mengeluarkan wang yang banyak malah melakukan pelbagai rawatan sama ada tradisional mahupun yang modern. Ramai juga yang rajin mencuba pelbagai krim dan set penjagaan wajah yang dijual di pasaran.

Hakikatnya, kecantikan itu bukan semata-mata datang dari luaran malah terpancar dari dalam. Apa yang kita makan akan terbias di wajah kita. Begitu juga apa yang kita amalkan, baik amalan rohani mahupun amalan fizikal. Untuk itu, bagi mencapai maksud CANTIK, ada TIGA perkara yang perlu diambil berat:

SPIRITUAL - MAKANAN - FIZIKAL

SPIRITUAL

Kesihatan secara umumnya datang daripada hati dan jiwa yang tenang. Hati dan jiwa yang tenang memancarkan seri dan cahaya pada wajah. Pernah tak kita lihat orang yang rupanya biasa-biasa saja, kulitnya pun tidaklah licin dan putih melepak tetapi bila kita pandang wajahnya rasa sejuk saja, rasa tenang saja. Itulah kecantikan dalaman yang terpancar ke luaran. Untuk mendapatkan kecantikan dalaman itu, spiritual kita perlu kuat, tidak gelisah, tidak takut selain daripada Pencipta. Selain itu untuk yang beragama Islam, hati perlu diikat kepada Pencipta dengan amalan-amalan rohani seperti solat, puasa, membaca Al-Qur'an, zikir, selawat dan sedekah.

Dalam satu hadith riwayat Safiyyah r.ha. Rasulullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud: "Sesungguhnya iblis dan syaitan itu berlari dalam tubuh anak Adam menuruti pembuluh (saluran) darah." (Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

MAKANAN

Sumber kecantikan yang seterusnya ialah makanan atau apa yang kita masukkan ke dalam mulut kita untuk diproses oleh badan. Kerana itulah timbul ungkapan "You are what you eat". Pengambilan makanan yang seimbang dan berkhasiat sangat penting untuk memastikan tubuh badan yang sihat. Tubuh badan yang sihat pula memastikan penampilan yang menarik; kulit yang cantik, bentuk tubuh yang menarik. Andai kita mengambil ringan soal serat dalam pemakanan harian, kita mungkin akan mengalami masalah penghadaman dan sembelit. Masalah ini boleh membawa kepada masalah-masalah yang lain misalnya masalah bau badan dan juga masalah kulit. Begitulah juga dalam proses-proses lain yang berlaku dalam tubuh kita, misalnya kesihatan tulang, kesihatan mata, kesihatan rambut dan sebagainya.

Oleh itu, di samping menjaga pemakanan seperti mengelakkan pengambilan lemak dan gula yang berlebihan dan melebihkan sayur-sayuran dan buah-buahan dalam sajian, pemakanan tambahan juga turut membantu. Apa yang penting, kita tahu apa makanan tambahan yang tubuh kita perlukan dan sejauh mana makanan tambahan tersebut baik untuk tubuh kita.

Saya memilih Shaklee sebagai makanan tambahan saya kerana saya yakin dengan produk Shaklee yang semulajadi, berkesan dan selamat. Selain itu, dengan Shaklee saya boleh memilih apa yang saya perlu sahaja. Shaklee juga lengkap dengan produk luaran dan dalaman.

INGIN SERLAH KECANTIKAN DALAMAN DENGAN SHAKLEE?

Set Vitamin Kecantikan

# B-Complex
# Vita-C 
# Vita- E Complex
# Garlic Complex [add-on]
# Carotomax [add on]
# Soy Protein Isolate Powder (ESP) [add-on]
# GLA Complex [add on]

Banyaknya????

Seperti yang saya katakan di atas tadi, kita harus tau apa makanan tambahan yang paling sesuai untuk kita. 3 jenis vitamin yang pertama itu iaitu B-Complex, Vita-C dan Vita-E adalah komponen utamanya, tetapi jika anda inginkan hasil yang lebih memberangsangkan, anda boleh add-on mana-mana vitamin dalam senarai tersebut.

Senarai vitamin di atas ialah vitamin yang membantu kulit anda jadi lebih berseri dari dalam. Kulit akan turut terkesan jika anda stres dan vitamin B sangat baik untuk menangani masalah ini. Dengan bantuan vitamin A (Carotomax) dan Vitamin E, Vitamin C dapat mencegah radikal bebas yang menyebabkan penuaan cepat berlaku. Vitamin C sangat penting untuk memulihkan kulit. Vita-E Complex pula merupakan anti oksidan yang kuat untuk menentang radikal bebas seperti sinaran uv, asap dan habuk. Garlic Complex pula adalah ejen detox yang sangat baik untuk membuang segala toksik yang terkumpul di dalam badan, malah garlic atau bawang putih dikatakan rahsia orang Korea mempunyai kulit yang cantik. Carotomax (vitamin A yang selamat) membantu masalah kulit kering dan berjerawat. ESP pula merupakan sumber protein lengkap, yang juga menjana keanjalan kulit malah mengurangkan parut jerawat dan jeragat. Sekiranya anda mempunyai masalah kulit disebabkan hormon, GLA Complex adalah jawapannya. 

FIZIKAL

Ini adalah hakikat yang ramai orang kurang suka. Untuk sihat dan cantik, aktiviti fizikal harus dilakukan. Tujuannya supaya kalori kita dibakar, otot dan sendi kita lebih lentur, organ dalaman kita lebih sihat, peredaran darah lebih baik dan toksin juga dapat dinyahkan daripada tubuh.

Sebenarnya aktiviti fizikal bukanlah perkara yang susah untuk dilakukan, cuma kita tidak dibiasakan dan tidak dijadikan cara hidup. Sebab itulah kita rasa berat walaupun sekadar meluangkan masa selama 20 minit 3 kali seminggu untuk aktiviti bermanfaat ini. Pilihlah aktiviti yang anda suka dan gembira bila lakukannya, jadi anda tidak rasa tertekan. Kalau anda sukakan air, boleh pilih riadah di kolam renang. Kalau anda suka basikal dan aktiviti luar bolehlah berbasikal atau jogging. Kalau anda suka aerobik, anda boleh pilih untuk mengikut kelas atau ikut dvd. Latihan beban pula boleh anda lakukan di gymnasium atau beli alatan sendiri. Pilates, juga sesuai untuk anda yang tidak suka aktiviti lasak. Suka menari? Anda ada zumba untuk mengeluarkan peluh sambil bergembira. Lagi...apa ye. Tidak semestinya bersenam, anda juga boleh berkebun, mencuci kereta atau membersihkan sekitar kawasan rumah. Walau apapun aktiviti pilihan anda, lakukannya dengan betul dan tidak sampai mencederakan tubuh.

SHAKLEE JUGA ADA SET KECANTIKAN LUARAN

Set Penjagaan Wajah Shaklee

Nutri White



Enfuselle


Ini adalah rangkaian penjagaan wajah Shaklee, dengan kualiti yang setanding jenama antarabangsa. Anda boleh pilih set penjagaan wajah Nutri White atau Enfuselle. Oh ye, Shaklee juga ada krim serbaguna untuk kesihatan kulit secara umum.

Herbal Blend




Semakin meningkat usia, banyak masalah berkaitan kaki akan timbul. Bagaimanapun, sakit kaki bukan sebahagian daripada proses penuaan. Penjagaan kaki yang baik dapat mengurangkan kesakitan serta membuatkan anda aktif sepanjang hayat. Peningkatan usia menyebabkan kaki kehilangan lemak yang menjadi pelapik pada tapak kaki. Oleh kerana ini anda memerlukan kasut yang selesa, memegang kaki dengan kejap serta dapat memberi sokongan sepenuhnya. Dapatkan kasut yang lembut untuk aktiviti harian, lebih baik jika ia tidak mempunyai jahitan penyambung di hujung kaki. Pastikan juga kasut atau sarung kaki tidak terlalu ketat hingga boleh mengganggu aliran darah. Sebaik-baiknya elakkan daripada berkaki ayam walaupun di dalam rumah. Sebaliknya, pakailah selipar lembut dengan tapak getah yang memberi cengkaman kuat.


Selain itu, anda juga boleh membelai dan merawat kaki yang letih, kematu atau pecah-pecah dengan krim semulajadi Shaklee. 

Krim yang menenangkan ini telah diuji secara klinikal di mana ia dapat melembutkan kulit yang kasar dan pecah-pecah pada lutut, siku serta tumit kaki.

Dingin, bermentol dan tidak berminyak.Diperbuat daripada estrak herba semulajadi yang menenangkan termasuk sage, horse chestnut yarrow dan rosemary.


Untuk maklumat lanjut hubungi:

MAIA (SID 918631)
SMS: 012 3302067
EMEL: minaina_ilaaina@yahoo.com