Hahaha...tajuk sudah terang dan nyata...tulah sebabnya semalam tak dapat update sebab saya SEDIH.
Keputusannya...saya KANDAS (ikut istilah kat kad JPJ). Gagal dua-dua pulak tu, dalam dan luar pakej.huhu.

Kronologinya:-

Saya diminta tunggu oleh sekolah memandu pukul 10.00 pagi sebab saya dapat sesi 2. Saya tercongok la kat tepi jalan tu setengah jam, tak muncul-muncul pun diorang. Darah saya dah mula menyirap, tapi saya sabar-sabarkan je mengenangkan saya nak test. Siapa tak bengang kalau sejak dari mula kursus 5jam, kelas teori, ujian komputer, QTI, pendek kata setiap kali melibatkan pengangkutan yang disediakan oleh sekolah memandu, mesti lewat. Dah la lewat, tak pulak hantar pesanan dan tak reti nak mintak maaf. (emo pulak). Lepas 15 minit saya hantar SMS barulah terhegeh-hegeh datang ambik, pulak tu berhimpit-himpit sumbat sampai 5 orang. Memang sekolah tu ada masalah bab pengurusan ni, mungkin kurang kakitangan. Bayangkanlah ada budak yang sepatutnya test sesi pagi pukul 8 tu diorang tak jemput. Jenuhlah budak tu call, sms merata-rata tapi tak berangkat, tak berbalas. Diorang bawak budak tu sekali dengan saya, dan budak tu nyaris-nyaris tak dapat ambik test. Dapat pun last sekali, jenuh dia menunggu.

Ok, berbalik kisah saya...saya dapat no 53 daripada 62 calon. Dalam masa menunggu tu banyaklah adegan-adegan yang membuatkan saya berdoa agar tak terjadi pada saya. Macam-macam bunyi kereta bila calon kendalikan, yang berkeriuk, yang mengembek, menguak semua ada. Ada yang langgar tiang, ada yang langgar sampai patah tiang, ada yang mengundur ke belakang masa bukit, ada yang berdecit-decit tayar masa menggelongsor turun dan ada juga kemalangan. Kesian budak perempuan tu, mau trauma dia kot. Dia tengah buat ujian bukit, tapi agaknya tak sampai tayar atas garisan kuning, jadi dia minta peluang kedua dan masa nak mengundur tu rasanya dia terpusing stereng...kereta pun membelok ke kiri, panjat divider dan terjun balik. Mujurlah dia mengundur, jadi dua tayar belakang tu je la yang lompat divider dan tak berlaku kecederaan. Nasib baik kereta tu tak membelok masa dia kat atas bukit, kalau tak memang terjunlah.Lama jugakla dia duduk kat pondok JPJ, kena khutbah la agaknya.

Sampai giliran saya, petugas-petugas pun rushing sebab dah tengahari. Masa turn saya, saya tak naik kereta kat point yang sepatutnya tapi saya kena pergi ke bawah bukit dan naik kereta yang ditinggalkan oleh calon yang gagal di bukit. Bukit saya lepas sekali saja, takde undur-undur. Saya memang jenguk sampai saya nampak jelas tayar atas garisan kuning baru saya angkat tangan. Masa nak buat parking, saya dapat parking no 2..saya dah buat silap bila tak dapat kawal kelajuan kereta tu masa nak belok masuk. Akibatnya kereta saya ke kanan sangat. Dah mula panik sebab dah salah, saya tak betulkan kereta dulu sebelum undur...makanya step saya hancur lebur, muncung kereta dah masuk petak tapi bontotnya saya tak reti nak masukkan. Bila saya masukkan bontot, muncung pulak keluar. Oh, eh, oh, eh kat dalam tu...masa pun berlalu..JPJ tu dah mengira saat-saat kat jam dia...saya pun DANG! langgar dua tiang depan. PUAS HATI!

