Pastikan Tidur Anda Mencukupi
Semasa tidur, badan kita mengeluarkan protein untuk memperbaiki sel-sel. Tidur yang mencukupi akan menjauhkan mata merah dan letih sambil menjaga kesihatan fizikal, mental dan emosi

Banyakkan Minum Air
Air membina dan menjaga kesegaran tubuh. Tanpanya, badan kita akan terasa lemah. Minum sekurang-kurangnya 8 gelas air setiap hari untuk mengeluarkan bahan kimia, toksin dan buangan agar kulit tampil sihat secara semulajadi.

Bersenam
Ia membantu melangsingkan badan untuk tampil dan rasa lebih muda. Bersenam secara kerap akan memastikan badan sentiasa sihat. Anda rasa lebih bertenaga dan kesihatan fizikal pun terjaga.

Elakkan atau Berhenti Merokok
Kajian menunjukkan merokok boleh merosakkan kulit dan mempercepatkan penuaan pramatang

Antioksida!
Antioksida penting untuk menjaga kesihatan dan kecantikan kulit. Antioksida terkandung dalam buah-buahan, sayur-sayuran dan kekacang. Vitamin E juga mempunyai antioksidan yang tinggi, yang berupaya melawan radikal bebas daripada pencemaran dan pancaran sinar matahari. Boleh elak sunburn juga!

Berminat mencuba Vita-E Shaklee? Bukan sekadar vitamin E, malah kandungan selenium dan ekstrak biji anggur menambah manfaat dan penyerapan vita-e ke dalam tubuh anda

Hubungi saya Mai melalui
SMS 012-3302067 atau emel ke minaina_ilaaina@yahoo.com atau tinggalkan mesej di FB Fanpage kami Min Aina Ila Aina.



Mode: Nervous + Kalut + Excited

Nervous sebab belum siap benda nak dibentang esok.
Kalut: kalut siapkan
Excited: Seronok nak jumpa adik-beradik sepenyeliaan..seronok nak dapat motivasi




Dulu-dulu, saya mudah sangat tertarik dengan iklan syampu. Ada saja rasa kurang dengan syampu sedia ada dan ada saja nampak lebihnya syampu dalam iklan di tv. Tengok Wardina yang cantik jelita, terus rasa nak guna suns*lk. hehe. Dulu-dulu juga saya guna syampu semata-mata syampu, tak pandai lagi nak guna conditioner. Tapi apabila meningkat menjadi remaja matang, ada pulak kawan-kawan yang beri nasihat, pandangan, tips dan petua...dah pandai guna conditioner. Syampu pun dah 'mahal' sikit, ala sikit je.

Saya tak berapa kisahkan sangat tentang syampu kerana saya tak ada masalah rambut yang serius. Sampailah lepas habis pantang bersalin, anak dah mula menyembur air liur, rambut pun berguguran.huhu. Masa tu barulah sibuk mencari syampu atau tonik rambut sebab dah bergumpal-gumpal rambut gugur. Sayangnya masa tu saya masih belum tahu bahawa penjagaan rambut juga ada kena-mengena dengan pemakanan, bukan sekadar penjagaan luaran. Kalaulah saya tau...

Ya, untuk memiliki rambut yang sihat, menawan dan senang diurus, pemakanan kita perlulah dijaga. Berikut adalah pola pemakanan untuk mendapatkan rambut yang kekal sihat:


1) Kulit kepala kering - banyakkan makan ikan contohnya salmon, aprikot dan kekacang

2) Kulit kepala merah dan gatal-gatal - kurangkan makanan bergaram dan bergula

3) Rambut gugur - kekurangan protein dan zat besi. Ambil multivitamin, vitamin C, daging dan minyak ikan

4) Rambut mati - banyakkan makan buah-buahan dan sayuran serta vitamin dan mineral

5) Rambut kering - banyakkan makan sayuran hijau

6) Rambut rapuh - disebabkan merokok kerana ia menyebabkan aliran darah ke akar rambut tersumbat



Bagusnya Shaklee, bukan sahaja menyediakan makanan tambahan dalam bentuk vitamin yang kita perlukan dalam diet seharian, malah mempunyai rangkaian penjagaan luaran termasuklah penjagaan rambut. Shaklee  mempunyai rangkaian Prosante yang terdiri daripada syampu, scalp teratment, conditioner dan juga spray.




 Berminat?Jangan segan..

Hubungi saya Mai melalui SMS 012-3302067 atau emel ke minaina_ilaaina[@]yahoo.com atau Like FB Fanpage kami Min Aina Ila Aina dan tinggalkan mesej di sana.

:-)

Ikan memiliki kandungan gizi yang cukup tinggi bahkan memiliki kandungan khusus yang dapat mengurangkan risiko pelbagai jenis penyakit. Penelitian kesihatan baik di dalam mahupun di luar negara memperlihatkan kebaikan ikan memang telah terbukti  terhadap bayi mahupun orang dewasa.

Baik Untuk Kesihatan Bayi

Satu penelitian di England pada tahun 2004 yang melibatkan seramai 7000 orang anak mendapati bahawa wanita yang memakan ikan secara rutin sepanjang kehamilan ada kemungkinan besar akan melahirkan anak dengan kemampuan bahasa dan komunikasi yang lebih baik sebelum usia 18 bulan. Terdapat juga penelitian-penelitian lain yang memperlihatkan bahawa risiko melahirkan bayi pra-matang dapat dikurangkan apabila para ibu banyak makan ikan selama kehamilannya. Kelahiran bayi dengan berat normal juga berjaya dibuktikan.

Berkaitan dengan kesihatan janin dan bayi, maka kandungan yang paling berfungsi adalah 'eicosapentaenoic' (EPA) dan 'docosahexaenoic' (DHA). Dua kandungan ini penting dalam perkembangan struktur dan fungsi otak bayi selama dalam kandungan dan sebelum usia satu tahun.

Konsentrasi DHA dalam otak janin berkembang pesat pada tiga bulan terakhir dalam rahim ibu. Ikan yang paling banyak memiliki kandungan EPA dan DHA adalah daripada kategori 'oily fish' seperti sardin, tenggiri, patin, dan salmon. Ikan dari laut merupakan jenis yang banyak mengandungi iodium yang berguna untuk mencegah IQ rendah bagi anak.

Lain-lain Khasiat Ikan

1) Melindungi kesihatan jantung
Untuk menjaga kesihatan jantung, ikan memang telah disebut-sebut sebagai makanan wajib. Bahkan, di Amerika, penelitian yang dimuatkan dalam Jurnal Kedoktoran Inggeris menyatakan bahawa pola makan yang memasukkan menu ikan di dalamnya dapat menurunkan risiko mati mendadak.

2)Mencegah kanser saluran pencernaan
Ada juga penelitian terbaru yang menunjukkan bahawa pengambilan ikan juga penting dalam mencegah munculnya beberapa jenis kanser. Pengambilan ikan menunjukkan kesan perlindungan terhadap beberapa jenis kanser saluran pencernaan seperti kanser rongga mulut, pharynx, kerongkong, usus besar, bahagian rektum dan kanser pankreas.

3) Mencegah kanser prostat
Satu lagi hasil penelitian yang ingin disajikan di sini adalah bahawa ikan sangat baik untuk melindungi prostat dari gangguan kanser. Kajian pola makan yang dilakukan oleh kumpulan dari Karolinska Institute di Sweden, dilakukan terhadap 6 ribu orang lelaki yang lebih separuhnya berusia 55 tahun. Hasilnya, lelaki yang lebih banyak memakan ikan laut serta buah-buahan dan sayur-sayuran segar berisiko lebih kecik mendapat kanser prostat.

4)Menurunkan kolesterol
Ikan turut memiliki kandungan asid lemak omega-3 yang dapat menurunkan kolesterol dalam darah dan sangat diperlukan untuk pembentukan otak. Selain ayam dan lembu, protein juga terdapat pada ikan. Namun, penyerapan protein ikan ke dalam tubuh lebih tinggi kerana daging ikan mempunyai serat-serat protein lebih pendek.

5)Membantu penghidap Alzheimer
Kajian membuktikan keradangan otak mungkin menyumbang kepada penyakit Alzheimer. Sesetengah pakar kesihatan mencadangkan penggunaan minyak ikan membantu mengurangkan keradangan dan melambatkan perkembangan penyakit Alzheimer.

Ikan laut kaya dengan asid lemak perlu omega-3 bagi membekalkan DHA dan EPA yang mempunyai bahan anti keradangan. Nutrien ini juga adalah asid lemak poli tak tepu yang ada dalam otak kita maka pengambilannya sebagai makanan tambahan harian membantu mengembalikan lemak baik pada otak. Tambahan pula, risiko pada mereka yang makan ikan laut sekali seminggu adalah 60 peratus lebih rendah berbanding mereka yang jarang atau tidak makan ikan. Omega-3 juga membantu meningkatkan daya ingatan melalui peningkatan penghantaran impuls saraf. Minyak ikan penting untuk pembentukan mielin yang menyelaputi lapisan luaran saraf.


Anda sedang hamil tetapi tidak lalu makan ikan? Atau memang tak suka makan ikan? Anak anda lebih suka ayam berbanding ikan? Tidak tahu cukupkah pengambilan ikan untuk mendapat kebaikan-kebaikan di atas?

Shaklee menawarkan Omega Guard, minyak ikan terbaik dunia yang mengandungi 1000mg minyak ikan per hidangan dengan 540mg EPA dan 360mg DHA, jauh lebih tinggi daripada jenama lain yang ada di pasaran Malaysia. Tambahan pula, Februari 2013 adalah bulan promosi Omega Guard. 

Berminat? Jangan segan hubungi saya Mai ID Shaklee 918631 melalui SMS ke 012-3302067 atau emel ke minaina_ilaaina[@]yahoo.com atau Like FB Fanpage Min Aina Ila Aina dan tinggalkan mesej di sana.

* Khusus  untuk wanita sahaja

Sekiranya anda mencari khidmat urutan tradisional sama ada urut  di sekitar area Bandar Seri Putra, Bandar Bukit Mahkota dan Bangi Lama, boleh hubungi:

Encik Abdul Rahim: 014-2257239
Puan Jumaiti : 014-3332129

Puan Jumaiti juga boleh datang ke rumah anda jika anda berada di kawasan ini. Sekiranya anda berada di kawasan yang agak jauh seperti Bandar Baru Bangi, Kajang, Nilai, atau Seremban dan berhajat supaya Puan Jumaiti datang ke rumah anda, tarikh dan masa boleh dibincangkan. 

Perkhidmatan yang disediakan adalah urut seluruh badan, urut selepas bersalin dan bertungku. Waktu operasi adalah setiap hari bermula jam 2 petang hingga sebelum 12 tengah malam.

Nota: Saya berbesar hati sekiranya anda dapat memberitahu Puan Jumaiti atau Encik Abdul Rahim bahawa maklumat ini didapati daripada blog ini.