Showing posts with label Set Gout. Show all posts
Showing posts with label Set Gout. Show all posts
Nama alfalfa bukanlah nama yang biasa kita dengar sehari-hari, kecuali anda seorang pengamal suplemen dan sukakan herba. Ya, saya sendiri pun awal-awal dulu hairan dengar nama alfalfa ni, tak famous macam kunyit, halia, bawang putih, atau pun habbatussawda'. Sejak Shaklee menjadi fenomena di seluruh Malaysia, alfalfa semakin dikenali lebih-lebih lagi di kalangan ibu-ibu yang menyusukan anak dengan susu ibu. Alfalfa terkenal sebagai milkbooster (penggalak susu) yang hebat!

Tapi...nanti dulu...anda yang tidak menyusukan anak juga sebenarnya boleh mengambil alfalfa. Alfalfa bukanlah khusus untuk ibu menyusu sahaja tetapi sebenarnya ia bagus untuk semua (kecuali pesakit auto-immune dan ibu mengandung). Alfalfa Shaklee (Medicago Sativa) ditanam secara organik di California, bebas pestisid, herbasid dan menggunakan baja kompos bebas bahan kimia. Tumbuhan ini mengambil masa sekurang-kurangnya 2 tahun untuk membesar dan akarnya boleh menelusur sehingga 20 kaki ke dalam tanah untuk menyerap pelbagai nutrien. Daun alfalfa yang telah matang kaya dengan klorofil, protein, asid amino, serat, zat galian, vitamin dan enzim serta fitokimia. 

SIAPA LAGI YANG BOLEH MENGAMBIL ALFALFA?


 Antara set-set paling laris yang mengandungi alfalfa

SET MENYUSU

Kombinasi Alfalfa + ESP merupakan set bajet untuk manfaat ibu-ibu yang menyusukan. Alfalfa sebagai milkbooster membantu ibu-ibu yang mengalami masalah kekurangan air susu ibu ditambah dengan ESP yang mampu memekatkan susu membuatkan bayi anda mudah kenyang dan tidur lena. Namun demikian, harus diingat bahawa penyusuan badan perlu mematuhi hukum SUPPLY VS DEMAND, iaitu kekerapan menyusukan anak harus dijaga, kerana kurangnya permintaan mengakibatkan kurangnya pengeluaran air susu.

SET SLIMMING

Alfalfa juga merupakan produk yang sangat penting buat mereka yang ingin menurunkan berat badan secara alami. Kombinasi alfalfa dan lecithin merupakan gabungan paling bajet untuk proses menguruskan badan yang kami tawarkan. Lecithin akan bertindak sebagai pembakar lemak (emulsifier) secara semulajadi dan tidak memberikan kesan sampingan negatif, manakala alfalfa pula bertindak menyahkan lemak-lemak yang telah dibakar oleh lecithin tadi, terus disingkirkan daripada badan melalui perkumuhan. 

SET KEWANITAAN / KEINTIMAN

Sebenarnya, ramai di kalangan suami isteri yang menyimpan perasaan berkaitan hubungan intim setelah perkahwinan sampai ke satu tahap dalam rumahtangga. Sama ada masalah kedinginan, keputihan atau masalah di bahagian intim, ia sepatutnya tidak boleh diambil mudah. Ini biasa berlaku setelah isteri melahirkan beberapa orang anak, ataupun isteri sedang menyusukan anak, atau setelah rumahtangga mencapai umur yang agak lama. Para isteri yang selalu rasa rendah diri akibat proses melahirkan dan bentuk tubuh yang sudah berubah seharusnya tidak perlu gusar kerana dengan pengambilan alfalfa secara konsisten, anda akan kekal perawan buat suami anda. Ingin kembali muda melayari bahtera, anda dan suami boleh mengamalkan vita-e complex Shaklee yang juga digelar sebagai 'vitamin cinta'.

SET GOUT

Penderita gout semakin hari semakin ramai. Antara suplemen yang boleh meredakan penyakit ini (dengan pengambilan konsisten dan makanan yang terkawal). Alfalfa dan Omega merupakan gabungan yang mantap untuk memerangi gout dan juga masalah sendi. Amalkan pengambilan air kosong yang mencukupi dan elakkan makanan laut serta sumber tenusu. 