Lepas rehat tengahari, makan dan solat...sesi ujian jalan raya yang berbaki dimulakan. Bermula dengan no 29 tak silap saya. Nak keluar dari pusat memandu tu, kena naik bukit tinggi dan lintas jalan. Bila calon-calon dilepaskan serentak, terjadilah bontot-membontoti. Saya cukup risau kalau kena macam tu, takut enjin mati. Dan dah nasib saya, saya kena membontoti satu kereta dan saya dibontoti oleh beberapa buah kereta yang lain.JPJ yang uji saya lelaki, suara dia ok tak la bunyi garang sangat, tapi saya tak tengok pun muka dia. Sampai di bukit, saya menjaga jarak mengekori kenderaan dengan baik. Tekan brake kaki, free gear dan tarik handbrake. Kereta depan saya beberapa kali terundur, saya dah cuak dah..macam mana saya nak buat kalau dia terus terundur. Lagi satu, kepala saya dok fokus macam mana nak imbang minyak dan klac masa nak gerak nanti. Kereta depan pun lepas dengan jayanya melintas jalan. Saya pun tekan minyak, angkat klac sikit demi sikit, turun handbrake..zuuuppp..ke belakang. Saya brake semula! Weh, apa yang tak kena ni? Saya cuba lagi, kali ni tekan minyak lebih sikit kot-kot tadi tak cukup. Zuuupppp...mengundur lagi, brake lagi! Ish...apa yang tak betul ni?

Sapa pandai teka apa sebenarnya tak betul? Satu kesalahan yang buat saya betul-betul rasa nak hantuk kepala ke dinding, rasa macam sayalah orang yang paling bodoh di dunia ni, rasa macam tak layak bawak kereta sampai mati...dan saya memang rasa merajuk dengan diri sendiri..rasa tak nak ulang test dah.huhuhu....tapi, saya perlukan ini:


Esok 12/ 10/ 10 pukul 10 pagi, saya akan hadapi ujian memandu JPJ. Saya dah selesai belajar 8jam + 8jam kelas tambahan = 16jam. Kalau ikutkan saya dah boleh yakinlah kan, tapi masih ada beberapa part yang saya masih buat silap pada jam ke 16 tadi; bahagian jalan raya: berhenti di persimpangan berbukit dan kena lintas jalan. Mati enjin kat situ. Menurut cikgu yang ajar saya tadi, saya angkat klac tinggi sangat, dan minyak sikit. Jadi esok saya kena pastikan tak lepas klac banyak, dan minyak kena tekan lebih. Bahagian dalam, pun kat bukit, saya selalu tak sampai garisan kuning dah berhenti. Taktaula kenapa payah sangat nak agak. Ada juga mati kat atas bukit tu tapi saya diberitahu masih ada peluang walaupun mati enjin. Apapun saya berharap esok saya tak buatlah kesalahan-kesalahan yang sama dan juga apa-apa kesalahan lain.

Doakan saya ye, dan kalau ada tips untuk mengelakkan gemuruh kongsilah. Sebab kalau gemuruh lagi la lintang pukang semua,kan.

InsyaAllah esok saya update sama ada saya pass with flying colours atau sebaliknya..hihi.

Salam di petang Jumaat yang bahagia, semoga anda semua dalam mood bahagia juga hendaknya.

Sebenarnya saya ada berjanji dengan Mummy Harith n Hannah a.k.a GenkiMomma atau mesranya dipanggil Kak Arnie. Nak kata testimoni pun iye, tapi lebih kepada pengalamanlah sebenarnya.

Saya mengenali supplement masa umur saya lingkungan 21tahun. Masa tu saya ada masalah tangan kiri lenguh, kebas dan sakit terutamanya di bahagian bahu. Tidur tak boleh mengiring sebelah kiri lama-lama, pegang telefon tangan kiri pun tak boleh lama-lama. Pendek kata susahlah kalau nak bergayut dengan boyfriend.haha. Saya dah pergi klinik, doktor cuma tanya pemakanan saya dan senaman...saya memang lazimi minum susu dan jogging. Doktor tak bagi ubat apa-apapun. Tak tahan sangat, sebab kadang-kadang kebasnya sampai buat saya rasa tangan kiri tu tak ada, saya pergi berurut dengan mak kawan saya (Dwi). Makcik tu kata urat-urat kat belikat saya tu dah keras masuk angin dan bersimpul. Sakitnya masa diurut tu Allah sajalah yang tahu, menjerit-jerit saya dibuatnya. Lepas berurut tu, saya pergi farmasi dan tanya apa vitamin yang boleh saya makan untuk masalah saya. Ahli farmasi tu cadangkan B-Complex. Dari situlah saya kenal supplement. Alhamdulillah, terasa perubahan yang ketara, sakit pun lama-lama hilang. Tapi habis sebotol tu, saya tak teruskan makan sebab masa belajar dulu, harga sebotol B-Complex tu pun rasa sangatlah mahal.

Saya kembali mengamalkan supplement masa mengandung. Selain supplement yang diberi oleh pusat kesihatan setiap kali pemeriksaan antenatal, saya juga ambil omega dan kalsium. Masa tu saya main beli saja tak kira jenama, asalkan harganya berpatutan dengan bajet saya masa tu. Masa dalam pantang saya bergantung sepenuhnya pada supplement KKM, memang tak teringat nak cari supplement tambahan.

Lepas pantang dan mula masuk kerja, sebagai ibu baru yang menyusukan anak sepenuhnya, saya banyak membaca di internet. Saya suka singgah di blog-blog ibu menyusu, membaca pengalaman di samping menimba ilmu dan mendapat motivasi bila tengok stok susu diorang yang penuh freezer. Secara tak sengaja aktiviti lompat blog saya tu memperkenalkan saya dengan GenkiMomma. Membaca pengalaman Kak Arnie sendiri, saya tertarik mencuba supplement Shaklee. Kebetulan pulak masa tu anak saya kerap sangat sakit. Kejap selsema, batuk, demam dah la tu bergilir-gilir pulak dengan uminya ni. Asyik ulang wad kecemasan Hospital Serdang je. Saya mulakan dengan trial pack, bila kesannya nampak pada jumlah pengeluaran susu dan kepekatan susu, saya teruskan membeli full pack dengan Kak Arnie. Mula-mula saya beli sikit, lama-lama secara tak sedar saya dah order macam-macam supplement keluaran Shaklee.  Antara yang saya ambil ialah Vit C, Alfalfa, Ostematrix, Lecithin, ESP, Fiber, Vita-Lea. Merasai sendiri kebaikannya, saya kongsikan dengan kawan-kawan yang mengalami masalah dalaman kewanitaan, macam senggugut, keputihan, haid tak teratur. 2,3 orang kawan saya dah ulang beli dan ada yang dah kongsikan dengan kawan-kawan mereka pula. Alhamdulillah.

Bagi diri saya sendiri, Vit C dan B-Complex banyak membantu saya dan anak dalam proses pemulihan daripada demam dan pertahanan badan. Masa saya dan anak kerap demam awal 2010 dulu, saya akan mengalami masalah hidung berdarah. Bukan darah yang mengalir, tapi darah sekitar dalam lubang hidung. Atas cadangan Kak Arnie, saya ambil ESP. Kemudian, anak saya pula dikesan mengalami anemia dan perlu makan supplement Asid Folic, Iron serta Multivitamin yang dibekalkan oleh pihak hospital. Tapi faham-faham sajalah macam mana seksanya nak bagi anak kecil makan ubat,kan. Kena bagi setiap hari pulak tu, dan sampai 2,3 jenis supplement. Jadi, saya ambil langkah lain yang kurang sikit tekanannya dengan cara saya sendiri mengambil Vita-Lea dengan harapan khasiatnya dapat disalurkan melalui susu badan saya. Alhamdulillah ujian darah kali kedua anak saya dah ok, walaupun saya tak pernah sekali pun bagi dia asid folik dan jarang sangat bagi Iron yang pihak hospital bekalkan tu. Cuma multivitamin saja pengasuh anak saya bagi setiap hari sebab manis, anak saya suka. Alhamdulillah, musim demam, selsema, batuk bergilir-gilir tu berakhir juga sekitar April 2010 selepas 4 bulan kami mengharunginya dengan penuh tekanan. Maklum sajalah budak kecik sakit, umi dialah yang tak dapat tidur. Kalau demam, anak saya mesti kena ulser tekak dan taknak minum susu. Saya masa tu tengah sibuk sangat dengan penulisan tesis, sampai kena tegur jugalah dengan penyelia sebab kerap sangat sakit.

Supplement yang lain misalnya ostematrix saya ambil sebab saya selalu sakit-sakit badan terutamanya pinggang dan belakang badan, yang saya percaya akibat posisi tidur yang tidak betul berikutan menyusukan anak sambil berbaring. Kadang-kadang tulang saya berbunyi-bunyi. Saya minum susu, tapi tak tentu kadang-kadang dapat dua gelas sehari, kadang-kadang 1 gelas saja, malam dah tidur awal. Biasanya minum susu kotak di ofis saja. Apa yang saya perhatikan, bila saya konsisten minum susu dan makan ostematrix, saya tak ada masalah dukung anak saya walaupun lama. Lagi satu, gigi sensitif saya pun dah hilang. Kalau lepas minum air panas, kemudian berkumur dengan air paip pun tak ngilu macam dulu-dulu.

