Showing posts with label Peppermint-Ginger Plus. Show all posts
Showing posts with label Peppermint-Ginger Plus. Show all posts
Assalamualaikum dan selamat pagi semua...
Semoga pagi anda ceria-ceria ye:)
Apa? badan rasa tak selesa, banyak angin dalam badan? Badan sakit sangat.
Sebenarnya ini juga salah satu masalah saya...saya perasan saya kena macam ni dah 2 bulan. Tidaklah sentiasa sakit, tapi kalau kena serangan tuuu..memang sampai MC la dibuatnya.


teh halia - gambar hiasan

Apa yang saya rasa?


Rasa angin terperangkap dalam badan..kat perut la terutamanya.
Tapi...kalau dibiarkan, angin tu akan menjalar ke urat saraf di seluruh badan.
Akibat? Saya akan sakit-sakit satu badan terutamanya tempat-tempat yang selalu terbeban misalnya sakit bahu dan lengan kiri sebab selalu dukung anak, sakit kaki sebab banyak berjalan pergi dan balik kerja. Sakit ni bukan lenguh-lenguh biasa...rasa sakit sangat seakan sakit bentan. Kalau tanya tukang urut, memang dia kata bentan urat. Saya perasan saya lebih mudah kena menjelang waktu haid. Jadi, apa yang saya buat untuk mengurangkan dan merawat sakit badan akibat angin ni?

1- Sapu Minyak Panas


Ini memang biasalahkan..semua rumah pun biasanya ada spare minyak panas untuk digunakan waktu-waktu kecemasan. Saya pun samalah juga. Saya guna Minyak NR dan Minyak Afiat. Tapi kalau dok rumah je ok laa..kalau nak pergi kerja? Kena pulak macam saya naik tern, naik bas. Adoii..nanti semua orang pandang kita sebab bau semerbak. Jadi, saya tukar dan guna Miracle Refreshing Scent. Ini minyak angin juga tapi baunya waaangiiii..cuma tak la sepower minyak berubat macam NR dan Afiat tu. #minyakanginwangi

2- Mandi Herba


Ini pun saya buat. Sebabnya..dah rasa sakit macam bentan dalam pantang...maka saya pun buatlah macam dalam pantang. Mandi air suam, dan mandi dengan mandian herba. Kebetulan selongkar almari masih ada lagi baki Mandian Herba TYT yang lama. Tengok lambat lagi tarikh luputnya. Maka saya rebus je la. Kalau nak guna jenama lain pun ok, nak mintak bidan carikan yang segar lagilah bagus. Alhamdulillah...banyak membantu. Jadi...waktu sakit diserang angin ni..amalkan mandi air suam. Mandian herba ni pun elok diamalkan walaupun tak sakit. Bagi badan rasa segar.




3- Minum Air Rebusan Halia dan Serai


Haa..ni yang nak kongsi dengan anda semua. Disebabkan saya dah rasa tak ketahuan..sakitnya badan penangan angin. Saya buat la air serai halia ni...minum. Siaplah bedebush-debush angin berebut-rebut keluar. Alhamdulillah setelah amalkan 3-4 hari, rasa banyaklah leganya. Macam mana nak buat?

Mula-mula..sediakan bahan-bahannya..simple saja.

VERSI 1 (SESUAI UNTUK MINUM DI RUMAH)


(sebelum direbus)

a- serai 1 batang (diketuk boleh, dihiris pun boleh)

Saya suka ketuk sebab saya nak rebus dan lepas rebus serai tu saya nak biar dalam air tu...jadi kalau hiris ada potensi untuk terhirup masuk mulut sekali. hehe.

b- halia sebesar ibu jari (ditumbuk separa lumat)

c- kurma 1 biji


Kemudian, masukkan air dalam periuk, saya buat separuh periuk saiz kecil, dan masukkan semua bahan-bahan. Rebus dengan api kecil. Bila dah mendidih, tutup api. Kurma diasingkan. Kalau air masih banyak tunggulah suam sikit baru diminum. Kalau air tinggal sikit (bergantung banyak mana air yang guna untuk rebus tadi), bolehlah campur lagi dengan air masak biasa. Sedap minum masa suam-suam panas tu. Minum untuk sepanjang hari. Boleh simpan dalam peti sejuk. Kalau dah agak-agak air dalam tumbler tu tinggal separuh, top up lagi air masak / air suam. Macam mana rasanya? Pada saya, sedap. Halia dan serai tu kombinasi yang bagus..sebab bahan-bahan ni tak banyak jadi tak pedar sangat pun rasa halia. Kurma menyebabkan air rasa lemak-lemak, tak manis pun sebab sebiji je kurma.

VERSI 2 (UNTUK BEKAL KE TEMPAT KERJA)


nampak sedapkan? Refreshing

a- serai 1 batang dihiris (jangan halus sangat)

b- halian dihiris lebar tapi nipis

c- lemon dihiris nipis ( 2 hirisan dah memadai)

d- madu  lebah asli 1 sudu 


Rendam bahan a - b dalam air yang mendidih (kira-kira satu mug) dan tutup rapat kira-kira 15 minit. Kemudian, isi air masak dalam tumbler yang besar. masukkan air rendaman tadi beserta bahan-bahan yang dihiris. Masukkan hirisan lemon dan akhir sekali masukkan madu lebah ke dalam air tersebut. Sedia untuk diminum sepanjang hari. Sama seperti di atas, jika air dah agak-agak tinggal separuh bekas, boleh tambah air lagi. Rasanya? Masam-masam, pedas sikit, ada manis sikit. Saya tak gunakan kurma kerana jika bawa ke tempat kerja, ada potensi air jadi masam bila menjelang petang jika tak berada dalam suhu yang betul.

4. Supplement Peppermint Ginger Plus
Saya tahu, walaupun nak buat air halia tu senang je, tapi ramai juga yang tak berkesempatan nak buat. Tak pe, ini alternatif buat anda yang sibuk. Saya sendiri pun mesti ada stok PGP ni kat rumah. Ini cara paling senang, telan je pil comel ni. In sha Allah..angin-angin jahat akan lari keluar daripada badan anda. Nak beli? Boleh contact saya. Saya ahli Shaklee dan memang amalkan pun produk Shaklee ni. Harganya cuma RM45 sahaja.


5. Makan berulam halia, kunyit, bawang putih dan lada hitam

Ini sebenarnya makanan orang dalam pantang. Mudah jugak. Halia, kunyit hidup , bawang putih dihiris nipis. Goreng dalam minyak yang sedikit sampai agak kekuningan kemudian angkat. Lada hitam pulak basuh dan keringkan..kalau saya makan mentah dan sebijik-sebijik gitu je. Makan dengan nasi panas, makan lah sekali dengan lauk-pauk anda yang biasa (elakkan makan makanan yang bersifat angin macam sayur kacang panjang, kobis, ubi keledek, labu dll).


***Pesan saya, bila dah makan halia, lada hitam, minum pun air halia, pastikan minum air kosong lebih daripada biasa sebab semua ni sifatnya panas. Risau naik ulser pulak nanti kalau badan jenis tak tahan.

6. Pastikan tidur cukup

Ini saya sendiri dapat rasa. Kalau tubuh kita berada pada tahap tak begitu sihat, cedera, lemah, seboleh mungkin jangan tidur lewat. Pastikan anda dapat tidur yang cukup. Kurang tidur menyebabkan badan anda lagi mudah nak masuk angin. Kalau boleh tidur dengan memakai pakaian yang menutup seluruh tubuh. Seluar panjang, baju lengan panjang, kalau dapat pakai stokin lagi baik.

7. Pastikan rutin ke tandas lancar

Ini pun satu lagi punca angin tak keluar dari badan. Sembelit atau susah nak membuang air besar. Sungguh! Perkara ni tak pelik. Biasanya bila saya dah makan semua remedi kat atas, saya lebih mudah ke tandas. Selesai tu...alhamdulillah rasa lega perut dan badan sekali rasa ringan. Macam mana pulak nak bagi mudah proses perkumuhan ni? Kalau nak ikut saya, saya makan suplemen Ostematrix Shaklee...ini pun stok wajib di rumah. Makan malam, pagi esok mudah ke ke tandas. Tapi kalau suami saya, dia suka makan pisang. Stok pisang di rumah kami tak pernah miss. Lain orang lain caranya.

Baiklah, itulah serba sedikit perkongsian saya dengan anda para pembaca semua. Semoga yang baik anda boleh manfaatkan. Oh ye..kalau mengandung..dapatkan nasihat doktor dulu sebelum amalkan sesuatu. Tapi Ostematrix memang selamat. PGP pun selamat asalkan jangan lebih dos. 

Kalau nak tempah suplemen Shaklee boleh hubungi saya ya.

Puan Mai
SID 918631
012 3302067 (SMS/WHATSAPP/ TELEGRAM)
Min-Aina-Ila-Aina (Facebook Fanpage)

Set Vitamin Raya

Errrk? Ada jugak ke Vitamin Raya ni? 
Ok, vitamin ni saya beri nama Set Vitamin Raya disebabkan mereka ni penting time-time perjalanan balik ke kampung mahupun semasa berziarah dan juga keadaan biasa musim perayaan di mana perut kita tak henti-henti diisi dengan juadah yang sedap-sedap sampai boleh menyebabkan tak sihat badan.

Meh saya nak senaraikan vitamin dalam gambar di atas, bermula dari kiri:

1- Performance Drink (PD)

PD ni macam yang saya selalu cerita dalam entri-entri lepas, ialah minuman tenaga berperisa oren yang cukup marvelous! Memberi tenaga segera, secepat 15 minit selepas diminum. Saya dapat rasa perbezaan lepas minum PD ni masa mengandung tahun lepas. Dah nak collapse dah rasa, minum PD ni segelas in sha Allah, dengan izin Allah juga, dapat buat aktiviti macam biasa balik. Jadi memang sesuai sangat untuk diminum pada waktu sahur dan berbuka, terutamanya jika menempuh perjalanan balik kampung yang jauh. Memandu ni nampak saja duduk, tapi kalau badan tak bertenaga bahaya. PD juga sangat sesuai diambil jika cuaca panas. Mana tahu nanti masa berziarah tu panas lit lit ke, bolehlah minum PD ni untuk recharge. Sesuai untuk semua, termasuk kanak-kanak dan orang tua. Ia tidak manis, nak manis tambahlah gula dam bancuhan.

2- Alfalfa Complex

Alfalfa ni merupakan suplemen yang mempunyai 1001 khasiat, namun apa yang penting untuk musim perayaan ialah peranan alfalfa untuk flush segala lemak dan bahan-bahan yang tidak perlu yang diambil di musim raya. Faham-faham sajalah, mesti ada hidangan rendang, ketupat, lemang, kuah kacang dan aneka kuih raya yang tinggi lemak tinggi gulakan. Sayang sungguh dah puasa sebulan, dah turun 1-2 kg atau lebih, raya ketiga dah naik berat asal. Jadi biar alfalfa bantu buang segala lemak dan toksik tu, jangan biar terkumpul dalam perut kita nan satu.

3- Peppermint Ginger Plus (PGP)

PGP adalah suplemen dalam kategori herba, bahan asasnya halia dan ada rasa mint yang boleh membuatkan perut rasa selesa. Kalau Eno tu kita taktahu apa bahannya, PGP pula memang diperbuat daripada bahan-bahan semulajadi. Dah makan pulut tu, jaga-jaga dengan serangan angin. Jadi PGP sangat sesuai untuk halau angin tu kekuar dari badan. Tak bestlah sakit di musim raya nikan. 

4- Lecithin

Yeahhh..Lecithin si pembakar lemak. Sebelum bagi alfalfa bertindak buang lelemak tidak baik itu, kena bagi Lecithin bakar / cairkan dulu lemak tu. Lecithin ni selain membekalkan kolina yang baik untuk otak, juga bertindak sebagai 'fat emulsifier'. Jadi, taklah rasa bersalah sangat untuk makan di hari raya kan. Takkanlah datang rumah orang, bila orang hidang makanan kita nak cakap "Saya diet, tak dapat makan". Kecik hati tuan rumah nanti.

5- Cinch Energy Tea Mix

Cinch Tea ni ialah teh yang super superb. Sebab apa saya kata begitu? Ia adalah gabungan 4 jenis teh. Cinch Tea ni memang sangat-sangat bagus diambil untuk orang yang nak berjaga malam, nak drive, atau nak jalani aktiviti yang padat sepanjang hari. Buntang je mata. Sesuai dengan namanyakan, 'energy boost' adalah peranannya. Nak campur dengan PD dan jadikan lemon tea pun boleh. Oh ya, ia juga bertindak meninggikan kadar metabolisme, jadi siapa minum Cinch Tea susah nak gemuk.

Di sini kami ingin mengambil kesempatan mengucapkan Selamat Hari Raya, semoga selamat semuanya dan amalan kita diterima Allah.

#Penghantaran terakhir sebelum hari raya ialah pada 15 Julai 2015 oleh Shaklee (M) Sdn Bhd.

#vitaminraya
#balikkampung
#inikanraya
#shakleebandarseriputra

** Disclaimer
This product is not intended to diagnose, treat, cure or prevent any diseases. This product is just a supplement to help you stay healthy.


Pertanyaan? Hubungi:


Puan Mai (SID 918631)
SMS: 012 3302067
EMEL: minaina_ilaaina@yahoo.com
FB FANPAGE: Min-Aina-Ila-Aina

* MAIA merupakan pengedar Shaklee yang sah dan menerima pembelian secara Self Pickup. Lokasi kami berhampiran kawasan Bandar Seri Putra, Bandar Bukit Mahkota, Bangi Lama, KUIS, UKM dan Bandar Baru Bangi. Penghantaran melalui pos boleh dibuat ke seluruh Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak.

Alhamdulillah selesai sudah 10 hari kita berpuasa.

Maafkan saya kerana lambat up entri ni, sepatutnya entri ni kena up awal-awal puasa atau sebelum bulan puasa hari tu. Apapun, saya harap sedikit tips yang dikongsi di sini dapat memberi manfaat kepada semua.

Masalah ni berlaku pada suami saya sendiri. Suami saya alami masalah perut yang rasa kembung, sebu dan ada gas. Tapi dia tak rasa pedih ulu hati. Kesannya, bila angin tu takmau jugak keluar...dia akan pening / sakit kepala. Sakit kepala bukan main-main punya, ni sampai muntah-muntah. Simptom ni dah lama berlaku sebenarnya, sejak Syawal tahun lepas lagi, dia sudahnya tak jadi puasa 6. Berlarutan la masalah ni. Biasalah lelaki, mana nak rajin makan suplemen walaupun isteri sendiri jual suplemen. Paling kuat pun dia minum teh halia atau makan daging masak halia. Dia lebih rela telan pil chi kit teck aun.

Sampailah Syaaban baru ni, dia cuba puasa juga, puasa sunat untuk tengok ketahanan badan. Huhu..baru pukul 8 pagi dah muntah-muntah. Pulak tu berlarutan peningnya sampai seminggu! Memang dia susah hati sebab Ramadhan dah dekat. Puasa Ramadhan bukan boleh suka-suka nak bukak, kalau bukak pun kena gantikan. Kami usaha juga cari rawatan bekam, tapi dah dekat sangat nak puasa. Semua perawat pun jadualnya penuh. 

Akhirnya 1 Ramadhan pun menjelma. Bersahur macam biasa. Dalam pukul 10 dah mula diserang angin dan pening serta muntah-muntah. Tapi suami bertahan juga, kesian nengoknya..sampai sejuk-sejuk badan. 

Alhamdulillah Allah nak tolong, ada seorang doktor rawatan alternatif homoepati dan bekam (yang saya hubungi sebab nak bekam tak kesampaian), mesej saya. Beliau bagi petua untuk kawal gastrik yang tahap muntah-muntah. Saya pun tak pasti betul ke suami saya ni gastrik. Sebab dah jumpa doktor, doktor tak kata gastrik pun. Tapi tak apalah, cuba je la kan. Mudah-mudahan mustajab. Dan sungguh, alhamdulillah...suami mulakan pada hari kedua. Caranya:

Bancuh 1-2 camca teh cuka epal, 
Campur dengan madu dan segelas air. 
Saya buat air suam.
Minum selepas bangun tidur sebelum sahur.
Untuk kesan lebih baik, ketuk halia dan campur sekali dengan jus cuka epal tu tadi.
Saya tak ketuk halia sebab ada possibility suami langsung tak minum nanti.hehehe. 
Saya bagi suami makan Peppermint Ginger Plus Shaklee.

Alhamdulillah, hari kedua tu pening tetap pening tapi bertahan. Takde lah sampai muntah dah. Kemudian, saya order kapsul Habbatussawda. Sebenarnya sebelum ni memang ada kapsul tu kat rumah, tapi jenuh suruh pun tak mau makan. Saya la yang makan sorang. Pada saya, habbatussawda ni memang serasi untuk buang angin. Maklumla saya kan baru je habis pantang bersalin. Jadi dalam tempoh 2-6 bulan tu memang try and error la makanan-makanan semua..kadang-kadang tak tahan juga, angin berpusar-pusar dalam perut dan jadi sakit-sakit badan. Saya cepat-cepat makan kapsul Habbatussawda dan Peppermint Ginger sebab risau angin tu pass ke baby pulak.

Hari ketiga, suami makan habbatussawda + jus cuka epal sewaktu sahur. Alhamdulillah takde pening-pening lagi. 

Kenangan 'Mabuk' di Taman Tema Genting


Ini cerita lama, cerita zaman muda-mudi..cerita baru tak ada. Dah tak sesuai kot nak ke taman tema lagi. Tunggu anak-anak besar sikit la pulak kot. Dulu-dulu takda blog, maka sekarang la kita menceceh.

Saya ni, kategori budak yang jarang sangatla nak travel-travel ni. Ada tak ada pun travel balik kampung je la. Maklumla anak orang susah. Tapi saya happy je kat uni tu...usia remaja semua benda pun rasa seronok ye tak. Beli-belah kat pasar malam pun best, makan kat medan selera pun kemain suka..ye tak Kak Reen (hahaha..seru kak reen pulak).

Ok, balik kisah pergi Genting. Kami di UIA..dekat dah la dengan Genting tu. Plan pun ad hoc je..malam plan, esok pagi dah gerak. Yang penting pergi tu dalam kiraan genap supaya masing-masing ada partner. Partner tu maksudnya kawan perempuan ye..bukan pasangan girlfriend boyfriend. Ada partner senang naik bas ada la kawan, nak main apa-apa permainan yang berpasangan pun ada kawan jugak.Tak la kena dok dengan orang yang tak dikenali.

Sabtu pagi-pagi kami dah keluar ke Stesen LRT ? apa nama stesen tu Kak Reen..lupa la. Adoi panggil kak reen lagi. Beli tiket bas Go Genting yang siap pakej dengan permainan outdoor. Berapa ringgit tidaklah saya ingat dah. Yang pergi nipun stok budak-budak baik belaka...yang jarang nak jalan-jalan ni. Bukanlah nak kata yang jalan-jalan tu jahat tidak la..maksud saya yang jenis jarang keluar. Masing-masing 'cerdik' tak sarapan dulu. hihihi. Apa ingat kat Genting sana ada jual kuih 3 singgit tepi jalan? Ada nasi lemak daun pisang? kahkahkah. Mujur la dah jadi habit saya bawak botol air..kalau tidak minum pun tak usah. heeee.

Bas gerak pukul 8, kemudian sampai kat transit yang nak kena naik kereta kabel atau gondola tu daki ke puncak. Seronok, excited la kan. Maklum tak pernah keluar kandang ke tempat macam tu. Mula-mula pusing-pusing tengok permainan indoor...boring la sesuai untuk budak-budak je. Teruslah ke luar. Dengar dah la orang terjerit-jerit. Dalam hati saya "ha'a laa...sama la macam dalam tv" kikiki. sila jangan gelak. 

Ok, permainan pertama yang kami main tu..adalah pemusnah kepada segala keseronokan datang ke taman tema..untuk saya. Hanya saya sorang saja. Saya tak ingat nama permainan tu tapi dia ala-ala buaian pusing. Haaa..gambar bawah ni dia la kot.


Tau kenapa buaian ni saya gelar pemusnah keseronokan dan keterujaan saya?
Turun-turun je, saya pening! Ingatkan sekejap je rupa-rupanya tak mau hilang. Adoi...takkan la baru satu permainan dah nak keluar? Dah keluar mana boleh masuk balik dah. Kesian la kat kawan-kawan kan? Lalu saya pun bertahan je la..Pura-pura ok dna buat taktau je dengan kepeningan tu...tapi tetaplah tak berapa best, tak feel sangat. Tak feel tak feel pun habis juga jelajah. Naik juga roller coaster, space shot dan lain-lain. hehehehe.



Space shot ni naik bertiga-tiga pulak..terpaksa la sorang duduk sebaris dengan orang lain. Saya la tu. Ceee..macam berani je kan? Serius kecut masa nak turun tu. Walaupun saya tak menjerit, tapi dalam hati memang mengucap tak henti-henti. Bayangkan kalau jatuh benda tu, atau penghadang tu tercabut? Nauzubillah.Cukuplah sekali. Tinggi weiii...bukan calang-calang orang boleh naik ni. Syabas Maizura!



Space shot tu haa..yang macam menara paling tinggi tu. Mula-mula dia bawak kita naik pelan-pelan sampai atas..cantik je tengok pemandangan. Sekali masa nak turun, jatuh selaju-lajunya! Rasa nak pecah dada. 


Mak gigih korek album dan snap gambar lama okey...
Saya dua dari kiri.

Kami keluar dari taman tema tu dalam pukul 3 sebab nak solat zohor. Masa tu saya dah rasa lain macam dah..ketar kaki, kepala pening, badan rasa melayang. Siap solat, masing-masing kelaparan. Fast food je la kan kat sana. Taktau la kalau sekarang dah ada masak panas pulak. Dulu memang tak ada. Tak silap saya kitorang ke McD kot, dah tak ingat sebab menahan sakit. Makan burger la agaknya masa tu.. Air pun pegi bantai minum air bergas...masa tu tak fikir langsung yang itu akan memburukkan keadaan saya.

Dah petang, nak balik. Turun dengan gondola jugak. Masa sampai kat transit tu..saya dah tak larat nak keluar dari gondola. Kena papah. Malunya ya Rabbi...semua orang pandang. Budak ni buat apa agaknya kat puncak genting sampai tergolrk macam tu. Janganlah ada yang kata saya 'mabuk' minuman keras. hahaha. Masa dalam bas lagi la azab. Jalan kan bengkang-bengkok...dah rasa nak keluar semua isi perut. Standby plastik je. 

Sampai je stesen LRT, terus saya meluru ke toilet. Tapi takmau muntah pun. Badan je menggigil-gigil. Peluh sejuk pun dah merembes. Masuk toilet sebab rasa nak membuang. Wohaa..lepas membuang tu la baru rasa legaaaa sikit. Angin dah keluar gaknya. Dalam kelayuan kami balik ke hostel. Seronok tapi tragis!

Tips Sebelum Ke Taman Tema


- Sarapan pagi dulu sebelum travel

- Bawak la bekal makanan..roti ke kuih ke

- Genting tempat peranginan, jangan harap la ada nasi berlauk ye.

- Kenali kelemahan sendiri sebelum nak cuba sesuatu permainan di taman tema. 

-Bawak juga bekal ubat untuk emergency macam minyak aingin ke paracetamol ke. Takpun bawak vitamin yang sesuai untuk masa-masa kecemasan macam Peppermint Ginger Plus yang bagus untuk atasi mabuk perjalanan. Performance Drink untuk tenaga segera.

Apa-apa pun, saya dah berjaya naik SpaceShot! Siapa pernah?



Berminat nak dapatkan suplemen di atas? Hubungi saya melalui mana-mana medium di bawah dan saya akan layan pertanyaan anda. Penghantaran melalui pos boleh dibuat ke seluruh Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak. COD (dengan caj penghantaran) atau self pickup boleh dilakukan di kawasan-kawasan berhampiran lokasi kami iaitu Bandar Seri Putra Bangi, Bandar Bukit Mahkota,Bangi Lama, Nilai 3KUIS dan UKM.

Untuk maklumat lanjut, hubungi:

Puan Mai (SID 918631)
SMS/ WA/TELEGRAM: 012-3302067
EMEL: minaina_ilaaina@yahoo.com
FB FANPAGE: Min-Aina-Ila-Aina

*MAIA merupakan pengedar Shaklee yang sah dan menerima pembelian secara Cash on Delivery (COD) atau Self Pickup di kawasan Bandar Seri Putra, Bandar Bukit Mahkota, Bangi Lama, KUIS, UKM dan Bandar Baru Bangi. Caj penghantaran akan dikenakan bergantung pada jarak kawasan. Penghantaran melalui pos boleh dibuat ke seluruh Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak.

Assalamualaikum. 

Alhamdulillah kita dah pun menyambut Syawal tahun ini dan cuti raya pun dah habis. Kami sekeluarga menyambut Syawal secara sederhana saja, tak de berjalan ke mana sangat memandangkan situasi saya yang tak berapa nak mengizinkan. Balik kampung, dok rumah mak layan tetamu, ziarah keluarga terdekat (tu pun tak ramai sebab ramai yang dah datang ziarah kami) dan pergi kenduri naik buai cucu jiran sebelah rumah. Petang raya ketiga kami dah gerak balik ke Bangi. Balik awal sebab nak elakkan jammed. Gambar masih kat handphone, takde ambik gambar dengan kamera pun. Dan sebenarnya saya sendiri tak bergambar kali ni. Maklum aje la kenapa..'penguin' ni segan nak bergambar. hehe.

Walaupun cuti raya dah habis dan masing-masing dah kembali bertugas, anak-anak dah kembali ke sekolah, tapi raya bagi rakyat Malaysia tetaplah sebulan. Tentu saja ada openhouse di sana-sini terutama di hujung minggu nanti. Mungkin ada yang dapat jemputan sampai 3-4 buah rumah dalam sehari. Dah nama open house, mestilah juadahnya pelbagaikan? Dan...tentu saja juadah yang sedap-sedap. Takde nya orang nak jamu buah-buahan atau salad je di hari raya. Paling kurang lemang, rendang, nasi himpit dan kuah kacang mestilah ada. Takpun juadah-juadah lain yang lebih membuka selera. Natijahnya, ramai yang alami ketidakselesaan perut akibat makan terlalu banyak atau makan terlalu banyak jenis makanan dalam satu-satu masa. Nak nak pulak juadahnya tu bersantan, berlemak, berminyak, pedas, berkacang, berpulut yang memang ada orang tak tahan.  Tak dimakan, raya setahun sekali ye tak. Masa hari-hari awal raya pun dah ramai yang berebut tandas..hihi. Teringat macam mana anak-anak saudara saya dan pak-pak saudaranya berebut bilik air nan satu di rumah mak saya.

Apa yang boleh disarankan, berpada-pada ketika makan. Perut kita dah rehat sebulan, tiba-tiba disumbat dengan segala macam makanan secara mengejut, memang terkejutlah perut tu kan. Ketidakselesaan perut ni jangan pandang ringan, mungkin ada yang cuma rasa tak selesa, perut berangin, cirit-birit ringan, tapi ada juga yang sampai muntah-muntah teruk tak kena gaya admit ward. Jadi, eloklah kita beringat sebelum kena, tambah-tambah anak-anak kita. Antara langkah yang boleh diambil,

- Banyakkan minum air masak sepanjang hari untuk melancarkan sistem penghadaman kita. Anak-anak apatah lagi, memang perlu diingatkan selalu agar minum air masak selain air manis yang dihidang sejuk di kebanyakan rumah. Kalau air bergas @ berkarbonat tu, eloklah dielakkan terus.

- Elakkan makan beberapa jenis makanan secara serentak atau bersambung-sambung tanpa sela masa untuk perut memproses makanan yang telah dimakan.

- Kalau ada makanan yang boleh ditambah cili misalnya cili padi dalam laksa, sambal kicap dalam bihun sup, atau sambal cili untuk kuah kacang kurangkanlah cili tersebut. Makan makanan yang terlampau pedas memang meninggikan risiko terkena serangan sakit perut dan cirit-birit. 

- Sebaiknya waktu makan utama iaitu sarapan, lunch dan dinner jangan dilangkau. Kalau kita biasa makan nasi, ambil sedikit nasi pada waktu-waktu tersebut. Kalau pun tak lalu makan nasi, ambillah makanan berat yang lain macam roti atau mi. Kadang-kadang perut kita rasa sebu akibat makanan rapu dan menyebabkan kita tidak mahu lagi makan mengikut jadual yang sepatutnya. Ia satu tindakan yang boleh menyebabkan perit kita bertambah tidak selesa.

- Salah satu cara menjaga perut agar tidak terlalu tertekan adalah dengan detoks. Saya suka menyarankan Herblax Shaklee sebagai agen detoks yang paling berkesan namun lembut terhadap perut. Herblax membantu membersihkan perut dan kolon daripada sisa-sisa makanan yang tidak dinyahkan dengan baik. Kadang-kadang di musim perayaan ni, bukan sahaja cirit-birit, sembelit pun boleh jadi juga. Pendek kata. perut tidak dapat berfungsi secara normal akibat tekanan daripada aktiviti makan yang luar biasa. Selain Herblax, Peppermint Ginger Plus juga merupakan suplemen kecemasan yang patut ada dalam setiap keluarga. Diperbuat daripada ramuan halia, pudina, adas dan jintan, Peppermint Ginger Plus sememangnya dapat melegakan masalah angin dan senak perut. PGP juga sangat sesuai untuk mereka yang mengalami mabuk perjalanan. Ini salah satu testimoni Peppermint-Ginger Plus daripada pelanggan yang sudah merasai khasiatnya.


 "disebabkan saya makan pulut terlalu banyak, menyebabkan saya loya dan pening...malam tu badan dah tak sedap dah...macam nak demam je...sebelum gerak pulang ke rumah, saya sempat makan ketupat palas sekali lagi...kesannya, saya rasa loya dan pening makan menjadi-jadi...before bergerak, saya telan 3 biji peppermint-ginger plus (niat untuk hilangkan loya)..alhamdulillah tak lama kemudian, saya asyik sendawa dan akhirnya saya rasa cergas semula..."



Set Detoks Herblax RM 52.50 & Alfalfa (S) RM 53.75



Peppermint-Ginger Plus RM 45.00

Bagi yang berminat, boleh hubungi kami melalui medium di bawah:

MAI (SID 918631)
SMS / WHATSAPP: 012 3302067
EMEL: minaina_ilaaina@yahoo.com
FB FANPAGE: Min-Aina-Ila-Aina


Klik imej untuk paparan lebih jelas

PENAWAR CARA SHAKLEE

Setiap punca yang dinyatakan di atas adalah disebabkan oleh masalah dalaman dan masalah pemakanan dan gaya hidup. Untuk itu, penyelesaian bagi masalah ini bermula daripada diri kita sendiri. 

Zone 1 & 2 : Biasanya jerawat pasir la kan yang tumbuh di kawasan ini. Seperti dinyatakan di atas, lebihkan air dan sayur-sayuran. Anda boleh juga mengambil Performance Drink untuk menghidrasikan badan.

Zone 3 : Anda boleh ambil Dtx Complex suplemen khusus untuk hati bagi membantu kesihatan hati anda.

Zone 4 & 10 dan 6 & 8 : Anda harus berehat, kurangkan makanan yang tidak berkhasiat. Lebihkan pengambilan air kosong atau Performance Drink. Jika anda susah untuk tidur, OsteMatrix mungkin dapat membantu anda.

Zone 5 & 9 : Berhenti merokok dan elakkan menjadi perokok pasif, iaitu menyedut asap rokok orang lain. Bahagian bawah pipi yang bermasalah juga mungkin menunjukkan masalah gigi dan gusi. Vitamin C sangat baik untuk kesihatan gusi.

Zone 7 : Jantung. Masalah kulit pada kawasan ini mungkin menandakan masalah tekanan darah. Jika tekanan darah anda tinggi, Omega Guard, B-Complex dan OsteMatrix sesuai untuk mengawal tekanan darah anda. Manakala jika tekanan darah anda rendah, anda memerlukan Vita-lea iron Formula dan Performance Drink.

Zone 12 : Anda ada masalah perut dan penghadaman. Perut anda mungkin dipenuhi toksin. Untuk mengatasi masalah ini, ejen detoks seperti Herb-lax, Alfalfa Complex, Garlic Complex dan Peppermint-Ginger Plus adalah pilihan terbaik. Tidak mahu semua? Kami akan cadangkan apa yang terbaik untuk anda. Jangan lupa detoks hanya boleh berjalan lancar jika anda minum air dalam kadar yang mencukupi.

Zone 11 & 13 : Masalah hormon dan stres. Untuk stres, anda perlukan vitamin anti-stres iaitu B-Complex dan untuk menyeimbangkan hormon sekaligus mencantikkan kulit, GLA Complex adalah penyelamat anda. (GLA Complex sedang promosi Jun 2013 ini. Jangan lepaskan peluang anda untuk dapatkan harga yang sangat berbaloi!)

Zone 14 : Anda mungkin dijangkiti bakteria. Anda perlukan Vitamin C, Zinc dan Nutriferon untuk imuniti. Vita-lea untuk nutrien lengkap A-Z dan Performance Drink membantu anda kekal hidrat.

Pertanyaan? Hubungi:

MAIA (SID 918631)
SMS: 012 3302067
EMEL: minaina_ilaaina@yahoo.com
FB FANPAGE: Min-Aina-Ila-Aina

* MAIA merupakan pengedar Shaklee yang sah dan menerima pembelian secara Cash on Delivery (COD) atau Self Pickup di kawasan Bandar Seri Putra, Bandar Bukit Mahkota, Bangi Lama, KUIS, UKM dan Bandar Baru Bangi. Caj penghantaran akan dikenakan bergantung pada jarak kawasan. Penghantaran melalui pos boleh dibuat ke seluruh Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak.





Memang terbukti halia adalah satu asas makanan yang pasti ada di dapur anda. Halia bukan sahaja digunakan dalam masakan dan minuman, tetapi dalam ubat – ubatan tradisional juga.

Menurut seorang doktor di India, halia yang kaya dengan mineral bermanfaat seperti kalsium, fosforus, besi, magnesium, zat besi dan beberapa mineral penting yang lain . Disebabkan itu juga, halia sangat popular di kalangan masyarakat India untuk mengubati masalah penghadaman dan juga pernafasan. 



Tahukah anda bahawa terdapat beberapa tips untuk anda pelbagaikan penggunaan halia. Lihat senarai di bawah. 

Halia sebagai pembuka selera dan penawar gastrik
Apabila anda makan halia sebagai pembuka selera, ia dapat mengelakkan anda daripada diserang penyakit pedih hulu hati selepas makan. Ia juga meningkat sistem penghadaman anda dengan membuang toksin. Cara makannya, hiris halia dan sejukkan seketika. Jika anda tidak tahan rasa pahitnya, gaulkan dengan sedikit gula dan perah sedikit air limau nipis dan kunyah halia sebelum makan. 

Halia pengganti ubat selsema dan batuk 
Jika tiba-tiba anda diserang selsema dan batuk di tengah malam dan tidak mempunyai ubat batuk di rumah, apa yang ada boleh buat adalah rebus halia dan minum jusnya. Terbukti halia akan membantu menghilangkan batuk dan selsema anda sekurang-kurangnya sehingga esok pagi. Halia juga membantu mengurangkan pening kepala termasuk migrain. Jadi, anda tak perlu lagi makan ubat batuk dan selsema yang mengandungi bahan kimia dan dadah. Halia merupakan penawar semulajadi.

Halia mengurangkan rasa loya ketika perjalanan jauh 
Mungkin ada di antara anda yang berasa loya apabila memulakan perjalanan jauh. Tak kira la sama ada menaiki bas, kereta, kapal terbang ataupun bot. Jika ada mengalami rasa loya itu, kemam halia dalam mulut anda. Halia akan memudahkan enzim percernaan yang membolehkan proses pencernaan dengan cepat. Halia juga dapat membantu anda menstabilkan kembali rasa loya tersebut. 

Halia pengubat sakit otot 
Halia kering mempunyai analgesic dan anti radang yang digunakan secara terapeutik untuk mengurangkan sakit sendi dan radang artritis. Lebihkan penggunaan halia dalam masakan anda ketika anda mengalami sakit ini. Sedikit sebanyak ia dapat meredakan sakit anda. 

SEMUA KHASIAT ADA DALAM PEPPERMINT-GINGER PLUS SHAKLEE

Bunyinya memang senang, rendam, rebus, kemam, kunyah, masak dan sebagainya. Tapi nak buat tu la yang kurang rajin. Betul tak? Saya penggemar halia ni pun tak rajin apatah lagi yang tak berapa gemar dengan rasa dan bau halia. Haa..dengan Peppermint Ginger Plus (PGP) ni anda tak perlu risau lagi. Kalau suka, boleh dilarutkan dalam air / teh O panas...sedap dan menyegarkan. Kalau tak suka, boleh telan begitu saja jadi tak rasa apa-apa namun khasiatnya sama.



MANFAAT UTAMA PEPPERMINT-GINGER PLUS

Pudina: Melegakan otot perut, ia mempunyai kesan penenang. Membantu penghadaman, mabuk perjalanan, membantu melegakan gastrik, pedih hulu hati dan cirit-birit. Selain itu, ia melegakan kesan-kesan sampingan seperti muntah dan kehilangan selera makan yang timbul akibat rawatan kemoterapi. Pudina merangsang mengeluarkan peluh, oleh itu ia menyekat demam apabila seseorang itu dijangkiti selsema akibat kesejukan. Perasaan sejuk dan menyegarkan daripada pudina membantu memelihara pemikiran yang jelas dan kekal fokus.

Halia: Masyarakat Cina telah menggunakan halia lebih daripada 2 ribu tahun. Halia merangsang rembesan enzim salvia untuk pencernaan makanan. Ia melegakan ketidakselesaan perut dan usus, senggugut, loya dan mual ketika mengandung dan semasa dalam pantang. Satu kajian di United Kingdom menunjukkan bahawa halia menghalang muntah selepas pembedahan pesakit wanita. Penyelidik di Switzerland mendapati halia berkesan sebagai remedi merawat mabuk laut. Laporan penyelidikan awal telah merumuskan bahawa halia juga merawat dan mencegah masalah mabuk perjalanan.

Adas/ Jintan (fennal): Orang-orang Eropah mengambil biji adas selepas makan untuk menghilangkan kembung perut. Ia melegakan sakit perut dan melegakan selsema. Ia juga dapat membantu dalam masalah alergi pada saluran usus.

Jintan Manis (anise): Digunakan oleh orang-orang Mesir purba. Ia melegakan masalah pencernaan dan gejala senggugut, batuk dan kahak. Merangsang rembesan jus gastrik untuk pencernaan, menahan kulat yang menyebabkan penyakit kulit yang ringan, melegakan haba di musim panas dan lembap, menjana tenaga badan dan lembut pada perut.

RESEPI PEPPERMINT-GINGER PLUS SAYA

# Peppermint dilarutkan dalam teh hijau
# Peppermint dilarutkan dalam susu suam

Pssst..ada pelanggan saya yang kunyah macam tu saja tau masa memandu untuk elak mengantuk dan pening dalam perjalanan. Boleh cuba, mungkin ada suka :-)

** Disclaimer
This product is not intended to diagnose, treat, cure or prevent any diseases. This product is just a supplement to help you stay healthy.



Pertanyaan? Hubungi:

MAIA (SID 918631)
SMS: 012 3302067
EMEL: minaina_ilaaina@yahoo.com
FB FANPAGE: Min-Aina-Ila-Aina

* MAIA merupakan pengedar Shaklee yang sah dan menerima pembelian secara Cash on Delivery (COD) atau Self Pickup di kawasan Bandar Seri Putra, Bandar Bukit Mahkota, Bangi Lama, KUIS, UKM dan Bandar Baru Bangi. Caj penghantaran akan dikenakan bergantung pada jarak kawasan. Penghantaran melalui pos boleh dibuat ke seluruh Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak.