Beberapa jam lagi saya akan gerak ke JB untuk persidangan ICPE5. Jadi sebelum tu nak masukkan cerita berbengkel di Sungkai pada 9-11 Dis yang lepas. Sebenarnya ni bengkel penerbitan untuk pensyarah yang juga researcher untuk kumpulan di bawah Prof saya. Tapi disebabkan ramai yang berhalangan di saat akhir sedangkan bilik sudah ditempah, maka kami (saya dan Kak R sorang lagi kawan sepenyeliaan) dijemput untuk penuhkan korum. Last minute call ni memang buat jadi kalut, tambah-tambah pulak kena pada hari cuti ; ahad dan selasa (keputeraan sultan selangor). Kesian Sofiy la takde org nak jaga. Pasal jaga Sofiy saya cerita kemudian.

Kami (saya dan Kak R) gerak lewat petang ahad tu. Sebab Kak R datang dari Shah Alam, ambil saya di bangi, sempat solat asar rumah saya dulu kemudian gerak ke Perak ikut Elit. Kami gerak pukul 5 dan sampai dalam 7.30malam. Masa dah masuk laluan ke Hot Spring yang juga di signboard nye tulis Felda Sungai Klah, memang seram sebab 9km laluan tu dalam hutan kelapa sawit yang gelap dan takde lampu jalan pun. Jalannya pun kecik je. Cuak gak la kalau sorang-sorang. Kata Kak R, kalau dia sorang dia dah patah balik, dan mintak group yang dah sampai tu datang jemput.hehe.

Sampai, dinner, malam tu pulak bola Malaysia vs Thai, memang takde mood sangat nak buat kerja. Sekadar panaskan otak je dengan taklimat ringkas. Kat bawah ni la bilik kami. Bersih, kelengkapan sesuai la dengan standard resort. Yang best, iron disediakan di setiap bilik.




lobi

 sesi panaskan otak malam tu. yang lelaki melekat depan tv.

datin pink
 ni la private jakuzi mandi 8 orang

 rombongan cik kiah nak pergi mandi air panas. Kelakar pulak tengok telatah lecturer ni sorang-sorang




rendam kaki...tahan panas tu sampai muka pun berkedut


Saya rekomen tempat ni untuk pergi berekreasi, tapi kalau nak berseminar ke berbengkel ke, servis masih tak berapa nak mantap. Mungkin sebab kekurangan kakitangan, dan prioriti mereka adalah untuk pelancong-pelancong yang datang bercuti. Kat sini ada banyak kolam mandi, kolam air sejuk, kolam air panas dengan pelbagai suhu. Mana pulak gambar kolam air sejuk yang meriah tu..jap ek. Makanan dia sedap juga, masakan kampung cuma mereka cenderung untuk ulang menu. Breakfast ada pelbagai. Kalau nak jimat, boleh order di gerai-gerai yang dekat dengan resort ni. Macam hari tu, family kepada lecturers tak makan kat cafe, ahli research ye yang makan kat cafe. Untuk diorang, kitorang order dengan satu gerai kat luar. Order untuk 4x makan, diorang hantar ke resort dan mereka sangat puas hati sebab makanannya sedap, lebih sedap daripada cafe.hehe. Internet, kat lobi dan coffee house je yang laju. Kat bilik, lembap sangat. Oh ye, ada spa urut juga kalau ada yang nak cuba. Satu jam RM75 kalau tak silap. Urut kaki saja pun ada. 

Secara keseluruhannya...mandi kat jakuzi paling best. Lega rasa badan, kuku saya yang ada masalah pun nampaknya dah ok. Alhamdulillah. 

Hehe. Nak jugak ala-ala tajuk filem kan. Ni cerita rentetan naik kereta api tu la. Sampai Butterworth, solat Subuh dan kemudian abang ipar saya datang ambik kami. Hari Rabu tu lepak rumah kakak je melepaskan penat. Memang penat sungguh wei. Agaknya sebab tak lena tido, kepala jadi weng tambah lagi goyang kereta api tu sampai ke rumah pun dok rasa lagi especially bila tengah duduk dalam bilik kecik, sebijik rasa macam dalam kereta api. Apa istilahnya saya tak tau. Macam mabuk jugak la kot.

Malam tu saya check in Vistana. Disebabkan Atiqah tak dapat join ke LUK ni, jadi saya kena duduk sorang la. Sofiy tinggal dengan makteh dia, kalau dia ikut sapa nak jaga. Saya nak ulang dari rumah kakak takde transport, abang ipar pun keje keluar pagi balik malam. Yang bestnya, asalnya di Vistana ni kami booking bilik, kawan Atiqah yang uruskan sebab dia ada kabel yang membolehkan kami dapat 50% diskaun. Tup tup pagi nak check in tu, dia call bagitau dia tempeh apartment untuk saya. Katanya sebab ada program. Saya pulak tengah mamai, ye kan je la. Fahm saya, ada program melibatkan kawan-kawan dia dan saya dok apartment kongsi dengan kawan-kawan tu la. Sekali bila masuk, eh…gelap je. Dah la masuk tu dah pukul 10malam. Seram wei rumah besar tu dok sorang, apartment 3 bilik tau. Sejuk pulak tu..sebab luas dan takde karpet agaknye, duduk sorang pulak. Terus la baca apa-apa yang patut. Malam tu semua lampu dari ruang tamu, dapur, ruang makan, tandas luar, semua saya on. Barulah confident sikit nak tido. Ni la rupanya apartment Vistana.








Secara keseluruhannya ok la, bersih tapi peralatan macam almari, lantai parquet dah agak usang. Saya memang tak pernah duduk apartment hotel. Biasa dok bilik dan saya rasa lebih warm dan selesa. Dok apartment ni macam kosong sangat, dah la tv kat ruang tamu, nak buat air ke apa kena pegi dapur. Cuma yang tak bestnya Vistana ni, tandas dia tak mesra Muslim. Takde paip. Mujurlah saya dah pernah baca review fasal hotel ni, jadi dah bersedia bawa gayung dari rumah kakak. Kalau tidak proses berinstinjak tu lecehla jadinya. Saya rasa Vistana kena improve yang ni, sebab ni Malaysia. Apa salahnya letak paip, kalau ada yang tak nak guna tak payah guna,kan. Kat hotel lagi banyak bintang pun ada paip aih. Lagi satu, takde servis internet kat apartment. Kalau bilik tu, ada yang ada wifi dan ada jugak yang guna kabel. Come on la, patut tahun 2012 semua hotel dah kena sediakan wifi kat bilik. Takkan  nak lepak kat lobby je bila nak guna wifi.

Saya tak makan di café hotel sebab dok apartment tak include breakfast. Makanan saya disediakan oleh pihak penganjur, tapi tetap Vistana yang masak. Bagi saya, kalau makanan goring-goreng macam mi, kuey teow, mihun sedap, ada rasa. Tapi kalau lauk pauk kureng sikit. Rupa dan bau memang meyelerakan, tapi rasa dia so so aje. Manisan pun macam tu juga…boleh makan tapi takde la teringat sampai kat rumah.hehe.

Ok, tentang persidangan..lain entry la saya karang lagi.
Ni sebenarnya dah tahap menggelegak dah ni. Marah sungguh dengan TM ni tau. Sejak-sejak unifi masuk kat kawasan rumah kami ni, amboi...makin teruk streamyx punye performance. Dah makin parah, 2-3 minit je ok pastu limited access la, padam la...pendek kata memang depa kacau habis la. Nak attach kat emel langsung jgn harap la, nak hantar emel kosong pun berkali-kali cuba baru lepas. Nak update blog pun rasa hambar je....sebab dah tau takleh buh gambar punye. Entry ni pun ntah-ntah tak lepas. 