Lecithin dan fiber? Taktau kenapa dua vitamin sungguh susah saya nak konsisten. Fiber saya bagi pada emak saya akhirnya, sebab mak saya yang mengalami kolesterol tinggi lebih memerlukan supplement ni dan terbaru saya baca testimoni tentang lecithin yang mampu mengurangkan 20kg dalam blog GenkiMomma, semangat pulak nak konsisten.heh!

Ini hanyalah pengalaman peribadi saya, setiap orang mungkin berbeza penerimaan badan masing-masing terhadap supplement. Ada juga yang tidak mahu bergantung dengan supplement sebaliknya berusaha mendapatkan makanan segar yang benar-benar membekalkan khasiat yang diperlukan. Tepuk dada tanyalah hati anda.

Artikel dan info ini saya cedok dari satu blog, saya dah lupa dah nama dan alamatnya.
Berikut adalah antara 'fakta saintifik' berkaitan solat 5 waktu. Namun tidak pasti sama ada terdapat bukti empirikal untuk menyokong 'fakta' ini.
Setiap peralihan waktu solat sebenarnya menunjukkan perubahan tenaga alam ini yang boleh diukur dan dicerap melalui perubahan warna alam. Fenomena perubahan warna alam adalah sesuatu yang tidak asing bagi mereka yang terlibat dalam bidang fotografi, betul tak ?

Sebagai contoh, pada waktu Subuh alam berada dalam spektrum warna biru muda yang bersamaan dengan frekuensi tiroid yang mempengaruhi sistem metabolisma tubuh. Jadi warna biru muda atau waktu Subuh mempunyai rahsia berkaitan dengan penawar/rezeki dan komunikasi. Mereka yang kerap tertinggal waktu Subuhnya ataupun terlewat secara berulang-ulang kali, lama kelamaan akan menghadapi masalah komunikasi dan rezeki. Ini kerana tenaga alam iaitu biru muda tidak dapat diserap oleh tiroid yang mesti berlaku dalam keadaan roh dan jasad bercantum (keserentakan ruang dan masa) - dalam erti kata lain jaga daripada tidur. Disini juga dapat kita cungkil akan rahsia diperintahkan solat diawal waktu. Bermulanya saja azan Subuh, tenaga alam pada waktu itu berada pada tahap optimum. Tenaga inilah yang akan diserap oleh tubuh melalui konsep resonan pada waktu rukuk dan sujud. Jadi mereka yang terlewat Subuhnya sebenar sudah mendapat tenaga yang tidak optimum lagi.

Warna alam seterusnya berubah ke warna hijau (isyraq & dhuha) dan kemudian warna kuning menandakan masuknya waktu Zohor. Spektrum warna pada waktu ini bersamaan dengan frekuensi perut dan hati yang berkaitan dengan sistem penghadaman. Warna kuning ini mempunyai rahsia yang berkaitan dengan keceriaan. Jadi mereka yang selalu ketinggalan atau terlewat Zuhurnya berulang-ulang kali dalam hidupnya akan menghadapi masalah di perut dan hilang sifat cerianya. Orang yang tengah sakit perut ceria tak ?

Kemudian warna alam akan berubah kepada warna oren, iaitu masuknya waktu Asar di mana spektrum warna pada waktu ini bersamaan dengan frekuensi prostat, uterus, ovari dan testis yang merangkumi sistem reproduktif. Rahsia warna oren ialah kreativiti. Orang yang kerap tertinggal Asar akan hilang daya kreativitinya dan lebih malang lagi kalau di waktu Asar ni jasad dan roh seseorang ini terpisah (tidur la tu .). Dan jangan lupa, tenaga pada waktu Asar ni amat diperlukan oleh organ-organ reproduktif kita

