Showing posts with label Set Kurus Shaklee. Show all posts
Showing posts with label Set Kurus Shaklee. Show all posts

Lepas Bersalin, Perut Masih Buncit?


Jangan Tengok Rambut, Tengok Perut!



Ini mungkin gambar 2 tahun lepas, Kate pun dah mengandung second baby, girl katanya. Tapi inilah hakikatnya, keluarga diraja pun sama je dengan rakyat marhaen kalau bab mengandung ni.

Saya mengintai juga cerita kelahiran His Royal Highness Prince George of Cmbridge ni. Ramai betul yang puji rambut Kate Middleton tu, dan stylist diraja pun kena hendap. Tapi dalam banyak-banyak komen, saya tertarik dengan komen seorang pembaca yang bertanya.

"Kenapa perut dia still buncit walaupun dah bersalin?"


Haha! Ibu-ibu yang dah pernah bersalin mesti hangin je dengar soalan macam tu. Hakikatnya, proses bersalin tidak memungkinkan tubuh si ibu kembali ke bentuk asal dengan serta-merta. Itulah sebabnya ada tempoh berpantang di mana waktu itu si ibu perlu berehat dan menjaga kesihatan diri dan kesihatan bayinya. Waktu itu dikenali sebagai postpartum period. Dalam tempoh ini, tubuh ibu mengalami proses pemulihan, rahim akan kembali mengecut, air berlebihan dalam badan akan dibuang, luka-luka akibat proses bersalin akan pulih, hormon akan kembali stabil sedikit demi sedikit dan berat badan akan semakin berkurangan. Namun ramai ibu yang masih tidak mendapat berat badan sebelum mengandung walaupun selepas habis tempoh berpantang.

Pengalaman saya sendiri, 'membesar' dengan jayanya sepanjang masa mengandung anak pertama iaitu kenaikan berat badan sebanyak 20kg! Mengandung yang kedua ni alhamdulillah tak naik sampai macam tu, hanya 10kg sahaja tapi...berat sebelum mengandung tu tak berapa cantik iaitu 57.5kg. Asalnya berat saya dah capai 49kg selepas diet, kemudian pregnant dan keguguran. Jadi tak sempat turun berat, lekat semula :-) 

Lepas je bersalin perut memang menggeleber. Rasa tak best sangat, sebab masa mengandung walaupun besar tapi perut tu tegang...bila baby dah keluar? hihi. Serius rasa susah hati, risau perut takmau kecut. Tanya kawan-kawan pun semua cakap "No idea" selain berbengkung. Alhamdulillah, masa habis pantang 44 hari perut dah tak la membuak teruk macam ada sorang lagi. Saya amalkan Omega Guard, ESP, dan Set Bersalin Shaklee. Saya pakai bengkung sip dengan infra red dan juga bertungku. Tapiiiii..sekarang dah off bengkung. Slap me! Ok, stop cerita pasal saya. Nak cerita sikit tentang Set Bersalin + Penyusuan Shaklee.


Kini, ramai ibu memilih kaedah berpantang yang digabungkan antara cara tradisional seperti bertungku, berbengkung, berpilis dan berparam dengan cara modern iaitu pengambilan suplemen. Shaklee adalah antara produk yang paling laris di pasaran kerana ianya semulajadi, tidak menyebabkan jaundis, mudah diamalkan dan menyokong penyusuan susu ibu.

Apakah set yang sesuai untuk ibu-ibu ini?

# Set Bersalin Shaklee

  - Vita-lea
  - B-Complex
  - Vita-C Plus / Chew Vita-C Plus
  - Zinc Complex

# Set Penyusuan Shaklee


Set Asas
- Vita-lea
- B- Complex
- Vita-C Plus / Chew Vita-C Plus
- Alfalfa Complex

Set Optimum
- Vita-lea
- B-Complex
- Vita-C Plus / Chew Vita-C Plus
- Alfalfa Complex
- OsteMatrix
- ESP (Soy Protein Isolate Powder)

# Set Diet Ibu Menyusu Shaklee

- Lecithin
- Alfalfa Complex
- Omega Guard
- ESP (Soy Protein Isolate Powder)


Set-set yang kami cadangkan ini sangat sesuai denagn keperluan si ibu. Set Bersalin Shaklee mengandungi nutrien-nutrien asas yang penting untuk memulihkan tenaga si ibu, dilengkapi dengan Zinc Complex bagi membantu luka-luka pulih dengan cepat dan tidak dijangkiti kuman. Ia juga membantu imun badan si ibu menjadi lebih kuat dalam menempuh rutin baharu sebagai seorang ibu yang tentu saja kepenatan melayan ragam bayi kecilnya.

Begitu juga dengan Set Penyusuan Shaklee, vitamin-vitamin asas dibekalkan agar badan ibu sentiasa cukup dengan nutrisi. Nutrisi yang lengkap menjamin badan yang sihat sekaligus menggalakkan pengeluaran susu yang cukup untuk keperluan bayi. Malah untungnya, bayi juga dapat menyerap khasiat yang ada dalam susu si ibu untuk tumbesaran yang lebih baik. Set Menyusu juga dilengkapi dengan Alfalfa Complex yang bertindak sebagai milkbooster, iaitu penggalak susu.

