Drama pertama bercorak aksi dan thriller + komedi yang saya tengok, ialah The Sweet Spy yang ditayangkan sekitar 2005 dan dapat ke tangan saya sekitar 2006. Saya pernah ceritakan di sini yang saya sangat jatuh hati dengan drama ni. Daripada review penonton yang lain pun, majoriti suka dengan drama ni dan mengharapkan sekuel.

Drama ni mengisahkan seorang polis wanita (Lee Sun Ae sebagai heroin) berpangkat rendah yang bertemu secara tidak sengaja dengan seorang spy antarabangsa (Han Yoo Ii sebagai hero) yang mengakibatkan sebatang pen yang mengandungi maklumat rahsia hilang dan menjadi buruan banyak pihak. Polis wanita tersebut merupakan balu kepada seorang anggota polis yang terbunuh semasa menyiasat satu kes berprofil tinggi. Kes ini kemudiannya dibuka semula oleh seorang anggota polis yang baru dinaikkan ke jawatan ketua (Kang Jun nama hero 2) selepas teringat semula akan konspirasi pembunuhan seniornya (suami Lee Sun Ae). Dalam proses Han Yoo Ii mendapatkan semula pen yang hilang, dan Lee Sun Ae yang ditugaskan menyiasat latar belakang Han Yoo Ii, mereka jatuh cinta. Saat tragis dalam drama ini berada di kemuncak apabila ada pihak yang mengambil kesempatan menuduh Han Yoo Ii membunuh suami Lee Sun Ae dan memburunya di saat Han Yoo Ii ingin membawa Lee Sun Ae bertemu dengan ibunya yang sakit.

Nam Sang Mi yang cute

Drama ni dibintangi oleh Nam Sang Mi sebagai Lee Sun Ae, Dennis Oh sebagai Han Yoo Ii, Lee Joo Hyun sebagai Kang Jun, Yoo Sun sebagai Park Eun Joo. Drama ni jadi menarik walaupun hero dan heroin bercakap macam ayam dan itik, seorang speaking US dan sorang lagi cakap Korea sebab gandingan mereka sangat secocok. Ramai peminat yang mengharapkan mereka betul-betul couple di luar set. Selain tu, walaupun drama ni ada aksi dan romance, tapi masih mengekalkan komedi menyebabkan kepala tak la rasa berat sangat nak hadam cerita ni. Pengakhiran drama ni agak tergantung, tapi penonton masih boleh meramalkan endingnya. Cuma penonton rasa macam frust sikit la sebab kena main teka-teka je. Sebab tu agaknya ramai yang mengharapkan sekuel cntohnya di sini. Saya sendiri pun secara peribadi rasa peluang memang cerah kalau pihak produksi nak buat sekuel, syaratnya kena kekalkan hero dan heroin yang sama. Tapii….dah lebih 5 tahun dah. Macam harapan tinggal harapan je la.
Dimulakan dengan lafaz Bismillahirrahmanirrahim.
Memang dari awal pengumuman GA lagi berniat nak mencuba, tapi sibuk dengan macam-macam urusan. Sampaila jumpa sang puterinya sendiri semalam, maka melonjaklah rasa nak mencuba tu.hihi. Tapi masih memikirkan apalah sebab utama dan yang terutama sehinggakan Qur'an Digital tersebut layak saya miliki. Sehinggalah malam tadi, Sofiy memberi saya sebabnya yang tersendiri.

Saya patut menang Qur'an Digital Giveaway oleh MIO kerana saya sangat memerlukan bantuan untuk sentiasa memperdengarkan alunan bacaan Al-Qur'an kepada putera sulung saya Muhammad Sofiy. Sangat besar hajat saya untuk mendidik Sofiy menjadi seorang muslim yang  Al-Qur'an sentiasa di hatinya, menjadi petunjuk dalam keseluruhan aspek kehidupannya. Saya selalu memanggilnya dengan panggilan manja, Imam Muhammad Sofiy.

Setiap hari sebelum tidur saya dan Sofiy akan sama-sama mendengar bacaan Al-Qur'an yang saya masukkan dalam handphone saya sejak mengandungkan Sofiy lagi. Tapi, berapa banyaklah surah yang muat dimasukkan ke dalam handphone. Lagi-lagi sekarang ni handphone saya selalu meragam kerana masalah bateri.Dah tukat bateri pun makin teruk. Kadang-kadang saya rasa sedih terpaksa menolak permintaan Sofiy  "Umi, nak Keran(Qur'an)"  untuk mendengar bacaan Al-Qur'an semata-mata kerana nak simpan jangka hayat bateri untuk pastikan alarm saya berbunyi pagi-pagi esok. Kalau saya bangun lambat, takut tak sempat masak bekal Sofiy ke rumah pengasuh nanti.