Menjelang waktu Maghrib, alam berubah ke warna merah dan di waktu ini kita kerap dinasihatkan oleh orang-orang tua agar tidak berada di luar rumah. Ini kerana spektrum warna pada waktu ini menghampiri frekuensi jin dan iblis (infra-red) dan ini bermakna jin dan iblis pada waktu ini amat bertenaga kerana mereka resonan dengan alam. Mereka yang sedang dalam perjalanan juga seelok-eloknya berhenti dahulu pada waktu ini (solat Maghrib dulu la .) kerana banyak interferens (pembelauan) berlaku pada waktu ini yang boleh mengelirukan mata kita. Rahsia waktu Maghrib atau warna merah ialah keyakinan, pada frekuensi otot, saraf dan tulang.
Apabila masuk waktu Isyak, alam berubah ke warna Indigo dan seterusnya memasuki fasa Kegelapan. Waktu Isyak ini menyimpan rahsia ketenteraman dan kedamaian di mana frekuensinya bersamaan dengan sistem kawalan otak. Mereka yang kerap ketinggalan Isyaknya akan selalu berada dalam kegelisahan. Alam sekarang berada dalam Kegelapan dan sebetulnya, inilah waktu tidur dalam Islam. Tidur pada waktu ini dipanggil tidur delta dimana keseluruhan sistem tubuh berada dalam kerehatan. Selepas tengah malam, alam mula bersinar kembali dengan warna putih, merah jambu dan seterusnya ungu di mana ianya bersamaan dengan frekuensi kelenjar pineal, pituitari, talamus dan hipotalamus. Tubuh sepatutnya bangkit kembali pada waktu ini dan dalam Islam waktu ini dipanggil Qiamullail.

Begitulah secara ringkas perkaitan waktu solat dengan warna alam. Manusia kini sememangnya telah sedar akan kepentingan tenaga alam ini dan inilah faktor adanya bermacam-macam kaedah meditasi yang dicipta seperti taichi, qi-gong dan sebagainya. Semuanya dicipta untuk menyerap tenaga-tenaga alam ke sistem tubuh. Kita sebagai umat Islam sepatutnya bersyukur kerana telah di'kurniakan' syariat solat oleh Allah s.w.t tanpa perlu kita memikirkan bagaimana hendak menyerap tenaga alam ini. Hakikat ini seharusnya menginsafkan kita bahawa Allah s.w.t mewajibkan solat ke atas hambanya atas sifat pengasih dan penyayang-Nya sebagai pencipta kerana Dia tahu hamba-Nya ini amat-amat memerlukannya. Adalah amat malang sekali bagi kumpulan manusia yang amat cuai dalam menjaga solatnya tapi amat berdisiplin dalam menghadiri kelas taichinya .

Wallahualam.

http://www.virtualfriends.net/article/articleview.cfm?AID=44867
Owh, kerana TTM, kerana Corelle yang bakal menjadi milikku, maka blog ini TERupdate.hihi


Yieeehaaaa...*sambil lompat keluar*


Berita gumbira untuk andaaa!! *Kalau tak gumbira pun buat2 je la gumbira ye..macam la tak biasa kannn :D*


TTM korang ni dah sampai seru nak buat LUCKY DRAW kat Dapur Malus Domestica hari ini.



Semua yang layak memenuhi syarat2 di jemput untuk menyertai LUCKY DRAW ini.*haku ni kalau bab bagi ayat formal memang lemah*




TOPSYTURVYMUM FIRST LUCKY DRAW!



INI HADIAHNYERR..




TENG TENG TENG!









Click on above image to view full picture16 Pc Dinner Set
Email to a Friend
Be the first to review this product



Product Information
4 Dinner Plates, 4 Bread & Butter Plates, 4 Soup / Cereal Bowls, 4 Stoneware MugsAdditional InformationItem Code 1065856
Weight 4,275g
Category Dinnerware
Pattern Geometric
Product DescriptionCorelle Dinnerware range is break, chip, scratch and stain resistant. Its made from a unique material called Vitrelle which compresses two layers of different glass compositions, so it's incredibly tough. It's microwave. Dishwasher and oven safe.





Syarat-syarat penyertaan:


1. Anda adalah seorang blogger. (InshaAllah lain kali aku buat lucky draw utk blogger dan reader pulak ye)


2. Beralamat/mempunyai alamat di Malaysia.(Bermakna yang berada di luar negara juga boleh menyertai kalau ada alamat di Malaysia.)


3. Penyertaan mesti dibuat di dalam bentuk entry secara STICKY POST di blog anda. Caranya, copy je la entry ni.(1 profile cuma layak masuk satu penyertaan sahaja.)


4. Setelah siap buat entry, sila hantar link penyertaan anda di ruangan komen entry ini. (Nanti aku masukkan link blog anda kat entry ni)


5. Tarikh tutupnya adalah bila-bila masa sahaja dalam minggu ni(Sebelum Isnin depan 04/10/2010). Aku akan buat entry kalau dah tutup. Bila dah tutup, maka boleh hilangkan sticky post tu.


6. Pemenang akan dipilih DI SINI.


TUAH AYAM NAMPAK DI KAKI
TUAH ANDA SIAPA YANG TAHU


*tak koser feeling2 cam abg karam hahaha*