Set Diet Ibu Menyusu adalah gabungan vitamin dan suplemen yang membantu ibu dalam mengawal berat badan dan mengurangkan berat badan secara beransur-ansur tanpa memberikan kesan yang tidak baik kepada bayi. Lecithin dan Omega Guard merupakan suplemen yang bertindak sebagai pembakar lemak (fat emulsifier) dan mengawal selera makan. Alfalfa pula merupakan serat yang berfungsi membawa keluar segala lemak berlebihan itu dari badan melalui perkumuhan. Manakala ESP pula merupakan sumber protein yang rendah lemak dan kolesterol, membantu membina otot agar tubuh si ibu tidak terus menggeleber selepas penurunan berat badan. ESP juga membantu menghilangkan selulit, mencantikkan kulit dan memberikan rasa kenyang agar si ibu tidak makan secara keterlaluan akibat menyusukan bayi.

Jap, nak belanja gambar buat motivasi ibu-ibu yang baru lepas bersalin atau yang sedang berusaha kembali ke berat dan figura asal, termasuklah saya. haha.


Ini gambar selepas confinement okeh! Jelous mak. 

Dan kita tunggu pulak penampilan pertama Che Ta selepas berpantang...

Anda berminat? Jangan segan hubungi kami dan kami akan berikan konsultasi percuma eksklusif untuk pelanggan MAIA..




Pertanyaan? Hubungi:


Puan Mai (SID 918631)
SMS: 012 3302067
EMEL: minaina_ilaaina@yahoo.com
FB FANPAGE: Min-Aina-Ila-Aina

* MAIA merupakan pengedar Shaklee yang sah dan menerima pembelian secara Cash on Delivery (COD) atau Self Pickup di kawasan Bandar Seri Putra, Bandar Bukit Mahkota, Bangi Lama, KUIS, UKM dan Bandar Baru Bangi. Caj penghantaran akan dikenakan bergantung pada jarak kawasan. Penghantaran melalui pos boleh dibuat ke seluruh Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak.

Assalamualaikum. 

Alhamdulillah kita dah pun menyambut Syawal tahun ini dan cuti raya pun dah habis. Kami sekeluarga menyambut Syawal secara sederhana saja, tak de berjalan ke mana sangat memandangkan situasi saya yang tak berapa nak mengizinkan. Balik kampung, dok rumah mak layan tetamu, ziarah keluarga terdekat (tu pun tak ramai sebab ramai yang dah datang ziarah kami) dan pergi kenduri naik buai cucu jiran sebelah rumah. Petang raya ketiga kami dah gerak balik ke Bangi. Balik awal sebab nak elakkan jammed. Gambar masih kat handphone, takde ambik gambar dengan kamera pun. Dan sebenarnya saya sendiri tak bergambar kali ni. Maklum aje la kenapa..'penguin' ni segan nak bergambar. hehe.

Walaupun cuti raya dah habis dan masing-masing dah kembali bertugas, anak-anak dah kembali ke sekolah, tapi raya bagi rakyat Malaysia tetaplah sebulan. Tentu saja ada openhouse di sana-sini terutama di hujung minggu nanti. Mungkin ada yang dapat jemputan sampai 3-4 buah rumah dalam sehari. Dah nama open house, mestilah juadahnya pelbagaikan? Dan...tentu saja juadah yang sedap-sedap. Takde nya orang nak jamu buah-buahan atau salad je di hari raya. Paling kurang lemang, rendang, nasi himpit dan kuah kacang mestilah ada. Takpun juadah-juadah lain yang lebih membuka selera. Natijahnya, ramai yang alami ketidakselesaan perut akibat makan terlalu banyak atau makan terlalu banyak jenis makanan dalam satu-satu masa. Nak nak pulak juadahnya tu bersantan, berlemak, berminyak, pedas, berkacang, berpulut yang memang ada orang tak tahan.  Tak dimakan, raya setahun sekali ye tak. Masa hari-hari awal raya pun dah ramai yang berebut tandas..hihi. Teringat macam mana anak-anak saudara saya dan pak-pak saudaranya berebut bilik air nan satu di rumah mak saya.

Apa yang boleh disarankan, berpada-pada ketika makan. Perut kita dah rehat sebulan, tiba-tiba disumbat dengan segala macam makanan secara mengejut, memang terkejutlah perut tu kan. Ketidakselesaan perut ni jangan pandang ringan, mungkin ada yang cuma rasa tak selesa, perut berangin, cirit-birit ringan, tapi ada juga yang sampai muntah-muntah teruk tak kena gaya admit ward. Jadi, eloklah kita beringat sebelum kena, tambah-tambah anak-anak kita. Antara langkah yang boleh diambil,

- Banyakkan minum air masak sepanjang hari untuk melancarkan sistem penghadaman kita. Anak-anak apatah lagi, memang perlu diingatkan selalu agar minum air masak selain air manis yang dihidang sejuk di kebanyakan rumah. Kalau air bergas @ berkarbonat tu, eloklah dielakkan terus.

- Elakkan makan beberapa jenis makanan secara serentak atau bersambung-sambung tanpa sela masa untuk perut memproses makanan yang telah dimakan.

- Kalau ada makanan yang boleh ditambah cili misalnya cili padi dalam laksa, sambal kicap dalam bihun sup, atau sambal cili untuk kuah kacang kurangkanlah cili tersebut. Makan makanan yang terlampau pedas memang meninggikan risiko terkena serangan sakit perut dan cirit-birit. 

