Ketahanan fizikal penting untuk memastikan tubuh anda bersedia untuk menempuh kehamilan. Untuk itu, anda perlu membuat persediaan rapi agar kehamilan anda kelak tidak akan membebankan malah menyeronokkan.

Salah satu daripada azam tahun 2013 saya adalah untuk hamil lagi sesudah 80% phd saya siap. Kehamilan yang pertama dulu, saya memang tak bersedia secara fizikal, mental pun sebenarnya so so saja, apatah lagi ilmu. Ingat lagi, masa tu saya baru je berhenti pil perancang dan tak lama didapati hamil. Mungkin faktor umur, walaupun baru berhenti kontraseptif plan, terus lekat. Jadi badan saya tak cukup kuat, hormon tak stabil betul lagi agaknya. Sepanjang mengandung alhamdulillah saya aktif, tapi mood memang celaru. Moody dan nak marah je. Kemudian naik trimester ke 3 badan saya sakit-sakit, pinggang sakit, water retention yang teruk, tekanan darah tinggi yang susah nak dikawal, masalah dengkur akibat kenaikan berat badan mendadak..huhu..masa tu memang macam belon. Naik 20 kg sepanjang 9 bulan mengandung. Uwaaa...

Jadi, saya rasa saya dah perlu bersedia dari segi fizikal sejak sekarang walaupun saya belum tau bila 80% phd saya siap..tapi apa salahnya saya biar tubuh saya bersedia. Umur pun dah tak macam dulu, dah nak 3 siri dah. Meh kita tengok apa persediaan yang diperlukan oleh bakal ibu hamil.

1- Asid Folik

Asid folik merupakan satu daripada unsur vitamin B yang membantu mengelakkan kecacatan saraf tunjang atau spina bifida pada bayi sejak dalam kandungan. kesan pada penyakit ini ialah tulang belakang bayi akan terkeluar dan dia mungkin akan mengalami masalah pencernaan kerana saraf tunjangnya terjejas.

Oleh itu, setiap pasangan hendaklah prihatin tentang keperluan asid folik ini. Semua wanita yang merancang untuk hamil dicadangkan agar meningkatkan pengambilan asid folik setiap hari sebanyak 0.6mg iaitu tambahan sebanyak 0.4mg sebelum hamil dan ketika 12 minggu awal kehamilan. Hal ini penting kerana pada tempoh inilah berlakunya pertumbuhan organ-organ bayi. Selain buah-buahan seperti pisang yang kaya dengan asid folik, anda boleh mengambil makanan tambahan asid folik di farmasi atau klinik

# B-Complex Shaklee sudah lengkap dengan asid folik, jadi saya sudah ada persediaan ini.

2- Sayur-sayuran dan Buah-buahan

Buah-buahan dan sayur-sayuran kaya dengan vitamin C. Jika ingin hamil, anda perlulah mengambil kedua-dua sumber makanan ini untuk mendapatkan vitamin C secara semulajadi. Ketahuilah bahawa vitamin C mampu mengelakkan anda daripada serangan pelbagai jenis penyakit.

Tubuh ibu hamil yang cukup vitamin C dapat berkembang dengan baik dan sihat. Pada masa yang sama, buah-buahan dan sayur-sayuran turut berperanan untuk menyelaraskan kadar metabolisme dalam badan dan sebagai antioksida yang dapat melindungi tubuh daripada radikal-radikal bebas yang lazimnya merosakkan sel-sel tubuh.

Satu perkara penting yang perlu anda tahu tentang sayur-sayuran dan buah-buahan ini ialah kemampuannya untuk mencegah sembeli yang selalu dialami oleh ibu-ibu hamil. Oleh itu, jadikan ia sebagai rutin harian anda agar waktu hamil nanti anda tidak rasa kekok untuk mengambilnya. Makanan yang kaya dengan serat ini juga memerlukan anda mengunyahnya lebih lama berbanding makanan lain dan hasilnya anda akan cepat kenyang. Percayalah bahawa jika rajin makan buah-buahan dan sayur-sayuran, anda mampu mengawal pertambahan berat badan.

# Sedikit kecewa kerana ketiadaan stok Vita C Plus Shaklee dan Chewable Vita C juga sudah habis stok. Walau bagaimanapun saya memang penggemar sayur, ulam dan buah. 

3- Makan Banyak Ikan

Ikan adalah sumber protein yang paling baik dan mudah didapati. Selain itu, protein daripada ikan mudah dicernakan oleh tubuh. Kebanyakan kita tidak menyedari bahawa ikan kaya dengan omega 3 iaitu asid lemak yang diperlukan untuk pertumbuhan mata dan otak yang baik bagi bayi dalam kandungan.

Antara ikan yang sesuai dimakan oleh ibu hamil ialah tuna, tenggiri, tongkol dan kembung. Ikan boleh dimasak dengan pelbagai cara sama ada sajian moden mahupun masakan Melayu tradisional, Cina atau India. Terpulanglah kepada anda untuk memilih bahan-bahan yang akan dimasak bersama ikan asalkan tidak menjejaskan kesihatan.

# Semestinya sempena bulan promosi Omega Guard iaitu Februari 2013 ini, saya sudah ada stok Omega di rumah. Cuma, jika anda sudah disahkan hamil, berhenti dulu ambil minyak ikan untuk trimester yang pertama, dan boleh sambung semula pada trimester 2 dan 3 sebaik-baiknya selepas bertanya pada doktor anda. Dulu masa hamil kali pertama saya belum kenal Shaklee, saya mabik juga fish oil tapi jenama yang saya sendiri taktahu keberkesanan serta kuantiti EPA dan DHA nye.

4- Karbohidrat Lawan Lemak

Sewaktu hamil, tubuh wanita memerlukan banyak kalori berbanding ketika tidak hamil. Kekuranga kalori akan mengganggu proses tumbesaran bayi dalam kandungan. jadi, anda dinasihatkan agar mengambil banak karbohidrat dan mengurangkan pengambilan makanan berlemak sewaktu hamil kelak.

Beras, jagung, roti, mi, mihun, makaroni dan ubi kentang adalah antara makanan yang kaya dengan karbohidrat. Roti adalah sumber karbohidrat terbaik lebih-lebih lagi jika roti tersebut adalah roti whole grain flour yang berwarna sedikit gelap jika dibandingkan dengan roti sandwic.

# Buat masa ni pengambilan karbohidrat saya masih dikawal kerana saya berhasrat untuk menurunkan lagi berat badan.

Ok, cukup dulu untuk kali ni. Saya akan update semula sehingga keperluan yag kelapan.


Marilah sama-sama kita bantu ummah kita, generasi muda yang bakal membangunkan agama...infaq dan sedekahlah walaupun sedikit, nescaya Allah janjikan pulangan yang tidak kita sangka-sangka.

Dimaklumkan,Majlis Penyerahan Baucer Buku 1 Malaysia akan berlangsung seperti berikut:

Tarikh/Hari: 22 Februari 2013, Jumaat
Tempat : Pusanika
 Masa : 9.00 pagi - 5.00 petang

Pelajar dialu-alukan untuk hadir dan bawa bersama Kad Pengenalan Diri dan Kad Matrikbersama. Kaunter Jabatan Bendahari juga dibuka jika ada permasalahan seperti nama tercicir dari senarai. Bagi yang tidak dapat hadir, BB1M boleh diambil di Pejabat Dekan fakulti masing-masing. Tarikh pengambilan BB1M di Pejabat Dekan akan diberitahu kemudian.Pengambilan BB1M tidak boleh diwakilkan, pelajar itu sendiri harus ambil sendiri. Bagipelajar yang sedang menjalani latihan amali, pihak Pejabat Dekan akan memegang BB1M anda. Tarikh luput BB1M sehingga akhir bulan Mei.

Sumber: 

http://pm-ukm.blogspot.com/2013/02/makluman-lengkap-pengambilan-baucer.html
Ini bukan entri masuk bakul angkat sendiri. Tapi sekadar berkongsi pengalaman.

Hari ni saya mula bertugas sebagai tenaga pengajar sambilan di sebuah universiti swasta. Part time saja, untuk beberapa minggu, ni special sem mereka. Pelajar kelas saya pelajar tahun 1 semester 1. Kira adik-adik yang masih fresh lagi. Saya masuk dan perkenalkan diri, bagitau nama saja. Tak lama kemudian saya perasan..lepas sorang, sorang panggil saya 'MISS'.Ada yang panggil 'akak' lagi. Wah, hati dah berbunga tapi sebab sesi pembelajaran dah mula saya biarkan aje. Sampaila saya minta mereka buat perbincangan dalam kumpulan...dan saya round kelas untuk tanya jika mereka ada masalah berbangkit. Sana miss, sini miss dok panggil saya. Barula saya buka mulut.." Saya Puan la..anak dah 4 tahun" Tau reaksi mereka macam mana? Terkejut. "Ha, dah kawin?" Ok, itu bermakna mereka memang panggil saya "Miss" sebab mereka memang ingat saya belum kahwin dan bukanlah sengaja panggil Miss sebab rasa serba-salah nak panggil puan kot kot belum kahwin lagi. Lepas dah tau status saya, mereka pun panggil saya "Mem" huhu. 

Saya pasti, kalau berat saya masih 60kg macam dulu...tentu saya dah dipanggil 'mem' sejak awal masuk ke kelas tadi. 

Saya tak ambil gambar tadi, tapi saya pakai baju ini...(saya yang di tengah).

Tahun 2006- degree

Anda juga mahu nampak lebih muda daripada usia sebenar anda? Tak suka dipanggil 'akak' oleh jurujual atau peniaga pasar malam sedangkan anda masih muda belia? Jika anda ada masalah berat badan, Shaklee ada pakej untuk menurunkan berat badan yang berkesan. Kami akan guide anda mengikut tahap diet yang anda pilih sama ada secara santai atau intensif.

Jangan segan hubungi saya Mai melalui SMS 012-3302067 atau emel ke minaina_ilaaina@yahoo.com atau Like FB Fanpage kami Min Aina Ila Aina dan tinggalkan mesej anda di sana.

Badan dibebani satu rasa yang tidak selesa. Semua perubahan yang berlaku ternyata memberikan implikasi kepada kehidupan anda. Tempoh yang sulit ini seringkali membuatkan anda berasa seolah sedang dibelenggu satu 'penyakit misteri' walaupun hakikatnya anda lebih mengetahuinya. Jadi, mengapa biarkan diri terus menderita?

PMS atau simptom pra-menstruasi adalah suatu kecelaruan biasa yang sering dikaitkan dengan perubahan hormon akibat kitaran haid dan menjejaskan wanita pada usia kesuburan mereka iaitu di antara 25 hingga 35 tahun. Bagi kebanyakan wanita, gejala PMS ini akan mula dirasai dari tempoh tujuh hingga sepuluh hari sebelum kedatangan haid. PMS, dalam bentuknya yang paling kronik dikenali sebagai Premenstrual Dysphoric Disorder (PMDD) mampu memberikan kesan negatif kepada perhubungan seorang wanita dengan mereka yang berada di sekelilingnya, aktiviti sosial dan produktiviti kerjayanya.

Menurut Profesor Jamiyah Hassan, Konsultan Obstetrik dan Ginekologi Pusat Perubatan Universiti Malaya, "Perubahan perasaan, kekejangan abdomen, sakit kepala dan kembung perut merupakan aduan biasa bagi seorang wanita setiap bulan sebelum kedatangan haid. Bagaimanapun, jika keadaan ini bertambah buruk sehingga mengganggu aktiviti harian anda maka anda perlu berjumpa doktor untuk mendapatkan nasihat perubatan. Malangnya, kebanyakan wanita di Malaysia sanggup menderita dalam senyap dan menganggapnya satu gejala biasa tanpa mahu mendapatkan nasihat doktor untuk menguruskan gejala tersebut dengan lebih baik."

Ini kerana ramai wanita di Asia menganggap bahawa PMS adalah situasi 'normal' atau 'perkara wajib' bagi seorang wanita. Hakikatnya bila anda bertemu dengan doktor, anda akan diberikan nasihat pengurusan gejala PMS atau diberikan rawatan perubatan untuk membantu mengurangkan masalah tersebut. 

Ini adalah dilema biasa di kalangan wanita, baik remaja mahupun yang sudah dewasa. Betul, tentu saja kita rasa segan nak jumpa doktor terutamanya di klinik kerajaan..bila ditanya masalah apa? Simptom pra-menstruasi. Ini adalah persekitaran kita di Malaysia. Anda harus tahu bahawa anda punya pilihan lain selain berjumpa doktor dan anda juga tidak harus terus menderita. Dengan pengambilan suplement tertentu secara konsisten, anda berpeluang bebas daripada PMS dan senggugut. Shaklee menawarkan GLA Complex (sama fungsi seperti Evening Primrose Oil), Ostematrix dan Alfalfa Complex sebagai alternatif untuk anda bebas daripada masalah ini. 

GLA Complex - Minyak Borage, Minyak Bunga Matahari dan Vitamin E

GLA Complex Shaklee merupakan kombinasi minyak borage yang mengandungi asid gamma linolenik (GLA), asid linolenik (LA), minyak bunga matahari dan vitamin E. 

Menggalakkan rasa kelegaan semasa kitaran haid bulanan
Biasanya, asid gamma linolenik digunakan secara tradisional bagi melegakan kesakitan semasa datang haid, sakit kepala, mengatur kitaran haid dan melegakan tanda-tanda putusnya haid. *

Tiada perisa, pemanis, pewarna atau bahan pengawet tambahan. 

1Fann YY, Chapkins RS.Importance of dietary gamma-linolenic acid in human health and nutrition. Journal of Nutrition. 7998;128:1411-1414

Ostematrix - Membina tulang dan gigi yang kuat
                    Mengekalkan tekana darah normal
                    Membantu dalam pengecutan otot dan pelancaran saraf
                    Mengurangkan simptom senggugut seperti perut kembung, kekejangan, bengkak air, baran dan      
                    kemurungan.


Alfalfa - Sumber Zat Makanan Semulajadi & Klorofil 
Alfalfa merupakan pusat pengumpulan segala nutrien.  Akar tunjangnya yang mengunjur sedalam enam meter ke bawah mampu menyerap pelbagai zat dan mineral daripada mendapan di dalam tanah, sementeara daunnya mengumpul klorofil yang banyak melalui proses fotosintesis semulajadi.  Alfalfa mengandungi vitamin A, C dan E serta kalsium, potasium, fosforus dan zat besi

Alfalfa Complex merupakan satu Formulasi Shaklee Signature yang pada asalnya dibangunkan oleh Dr. Shaklee pada tahun 1950s.
•    Sumber semulajadi alfalfa.
•    Pil juga boleh dihancurkan dan dicampur ke dalam air 
      sebagai minuman herba semulajadi.

Produk ini mengandungi alfalfa (Medicago sativa). Individu yang menghidap lupus eritematosus sistemik perlu meminta khidmat rundingan pakar sebelum mengambil produk ini.

Nota: Menurut Kolej Perubatan Obstretrik dan Ginekologi Amerika, anda boleh dikatakan mengalami sindrom PMS apabila anda mengalami satu kesan emosi dan satu lagi kesan fizikal (somatic) yang dirasai selama tiga kitaran haid (dalam tempoh tiga bulan).

Saya juga sebelum ni kira-kira seminggu sebelum ABC mesti mode jiwa kacau. Yang kesiannya tentulah Sofiy. Buat salah kecik je umi nye jadi angin taufan. Kesian sangat, lepas dah marah mula la menyesal. Saya harap lepas ni takde lagi mode jiwa kacau dalam hidup saya. Tak best sungguh, serba -serbi tak kena.

Kepada anda di luar sana yang mengalami masalah yang sama, tidak kira sama ada fizikal atau emosi, bolehlah dapatkan set ini. Atau setidak-tidaknya GLA Complex sahaja dulu. 

Jangan segan hubungi saya Mai ID Shaklee 918631 melalui SMS 012 3302067 ATAU emel ke minaina_ilaaina@yahoo.com ATAU tinggalkan mesej di Fanpage kami Min Aina Ila Aina.