Prof kesayangan saya (sv master) bakal menyampaikan syarahan perdana beliau pada 15 Mac 2013 ini. Kami sebagai anak-anak murid beliau tumpang bangga kerana bukan mudah untuk sampai ke tahap ini, dan bukan mudah untuk menyiapkan sebuah manuskrip syarahan perdana profesor.

Anda semua dijemput hadir sama bagi berkongsi ilmu yang telah beliau kutip, gali dan curahkan sepanjang kerjaya beliau sebagai seorang pendidik dan ahli akademik.

YBhg. Prof. Dr. Zaharani Ahmad dari Pusat Pengajian Bahasa dan Linguistik akan menyampaikan Syarahan Perdana Profesor yang bertajuk: 

'Nahu Praktis Bahasa Melayu : Menangani Kepelbagaian, Mencari Keserasian'.

Majlis ini akan diadakan pada ketetapan berikut : 

Tarikh           :        15 Mac 2013 (Jumaat)
Masa             :        8.30 pagi
Tempat         :        Bilik Senat , Bangunan Canselori, 

                              Universiti Kebangsaan Malaysia  
                              Bangi.
 
Aturcara Majlis: 
8.30 pagi       :        Ketibaan Para Jemputan
8.45 pagi       :        Perarakan Masuk
                              Naib Canselor UKM, Timbalan Naib  

                              Canselor,Dekan FSSK,  Pemidato dan  
                              Profesor FSSK
                                   
                              Bacaan doa

                    :        Ucapan Pengenalan Naib Canselor, UKM
                             YBhg. Prof. Tan Sri Dato’ Seri Dr.
     
                             Sharifah Hapsah Syed Hasan 
                             Shahabudin

                    :        Syarahan Perdana Profesor oleh Prof. Dr.

                             Zaharani Ahmad
 10.30 pagi    :       Perarakan Keluar
                     :       Pameran
                     :       Jamuan
 

Prof. Dr. Zaharani yang saya kenal adalah seorang yang sangat baik hati dan very humble person. Berasal daripada kampung, beliau tidak pernah menonjolkan dirinya sebagai seorang Profesor. Beliau bergaul dengan semua golongan, murah dengan senyum dan punya sifat humor. Prof juga selalu buat kami ketawa dengan loghat Perak tengahnya. Saya secara peribadi amat berterima kasih pada Prof atas bimbingan beliau sewaktu mengambil kelas Fonologi dan Morfologi, juga jasa baik beliau yang banyak membantu ekonomi saya sepanjang saya jadi GRA beliau bermula 2008 - 2010. 

Gambar Prof. Zaharani dengan anak saya Sofiy, masa kami datang berziarah. Sempoikan?

Wah, di fb sana-sini promo Omega Guard ni sebab dah hujung bulankan. Gaji orang gomen pun dah masuk, promo pun dah di penghujung.

Sebenarnya sebelum ni saya rasa was-was yang Omega Guard ni boleh diberi kepada kanak-kanak kecil iaitu umur 1-4 tahun sebab pil omega biasanya tak la kecik sangat untuk ditelan. Jadi saya lebih suka cari sumber minyak ikan yang memang khas untuk kanak-kanak misalnya yang dalam bentuk cecair atau tablet kunyah. Tapi kita pun sedia maklum minyak ikan kan tak berapa sedap, baunya malah rasanya. Dah banyak kali beli kat Sofiy...semuanya rejected. Sedekah je la pada kawan-kawan sepengasuh dia.

Saya terfikir nak cuba Omega Guard Shaklee ni kat Sofiy sebab ramai juga dealer Shaklee kata anak-anak diorang suka. Tapi setakat diorang kata je la, sebab tak dapat tengok sendiri. Lagipun mungkin anak diorang senang makan ubat kot. Tapi..setelah cuba sendiri memang terbukti Omega Guard ni mesra kanak-kanak. Sofiy makan relax je..siap nak lagi, nak lagi. Mujurla boleh kawal dan tak ambil sendiri. Kalau tak haruslah kena sorok. Sebab perasaan nak tau apa yang dia rasa, saya pun sanggup kunyah Omega Guard tu...sedangkan brand lain saya rasa tak sanggup.

Saya sebenarnya nak masukkan video Sofiy mengunyah Omega dengan lazatnya tapi..dah berpuluh kali cuba tak berjaya juga.

Sebagai alternatifnya, anda boleh lihat video tersebut di SINI

Jadi, ibu-ibu macam saya yang mahukan perkembangan otak anak-anak yang memberangsangkan, cepat order omega hari ini sebab esok promosi sudah berakhir. Masih ada masa, jangan berkira-kira lagi demi anak-anak tersayang.