SET RESDUNG

Resdung menyerang tidak mengira usia, malah di kalangan remaja juga cukup ramai penghidap resdung. Resdung menyebabkan hidup seseorang jadi kurang berkualiti kerana perlu berjaga-jaga dalam pemakanan, tempat tinggal dan juga tidak selesa berhadapan orang ramai. Alfalfa merupakan antihistamine semulajadi yang paling mudah dan murah. Ia membantu mengurangkan alergi dan sinus. Sebaiknya dengan kombinasi SR Vita-C Shaklee. Suami kepada sahabat saya, penderita resdung yang teruk akhirnya pulih terus daripada resdung dengan pengambilan suplemen Shaklee, dengan izin Allah juga tentunya. Elakkan ubat resdung atau alergi yang saiznya sangatlah kecil tapi boleh buat kita mengantuk dan lalok macam kena candu. Cubalah kaedah yang semulajadi dan selamat.

SET DETOKS

Set detoks merupakan set yang fokus kepada pembuangan toksin dari seluruh tubuh, membersihkan usus dan kolon serta menyahkan lemak dan kolesterol yang tidak bermanfaat. Alfalfa yang kaya dengan serat, dibantu pula dengan herblax, sangat sesuai buat mereka yang mengalami masalah pelawasan, sembelit, dan kurang pengambilan serat. Proses detoks ini juga merangkumi proses pembersihan tubuh daripada toksin yang menyebabkan jerawat. Proses ini sangat semulajadi dan tiada kesan-kesan negatif. Anda akan bangun setiap pagi dan akan buat lawatan ke tanda dahulu sebelum ke tempat kerja. Bagaimana nak tahu sama ada anda tidak mengalami masalah pelawasan? Adakah anda membuang air besar setiap hari dengan mudah? Jika 3-4 kali seminggu? Itu tandanya anda punya masalah.


** Disclaimer
This product is not intended to diagnose, treat, cure or prevent any diseases. This product is just a supplement to help you stay healthy.


PERTANYAAN / ORDER:

MAIA (SID 918631)
SMS: 012 3302067
EMEL: minaina_ilaaina@yahoo.com
FB FANPAGE: Min-Aina-Ila-Aina

* MAIA merupakan pengedar Shaklee yang sah dan menerima pembelian secara Cash on Delivery (COD) atau Self Pickup di kawasan Bandar Seri Putra, Bandar Bukit Mahkota, Bangi Lama, KUIS, UKM. Caj penghantaran akan dikenakan bergantung pada jarak kawasan. Penghantaran melalui pos boleh dibuat ke seluruh Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak.

Gout merupakan penyakit radang sendi yang amat menyakitkan berpunca daripada pembentukan kristal asid urik yang tajam seperti jarum. Sasaran paling lazim adalah ibu jari kaki, lutut dan tangan. Kesan serangan boleh terjadi dalam tempoh beberapa hari atau bulan. Lelaki dan individu obes merupakan golongan yang berisiko tinggi. Jika anda merupakan penghidap gout, terdapat beberapa pantang larang membabitkan makanan yang perlu dipatuhi bagi mengelakkan keradangan sendi.

Kekapis
Kurangkan pengambilan makanan laut seperti tuna, ikan billis dan makerel sewaktu mengalami serangan. Cukup antara 4-6 auns sehari kerana sumber makanan ini kaya deng an purine yang akan diuraikan menjadi asid urik.

Ayam Belanda
Ayam Belanda dan angsa tinggi dengan kandungan purine berbanding lain-lain jenis makanan. Jadi elakkannya. Ayam dan itik merupakan pilihan paling selamat. Namun, daging di bahagian kaki debih baik berbanding dada dengan kulit.

Bir
Bagi penghidap gout, bir akan menimbulkan dua kali ganda masalah. Ia bukan sahaja meningkatkan paras asid urik tetapi juga menyukarkan sistem menyingkirkannya daripada tubuh.

Hati
Organ dalaman seperti hati dan pedal harus dielakkan

Lemak
Lemak tepu melemahkan tubuh dalam membuang asid urik. Pilihlah sumber protein berasaskan tumbuhan seperti soya, kekacang dan produk tenusu rendah lemak atau bebas lemak. Anda juga harus elakkan makanan ringan seperti biskut, kek, coklat, dinut, french fries, dan marjerin. Makanan tinggi lemak juga menyebabkan obesiti, keadaan yang sangat sinonim dengan gout.

Minuman Manis
Elakkan minuman manis dengan sirap jagung yang kaya dengan fruktosa seperti soda atau kordial. Ini kerana pemanis merangsang tubuh menghasilkan lebih banyak asid urik

Daging Merah
Tidak semua daging mengandungi kandungan purine yang sama. Sebagaimana diketahui daging putih lebih baik berbanding daging merah. Tetapi sesekali menikmati daging merah tidak mengapa. Jika ingin juga makan daging merahm pilihlah daging lembu berbanding kambing.

