Showing posts with label Sukan. Show all posts
Showing posts with label Sukan. Show all posts
Sedih..sayu melihat bagaimana beratnya hati DLCW untuk melepaskan sukan badminton daripada kehidupannya. Namun, semua rakyat Malaysia menyokong dan memahami beliau. Kesihatan adalah  antara perkara paling penting dalam kehidupan ini. Sudah bertahun-tahun DLCW mengorbankan masa, tenaga, keluarga malah kesihatan beliau untuk sukan badminton.

Jom baca apa kata beliau di Instagram rasmi. 







PENGULAS sukan, Datuk Hasbullah Awang meninggal dunia ketika dalam rawatan di Institut Jantung Negara (IJN), sebentar tadi. - Foto Zunnur Al Shafiq

KUALA LUMPUR: Pengulas sukan terkenal, Datuk Hasbullah Awang, 63, meninggal dunia ketika dalam rawatan di Institut Jantung Negara (IJN), pada jam 12.20 tengah hari.

Hasbullah yang dirawat di IJN sejak 4 Februari lalu adalah seorang pengulas sukan termasyhur di Malaysia. Beliau berkhidmat dengan saluran Astro Arena sejak Januari 2014 setelah berhenti berkhidmat sebagai pengulas sukan di Radio Televisyen Malaysia (RTM).

Beliau memulakan tugas sebagai juruhebah radio di Radio 1. Pernah menjadi pembantu mengendalikan program khas radio untuk kanak-kanak bersama Kak Yong.

Hasbullah lebih dikenali sebagai pengulas untuk pelbagai acara sukan tempatan mahupun luar negara.

Populariti beliau memuncak ketika zaman bola sepak Malaysia memasuki era Semi-Pro pada awal 1990-an. Pernah menyumbangkan suara untuk filem Sumolah arahan Afdlin Shauki.

Kalangan peminat sukan menganggap beliau sebagai antara pengulas terbaik yang pernah dilahirkan negara sebaris nama-nama besar lain seperti Datuk Rahim Razali.

Beliau mempunyai aura tersendiri dengan intonasi suara yang menarik membuatkan penonton menjadi seronok mendengar setiap ulasan daripada beliau.

Jenazah dijangka dibawa pulang ke rumahnya di Seksyen 32, Bukit Naga Shah Alam jam 3 petang ini dan dijangka disemadikan selepas Asar atau pagi esok.

*************************

Daripada Allah kita datang, kepada-Nya juga kita kembali. etiap jiwa pasti akan menemui mati. Sama-sama kita sedekahkan al-Fatihah buat roh beliau, selama ini kita mendengar suara dan celoteh beliau di tv, hari ini kita sumbangkanlah suara kita untuk beliau. Semoga apabila sampai masanya kita pula meninggalkan dunia ini, ada yang sudi sedekahkan al-Fatihah buat kita. Aminn. Al-Fatihah.

Tahniah kepada Datuk Lee Chong Wei walaupun tidak dapat membawa pulang emas pertama negara, tetapi permainan dan kesungguhan DLCW adalah sangat membanggakan. Lin Dan memang jaguh badminton era ini, diakui sendiri oleh Lee Chong Wei. Bagaimanapun, dalam Sukan Olimpik 2012 London ini, Lin Dan bermati-matian untuk mencapai kemenangan, menandakan betapa Lee Chong Wei memberikan saingan yang begitu sengit. Melihat bagaimana Lin Dan meraikan kejayaannya sehingga terbaring juga menandakan bahawa Lee Chong Wei adalah lawan yang hebat. Tahniah sekali lagi, dan semoga ada pelapis DLCW selepas ini bagi meneruskan impian Malaysia.


Sekalung tahniah juga buat serikandi sukan akuatik Malaysia iaitu Pandelela Rinong kerana berjaya meraih dan menghadiahkan gangsa buat Malaysia setelah rakyat Malaysia kehampaan atas kekalahan Azixulhasni Awang dalam acara Keirin Berbasikal. Pandelela telah meraih gangsa bagi acara 10m platform wanita. Saya tak daya nak tengok LIVE tengah malam tadi sebab saya demam. Tapi pagi tadi bangun sahur memang tertunggu-tunggu keputusannya. Rasa lambat sangat tayangan persaingan akhir bola sepak wanita antara Jepun dan USA tu nak habis. Lepas habis je, tengok ada selingan lagu dengan semua aksi Pandelela. Dah dapat agak mesti dia menang, dah bajet dapat emas dah sebab dalam lagu Sang Juara tu tak tunjuk pingatnya. Serius saya keluar air mata masa tengok dia peluk-peluk dengan kawan-kawan dan emak dia. Taktau la kenapa, saya ni patriotik sangat ke atau macam mana. Tempat ketiga di arena olimpik bukanlah satu kejayaan kecil-kecilan, ia suatu yang amat membanggakan bagi seseorang atlet ditambah pula Pandelela adalah atlet wanita Malaysia pertama yang meraih pingat di olimpik, dan juga pingat pertama selain sukan badminton buat Malaysia. Mendengar wartawan memuji karakter dan sikap Pandelela bahawa beliau adalah seorang atlet yang ramah, mesra dan tidak meninggi diri buat saya lebih hormat akan atlet muda ini.

Saya juga mengikuti page Azizulhasni Awang, dan mengikuti pertandingan yang disertainya di Olimpik London sejak pusingan awal. Azizul sebenanya masih boleh menghasilkan persembahan yang lebih baik. Mungkin juga faktor cuaca dan bulan puasa, walaupun itu bukanlah alasan. Apapun, Jijoe masih muda dan masih punya banyak peluang untuk beraksi. Atlet-atlet Malaysia yang lain juga diharap dapat memperbaiki persembahan, memantapkan latihan dan kesungguhan misalnya dalam arena gimnastik dan juga  permainan berpasukan contohnya bola sepak dan hoki. 

Kita tunggu pula pencapaian Bryan hari ini,juga dalam acara terjun, mana tau mungkin ada lagi pingat untuk Malaysia.
Uhuhuhu...terkilan sangat dengan performance atlet Malaysia dalam Olimpik 2012 ni. Atlet kita bukan takleh perform, tapi bila sampai di pentas, semangat dan emosi tu macam tak bermaya. Awalnya dok berharap pada penerjun negara, tetapi corot. Suriani tu kes lain la, dia dalam keadaan istimewa. Memanah pun sama, dah sampai suku akhir kalah dengan Jepun, persembahan yang tak konsisten. Detik ni, rakyat Malaysia kempunan lagi pingat walaupun sekadar gangsa oleh beregu badminton negara. 

Harapan masih ada untuk hari ni, pada Datuk Lee Chong Wei yang diharapkan tidak mengulangi memenangi perak seperti 4 tahun lalu. Dan juga Pocketrocketman, Azizulhasni diharap dapat all out dan membawa pulang pingat untuk Malaysia.



Update pendek je hari ni, dah nak kena ngadap dapur dah ni.

Pagi Sabtu satu dunia maklum yang ada acara pembukaan sukan olimpik 2012 di kotaraya London. Pukul 4 pagi suami aje yang bangun sahur, sebab mak Sofiy nak join anaknya puasa yangyok. Dalam kul 6.30 baru saya bukak mata. Tanya suami pasal pembukaan olimpik tu, dia kata ada lagi kot kat tv. Saya pun on tv, perarakan masuk kontijen. Saya pun layan la sampai dekat pukul 8. Obor pun dah dinyalakan. Sofiy bangun, dengan terkebil-kebil + mamai agaknya. 

Saya biar je la dia tengok, dan takde niat pun nak terangkan apa-apa pasal majlis dan acara tu kat dia. Biar je dia tengok percikan bunga api yang cantik tu. Tiba-tiba, masa depa tayang obor dalam kawah tu, terpacul soalan "Umi, apa dia nak masak dalam tu?" hahahaha. Umi gelak je tak terjawab. Ada macam-macam versi jawapan boleh dibagi, cuma tak sangka dia nak tanya tu.hehe.


Olimpic Flame 2012 London
TAHNIAH PASUKAN HARIMAU MUDA DAN TAHNIAH JUGA BUAT SELURUH RAKYAT MALAYSIA YANG MEMBERI SOKONGAN!

Setelah bermacam-macam kontroversi yang berlaku sepanjang Sukan Sea ke-26 di Indonesia tahun ini, martabat dan maruah negara kita dapat dijulang semula dengan kemenangan pasukan bola sepak bawah 23 tahun, Skuad Harimau Muda yang mempamerkan aksi membanggakan. Saya sebenarnya bukanlah peminat tegar bola sepak, tapi perlawanan kali ni menarik minat saya selepas tragedi tragis lagu Negaraku tidak dihormati oleh hampir 100 000 penyokong Indonesia di Stadium Gelora Bung Karno pada hari Rabu lepas.


Masa ni memang meluap-luap rasa nak marah. Bukannya susah sangat nak diam dan hormatkan lagu kebangsaan negara orang lain, jiran dan serumpun pulak tu. Pengulas perlawanan masa tu pun macam dah taktau nak cakap apa, hot tapi kena control pertuturan demi kesejahteraan bersama. Masa perlawan separuh akhir, memang harap sangat Malaysia menang walaupun jenuh menunggu. Akhirnya gol kemenangan daripada Fakri menghantar Malaysia ke perlawanan akhir. Sebelah malamnya saya tengok juga Indonesia lwn Vietnam. Sangat kesian dengan penjaga gol Vietnam yang berhempas pulas sampai macam nak patah tengkuk cuba menyelamatkan gawang dari dibolosi Indonesia. Tapi dah ditakdirkan Malaysia akan berentap lagi sekali dengan Indonesia di perlawanan akhir, Vietnam macam hilang taring pulak malam tu, kalah 2-0 kepada Indonesia.

Perlawanan malam tadi saya tengok sampai separuh masa pertama saja, lepas tu kena ajak Sofiy masuk tido. Si kecik tu terlebih excited pulak sebab ayahnya dok bertempik ayah pekik GOL! dia pun GOL! ayah kata ALAAMAKKK! dia pun ALAMAAKKK! Pastu sibuk tendang bola dia ke sana ke mari, siap suruh umi main sama. Umi dah la sakit mata, batuk selsema tak elok lagi...tak larat nak oii. Tapi yang bestnya bila nampak je bendera mesti dia jerit 1 MALAYSIA!. Wah, patriotik anak ayah sorang ni! Masa Indonesia dapat gol pertama awal-awal tu haiii...kecewa la jugak awal sangat. Lepas tu percubaan-demi percubaan dan peluang demi peluang terlepas, ayah dah mula main game kat handphone dah. hehe. Akhirnya dalam separuh masa pertama juga dapat gol penyamaan, baru lega sikit. Kat sekeliling rumah tu dengar orang bersorak je, yang kuatnya suara anak-anak dara, agaknya anak-anak teruna yang kat rumah atas ni dah lepak kat kedai mamak kot. Macam video kat bawah ni haaa..semanagt betol depa kan...


Akhirnya...dengan rembatan kencang Baddrol, malaysia menang gol penalti 4-3 mengalahkan Indonesia. Walaupun Fakri sedikit lemah masa tendang bola tu sehingga dapat dibaca pergerakannya oleh penjaga gol indonesia, tapi Fakri juga telah berjasa membawa Malaysia ke final Sukan SEA 2011. Apapun, kecekapan penjaga gol kita Khairul Fahmi Che Mat memang wajar dipuji. Bola tendangan Srinaga dapat ditampan dengan baik (saya kurang berkenan dengan pemain Indonesia yang ni, main kasaq ja selalu). Meh kita ulang tengok sepakan penalti yang membawa kemenangan buat Malaysia. Walaupun saya lebih suka ulasan daripada Zainal Abidin Rawop di Astro Arena dan Hj Hasbullah Awang di TV1, tapi video TV3 ni je yang ada penuh, bolehlah kan?


dan akhirnya...lagu Negaraku berkumandang bendera Malaysia dikibarkan dengan megah walaupun stadium dah kosong.


Semoga prestasi Harimau Muda dan Harimau Malaya akan terus maju, harap-harap perlawanan dengan Syria esok 23 November 2011 (Kelayakan Olimpik London 2012)akan membuahkan hasil yang lebih manis walaupun ramai pemain yang cedera dan masih keletihan setelah bermain selama 120 minit malam tadi. Pasukan Malaysia diiringi Menteri Belia dan Sukan tiba di LCCT pagi tadi dan hanya ada 41 jam sebelum perlawanan esok. Rakyat Malaysia jom banjiri Stadium Bukit Jalil tanpa meninggalkan solat. Maghrib masuk awalkan sekarang, perlawanan mula 8.45.

Walau apapun, ketidakpuasan hati rakyat Malaysia (termasuk saya) bukanlah terhadap semua warga Indonesia tetapi kepada penyokong fanatik Indonesia yang tidak menghormati malah menghina Malaysia dengan pelbagai penghinaan. Saya harap hubungan Malaysia - Indonesia ini dapat dipulihkan, kerana kita serumpun malah sebahagian besarnya adalah seagama. Bukan bola sepak sahaja yang menjadi kontroversi tetapi banyak isu berbangkit sebelum ini harap dapat dijernihkan.



Saya nak tengok final pasukan hoki lelaki Malaysia lawan Pakisatan dalam Sukan Asia yang sedang berlangsung...tapi, masih di tempat kerja..uwaa.

Harap-harapnya Malaysia dapat meminggirkan Pakistan sekaligus mendapat tiket automatik ke Sukan Olimpik 2012 di London.
Tahniah buat pasukan badminton negara atas kemenangan semalam. Walaupun ada yang kecundang walaupun telah mengheret lawan ke set yang ketiga, tapi tak apa...janji kita melangkah ke separuh akhir. Buat Fairuz, semoga dapat belajar atas kesilapan, semangat kesukanan perlu tinggi untuk berjaya.

Saya cuma dapat tengok 2 perlawanan je semalam, itupun tak dapat tengok penuh. Maklum sajalah tuntutan 'kerja rumah'. Tapi saya ikuti jugaklah. Semoga dapat ikat Piala Thomas tu di sini, jgn bagi orang lain bawak balik k. Fighting!