- Sebaiknya waktu makan utama iaitu sarapan, lunch dan dinner jangan dilangkau. Kalau kita biasa makan nasi, ambil sedikit nasi pada waktu-waktu tersebut. Kalau pun tak lalu makan nasi, ambillah makanan berat yang lain macam roti atau mi. Kadang-kadang perut kita rasa sebu akibat makanan rapu dan menyebabkan kita tidak mahu lagi makan mengikut jadual yang sepatutnya. Ia satu tindakan yang boleh menyebabkan perit kita bertambah tidak selesa.

- Salah satu cara menjaga perut agar tidak terlalu tertekan adalah dengan detoks. Saya suka menyarankan Herblax Shaklee sebagai agen detoks yang paling berkesan namun lembut terhadap perut. Herblax membantu membersihkan perut dan kolon daripada sisa-sisa makanan yang tidak dinyahkan dengan baik. Kadang-kadang di musim perayaan ni, bukan sahaja cirit-birit, sembelit pun boleh jadi juga. Pendek kata. perut tidak dapat berfungsi secara normal akibat tekanan daripada aktiviti makan yang luar biasa. Selain Herblax, Peppermint Ginger Plus juga merupakan suplemen kecemasan yang patut ada dalam setiap keluarga. Diperbuat daripada ramuan halia, pudina, adas dan jintan, Peppermint Ginger Plus sememangnya dapat melegakan masalah angin dan senak perut. PGP juga sangat sesuai untuk mereka yang mengalami mabuk perjalanan. Ini salah satu testimoni Peppermint-Ginger Plus daripada pelanggan yang sudah merasai khasiatnya.


 "disebabkan saya makan pulut terlalu banyak, menyebabkan saya loya dan pening...malam tu badan dah tak sedap dah...macam nak demam je...sebelum gerak pulang ke rumah, saya sempat makan ketupat palas sekali lagi...kesannya, saya rasa loya dan pening makan menjadi-jadi...before bergerak, saya telan 3 biji peppermint-ginger plus (niat untuk hilangkan loya)..alhamdulillah tak lama kemudian, saya asyik sendawa dan akhirnya saya rasa cergas semula..."



Set Detoks Herblax RM 52.50 & Alfalfa (S) RM 53.75



Peppermint-Ginger Plus RM 45.00

Bagi yang berminat, boleh hubungi kami melalui medium di bawah:

MAI (SID 918631)
SMS / WHATSAPP: 012 3302067
EMEL: minaina_ilaaina@yahoo.com
FB FANPAGE: Min-Aina-Ila-Aina


Sebenarnya, ini adalah isu yang selalu menjadi dilema bagi setiap wanita yang ingin memulakan perancangan keluarga..spesifiknya mula mengambil sebarang perancang hormon. Boleh dikatakan sedikit sebanyak akan terkesan juga di fikiran kita bahawa perancang jenis hormon boleh mengakibatkan kemandulan kekal atau infertiliti secara berterusan. Namun demikian, kajian saintifik dan klinikal membuktikan bahawa perancang jenis hormon tidak mengakibatkan ketidaksuburan kekal terhadap wanita yang mengamalkannya. Wanita akan kembali subur setelah perancang dihentikan, hanya berbeza mengikut individu sama ada serta-merta atau secara beransur-ansur. Apa yang dinamakan sebagai Amenorea Post-pil iaitu yang merujuk kepada wanita yang tidak didatangi haid selepas berhenti pil perancang keluarga tidak pernah dilaporkan berpunca daripada pengambilan pil perancang.Fungsi pil perancang atau pencegah kehamilan adalah untuk menghalang rembesan FSH (hormon perangsang folikel) dan LH (hormon peluteinan) daripada kelenjar pituitari. Apabila rembesan ini terhalang, folikel di dalam ovari menjadi tidak matang dan ovum tidak dapat dilepaskan. Proses inilah yang menyebabkan persenyawaan tidak dapat berlaku. 

(Sumber: Nik Hazlina Nik & Shaiful Bahari. 2010. 100 Persoalan Mengenai Infertiliti. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.)

Saya merupakan salah seorang pengguna tegar perancang kehamilan jenis hormon, daripada masa belajar dulu sampai la April yang lepas. Saya mengambil perancang jenis pil, dua hormon sewaktu belum mengandung dulu (3 tahun), pernah ambil dua kali suntikan D-Provera (3 bulan sekali) selepas habis pantang anak pertama, pil satu hormon sewaktu tempoh penyusuan dan kembali pil dua hormon sehinggalah anak 4 tahun. Lama kan?

Di sini saya tak berhasrat membincangkan tentang pro dan kontra perancangan keluarga, jenis perancangan keluarga sama ada semulajadi, alat atau hormon dan jenis-jenisnya. Saya sarankan anda yang berkira-kira atau merancang untuk menggunakan kaedah ini membuat kajian, dan membuat pembacaam daripada sumber-sumber yang boleh dipercayai dan juga dapatkan konsultasi doktor. Ini pilihan masing-masing, ada yang suka cara alami, ada yang suka cara tradisional, ada yang suka guna alat (misalnya kondom atau IUCD), dan ada yang macam saya memilih kaedah hormon; (suntikan, pil atau implanon). Secara asasnya Islam tidak menegah perancangan keluarga, bergantung kepada niat mengapa kita mengambil pendekatan itu dan selagi kita tidak melakukan pengguguran, maknanya dah mengandung baru kita buang.

Ok, berbalik kepada tajuk...apa yang saya nak fokuskan ialah INGIN HAMIL SEMULA SETELAH AMBIL PERANCANG JENIS HORMON. Saya menulis bukan atas tiket pengamal perubatan, cuma bercerita melalui pengalaman, sedikit info berkaitan nutrisi dan pembacaan. Apakah langkah-langkah dan persediaan yang boleh anda lakukan.

1- BERHANTI MENGAMBIL PERANCANG

Of course la kan? Itu pun nak bgtau ka..haha. Relax..Maksud saya ialah, buat perancangan bilakah anda ingin berhenti mengambil perancang keluarga. Mengapa anda ingin berhenti dan bila anda jangka ingin hamil semula. Mengapa hal ini penting? Supaya anda boleh merancang gaya hidup dan pemakanan serta mengawal emosi anda. Satu perkara yang perlu diingat, berhenti mencegah kehamilan tak bermakna anda akan terus hamil. Sedangkan pasangan yang tak merancang pun ada yang bertahun-tahun tak dapat cahayamata kan? Jadi, jangan mudah panik jika selepas berhenti merancang, anda masih belum hamil. Yang penting, haid anda tetap datang, tak kisahlah period stabil atau tidak. Bagi saya secara peribadi, itu memang situasi yang patut kita jangka. Mengapa? Kerana badan perlukan masa untuk menstabilkan hormon dan juga itu lebih baik supaya apabila disahkan hamil nanti, kesihatan kita dalam keadaan tip top. Malah saya suka juga cadangkan jika anda boleh gapkan 3 cycle period sebelum TTC (trying to conceive) selepas berhenti merancang. Bagaimana? Itu terpulang, gunakan cara semulajadi atau alat, mungkin.

2- STABILKAN HORMON DALAM BADAN

Hormon dalam badan kita dikawal oleh sistem endokrin. Ia memberi impak yang besar kepada fizikal, mental dan emosi kita. Seperti yang kita tahu, namanya pun perancang kehamilan jenis hormon, maka hormon dalam badan kita tentunya akan mengalami sedikit kecelaruan apabila pil atau suntikan dihentikan. Kecelaruan ini sebenarnya adalah bersifat lazim kerana badan nak adjust semula kepada hormon yang seimbang dan normal. Apa yang boleh kita lakukan untuk mempercepatkan proses penyeimbangan itu? Inilah yang saya maksudkan di atas, iaitu beri masa kepada tubuh untuk kembali normal sebelum merancang untuk hamil.

a- B- Complex

B-Complex merupakan gabungan vitamin B yang sangat penting untuk keseimbangan dan fungsi  keseluruhan hormon dalam badan. Sebenarnya, sepanjang mengambil perancang hormon juga kita kena ambil B-Complex secara berterusan ( Dr. Kumar Pati. 2007. Vitamins and Herbal Digest). Sekurang-kurangnya anda perlu ambil vitamin B (dengan asid folik) 3 bulan sebelum berhenti pil perancang supaya badan anda dapat cukup nutrien menuju fasa kehamilan.

B-Complex Shaklee misalnya, mengandungi gabungan 8 jenis vitamin B yang diperlukan oleh badan, lengkap dengan asid folik yang sangat penting untuk membina saraf tunjang bayi. Katakanlah sebaik saja berhenti pil perancang, anda terus hamil jadi badan anda sudah punya nutrien yang cukup untuk kehamilan itu. Kekurangan asid folik boleh menyumbang kepada tumbesaran bayi yang cacat.



b- Gamma Linolenik Asid

Gamma Linolenik Asid (GLA) merupakan sejenis lemak Omega 6 yang sangat membantu dalam menyeimbangkan hormon terutama bagi wanita. Mereka yang mengalami masalah PMS seperti senggugut, mood swing , cramp dan breast tenderness juga sangat digalakkan mengambil GLA. GLA juga membantu menyihatkan kulit, kuku dan rambut apabila hormon prostaglandin diseimbangkan.

GLA Shaklee diperbuat daripada minyak borage, iaitu sumber GLA yang paling pekat, dilengkapi dengan minyak bunga matahari yang mengandungi vitamin e yang bertindak membantu penyerapannya. Sumber lain GLA ialah EPO dan Blackcurrant oil.


c- Soy Protein Isolate Powder (ESP)
 Soya (non gmo) mengandungi sumber phytoestrogen dan isoflavones yang menghalang hormone-dependent cancers seperti kanser payudara dan prostat. Hormon estrogen juga berfungsi memberi rangsangan kepada dinding rahim untuk menjadi lebih tebal sebagai persediaan menghadapi proses kehamilan, memberikan kesan kepada hipotalamus dan kelenjar pituitari yang terletak di otak. Hormon estrogen ini amat diperlukan apabila folikel telah masak.



d- Teh Hijau

Satu penyelidikan yang diterbitkan pada bulan Januari 2005, satu kajian oleh University of Southern California Keck School of Medicine menunjukkan risiko kanser payudara berkaitan hormon dapat dikurangkan untuk wanita pasca menopause dengan pengambilan teh hijau.

e- Asid Lemak Omega 3
Asid lemak omega 3 membantu menyeimbangkan pengeluaran hormon dan memperbaiki respon selular terhadap insulin. Antara sumber-sumber omega 3 ialah ikan laut dalam, telur yang diperkaya, makanan berasaskan soya, kacang walnut dan lain-lain. Mudahnya jika anda mengambil Omega Guard Shaklee yang ternyata bersumberkan ikan laut dalam yang ditapis daripada merkuri. Berita baiknya, bagi bulan Disember 2013 ini ialah promosi Omega Guard. Jangan lepaskan peluang harga runtuh akhir tahun ini.


3- KURANGKAN BERAT BADAN DAN AMALKAN GAYA HIDUP SIHAT

Ini juga merupakan antara faktor penting dalam merancang kehamilan. Saya percaya ia juga berkaitan dengan ketidakseimbangan hormon apabila jumlah lemak dalam badan kita melebihi daripada yang diperlukan oleh tubuh. Sudah ramai kawan-kawan yang telah lama berhasrat menimang cahayamata tetapi gagal, namun apabila mereka serius menurunkan berat badan dengan cara yang betul, mereka berjaya hamil. Segalanya dengan izin Allah juga. 
Jadi, jaga pemakanan dan amalkan senaman merupakan langkah yang perlu dibuat untuk mempercepatkan proses kehamilan.

4- DOA

Saya tidak berhasrat meletakkan point di bawah, kerana sememangnya doa ialah kekuatan dan pegangan kita dalam memperolehi sesuatu dalam kehiudupan. Namun, saya ingin menekankan di sini bahawa segala usaha kita tidak bererti tanpa diiringi doa, kerana DIA lah yang menentukan segala-galanya untuk hambaNya. 

Amalkan zikir Asma ul Husna "Ya Mutakabbir" " Ya Wahhab" " Ya Musowwir" sebagai amalan harian, sebaiknya 1000kali sehari.

** Disclaimer
This product is not intended to diagnose, treat, cure or prevent any diseases. This product is just a supplement to help you stay healthy.


MAIA (SID 918631)
SMS: 012 3302067
EMEL: minaina_ilaaina@yahoo.com
FB FANPAGE: Min-Aina-Ila-Aina

* MAIA merupakan pengedar Shaklee yang sah dan menerima pembelian secara Cash on Delivery (COD) atau Self Pickup di kawasan Bandar Seri Putra, Bandar Bukit Mahkota, Bangi Lama, KUIS, UKM. Caj penghantaran akan dikenakan bergantung pada jarak kawasan. Penghantaran melalui pos boleh dibuat ke seluruh Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak.
Haaa...saya tau inilah persoalan dan dilema yang membelenggu ramai orang di luar sana, terutama golongan wanita. Sebulan berpuasa turun 3kg, seminggu beraya naik 5kg? Hohoho..kes berat! Berat tak berat pun itulah yang biasa terjadi di musim perayaan. Bukan senang nak tolak segala juadah yang ada di depan matakan? Dah la tu bukannya selalu ada lemang ketupat dan sebagainya tu, setahun sekali saja. Rumah terbuka pulak sana-sini, tak pergi nanti kecik hati...dah pergi tak makan lagi la kecik hati tuan rumah, ye tak. hehehe. Pendek kata, kalau Ramadhan kita makan mungkin 2 kali, di bulan Syawal makan sampai 20 kali sehari. Memang patut pun berat badan naik.

Tapi....JANGAN RISAU! Shaklee ada jalan penyelesaiannya. Sebab tu lah lepas raya ni produk yang paling laris tentu saja Set Kurus Shaklee yang terdiri daripada: Lecithin, Omega Guard dan Alfalfa. Kalau nak lebih optimum, boleh tambah Cinch Shake Mix dan Cinch Tea Mix. In sha Allah anda akan berpuas hati. Lemak-lemak yang anda dah makan tu tak sempat nak duduk lama-lama dalam tubuh anda sebab dibakar oleh Lecithin dan Omega. Kemudian di flush out dek Alfalfa. Nak bentukkkan badan dan perbaiki tekstur kulit, Cinch Shake dan ESP akan jalankan fungsinya. Cinch Tea Mix pulak meninggikan metabolisme tubuh kita.

1) Omega @ Lecithin - fungsinya untuk membakar lemak yang berlebihan dan tidak diperlukan dalam tubuh.Omega sememangnya mempromosi lemak baik dan menyahkan lemak jahat, sekaligus mampu merendahkan tahap kolesterol dalam darah. Lecithin pula terkenal sebagai fat emulsifier, yang mampu melarutkan lemak ke dalam air. Walau bagaimanapun, lemak yang telah dilarutkan tadi tidak dapat dinyahkan daripada tubuh jika sistem detoksifikasi badan tidak baik. Oleh itu, Herb-lax atau Alfalfa diperlukan.

2) Herb-lax @ Alfalfa - Setelah lemak dilarutkan, herb-lax yang juga julap lembut (tidak menyebabkan cirit-birit atau sakit perut) dan alfalfa (ejen detoks) berperanan membuang lemak-lemak tersebut melalui sistem perkumuhan. Herb-lax mampu membersihkan sistem kolon dan alfalfa membuang toksin di dalam badan. Dengan bersih dan baiknya sistem penghadaman, berat badan akan lebih mudah turun.

Klik Gambar Untuk Paparan Lebih Jelas

Salam Kak Mai...nak gtau ni...rase ca seluar dah longgar la.hehe. Pastu perut cam kempis sikit..hehehe.Kulit mukanampak cam berseri sikit...kawan opis pun ada tegur cakap shining...

Jadi, usah risau. Pastikan lepas raya ni selain anda ambil suplemen yang bersesuaian, tingkatkan juga pengambilan air kosong, buat aktiviti kecergasan untuk bakar kalori yang dah terlebih masa musim raya. Lebihkan sayur-sayuran dan buah-buahan dalam menu seharian. 

Pertanyaan? Hubungi:

MAIA (SID 918631)
SMS: 012 3302067
EMEL: minaina_ilaaina@yahoo.com
FB FANPAGE: Min-Aina-Ila-Aina

* MAIA merupakan pengedar Shaklee yang sah dan menerima pembelian secara Cash on Delivery (COD) atau Self Pickup di kawasan Bandar Seri Putra, Bandar Bukit Mahkota, Bangi Lama, KUIS, UKM dan Bandar Baru Bangi. Caj penghantaran akan dikenakan bergantung pada jarak kawasan. Penghantaran melalui pos boleh dibuat ke seluruh Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak.


Berita gembira buat peminat dan pelanggan setia SET DIET SHAKLEE kerana Herb-lax yang hebat telah kembali di pasaran Malaysia. Jangan tunggu lagi, anda boleh segera ke cawangan Shaklee berhampiran dan membuat pembelian dengan ID MAIA 918631 atau buat tempahan melalui kami dan kami akan hantarkan kepada anda, kerana penghantaran adalah ke seluruh Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak.

MANFAAT UTAMA HERB-LAX


  • Pembersihan najis yang tersekat
  • Merangsang usus untuk mempercepatkan proses pembersihan secara lembut pada najis yang tersekat atau tersimpan lama dalam tubuh.
  • Membantu meredakan masalah sembelit
  • Tindakan pembersihan yang lembut boleh mengembalikan semula proses semulajadi pergerakan usus (natural bowel movement) dan secara langsungnya membantu masalah sembelit
  • Mengempiskan perut
  • Membantu memejalkan perut.

KANDUNGAN HERBA SEMULAJADI HERB-LAX

Senna Leaves
Buckhorn Bark
Licorice Root
Fennel Seeds
Anise Seeds
Rhubarb Seeds
Blue Malva Flower
Culver's Root
Alfalfa Leaves


Nota: Herb-lax tidak sesuai untuk kanak-kanak, ibu mengandung, ibu menyusu dan pesakit SLE.

UPDATE 2 JULAI 2013
DUKACITA, HERB-LAX SUDAH HABIS DI PASARAN, AKAN RESTOCK DALAM MASA TERDEKAT. MEMANG SHAKLEE SUDAH JADI FENOMENA...BARU JE RESTOCK MINGGU LEPAS MINGGU NI DAH HABIS? AKAN DIUPDATE BILA STOK SUDAH KEMBALI DI PASARAN.

Pertanyaan lanjut, hubungi:

MAIA (SID 918631)
SMS: 012 3302067
EMEL: minaina_ilaaina@yahoo.com
FB FANPAGE: Min-Aina-Ila-Aina
Ramai yang kata, banyaknya vitamin Shaklee takkan nak ambil semua kot? Kalau anda pernah ikut serta bengkel nutrisi Shaklee, memang rasa macam nak ambil semua sebab semuanya ada kebaikan tersendiri dan berkualiti. Tapi, tak perlulah kita ambil semua. Cukup ambil ikut keperluan dan kewangan masing-masing. 

Dah tu, macam mana nak tahu apa vitamin yang sesuai dan mengikut keperluan kita? Untuk itulah, kami perlukan anda hubungi kami, beritahu kami apa masalah anda dan mengapa anda mahu mengambil suplemen. Setelah itu, barulah kami dapat cadangkan suplemen apa yang sesuai untuk anda dan berikan konsultasi yang berterusan agar anda dapat manfaat daripada barang yang anda beli. Juga, anda boleh berbincang dengan kami tentang bajet anda. Semua maklum, perbelanjaan makin hari makin meningkat dan ini membuatkan ramai berfikir banyak kali untuk beli suplemen. Jangan risau, kami akan sedaya upaya bantu anda dapatkan suplemen keperluan anda dengan bajet yang anda peruntukkan. Kesihatan itu mahal harganya. Tidak perlu segan ye...

Berbalik kepada tajuk, di bawah ini adalah cadangan set kesihatan (Euphoria-MAIA Set) untuk anda, mengikut keperluan masing-masing.


1- SET KANAK-KANAK

  • Chewbale vita-lea (multivitamin)
  • Chewable Vita-C Plus 100mg (kunyah)
  • Omega Guard (kapsul yang boleh dikunyah, kanak-kanak suka)
  • Meal Shake (bancuh)
2-SET PELAJAR / BRILLIANT SET (atas 12 tahun)
  • Vita-lea (multivitamin)
  • B-Complex
  • Vita-C Plus / Chew Vita-C Plus
  • Lecihin / Omega Guard
  • ESP (Soy Protein Isolate Powder)/ Meal Shake
3- SET JANTUNG, DARAH TINGGI, STROK DAN KOLESTEROL TINGGI
  • Omega Guard / Lecithin / Vita-E Complex
  • Garlic
  • OsteMatrix
  • B-Complex
4- SET DIABETIS / KENCING MANIS
  • GLA Complex
  • Zinc Complex
  • B-Complex
  • Vita-C Plus 
5- SET GOUT
  • Performance Drink
  • Omega Guard
  • Alfalfa Complex
6- SET SAKIT SENDI
  • Advance Joint Health Tablet
  • Omega Guard
  • OsteMatrix
7- SET AWET MUDA / ANTI PENUAAN
  • Vivix
  • Collagen Powder
  • ESP (Soy Protein Isolate Powder)
8- SET KECANTIKAN
  • Vita-C Plus / Chew Vita-C Plus
  • B-Complex
  • Vita-E Complex
9- SET KESIHATAN DALAMAN WANITA / SENGGUGUT / MENOPAUSE
  • GLA Complex
  • Alfalfa Complex
  • OsteMatrix
10- SET DIET
  • Lecithin / Omega Guard
  • Herblax / Alfalfa
  • Cinch Shake Mix / ESP
  • Cinch Tea Mix
11- SET KESUBURAN
  • GLA Complex (wanita)
  • Alfalfa Complex (wanita)
  • Vita-E (lelaki &wanita)
  • Zinc Complex (lelaki & wanita)
  • ESP (lelaki & wanita)
  • Vita-C Plus / Chew Vita-C Plus (lelaki & wanita)
12- SET IBU MENGANDUNG
  • Vita-lea (trimester 1,2 &3)
  • Vita-C Plus / Chew Vita-C Plus (trimester 1,2 & 3)
  • B-Complex (trimester 1, 2 & 3)
  • OsteMatrix @ kalsium magnesium (trimester 1, 2 & 3)
  • Omega Guard (trimester 2 & 3)
13- SET IBU MENYUSU / BERPANTANG
  • Vita-lea
  • Vita-C Plus / Chew Vita-C Plus
  • B-Complex
  • Zinc Complex (sewaktu berpantang)
  • Alfalfa Complex
  • OsteMatrix
  • ESP
14- SET KESIHATAN LELAKI
  • Vita-lea
  • Vita-E Complex
  • Omega Guard
  • Zinc Complex
15- SET HAJI / UMRAH/ RAMADHAN
  • Performance Drink
  • ESP / Meal Shake
  • Vita-lea
  • Vita-C Plus / Chew Vita-C Plus
16- SET RESDUNG / ASTHMA/ ALERGI/ ECZEMA
  • Vita-C Plus / Chew Vita-C Plus
  • Alfalfa Complex
  • B-Complex
  • Omega Guard
Perhatian:
*Alfalfa tidak boleh diambil oleh pesakit SLE
*Sila rujuk doktor anda terlebih dahulu untuk penyakit-penyakit kritikal yang memerlukan rawatan rapi

Sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut, hubungi:

MAIA (Shaklee ID 918631)
SMS: 012 3302067
EMEL: minaina_ilaaina@yahoo.com
FB FANPAGE: Min-Aina-Ila-Aina

Entri ini adalah berupa testimoni daripada rakan seperjuangan, Puan Noriza di MiracleVitamin. Ini kisah suami Puan Noriza sendiri. Sebelum pergi kepada testimoni, ingin saya tekankan bahawa proses menurunkan berat badan bukanlah suatu proses yang mudah dan cepat. Kita mengambil masa bertahun-tahun untuk 'membina' badan seperti ini (kecuali kes mengandung), maka kita tidak boleh mengharapkan penurunan drastik dalam 1 ke 2 bulan sahaja. Dalam tempoh 1 hingga 2 bulan tentu saja ada penurunan jika kita berjaya konsisten dengan corak pemakanan, senaman dan makanan tambahan yang diambil. Kejayaan suami Puan Noriza adalah berkat kerja kuat beliau menjalani Diet Atkins (DA), senaman berkala dan dibantu oleh suplemen Shaklee. Anda boleh google untuk mengetahui lebih lanjut tentang Diet Atkins, atau boleh juga ke bahagian kategori blog ini dan klik pada kategori Diet untuk melihat proses DA saya sendiri.

Kita tengok testimoni bergambar dulu ye...



Ni pengalaman suami saya yang mengamalkan pengambilan vitamin Shaklee Set Slim iaitu Herb-lax, Lecithin, Omega dan Alfalfa...Dulu pernah saya kongsikan semasa mula2 dia stat nk menguruskan badan..Asal berat suami saya ni 100kg..ukur lilit pinggang 42" tapi setelah berusaha selama 5 bulan (start 27 disember 2012) ni dia dapat mengurangkan beratnya menjadi 69kg dengan ukur lilit pinggang 32"...Baju dan seluar dia yang lama-lama dulu dah tak boleh pakai lagi dah..yer la dulu saiz XXL sekarang ni dh jd 'S' plak..semua kena beli baru...

Tapi apa yang paling penting kesihatan suami saya ni berada dalam tahap yang baik sbb dia selalu menjalani pemeriksaan ujian darah dan air kencing..Pada 16/04/2013 Masa tu berat badan suami saya 73kg dan ukur lilit pinggang 85cm..dia buat ulangan pemeriksaan dengan Life Check (Yayasan Buah Pinggang Kebangsaan Malaysia) tekanan darah 126/74 (Normal)..Glukos darah rambang* 5.2mmol/L..(<5 ..urinalisis="" .6="" 15="" 2="" 4.97="" 5.17="" adalah="" air="" dalam="" dan="" darah="" diabetes="" diantara="" didapati="" glukos="" i="" iaitu="" jam="" kehadiran="" kemungkinan="" kencing..bilangan="" kolesterol="" makanan="" minit..="" negatif="" pemeriksaan="" pengambilan="" protein="" pula="" rambang="" rendah="" risiko="" terakhir="" tiada="" total="" ujian="">

Sekarang ni bersyukur sangat dengan keadaan suami saya..selain menambahkan keyakinan diri dia juga nampak lebih muda dari usianya..bak kata kakak ipar saya " Awak nampak macam budak lepas SPM la"...:-)


Untuk cerita penuh, boleh layari blog Miracle Vitamin.

Suplemen yang diambil oleh suami Puan Noriza juga dikenali sebagai SET SLIMMING SHAKLEE. Apakah rangkaian vitamin dalam Set Slimming Shaklee ni?


1) Omega @ Lecithin - fungsinya untuk membakar lemak yang berlebihan dan tidak diperlukan dalam tubuh.Omega sememangnya mempromosi lemak baik dan menyahkan lemak jahat, sekaligus mampu merendahkan tahap kolesterol dalam darah. Lecithin pula terkenal sebagai fat emulsifier, yang mampu melarutkan lemak ke dalam air. Walau bagaimanapun, lemak yang telah dilarutkan tadi tidak dapat dinyahkan daripada tubuh jika sistem detoksifikasi badan tidak baik. Oleh itu, Herb-lax atau Alfalfa diperlukan.

2) Herb-lax @ Alfalfa - Setelah lemak dilarutkan, herb-lax yang juga julap lembut (tidak menyebabkan cirit-birit atau sakit perut) dan alfalfa (ejen detoks) berperanan membuang lemak-lemak tersebut melalui sistem perkumuhan. Herb-lax mampu membersihkan sistem kolon dan alfalfa membuang toksin di dalam badan. Dengan bersih dan baiknya sistem penghadaman, berat badan akan lebih mudah turun.



Nota: Herb-lax sudah kehabisan dalam pasaran Malaysia, saya akan update apabila Shaklee telah re-stock nanti.

Jika anda inginkan konsultasi percuma, berterusan dan bonus konsultasi DA secara percuma (jika anda membuat pembelian Set Slimming Shaklee) dari kami, hubungi MAIA (SID 918631):

SMS: 012 3302067
EMEL: minaina_ilaaina@yahoo.com
FB FANPAGE: Min-Aina-Ila-Aina


** Disclaimer
This product is not intended to diagnose, treat, cure or prevent any diseases. This product is just a supplement to help you stay healthy.

Ini bukan entri masuk bakul angkat sendiri. Tapi sekadar berkongsi pengalaman.

Hari ni saya mula bertugas sebagai tenaga pengajar sambilan di sebuah universiti swasta. Part time saja, untuk beberapa minggu, ni special sem mereka. Pelajar kelas saya pelajar tahun 1 semester 1. Kira adik-adik yang masih fresh lagi. Saya masuk dan perkenalkan diri, bagitau nama saja. Tak lama kemudian saya perasan..lepas sorang, sorang panggil saya 'MISS'.Ada yang panggil 'akak' lagi. Wah, hati dah berbunga tapi sebab sesi pembelajaran dah mula saya biarkan aje. Sampaila saya minta mereka buat perbincangan dalam kumpulan...dan saya round kelas untuk tanya jika mereka ada masalah berbangkit. Sana miss, sini miss dok panggil saya. Barula saya buka mulut.." Saya Puan la..anak dah 4 tahun" Tau reaksi mereka macam mana? Terkejut. "Ha, dah kawin?" Ok, itu bermakna mereka memang panggil saya "Miss" sebab mereka memang ingat saya belum kahwin dan bukanlah sengaja panggil Miss sebab rasa serba-salah nak panggil puan kot kot belum kahwin lagi. Lepas dah tau status saya, mereka pun panggil saya "Mem" huhu. 

Saya pasti, kalau berat saya masih 60kg macam dulu...tentu saya dah dipanggil 'mem' sejak awal masuk ke kelas tadi. 

Saya tak ambil gambar tadi, tapi saya pakai baju ini...(saya yang di tengah).

Tahun 2006- degree

Anda juga mahu nampak lebih muda daripada usia sebenar anda? Tak suka dipanggil 'akak' oleh jurujual atau peniaga pasar malam sedangkan anda masih muda belia? Jika anda ada masalah berat badan, Shaklee ada pakej untuk menurunkan berat badan yang berkesan. Kami akan guide anda mengikut tahap diet yang anda pilih sama ada secara santai atau intensif.

Jangan segan hubungi saya Mai melalui SMS 012-3302067 atau emel ke minaina_ilaaina@yahoo.com atau Like FB Fanpage kami Min Aina Ila Aina dan tinggalkan mesej anda di sana.