Roti Putih
Elakkan tepung yang diperhalusi (wheat flour) seperti roti putih, pasta dan lain-lain produk berasaskan tepung dna mengandungi gluten.

Asparagus, Kobis Bunga, Bayam, Cendawan
Asparagus, bunga kobis, bayam dan cendawan kaya dengan purine berbanding lain-lain sayuran. Namun demikian, ini tidak bermakna anda harus mengelakkannya langsung kerana sayur-sayuran ini tidak memudaratkan sebagaimana daging merah.

APA YANG BOLEH DIMAKAN

Anda boleh ambil produk tenusu rendah lemak atau tanpa lemak, karbohidrat kompleks seperti roti gandum dan bijirin. Berita baiknya, anda boleh minum kopi. Anda juga boleh ambil buah-buahan sitrus. Lebih penting lagi, anda perlu minum air dalam jumlah yang mencukupi, iaitu 8-16 gelas sehari. Pendek kata, anda perlu buang air kecil lebih kerap untuk membuang asid urik yang berlebihan.

CADANGAN SET KESIHATAN SHAKLEE UNTUK MASALAH GOUT

Bagi masalah gout, kami mencadangkan beberapa suplemen yang boleh diamalkan.

Vivix : Vivix merupakan suplemen terbaik untuk masalah sendi dan otot, seperti sakit lutut, sakit sendi dan gout. Ceri dan buah beri juga merupakan penawar terbaik bagi gout. Vivix dihasilkan daripada gabungan Muscadine Grape Extract, Purple Carrot Extract, European Elderberry Extract dan Polygonum Cuspicatum Extract.

Performance Drink: Performance Drink juga sangat sesuai untuk penghidap gout kerana ia memelihara kandungan bendalir dalam badan. Rumusan Opticarb yang sudah dipatenkan ini juga meningkatkan tenaga otot sebanyak 6 kali gand, memberikan tenaga dan memelihara pengaliran bendalir dalam tubuh. Ianya baik untuk sistem neuromotor (tindak balas saraf dan otot).

Omega Guard : Minyak ikan sangat terekenal dengan manfaatnya dalam memelihara fungsi-fungsi sendi. Paras asid lemak Omega-3 larut dalam tisu rawan. Oleh sebab itu ia boleh mencegah kemusnahan enzim yang membentuk tisu rawan. Ia mencegah arthritis, memeliharan sendi dan gout dengan efektif. Jika anda risau kandungan purine kerana minyak ikan kebanyakannya diambil daripada ikan laut air sejuk, jawapannya ada di bawah:

Q: A doctor advised me to take fish oil supplements to improve my cholesterol level. But the source of fish oil in many preparations includes sardines, trout and herring – fish that are high in purines and on the list of foods I should avoid because I have gout. How much purine is in fish oil supplements? Should I take them or not? 
A: Purines are found in the meat of the fish but not in highly purified, molecularly distilled fish oil, so it should not affect your gout. I recommend everyone consume at least 2,000 milligrams (mg) per day of EPA and DHA (two fatty acids in fish oil crucial to human health). Those with autoimmune disorders and arthritis should consume 3,000 to 6,000 mg in divided doses with meals. 

Alfalfa: Alfalfa juga merupakan antara suplemen yang baik untuk meredakan kesakitan akibat radang sendi.

** Disclaimer
This product is not intended to diagnose, treat, cure or prevent any diseases. This product is just a supplement to help you stay healthy.

Nota: Jika anda ada mengambil ubat untuk mencairkan darah misalnya warfarin, atau NSAID sila dapatkan nasihat doktor anda sebelum mengambil sebarang suplemen

Pertanyaan? Hubungi:

MAIA (SID 918631)
SMS: 012 3302067
EMEL: minaina_ilaaina@yahoo.com
FB FANPAGE: Min-Aina-Ila-Aina

* MAIA merupakan pengedar Shaklee yang sah dan menerima pembelian secara Cash on Delivery (COD) atau Self Pickup di kawasan Bandar Seri Putra, Bandar Bukit Mahkota, Bangi Lama, KUIS, UKM dan Bandar Baru Bangi. Caj penghantaran akan dikenakan bergantung pada jarak kawasan. Penghantaran melalui pos boleh dibuat ke seluruh Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak.