Punye la lama gap baru nak cerita bahagian 2. Ok, kalau kat bahagian 1yang lepas, cerita Sofiy naik keretapi pendek a.k.a tren komuter, kali ni pengalaman Sofiy naik keretapi panjang pulak, iaitu tren antara bandar. Memandangkan perjalanan yang jauh memakan masa berjam-jam, maka saya ambil keputusan beli tiket untuk koc yang ada katil. Saya ambil kelas 2, katil bawah. Kalau ambik kelas 1 pun rugi je sebab kelas 1 tu kabin dan lebih sesuai untuk satu keluarga. Saya beli 1tiket je sebab Sofiy bawah 4tahun tak kena tambang, tapi kena tidur sekatil dengan saya la. Kalau beli 2 katil pun bukannya dia mau tido katil sebelah. Mula-mula bagitau dia kali ni naik keretapi yang ada katil dan boleh baring, punye la dia tak suka. Dia kata nak yang duduk je. Saya dok fikir haru la kalau dia takmo dok kat katil kami, tapi nak dok kat koc kerusi.

Persidangan saya pada 22 & 23Nov, jadi kami bertolak dari KL pada 20hb, tren pukul 11 malam. Saja saya ambik malam sebab tentu je Sofiy akan tido dan tak payahla saya nak dengar pertanyaan dia yang bertali arus tu. Dah boleh agak, mula-mula tanya pasal keretapi..kenapa, kenapa, kenapa..pastu nanti tanya bila, bila, bila nak sampai pulak. Kami gerak dari rumah sekitar pukul 9malam. Keluar awal sebab risau ada aral di tengah jalan. 9.45 malam dah sampai KL Sentral. Ayah Sofiy tak masuk sebab esok dia kerja jadi kena balik tido dan rehat. Mula-mula ok la budak kecik tu...lepas tu mula la pot pet pot pet tanya bila keretapi nak sampai, lambatnya keretapi. Huhuhu..masa tu 10 minit pun rasa lama sangat, inikan pulak nak tunggu sejam lebih. Yang lagi tak bestnya KL Sentral sekarang ni sangatla panas, aircond rosak ke apa. Kebetulan pulak Sofiy tak tido sebelah siang tu masa kat rumah pengasuh, jadi nak tunggu pukul 11 tu dia dah ngantuk la. 

sempat main mainan ni dulu
muka ngantuk menunggu keretapi

Tren sampai tepat pada waktunya..Dah turun kat platform, jauh pulak kena berjalan ke koc kitorang. Mengah jugakla nak bawak beg berat tu. Mujur pengawal KTMB tu tolong dukung Sofiy naik atas tren. Katil pun mudah je jumpa. Sekali tengok macam kecik je katil tu nak tido berdua dgn Sofiy yang lasak ni. 

Macam ni la katil dua tingkat dalam Senandung Mutiara


Menikmati pemandangan malam bersama meow yang setia menemani di sisi

Perjalanan terasa sangat la panjang sebab saya tak lena tido. Bukan sebab risau terlepas stesen pun, ye la Butterworth stesen terakhir. Tapi sebab bunyi dan lenggang-lenggok keretapi tu ditambah pulak tak selesa. Tak sempit sangat, cuma tang tangan tak selesa sebab ada penghadang macma gambo kat tengah tu. Sofiy pulak kena terperosok bawah para kecik tu, mujur la dia nipis je kalau tak mau terhantuk.

Dalam pukul 5pagi saya dah bangun, pegi toilet dan kemudian on laptop layan drama Korea. Dah takde rasa nak tido dah. Sampai di Butterworth lebih kurang pukul 6.40 pagi. Okla takde delay.


Bye-bye keretapi...


Turun-turun tu Sofiy buat kalut pulak. Dia taknak jalan tinggalkan platform. Katanya nak tunggu keretapi jalan dulu. Adoilaa..keretapi tu mana nak gerak dah, dah sampai stesen terakhir. Last-last umi buat-buat tanya pada inspektor keretapi tu, dan orang tu jawab "Keretapi ni tak jalan dah dik, tunggu pukul 8 karang pulak baru jalan". Hmm..barulah si Sofiy mau jalan. Mujur umi sempat solat subuh walaupun dah ujung-ujung sebab nak cari surau punye la payah.

Ok keretapi, nanti nak balik KL kita jumpa lagi...

Sebelum menggoreng panjang lebar, saya nak tekankan di sini bahawa ini bukanlah ruangan kongsi pengalaman atau petua. Apa yang saya tulis adalah berdasarkan pemerhatian semata-mata. Saya hanyalah seorang isteri, ibu anak satu dan seorang pelajar. Saya menulis bukanlah untuk mengajar atau komplen rumahtangga orang lain, sekadar memberi pendapat dan panduan untuk diri sendiri, insyaAllah berhajat nak anak lebih daripada seorang.hihi.

Pernah tak korang masuk rumah yang kemas, bersih, teratur dan pernah tak masuk rumah yang berselerak, kotor dan huru-hara? Saya pernah. Bila masuk rumah yang kemas bersih tu saya pun mengharap saya akan boleh buat begitu dalam rumahtangga saya. Kalau saya masuk rumah yang satu lagi, saya berharap saya takkan jadi begitu satu hari nanti. Dalam masa yang sama saya dok fikir mengapa terjadi perbezaan yang ketara tu. Sebab tak semestinya rumah yang bersih kemas tu tak de anak-anak kecik, dan tak semestinya juga rumah yang sepah tu anak kecik berderet-deret. Jadi bila saya dah duduk dalam rumah tu, saya rasa saya dapat memikirkan beberapa faktor penyebab dan juga jalan penyelesaian yang boleh dipraktikkan.

1) Upah orang gaji atau maid hujung minggu 
Pilihan ini untuk orang yang berkemampuan dan dua-dua (suami isteri) tak kisah adanya campur tangan orang lain dalam rumah. Suami saya bukan jenis ini, dia tak selesa ada orang lain atau hasil tangan orang lain.

2) Kerjasama suami
Apa yang saya perhatikan, rumah akan mudah bersepah jika suami jenis tak kisah. Kalau suami pun jenis di mana bukak seluar di situ londeh, tuala tak sidai, pinggan tak basuh, di mana makan minum di situ tinggal pinggan dan cawan, kasut tak susun...semua harapkan isteri yang buat. Masa berdua ok la lagi, tapi kalau dah berempat berlima berenam..tak menang tangan la isteri. Satu hal lagi, ayah tu menjadi contoh..apa ayah buat anak buat jugak..cawan ayah sebiji, cawan 6 orang anak 6 biji, pinggan ayah sebiji, pinggan 6 orang anak 6 biji...pastu isteri @ maknye pun terkangkang nak buat semua.Jadi, buat para isteri yang baru berumahtangga tu kalau boleh jangan manjakan sangat suami anda. Biarkan dia tolong sikit-sikit kerja rumah sejak dari awal perkahwinan supaya lepas-lepas dah ada anak nanti dia tak kekok membantu. Untuk kemaslahatan rumahtangga kita juga. Tak adalah nanti dia semak kepala tengok rumah berserabut lepas tu nak lepak di luar aje.

3) Elakkan bertangguh
Yang ni adalah apa yang mak-mak macam kita boleh upgrade diri sendiri. Apa yang saya perhatikan, bila bertangguh, maka banyakla kerja yang tak siap. Contohnya, lepas masak tangguh basuh segala periuk belanga blander lesung batu pisau sudip senduk, sama ada ditinggalkan atas dapur atau dalam sinki. Nanti lepas makan bertambah pulak dengan pinggan cawan sudu garfu X (kali) berapa kepala yang ada dalam rumah. Bila dah banyak mulalah rasa letihnya nak basuh semua tu. Tangguh lagi. Sebenarnya kalau kita amalkan untuk selesaikan kerja pada satu-satu masa, sebenarnya kita dah jimat banyak masa dan tenaga. Memangla basuh periuk kuali tu nampak berat sebab besar, tapi kalau buat sekejap je. Kalau tangguh pun nanti-nanti kena buat juga, ye tak. Sama juga kekdahnya dengan menguruskan pakaian. Bila agak-agak nak penuh bakul tu silalah basuh terus jangan tunggu malam karang atau esok. Macam tu juga dengan pakaian di ampaian. Dah kering je terus angkat, daaaaannnn LIPAT! jangan angkat saja pastu renyukkan dalam bakul lain pulak. Kan dah jadi dua bakul pakaian tak terurus tu, satu bakul baju kotor dan satu bakul baju bersih. Lagi teruk kalau renyukkan dalam almari atau atas katil, kemudian datang anak atau ayahnya lenjan pulak atas baju-baju tu. Bila agaknya nak lipat tu ye. Percayalah kalau kita terus je lipat sebaik saja angkat, tak sampai 10 minit pun kain selonggok tu. Dah lipat....terus SIMPAN! Jangan biar je tersusun gitu, karang anak sepahkan sesia je masa dan tenaga melipat tu.

4) Tetapkan rutin
Ini kerap kali suami saya tekankan, dan kerap kali juga saya tak buat. hehe. Tetapkan rutin dalam hidup dan tugasan kita. Pendek kata, time management kena mantap. Tapi saya selalunya main congak-congak. Contohnya kalau agak-agak pagi tu nak masak menu yang susah sikit, nak kena defroze bahan basah ke, saya bangun awal. Tapi kalau agak-agak nak masak campak-campak aje set jam lewat sikit. Sila jangan tiru saya kalau anda nak jadi ibu dan isteri yang berdisiplin, sekaligus anak-anak yang berdisiplin jugak. Tetapkan rutin, dan patuhi jadual yang kita buat tu. Misalnya, kita bangun sekian-sekian waktu, solat sunat, kemudian buat apa-apa kerja rumah yang patut. Ada orang suka basuh baju waktu pagi sebelum pergi kerja, ada orang kena masak bekal suami dan anak, ada orang kena masak breakfast dan lauk lunch. Terpulanglah kepada agenda hidup masing-masing. 

Pukul berapa nak keluar ke tempat kerja..kalau boleh biar sama je jadual tu sebab itu memudahkan anak-anak juga set jadual mereka. Jangan disebabkan waktu kerja kita fleksible, kita bagi kelonggaran kat anak-anak. Kadang-kadang keluar pukul 8, kadang-kadang keluar dekat pukul 9, kadang-kadang nak awal pulak pukul 7 dah nak keluar sebab maknya ada meeting. Jadi anak-anak pun keliru. Kalau anak dah sekolah ok la mak yang kena ikut timetable anak.hehe.Kemudian, set masa hari apa nak gosok baju. Kalau boleh elakkan kumpul baju yang nak digosok sampai stok seminggu kalau kita dah ada anak berderet. Seminggu 3 kali atau 2 kali dah ok. Takdela sebeban nak kena gosok. Sama juga rutin-rutin lain termasuk vakum, mop, tukar cadar sarung bantal, cuci bilik air, dan tak lupa rutin mengajar anak-anak mengaji dan ulangkaji. Jangan biarkan anak take advantage atas kelemahan kita untuk menepati jadual waktu. 

Macam mana pulak kalau ada baby kecik? Mesti la lari-lari sikit timetable tu kan sebab baby kan meragam la, nak menyusu la... Pada saya, lari sikit tu ok, tapi jangan biasakan. Kalau jadual lari daripada jadual sebelum ada anak kecik, kita kena set jadual baru yang lebih sesuai.

5) Latih anak-anak dari kecil
Latih anak-anak dengan rutin, dan disiplin sejak kecil. Ini saaaaangat penting. Saya perhatikan ramai mak-mak yang akhirnya pasrah rumah bersepah sebab penangan anak-anak. Sebagai ibu dan bapa, kita kena latih mereka mengikut peringkat umur. Apa yang penting lagi adalah contoh teladan. Anak-anak ni meniru. Perkara paling simple, masuk rumah terus susun kasut di rak kasut. Nampak mudah, tapi ramai yang tak boleh buat. Sebabnya masa kecik-kecik tak ditekankan perkara yang nampak remeh tu. Nanti anak dah sekolah, dengan selipar dia sepah, kasut sekolah, stokin busuk pun semua kat depan pintu je. Lagi yang simple, bangun tidur terus lipat selimut dan susun bantal. At least bantal masing-masing. Haa..lagi satu kepantangan mak saya, lepas mandi tuala mesti sidai elok-elok jangan diperuk merata sampai masam dan bertahi lalat. 

Saya tengok part disiplin dan kelemasan ni memang payah sikit nak ajar anak-anak especially anak lelaki. Kena tegas! Lepas makan dan minum, sekurang-kurangnya bawa pinggan mangkuk ke sinki. Bila dah besar sikit, basuhlah pinggan sendiri. Lepas basuh tangan, lap tangan pada kain lap dan bukan lap pada baju. Lepas main, kemas semula mainan. Benda-benda begini perlu dipesan sentiasa dan berkali-kali sampaila jadi habit pada anak. Iaitu cara hidup dia. Jangan anggap dia kecik maka kita biarkan aje dia..nanti bila dia dah terbiasa dengan cara hidup tak berdisiplin yang peningnya kita juga. Mudah-mudahan anak saya boleh kekalkan disiplinnya sampai besar.

6) Kreatif untuk jimat masa
Yang ni saya belum aplikasikan sepenuhnya, masih belajar lagi. Ramai yang dah buat begini especially yang rajin memasak. Contohnya kisar bawang siap-siap, kisar cili siap-siap, buat sambal stok seminggu, buat stok ayam, dan macam-macam cara lagi untuk menjimatkan masa. Bab pakaian pun sama. Saya untung sebab pakaian suami dia yang tentukan sendiri dan uruskan sendiri. Saya tukang basuh aje.

7) Be organised
Hidup kena teratur. Serba-serbi. Yang ni susah sikit nak explain panjang-panjang. Setakat bagi contoh boleh la. Apa-apa aspek dalam hidup kita ni kena ada kategori. Jadi sebagai mak dan isteri, kita kena jadi organizer. Contohnya nak kelaskan pakaian dalam almari, nak kelaskan barang dapur, nak simpan dalam bekas apa. Almari ni nak letak apa, almari sana simpan apa, laci ni untuk apa, laci tu pulak nak letak apa. Semua tu kena ada kategori masing-masing supaya senang kita nak cari, nak simpan, nak guna. Kalau makanan basah pun, beli sekor ayam kita separate la siap-siap satu tuperware untuk goreng, satu tuperware dah siap potong kecik-kecik nak buat rencah, ada yang untuk buat sup misalnya. Ikan, selalu sekali masak berapa ekor, kalau masak 3 ekor jangan simpan 7 ekor satu bekas. Asingkan untuk sekali masak. Kalau cadang nak buat tomyam campur minggu tu boleh aje simpan satu bekas segala rencahnya sekali; ayam, udang, sotong.

8) Kesihatan Kena Tip Top
Saya pernah mengalami satu fasa di mana kesihatan saya terganggu dalam masa yang agak panjang iaitu 2 TAHUN. Lamakan? 2 tahun saya demam berpanjangan, sakit tekak, batuk, selesema, sakit-sakit badan. Memang terkesan serba-serbi baik pelajaran, kerja-kerja research dan kerja-kerja rumah. Alhamdulillah di penghujung 2012 saya jumpa penawarnya. Saya diet dan ambil suplemen Shaklee. Alhamdulillah saya recover boleh dikatakan 100% bab demam, sakit tekak, selesema tu. Berat badan pun turun kepada berat ideal. Boleh tengok kisah diet saya di kategori DIET. Seterusnya saya jalani fisioterapi untuk sakit-sakit bahu dan leher serta sakit-sakit badan yang lain. Lebih kurang 3 bulan rawatan, dah discaj pun. Alhamdulillah, segala puji bagi Allah, dengan izinNya dan sedikit usaha, saya beroleh kesihatan yang baik kini. Hidup rasa lebih berkualiti. 

Saya faham kebanyakan ibu-ibu di Malaysia menghadapi masalah kesihatan yang nampak remeh tapi sebenarnya sangat memberi kesan kepada kualiti hidup. Sakitnya cuma lenguh-lenguh, sengal-sengal, sakit tekak, ulser, tapi percayalah itulah tanda-tanda bahawa kesihatan anda semakin merosot. Kebiasaannya atas faktor umur dan kekerapan melahirkan anak ditambah dengan rutin harian yang padat hingga tak dapat menjaga pemakanan yang sihat dan berkhasiat. Senaman lagilah jauh sekali nak dapat buat. Jadi apa yang boleh ibu-ibu dan isteri-isteri lakukan?

Laburkan sedikit pendapatan anda untuk mengambil makanan kesihatan. Walaupun saya kini distributor Shaklee, tetapi saya tidak kata hanya suplemen Shaklee yang boleh diambil. Terpulang kepada anda, pilihan di tangan anda. Saya memilih Shaklee kerana ianya suplemen yang terbukti semulajadi, selamat dan berkesan. Shaklee sudah wujud sejak tahun 1915 malah Shaklee lah yang mula-mula mencipta vitamin di dunia.

Mungkin ada yang nak tahu, vitamin Shaklee yang mana sesuai untuk kesihatan wanita, khususnya golongan ibu dan isteri. Dalam Program Total Wellness Connection Shaklee, ada beberapa rangkaian set vitamin yang dicadangkan sesuai mengikut sasaran. Untuk kita, yang mengalami masalah kesihatan biasa (bukan penyakit kritikal atau penyakit-penyakit tertentu), saya cadangkan:

Family Wellness Set
# Vita-lea Iron Formula (multivitamin)
# B- Complex
# Vita-C (500mg @ 100mg)
# ESP (Soy Protein Isolate Powder)

Set ini sesuai untuk seisi keluarga kerana ianya mengandungi vitamin asas untuk kesihatan optimum. Secara ringkasnya Vita-lea menampung nutrien keseluruhan yang diperlukan oleh tubuh(27 vitamin dan mineral), B-Complex (gabungan 8 jenis vitamin B) untuk pelepasan tenaga, kesihatan saraf dan mengawal stres, Vita-C untuk sistem imun badan (sakit tekak, selesema, batuk dan demam) manakala ESP adalah sumber protein untuk membina otot, mengawal berat badan, sumber tenaga segera, mengatur hormon dan kecantikan kulit.

Ada lagi satu set yang khusus untuk wanita, iaitu:

Women's Health Set
# GLA Complex
# OsteMatrix (kalsium magnesium)
# Omega Guard (minyak ikan)

Set ini sesuai untuk mereka yang punya masalah berlebihan berat badan, hormon tidak stabil, haid tidak teratur, senggugut, sakit sendi dan otot, serta mudah lupa atau mudah hilang tumpuan. Ini biasa berlaku di kalangan ibu-ibu yang mempunyai anak kecil atau anak yang ramai. Betulkan?

Ini sekadar usaha kita, memang kita sayangkan keluarga maka sebab itulah kita kena sayangkan diri kita dahulu. Sebab apa? Sebab keluarga kita perlukan kita. Bagi yang tak bekerja apa kata usulkan elaun bulanan untuk set suplemen ini. Suami pun boleh makan sama. Shaklee tak mahal sebenarnya, nampak mahal sebab jenamanya dan sebab kuantitinya. Kalau dibanding-bandingkan, vitamin di farmasi banyak yang lebih mahal. Apapun, kalau bajet kecil jangan segan hubungi saya kerana saya ada cara untuk bantu anda.

9) Jaga Ibadah dan Hubungan dengan Allah
Haa..ni patutnya letak kat no. 1 tapi nanti orang ingat ni entri islamik-islamik gitukan. Seorang Ustaz pernah berkongsi tips dengan saya. Katanya, jika kita nak semua urusan kita lancar dan terancang, ibadah wajib kita kena dapat A+. Ah sudah...manalah kita tau Allah bagi markah solat kita apakan? Ok begini. Kata Ustaz, luangkan sedikit masa untuk buat satu jadual waktu. Bukan jadual masuk waktu solat itu kat kalendar pun ada. Maksudnya jadual waktu KITA solat. Boleh buat untuk sebulan punya jadual. Kita letak KPI untuk solat kita, dan kita kena jujurlah. Ala..untuk diri sendiri buat apa nak tipu, tak dapat hadiah pun (manusia tak bagi hadiah tapi Allah bagi). Caranya begini:

A+ = 5 minit sebelum masuk waktu sudah di tempat solat
A  = masuk waktu sudah siap wudhu' tapi belum bersedia
B   = dengar azan baru tergesa-gesa nak ambil wudhu'
C   = lama selepas azan berkumandang baru nak solat 
D   = dah di penghujung waktu baru nak solat
E   = sampai habis waktu tak solat-solat.


Kebanyakan kita dalam kategori mana? Saya rasa banyak yang dapat C. Ok, kalau anda dapat A atau A+ alhamdulillah, kekalkan dan improve kepada yang lebih baik. Cubalah, buat yang ini kalau dalam sebulan dapat A+ untuk sehari 5 waktu, in sha Allah urusan kita yang lain semua akan A+ jugak. Bukan pasal rumahtangga je, malah semua urusan kita. 

Rasanya cukup dulu tips yang dikongsi, semoga bermanfaat untuk anda semua. 


Pertanyaan? Hubungi:

MAIA (SID 918631)
SMS: 012 3302067
EMEL: minaina_ilaaina@yahoo.com
FB FANPAGE: Min-Aina-Ila-Aina

* MAIA merupakan pengedar Shaklee yang sah dan menerima pembelian secara Cash on Delivery (COD) atau Self Pickup di kawasan Bandar Seri Putra, Bandar Bukit Mahkota, Bangi Lama, KUIS, UKM dan Bandar Baru Bangi. Caj penghantaran akan dikenakan bergantung pada jarak kawasan. Penghantaran melalui pos boleh dibuat ke seluruh Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak.


Di tengah malam, lepas layan Merlin kat TV3 jap tadi, lepas tu merayau pulak kat tenet. Sekarang tengah pekena susu suam segelas. Kalau bancuh susu tepung, jangan bancuh dengan air panas tau. Buh air panas sikit, kemudian campur dengan air masak sampai jadi suam baru masukkan susu. Sama jugak masa sediakan susu untuk anak-anak kita. Sebab apa? Supaya khasiat susu tak hilang disebabkan air panas.

Bercerita bab susu ni, saya adalah penggemar susu sejak kecik. Saya orang kampung, biasa orang kampung ni bila anak dah cukup 2 tahun sama ada menyusu badan atau susu formula, maka berentilah anak minum susu. Minum la teh, milo, kopi sama macam minuman keluarga. Mak saya pun sama, tersilap memahami konsep 'berhenti menyusu' yang disarankan dalam Islam. Saya pun diberhentikan 'menyusu' walaupun saya memang minum susu formula sejak umur satu minggu. Mak saya kekeringan air susu akibat tersalah makan jamu. Tapi entah macam mana masa di sekolah rendah, saya mintak nak minum susu semula. Ni pengaruh iklan la kot. Iklan Fernleaf kan best masa tu. Ingat lagi lagu "Ibu...ibu..engkaulah ratu hatiku...Terima kasih mak". Mak saya pulak tak lalu minum susu, dan ayah memang minum teh O saja. Tapi bila dah suka tu kan, takde pengaruh mak ayah pun kita tetap suka.

Kecik-kecik minum susu Fernleaf, lepas tu masuk menengah ayah saya beli susu timbang kat kedai apek je. Ye la dulu-dulu hidup susah. Kemudian masuk matriks, saya minum susu ikut kemampuan la macam everyday, nespray. Bila dah masuk U betul baru la ada PTPTN dan mampu la nak beli susu yang mahal sikit yang kononnya lebih bagus. KONON saja ye, saya taktau kebenarannya. Masa tu saya minum Anlene. Lama gak la minum Anlene ni. Kemudian mengandung minum Anmum ada la 1 tin pastu tak upaya dah. Balik minum Nespray je. Kemudian ada juga beli Omega sesekali. Biasa minum susu segar je. Tapi kemudiannya saya jatuh cinta dengan susu skim SUNLAC. 

Beberapa sebab saya suka susu ni:

1) Ada halal Malaysia

2) Harga yang berpatutan. Saya taktau kat mana lagi ada jual susu ni, tapi saya beli kat pasaraya 99Speedmart dengan harga RM17.90.

3) Rasanya sedap, rasa lemak tapi tak manis. Saya tak suka susu yang ada rasa manis. Kalau susu segar, HL tu pada saya manis.

4) Rendah lemak dan tinggi kalsium

5) Bila dah buat atkins, susu ni sesuai dengan saya sebab karbohidratnya tak tinggi.

6) Boleh dibancuh dengan air sejuk, tidak berketul.






Berapa Jumlah Kalsium Untuk Keperluan Sehari?


Seorang dewasa memerlukan 1000mg kalsium sehari. Cukupkah pengambilan kalsium kita? Saya sendiri jenuh nak mencukupkan kuantiti kalsium ni kalau hanya dengan minum susu saja. Satu hidangan susu (segelas) bersamaan 250mg kalsium. Maknanya kena minum 4 gelas susu sehari. Mungkin ada orang mampu, tapi saya biasanya maksimum 2 gelas saja. Pagi dan malam. Dulu saya kurang ambil kisah dengan pengambilan kalsium ni..saya ingat dah minum susu tu memadai..rupanya belum cukup. Jadi apa alternatifnya? 


Suplemen Kalsium Magnesium (Shaklee OsteMatrix)

Terus-terang, saya tak pernah beli suplemen kalsium jenama lain kecuali Shaklee. Kalsium magnesium Shaklee dikenali sebagai OsteMatrix. Saya kenal OsteMatrix masa menyusukan Sofiy dulu, tapi lepas berhenti menyusukan Sofiy, saya stop juga OsteMatrix. Tapi sekarang saya ambil semula OsteMatrix selepas jadi pengedar Shaklee yang sah, dan saya tau saya perlu mencukupkan pengambilan kalsium harian saya. Saya alami masalah sakit bahu, kejang leher dan sakit belakang..jadi kalaupun OsteMatrix bukanlah berperanan menghilangkan sakit-sakit ini, cukuplah sekadar meredakan dan mencegah daripada melarat. Saya sekarang dalam proses rawatan fisioterapi. Oh ye, nak tengok macam mana rupanya OsteMatrix?

Harga Pasaran OsteMatrrix: RM 61.00

Inilah OsteMatrix. Setiap tablet mengandungi 250mg kalsium, dan juga mengandungi magnesium serta beberapa zat yang lain. Pembahagian kepada 250mg setiap tablet memudahkan kita untuk memilih sama ada perlu ambil 4biji sehari atau kurang, bergantung kepada pengambilan kalsium daripada sumber-sumber yang lain. Misalnya saya dah minum 2 gelas susu, jadi saya hanya perlu tambah 2 biji OsteMatrix sahaja. Andai kata saya juga sudah ambil bahan makanan lain yang kaya dengan kalsium misalnya soya, atau produk tenusu lain, saya boleh ambil hanya 1 biji sehari bagi melengkapkan pengambilan kalsium harian saya. Dan bagi mereka yang tidak suka minum susu, OsteMatrix adalah jalan mudah untuk sumber kalsium harian anda.

Untuk maklumat lanjut, atau ingin dapatkan OsteMatrix sila hubungi:

MAIA (SID 918631)
SMS: 012 3302067
EMEL: minaina_ilaaina@yahoo.com
FB FANPAGE: Min-Aina-Ila-Aina




MAJLIS SYARAHAN RAJA ALI HAJI 2012

Dengan hormatnya dimaklumkan bahawa Persatuan Linguistik Malaysia dengan kerjasama Dewan Bahasa dan Pustaka dan Universiti Kebangsaan Malaysia akan mengadakan Majlis Syarahan Raja Ali Haji 2012. Syarahan yang bertajuk ‘Bahasa Melayu Singapura dan Cabaran Masa Muka" akan disampaikan oleh Encik Mohamed Naim Daipi (Mantan Guru Pakar dan Tokoh Guru Arif Budiman, Singapura)
 pada tarikh, masa dan tempat seperti yang berikut:
Tarikh:7 Disember 2012 (Jumaat)
Masa:9.00 pagi – 11.30 pagi
Tempat:Dewan Datuk Hassan Ahmad, Aras 2,
             Menara Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur.

Semua dijemput hadir. Untuk meklumat lanjut dan tentatif program, sila lawati laman rasmi Persatuan Linguistik Malaysia .

Bagi mereka yang tidak pernah hadir dan tidak tahu apakah masjlis syarahan ini, Syarahan Raja Ali Haji bukanlah syarahan yang disampaikan oleh beliau tetapi merupakan satu majlis syarahan yang disempenakan dengan nama dan sumbangan beliau kepada bahasa dan bangsa Melayu. Pensyarah berbeza dipilih dari pelbagai negara setiap tahun, dan topik syarahan adalah berkisarkan bahasa Melayu. Lazimnya teks syarahan bercetak akan diedarkan kepada para hadirin. Jemputlah ke DBP.



Ye, petang-petang sabtu yang dibasahi hujan renyai. Anak tido, emaknya mencari drama Korea yang sedap untuk dilayan sambil makan maggi cup (eh, tak diet dah ke?). Ada dua lagi judul dalam simpanan yang belum tengok, tapi dua-dua cerita zaman joseon. Belum ada mood nak tengok. Rasa nak tengok drama yang ringan-ringan je. Tetiba teringat tak review lagi drama yang baru lepas khatam; The King 2 Hearts dan Ghost. Review Ghost dulu la.


Drama ni memang dalam kategori genre action kegemaran saya. Drama ni lain sikit daripada biasa. Biasa drama action thriller ada geng samseng/penjenayah dan ada skuad elite/ perisik. Aksinya pulak mesti lawan-lawan tembak-tembak. Tapi drama ni berkisarkan jenayah siber. Walaupun masih polis vs penjenayah, tapi lawan tu lebih dalam bidang digital dan elektronik, melibatkan hacker dan juga cyber crime investigation squad. Sepanjang yang saya perasan, takde tembak-menembak atau lawan fizikal. Rasa macam ada lompong sikit sebab polis senang-senang je tangkap penjenayah, penjenayah tak lawan balik, polis pun acu je pistol tak pernah keluar peluru. Pada saya la, at least biarlah ada scene lawan-lawan sikit. Penjenayah tu biarlah ada pegang pistol, takkan main lari je bila polis datang kan.

Bunuh-membunuh memang ada la, sebab cerita ni pasal pembunuh. Tapi bunuh semua belakang tabir, sama ada baling ikut tingkap, letak racun, atau dibunuh oleh pembunuh upahan. Hero dan heroin pulak, pada saya so so aje. Ramai yang suka lakonan So Ji Sub dalam drama ni tapi bagi saya boleh la..muka dia macam orang yang sentiasa dirundung malang, tak de daya tarikan. Cuma bila ada scene dia hack atau tunjuk skill komputer dia tu nampak smart la. Heroin langsung la tak menonjol, tak gaya macam polis pun. Walaupun muka sweet, tapi body language dan penampilan serabai. Heroin yang kat tengah-tengah dalam gambar atas tu.

Ni  hero

Saya rasa drama ni ada perisa sikit sebab ada 'mad bull' ni. Dia nye lakonan pada saya bagus, mencuit hati dan ada roh sikit la. 


Secara keseluruhannya, saya bagi 3 bintang aje la kat drama ni. Ost pun tak sedap, pelakon so so, action takdak, cuma lebihnya adalah kelainan dalam jenayah dan jalan cerita. Jalan cerita ok, saya suka. Dan, bagi sesiapa yang nak tengok action romance ni bukan drama yang anda cari. No romance at all. Takde dating, takde kata cinta atau sayang, no kiss la of course. Mungkin jugak ni faktornya drama ni kurang perisa sebab tak bermain dengan perasaan. Bukanla saya hadap nak tengok kiss aih..cuma bila dalam satu-satu cerita tu tak melibatkan perasaan, kita tengok pun macam gitu je la. 

Apa moral yang saya dapat daripada cerita ni adalah COPY, iaitu apa saja data digital kita sila buat salinan. Tambah-tambah la yang penting. Lagi-lagi bila buat tesis ni kan. Dan yang kedua DON'T GIVE UP. Dalam cerita ni hero tak pernah give up untuk menangkap penjenayah tu walaupun baaaanyak kali gagal. Cuma, ending tak berapa umph walaupun penjenayah tu terhapus. Sebab apa..tengok la sendiri. Sorry, saya tak buh sinopsis, sila google untuk tau jalan cerita. Satu pesan saya, tengok drama ni tak la sampai mengantuk, dan tak juga rasa menyesal. Maknanya takde la teruk sangat kan.

Nota: Diet ke laut hari ni sebab tadi ayah Sofiy bawak balik durian. Larat nak tengok aje?