Hubungi saya Mai SID 918631
SMS: 012-3302067
EMEL:minaina_ilaaina@yahoo.com
FB Fanpage: Min Aina Ila Aina


Menggodek semula post-post lama, asalnya ada nak edit info dalam komen yang lama. Terjumpa pulak dengan testimoni saya sendiri terhadap Shaklee...wah, tak sangka panjang berjela saya mengarang. Masa ni tahun 2010, blog ni pun baru lagi. Tak silap baru masuk page ke-3. Dipersilakan ikuti pengalaman saya seperti di bawah:

Salam di petang Jumaat yang bahagia, semoga anda semua dalam mood bahagia juga hendaknya.

Sebenarnya saya ada berjanji dengan Mummy Harith n Hannah a.k.a GenkiMomma atau mesranya dipanggil Kak Arnie. Nak kata testimoni pun iye, tapi lebih kepada pengalamanlah sebenarnya.

Saya mengenali supplement masa umur saya lingkungan 21tahun. Masa tu saya ada masalah tangan kiri lenguh, kebas dan sakit terutamanya di bahagian bahu. Tidur tak boleh mengiring sebelah kiri lama-lama, pegang telefon tangan kiri pun tak boleh lama-lama. Pendek kata susahlah kalau nak bergayut dengan boyfriend.haha. Saya dah pergi klinik, doktor cuma tanya pemakanan saya dan senaman...saya memang lazimi minum susu dan jogging. Doktor tak bagi ubat apa-apapun. Tak tahan sangat, sebab kadang-kadang kebasnya sampai buat saya rasa tangan kiri tu tak ada, saya pergi berurut dengan mak kawan saya (Dwi). Makcik tu kata urat-urat kat belikat saya tu dah keras masuk angin dan bersimpul. Sakitnya masa diurut tu Allah sajalah yang tahu, menjerit-jerit saya dibuatnya. Lepas berurut tu, saya pergi farmasi dan tanya apa vitamin yang boleh saya makan untuk masalah saya. Ahli farmasi tu cadangkan B-Complex. Dari situlah saya kenal supplement. Alhamdulillah, terasa perubahan yang ketara, sakit pun lama-lama hilang. Tapi habis sebotol tu, saya tak teruskan makan sebab masa belajar dulu, harga sebotol B-Complex tu pun rasa sangatlah mahal.

Saya kembali mengamalkan supplement masa mengandung. Selain supplement yang diberi oleh pusat kesihatan setiap kali pemeriksaan antenatal, saya juga ambil omega dan kalsium. Masa tu saya main beli saja tak kira jenama, asalkan harganya berpatutan dengan bajet saya masa tu. Masa dalam pantang saya bergantung sepenuhnya pada supplement KKM, memang tak teringat nak cari supplement tambahan.

Lepas pantang dan mula masuk kerja, sebagai ibu baru yang menyusukan anak sepenuhnya, saya banyak membaca di internet. Saya suka singgah di blog-blog ibu menyusu, membaca pengalaman di samping menimba ilmu dan mendapat motivasi bila tengok stok susu diorang yang penuh freezer. Secara tak sengaja aktiviti lompat blog saya tu memperkenalkan saya dengan GenkiMomma. Membaca pengalaman Kak Arnie sendiri, saya tertarik mencuba supplement Shaklee. Kebetulan pulak masa tu anak saya kerap sangat sakit. Kejap selsema, batuk, demam dah la tu bergilir-gilir pulak dengan uminya ni. Asyik ulang wad kecemasan Hospital Serdang je. Saya mulakan dengan trial pack, bila kesannya nampak pada jumlah pengeluaran susu dan kepekatan susu, saya teruskan membeli full pack dengan Kak Arnie. Mula-mula saya beli sikit, lama-lama secara tak sedar saya dah order macam-macam supplement keluaran Shaklee.  Antara yang saya ambil ialah Vit C, Alfalfa, Ostematrix, Lecithin, ESP, Fiber, Vita-Lea. Merasai sendiri kebaikannya, saya kongsikan dengan kawan-kawan yang mengalami masalah dalaman kewanitaan, macam senggugut, keputihan, haid tak teratur. 2,3 orang kawan saya dah ulang beli dan ada yang dah kongsikan dengan kawan-kawan mereka pula. Alhamdulillah.

Bagi diri saya sendiri, Vit C dan B-Complex banyak membantu saya dan anak dalam proses pemulihan daripada demam dan pertahanan badan. Masa saya dan anak kerap demam awal 2010 dulu, saya akan mengalami masalah hidung berdarah. Bukan darah yang mengalir, tapi darah sekitar dalam lubang hidung. Atas cadangan Kak Arnie, saya ambil ESP. Kemudian, anak saya pula dikesan mengalami anemia dan perlu makan supplement Asid Folic, Iron serta Multivitamin yang dibekalkan oleh pihak hospital. Tapi faham-faham sajalah macam mana seksanya nak bagi anak kecil makan ubat,kan. Kena bagi setiap hari pulak tu, dan sampai 2,3 jenis supplement. Jadi, saya ambil langkah lain yang kurang sikit tekanannya dengan cara saya sendiri mengambil Vita-Lea dengan harapan khasiatnya dapat disalurkan melalui susu badan saya. Alhamdulillah ujian darah kali kedua anak saya dah ok, walaupun saya tak pernah sekali pun bagi dia asid folik dan jarang sangat bagi Iron yang pihak hospital bekalkan tu. Cuma multivitamin saja pengasuh anak saya bagi setiap hari sebab manis, anak saya suka. Alhamdulillah, musim demam, selsema, batuk bergilir-gilir tu berakhir juga sekitar April 2010 selepas 4 bulan kami mengharunginya dengan penuh tekanan. Maklum sajalah budak kecik sakit, umi dialah yang tak dapat tidur. Kalau demam, anak saya mesti kena ulser tekak dan taknak minum susu. Saya masa tu tengah sibuk sangat dengan penulisan tesis, sampai kena tegur jugalah dengan penyelia sebab kerap sangat sakit.

Supplement yang lain misalnya ostematrix saya ambil sebab saya selalu sakit-sakit badan terutamanya pinggang dan belakang badan, yang saya percaya akibat posisi tidur yang tidak betul berikutan menyusukan anak sambil berbaring. Kadang-kadang tulang saya berbunyi-bunyi. Saya minum susu, tapi tak tentu kadang-kadang dapat dua gelas sehari, kadang-kadang 1 gelas saja, malam dah tidur awal. Biasanya minum susu kotak di ofis saja. Apa yang saya perhatikan, bila saya konsisten minum susu dan makan ostematrix, saya tak ada masalah dukung anak saya walaupun lama. Lagi satu, gigi sensitif saya pun dah hilang. Kalau lepas minum air panas, kemudian berkumur dengan air paip pun tak ngilu macam dulu-dulu.

Lecithin dan fiber? Taktau kenapa dua vitamin sungguh susah saya nak konsisten. Fiber saya bagi pada emak saya akhirnya, sebab mak saya yang mengalami kolesterol tinggi lebih memerlukan supplement ni dan terbaru saya baca testimoni tentang lecithin yang mampu mengurangkan 20kg dalam blog GenkiMomma, semangat pulak nak konsisten.heh!

Ini hanyalah pengalaman peribadi saya, setiap orang mungkin berbeza penerimaan badan masing-masing terhadap supplement. Ada juga yang tidak mahu bergantung dengan supplement sebaliknya berusaha mendapatkan makanan segar yang benar-benar membekalkan khasiat yang diperlukan. Tepuk dada tanyalah hati anda.

Supplement kegemaran saya diumumkan bakal kehabisan stok di seluruh pasaran Malaysia. huhu. Sedih. Tapi apa nak buat, produk Shaklee memang laku dan lajuuuu je habis. Saya masih dalam proses menurunkan berat badan dan membentuk tubuh, saya sangat memerlukan ejen pembakar lemak.

Mujur, mujur, mujur bulan ni adalah bulan promosi Omega Guard. Jadi, saya cepat-cepat rebut peluang order Omega lebih daripada biasa. Omega juga adalah ejen pembakar lemak yang baik, malah mengikut testimoni, lebih efektif berbanding lecithin jika diambil dalam kadar yang betul. Selain itu, omega sudah tentu mempunyai khasiat yang pelbagai dan meliputi seluruh tubuh kita. Kebaikan omega tidak terhad terhadap kecerdasan otak, malah membakar lemak, menghangatkan tubuh, baik untuk sendi, mata dan kulit, menghilangkan migraine dan sakit kepala, juga penting untuk kesuburan.

JADI, jika anda telah ambil lecithin untuk proses menurunkan berat badan, atau berminat untuk mencuba slimming set cara Shaklee, cepat rebut peluang sementara promosi Omega Guard Februari masih berlangsung. Hanya sehingga esok 28 Februari 2013!

Jangan lepaskan peluang ini kerana bukan mudah untuk mendapat harga runtuh Omega Guard ini. Beli 6 percuma 1 dan keahlian percuma. Anda untung besarrr.

Tempah sekarang, hubungi saya 
Mai SID 918631
SMS: 012-3302067
EMEL: minaina_ilaaina@yahoo.com
FB Fanpage; Min Aina Ila Aina


Beberapa hari je lagi Februari 2013 akan melabuhkan tirainya. Maknanya promosi Omega Guard Shaklee pun akan berakhir. Kalau anda masih berkira-kira untuk membeli, jangan tunggu lagi. Dah gaji ni...risau pulak habis stok. Bukan senang nak dapat promosi omega macam ni. Produk yang bagus, semua orang tertunggu-tunggu. Saya pun nak kena tempah lebih la nampaknya sebab Sofiy pun suka sangat dengan Omega. Kalau tak beli sekarang, rugi. Nanti harga dah balik macam biasa. Kalau sekarang dapat free postage pun dah untung dah tu.

Cepat, jangan sampai menyesal nanti. Omega sememangnya punya banyak manfaat untuk kesihatan secara menyeluruh tidak kira jantina dan usia.

Berminat, hubungi saya Mai ID Shaklee 918631
SMS: 012-3302067
Emel: minaina_ilaaina@yahoo.com
FB Fanpage: Min Aina Ila Aina