Hari tu dapat rakam aksi Sofiy jadi imam, hujung minggu baru ni dapat rakam aksi karaoke pulak.hehe.Ntah di mana dia tengok gaya penyanyi sebab kami memang jarang buka rancangan nyanyian ataupun konsert ni. Haa...baru teringat, mungkin dia tengok dalam The Wiggles kot sebab ada slot konsert dengan kanak-kanak tu.

Yang bestnya, umi cuma dengar perkataan 'ummi' dan 'ayah' je sepanjang Sofiy nyanyi tu.hehe. Dedikasi untuk umi ye nak?

ala..tak dapat upload video pulak, pnjg sgt kot.

Tempek gambar je la ye.



Dipetik daripada : http://halaqah.net/

15 Tanda Tanda Orang Malas



1. Mereka yang tahu melakukan tetapi tidak mahu melakukannya.

2. Mereka yang boleh melakukan tetapi enggan untuk melakukannya.

3. Mereka yang berupaya melakukan tetapi tidak bersedia melakukannya.

4. Mereka yang sanggup melakukan tetapi engkar untuk melakukannya.
5. Mereka yang ditugaskan melakukan tetapi menolak untuk melakukannya.

6. Mereka yang berpeluang melakukan tetapi mencari alasan untuk tidak melakukannya.

7. Mereka yang diberi mudah untuk melakukan tetapi menganggap payah untuk melakukannya.

8. Mereka yang sedikit melakukan tetapi mendakwa banyak telah melakukannya.

9. Mereka yang biasa melakukan tetapi mengelak untuk melakukannya.

10. Mereka yang sering melakukan tetapi mendakwa tidak biasa melakukannya.

11. Mereka yang mahir melakukan tetapi mendakwa tidak pernah melakukannya.

12. Mereka yang ada asas tetapi tidak mahu mencuba untuk melakukannya.

13.Mereka yang sepatutnya melakukan tetapi mengelak untuk melakukannya.

14. Mereka yang berkelapangan tetapi mendakwa suntuk untuk melakukannya.
15. Mereka yang berdaya tetapi berpura pura tidak boleh melakukannya.
16. Mereka yang ada kerja untuk dilakukan tetapi seolah-olah tiada apa untuk dilakukan. (no 16 ni saya tambah sendiri. Ini saya laaaaa...laaa...laaa..)


Inilah aksi yang sempat dirakam. Sofiy solat bersama dua pupunya, Abang Hafiz. Sejuk perut umi tengok Sofiy rajin solat. Umi doakan Sofiy akan terus-terusan memelihara Solat lebih daripada nyawa Sofiy sendiri. Semoga anak umi jadi insan yang bertaqwa. Amin.
Si Manjaku Comel

Pagi-pagi ni join contest lah pulak. Semua bayi memang comel kerana kesuciannya, tapi manalah tahu rezeki Sofiykan, umi cuba sajalah. Mari ramai-ramai pakat masuk contest ni dengan mengiktiraf kecomelan si manja masing-masing. Oh ye, lupa pulak bagi tau contest dianjurkan oleh Masyimalo's Heart.


Ok, nak letak gambar Sofiy yang ini, gambar diambil dengan handphone saje.


Antara syarat-syaratnya kena tag 5 orang rakan, jadi saya pilih ibu-ibu si comel seperti yang berikut

Mommy Baby SN
Mommy Zahra
Mommy Aisyah
Ibu Farish dan Firas
Ibu Suffiya dan Zulaikha

Semoga berjaya!
Sesungguhnya tidak tercapai akal hambaMu ini untuk menjangka segala percaturan dan kebaikan yang Kau janjikan buat hambaMu. Syukur Ya Allah, moga laluan dan peluang yang Kau hamparkan ini semakin mendekatkan aku pada Mu wahai PenciptaMu. Semoga segala kebaikan yang Kau lorongkan ini membawa seribu kebaikan pula buat hamba-hambaMu yang lain. Sesungguhnya lidahku kelu tidak terkata, dalam suka, tepu rasa terharu. Semoga segala milikMu yang Engkau pinjamkan akan aku pelihara sebaik-baiknya dengan bimbingan dan pengawasan dariMu jua. Amin.