Saya rasa sangat bersyukur dan senang hati kerana anak saya ni sangat sukakan Al-Qur'an. Mungkin berkat memperdengarkan bacaan Al-Qur'an sejak masih dalam kandungan. Setiap kali lepas solat, dialah yang akan ingatkan saya supaya membaca Al-Qur'an, kadang-kadang macam kena nasihat dengan anak sendiri. Impian kami, moga-moga Sofiy akan menjadi imam dan haafiz. Dan untuk itu, Al-Qur'an merupakan asas yang perlu dikuasainya.
 Mudah-mudahan suatu hari nanti Sofiy akan mengetuai saf



Saya sedang mengajar Sofiy mengenal huruf hijaiyyah melalui video klip, buku dan flash cards. Kata mama Darwish dan Darwisya, selain diajar mengenal dan membaca, anak-anak juga perlu sentiasa diperdengarkan dengan bacaan Al-Qur'an. InsyaAllah dengan adanya Qur'an Digital ini nanti maka dapatlah saya manfaatkan untuk Sofiy sebaiknya di mana-mana sahaja. Semoga hasrat kami untuk meramaikan lagi generasi Al-Qur'an di akhir zaman akan dimakbulkan dengan usaha dan bantuan Qur'an Digital pemberian Acik MIO yang baik hati. Semoga terus dimurahkan rezeki dan dianugerahkan anak-anak yang soleh.



Imam Muhammad Sofiy


14 SEPTEMBER 2011
Alhamdulillah,dah lepas satu tangga dalam pengajian PhD ni. Saya dah selesai membentangkan cadangan kajian di peringkat pusat pengajian. Sehari sebelum bentang, dapat respon yang agak kurang memberangsangkan berkenaan teori yang saya pilih. Saya maklum teori yang salah pilih memang teori baru, tiada pengikut lagi dan tiada literature review. Jadi memilih teori ini memang mencari kerja berat. Cuma, apa yang saya kesalkan adalah cara orang sekeliling memberi respon. Saya memang suka orang yang telah lebih dulu makan garam memberi pandangan dan buah fikiran. Tetapi bukan menidakkan atau menjatuhkan motivasi saya.

Malam sebelum pembentangan, saya kurang sihat. Entah sebab nervous nak bentang proposal atau terlebih makan masa jamuan raya sebelah petangnya. hehe. Perut rasa sebu, meragam, cirit-birit, badan sengal-sengal semuanya ada. Malamnya saya tak lena tidur. Tengah-tengah malam bangun bancuh teh serai. Mulanya saya ingat taknak buat skrip untuk pembentangan, tapi sebab dah tak boleh tidur baiklah saya prepare skrip apa yang patut.

Pembentangan patutnya pukul 2.30 petang, tapi sebab sebelah petang ada mesyuarat fakulti maka diawalkan ke sebelah pagi. Lagi cepat habis lagi bagus. Selesai pembentangan, 2 orang penilai memberikan komen dan pandangan. Wooo..saya rasa kepala saya pusing..pusing..pusing..jangan salah sangka..bukan sebab komen tu keras, tapi sebab apa yang dikomen tu sangat tinggi, berat dan rasa jauhnya lagi daripada apa yang saya mampu capai. Komen semuanya bagus-bagus, berguna dan sangat membantu. Walaupun macam tu, yang bestnya tajuk tesis saya semua orang puji dan kata sangat menarik dan tertarik. Lagi satu, semua ucapkan tahniah sebab saya dah berjaya bentang walaupun baru je habis sem yang pertama. Masa ditanya sem berapa, saya cakap baru habis satu sem, ni nak masuk sem ke2..pakat-pakat terkejut. Orang lain terkejut saya tak kisah...tapi penyelia saya pun sama terkejut. "Bukan awak dah sem3 ke?" Laa..patutla Prof suruh sangat-sangat saya bentang sem lepas. hehe. Apapun, bagus juga bentang awal, boleh dapat respon dan pandangan awal, boleh kita mulakan langkah lebih awal. Kalau kita dok syok sendiri sampai 2-3 sem kemudian kena tukar banyak benda kan lagi tak best?

Apapun, syukur dah lepas satu tangga. Lepas ni nak kena pulun untuk siapkan full paper persidangan.
Sesaje di petang hari ni nak merakam kenangan dengan minat anak teruna. Siaran TV yang diminati masa umur sekitar 2 tahun lebih. Pertama sekali, tentulah AZAN. Disebabkan balik rumah dah nak maghrib, maka azan maghrib di astro oasis yang Amy Search alunkan tu menjadi minat dia. Bolah dah la ikut sikit-sikit terutama tang Allahu Akbar dan Hayya 'alassolah. Alhamdulillah. Semoga suara anak umi juga merdu mengalunkan laungan azan mengajak para mukminin mengerjakan tiang agama.

Kedua, minat yang teramat minat kat slot bersiri MERLIN. Percaya tak dia boleh kenal yang mana Merlin. Tapi yang tak berapa nak syoknya....pantangla muka Merlin tu takde kat skrin, mesti tanya "Umi, Lin ane?" " Ane Lin" adoi...itula soalan tak henti-henti, jenuh umi bagitau suruh tunggu sampaila scene Merlin keluar. Bila dah nampak muka Merlin tu, kemain lagi terjerit-jerit panggil Merlin macam la Merlin tu dengar. Tapi yang bestnya..umi pun layan jugak..dah sebenarnya Sofiy minat pun sebab pengaruh umi kot?


Lagi...ala kegemaran bebudak la adik beradik kepala botak ni. Sape lagi kalau bukan Upin Ipin. Tapi disebabkan jarang dapat tengok slotnya yang 5 minit tu, jadinya Sofiy sekadar admire dari jauh je la. Kat laptop umi ade la video pengembaraan tu tapi sekali sekala je bagi dia tengok sebab taknak dia mintak ulang, ulang dan ulang.


Sofiy layan jugak sukan, sebab terpaksa layan kot bila siaran TV tu ayah yang punye.hehe. Tapi biasanya Sofiy layan suam-suam kuku je, kecuali masa Lee Chong Wei lawan untuk merebut juara dunia baru ni. Beria-ia jerit nama Chong Wei. Pastu sukan IAAF di Daegu baru-baru ni, kemain lagi suka tengok lumba lari.


Oklah, ayah pun dah otw ambik umi. Maka kena stop di sini dulu. Selamat berhujung minggu:-)



Syukur, alhamdulillah. Rezeki yang dikhabarkan di penghujung Ramadhan. 2 hari terakhir sebelum cuti raya, kami yang masih kena datang kerja punyalah takde mood. Masing-masing dok melayan drama, takde semangat dah nak buat kerja ke, nak study ke. Macam biasa, sekali sekala saya jenguk emel. Tiba-tiba rasa darah berderau bila ada satu emel daripada MyPhD. Katanya permohonan telah diproses dan boleh disemak bermula 24 Ogos. Masa tu saya tak dapat nak fikir 24 Ogos tu bila. Mujurlah Kira cepat cakap, semalam la 24 Ogos. Terus klik link MyBrain15. Sebelum masukkan ID dan password tu, cepat-cepat ingatkan diri supaya bersedia sekiranya jawapannya adalah mendukacitakan. Pengalaman lepas buat saya lebih bersedia dan jangan excited.

Bila keluar je paparan page tu, perkataan pertama yang saya cari dan saya nampak adalah TAHNIAH. Perkataan seterusnya dalam ayat tu memang saya tak boleh recall sampai sekarang. Lepas tu, bawak bertenang....sebelum klik 'setuju dan terima', saya baca dulu pelan-pelan segala maklumat, syarat dan lampiran yang diberi walaupun sebenarnya tak faham sangat pun apa dia tulis dek kerana rasa debar yang belum hilang. Kemudian saya klik terima, dan uruskan segala dokumen.

Segala surat tawaran, surat perjanjian dan dokumen sokongan tu perlu dikembalikan ke KPT bahagian biasiswa dalam tempoh 14 hari. Masa tu saya dah tepuk dahi dah. Macam mana ni, sempat ke? Cuti raya kan panjang. Demi tidak melepaskan rezeki yang dah lama ditunggu, saya usahakan secepat mungkin untuk buka akaun bank, buat medical checkup walaupun esoknya dah nak raya. Alhamdulillah rezeki saya, medical checkup tu patutnya kena buat appointment, tapi saya sempat buat hari yang sama tanpa appointment. Kemudian nak cari tandatangan saksi pulak. Ada kawan saya majistret yang boleh tandatangan tapi cuti-cuti mana ada orang bawak balik cop jawatan. Lalu dengan tak malunya saya beraya rumah ketua kampung sebelah.hahaha. Alhamdulillah dapat juga tandatangan saksi walaupun mulanya tok ketua tu taknak sebab saya bukan anak buah dia. 2 September segala dokumen selamat saya serahkan lepas dah mati setem di pejabat hasil.

Alhamdulillah, syukur ya Allah. Jadi saya takla risau lagi bab yuran study, bab belanja bulanan. Kalau tidak, saya dah berkira-kira nak tangguh pengajian semester depan sebab tak mampu nak kumpulkan duit buat bayar yuran. Engkau Maha Mendengar ya Allah, Engkau Maha Pemurah ya Allah. Saya sebenarnya nak cukupkan solat hajat 12 rakaat sebanyak 3 kali, sebab saya baru sempat buat 2 kali. Sebelum ni dimaklumkan keputusan permohonan ni bulan 10, tapi keluar awal pulak, alhamdulillah.

Semoga dengan rezeki ini, saya dan keluarga akan terus dekat di sisiNya, akan meneruskan perjuangan dengan penuh tanggungjawab dan dapat menyalurkan kepada yang memerlukan.