Nak call 100 dan suh repair pun, kalau kena datang umah saya asyik takde je. So masa belum sesuai, bz sesangat. Tahun depan la kot. Ada sesape penah hadapi masalah yang sama, korang buat ape. Saya tak rasa nak upgrade ke unifi sebab rumah ni 1 user je, dan saya bukan nak download bagai...RM40 sebulan tu banyak, simpan kat tabung anak lg bagus.

Rumah saya kecik, tapi barang dah semakin banyak especially baju anak, baju mak dan buku-buku mak. Sebab pertukaran saiz, anak makin besar. Mak pulak dulu kecik lepas tu besar, besar dan kecik balik. Hadoi. Tu tak termasuk lagi barang kecik-kecik dan permainan anak yang buat semak mata memandang. Kat area sini jarang-jarang ada carboot sale, kalau tidak senang je jual aje murah-murah.

Oleh sebab tu, pagi semalam saya dah memilih beberapa buah buku  (buku lama ye) yang saya rasa elokla saya bagi pada sesiapa yang nak baca sebab saya ni simpan je lebih bacanya tidak. Sapa-sapa yang nak buku-buku ni, boleh emel saya di alamat maizuraosman@yahoo.com. Cuma, terhad kepada sesiapa yang boleh ambik sendiri sama ada di UKM Bangi atau Vista Seri Putra, Bandar Seri Putra Bangi. Kecuali, anda yang jauh  boleh sediakan belanja posnye, maka saya boleh poskan. Tawaran ni saya buka sampai hujung tahun 2012 ni saja, kalau tak ada yang berminat saya akan dermakan ke perpustakaan. Dan kalau nampak ada sambutan, mungkin saya akan tambah lagi buku-buku atau novel lama untuk diberikan secara percuma.


Ini buku yang dalamnya ada 4 judul daripada 4 pengarang terbitan Reader's Digest.
The Broker - John Grisham
Sam's Letters to Jennifer - James Petterson
Blood Memory- Greg Iles
Mosaic- Soheir Khasoggi


Ini pun sama, buku yang dalamnya ada 4 judul daripada 4 pengarang terbitan Reader's Digest.

Jacquot and The Angel - Martin O'Brien
The Hard Way - Lee Child
The Undomestic Goddess- Sophie Kinsella
False Impression - Jeffrey Archer



Buku di atas ni pulak adalah buku panduan untuk ibu-bapa


Ini buku nipis teks Syarahan Raja Ali Haji tahun 2008 bertajuk Kearifan Orang Melayu Berbahasa. Mungkin ada yang perlukan buku macam ni yang tak dijual di kedai buku. Saya ada lebih sebab baru ni masa SRAH saya terbeli lagi judul yang sama.


Buku motivasi, daripada penulis buku best seller "La Tahzan, Jangan Bersedih"


Ini novel paling tebal yang saya pernah ada. Tajuknya "Selamat Pengantin Baru Isteriku". Saya tak ingat tahun bila saya beli buku ni, mungkin 2010. Mana tau ada yang minat Nass Alina Noah yang terrer tulis novel panjang-panjang.

# Maaf sebab saya tak bagi sinopsis dan review buku-buku ni. Sebabnya sama ada saya tak baca, tak habis baca. Novel Melayu tu habis la.

UPDATE: SEMUA BUKU TELAH DITEMPAH.
Punye la lama gap baru nak cerita bahagian 2. Ok, kalau kat bahagian 1yang lepas, cerita Sofiy naik keretapi pendek a.k.a tren komuter, kali ni pengalaman Sofiy naik keretapi panjang pulak, iaitu tren antara bandar. Memandangkan perjalanan yang jauh memakan masa berjam-jam, maka saya ambil keputusan beli tiket untuk koc yang ada katil. Saya ambil kelas 2, katil bawah. Kalau ambik kelas 1 pun rugi je sebab kelas 1 tu kabin dan lebih sesuai untuk satu keluarga. Saya beli 1tiket je sebab Sofiy bawah 4tahun tak kena tambang, tapi kena tidur sekatil dengan saya la. Kalau beli 2 katil pun bukannya dia mau tido katil sebelah. Mula-mula bagitau dia kali ni naik keretapi yang ada katil dan boleh baring, punye la dia tak suka. Dia kata nak yang duduk je. Saya dok fikir haru la kalau dia takmo dok kat katil kami, tapi nak dok kat koc kerusi.

Persidangan saya pada 22 & 23Nov, jadi kami bertolak dari KL pada 20hb, tren pukul 11 malam. Saja saya ambik malam sebab tentu je Sofiy akan tido dan tak payahla saya nak dengar pertanyaan dia yang bertali arus tu. Dah boleh agak, mula-mula tanya pasal keretapi..kenapa, kenapa, kenapa..pastu nanti tanya bila, bila, bila nak sampai pulak. Kami gerak dari rumah sekitar pukul 9malam. Keluar awal sebab risau ada aral di tengah jalan. 9.45 malam dah sampai KL Sentral. Ayah Sofiy tak masuk sebab esok dia kerja jadi kena balik tido dan rehat. Mula-mula ok la budak kecik tu...lepas tu mula la pot pet pot pet tanya bila keretapi nak sampai, lambatnya keretapi. Huhuhu..masa tu 10 minit pun rasa lama sangat, inikan pulak nak tunggu sejam lebih. Yang lagi tak bestnya KL Sentral sekarang ni sangatla panas, aircond rosak ke apa. Kebetulan pulak Sofiy tak tido sebelah siang tu masa kat rumah pengasuh, jadi nak tunggu pukul 11 tu dia dah ngantuk la. 

sempat main mainan ni dulu
muka ngantuk menunggu keretapi

Tren sampai tepat pada waktunya..Dah turun kat platform, jauh pulak kena berjalan ke koc kitorang. Mengah jugakla nak bawak beg berat tu. Mujur pengawal KTMB tu tolong dukung Sofiy naik atas tren. Katil pun mudah je jumpa. Sekali tengok macam kecik je katil tu nak tido berdua dgn Sofiy yang lasak ni. 

Macam ni la katil dua tingkat dalam Senandung Mutiara


Menikmati pemandangan malam bersama meow yang setia menemani di sisi

Perjalanan terasa sangat la panjang sebab saya tak lena tido. Bukan sebab risau terlepas stesen pun, ye la Butterworth stesen terakhir. Tapi sebab bunyi dan lenggang-lenggok keretapi tu ditambah pulak tak selesa. Tak sempit sangat, cuma tang tangan tak selesa sebab ada penghadang macma gambo kat tengah tu. Sofiy pulak kena terperosok bawah para kecik tu, mujur la dia nipis je kalau tak mau terhantuk.

Dalam pukul 5pagi saya dah bangun, pegi toilet dan kemudian on laptop layan drama Korea. Dah takde rasa nak tido dah. Sampai di Butterworth lebih kurang pukul 6.40 pagi. Okla takde delay.


Bye-bye keretapi...


Turun-turun tu Sofiy buat kalut pulak. Dia taknak jalan tinggalkan platform. Katanya nak tunggu keretapi jalan dulu. Adoilaa..keretapi tu mana nak gerak dah, dah sampai stesen terakhir. Last-last umi buat-buat tanya pada inspektor keretapi tu, dan orang tu jawab "Keretapi ni tak jalan dah dik, tunggu pukul 8 karang pulak baru jalan". Hmm..barulah si Sofiy mau jalan. Mujur umi sempat solat subuh walaupun dah ujung-ujung sebab nak cari surau punye la payah.

Ok keretapi, nanti nak balik KL kita jumpa lagi...