Assalamualaikum, selamat pagi Isnin. 
Semoga cuti panjang memberikan energi baru untuk kita, dan juga anak-anak kita yang akan kembali semula ke sekolah.

Hari ni dalam masa yang terhad pagi ni sebelum Sofiy bangun, saya nak kongsi sikit tentang menyimpan duit.
Rata-rata ramai antara kita tahu faedah dan kepentingan menyimpan, terutamanya menyimpang wang. Tapi berapa ramaikah antara kita yang mampu menyimpan dengan disiplin dan konsisten, tambahan pulak di tahun 2014 yang cukup gelap dari sudut ekonomi ini.

Dalam seminggu ni, saya terjebak dengan blog Encik Mohd Zulkifli, seseorang yang ada disebut dalam Buku Mini MMR sebagai seorang yang bebas hutang pada tahun 2007 lagi! Dalam Buku Mini MMR juga ada diringkaskan tips-tips bagaimana beliau melangsaikan hutang-hutang mereka suami isteri. Alhamdulillah, daripada feedback yang saya baca dalam komen-komen di blog beliau, dah ramai yang berjaya mengikut jejak beliau. Apa yang beliau tekankan ialah, menyimpan wang untuk melangsaikan hutang. Bab menyimpan inilah sebenarnya memerlukan latihan, sebagaimana juga menderma. Saya ni tak layaklah nak bercakap tentang bebas daripada hutang, tapi meh kita kongsi sikit apa yang sedang saya lakukan sekarang; iaitu berlatih menyimpang duit. Mana tahu anda mendapat manfaat daripadanya?

Idea ini bukan idea saya, saya hanya mengambil idea seorang kawan lama (kawan sekolah menengah) yang memulakan projek ini, yang dia namakan Projek Tabung Hijau. Jadi, hakcipta atau originalitinya ialah Tabung Hijau. Kawan saya Asiah, dah berjaya menunjukkan hasil yang beliau dapat, jadi kami kawan-kawan ni pun cuba lah pulak dan alhamdulillah memang menunjukkan hasil. Macam mana caranya? Mudah saja..apa yang penting ialah disiplin, konsisten dan jujur.

Projek ini, terpulang pada kita juga sebenarnya nak buat untuk apa. Maksudnya ialah tujuan kita menyimpan. Ada yang memang menyimpan untuk tabungan jangka masa panjang. Ada juga yang menyimpan untuk membeli sesuatu yang dah lama dok kat wishlist tapi tak pernah dapat beli. Saya pulak? Saya menyimpan untuk 'anugerah' yang akan lahir ke dunia ini nanti. Sebenarnya memang diperuntukkan sebahagian wang untuk membeli kelengkapan bayi, tapi Tabung Hijau ni saya khaskan untuk kegunaan selepas melahirkan, in sha Allah.

Caranya, setiap kali wang kertas RM5 lalu di tangan atau wallet anda, anda mesti terus ambil dan simpan dalam Tabung Hijau. Peraturannya ialah jangan sekali-kali belanjakan wang kertas RM5. Wang kertas RM5 hanya untuk disimpan. Sebab tulah RM5 adalah angka yang paling sesuai, sebab kita tak terasa sangat kekurangannya. Kalau simpan RM1 (Tabung Biru) pun boleh atau RM10 (Tabung Merah) pun boleh, cuma risau nanti kita yang tak disiplin sebab jumlah agak besar. Betul tak? Ada orang yang buat projek ni secara bulanan, mungkin lepas tu terus masuk bank simpanan. Ada juga yang buat secara period macam saya. Saya bagi tempoh sampai baby lahir nanti. Satu pesanan Encik Mohd Zulkifli, untuk menyimpan, jangan tunggu hingga ada lebihan wang tapi simpan dulu dan selebihnya barulah guna. Dalam projek Tabung Hijau, kita menyimpan sambil-sambil...jadi tidaklah asyik teringat-ingat saja duit yang disimpan. Nasihat saya pulak, jangan simpan dalam wallet yang sama kita pakai hari-hari. Simpanlah di tempat yang jarang kita nampak:-)

Cubalah, anda pasti suka bila dapat hasilnya nanti. Tak percaya, cubalah!
Assalamualaikum, salam Jumaat dan Nisfu Sya'aban.

Semoga hari ini lebih baik daripada semalam dalam semua aspek kebaikan, in sha Allah.

Lagi 15 hari umat Islam akan menyambut bulan penuh berkat iaitu bulan Ramadhan yang dinanti dan dirindui. Seandainya berkesempatan bertemu sekali lagi, itulah rezeki kita. Pagi tadi saya mendengar (bak kata Dr. Fadhilah Kamsah, ramai yang mendengar di TV bukan menonton) rancangan Nasi Lemak Kopi O sambil menyiapkan sarapan anak. Kata pengacara rancangan, kemeriahan Ramadhan telah pun dapat dirasa dengan banyaknya bunting dan iklan di sekitar jalan raya atau bangunan, yang mengiklankan pakej berbuka puasa, pakaian dan segala persiapan berpuasa dan hari raya. Cepat sungguhkan? 

Namun itulah lumrah di Malaysia. Tentu saja itulah juga punca rezeki sebahagian rakyat negara ini iaitu berniaga. Ada perniagaan tidak bermusim, ada juga perniagaan yang rancak pada musim-musim tertentu misalnya musim cuti sekolah, musim kenduri-kendara, dan semestinya musim berpuasa dan perayaan. Bila ada perniagaan maka adalah promosi. Bila ada Ramadhan maka akan ada Bazar Ramadhan di merata kawasan penempatan. Saya masih ingat lagi masa kecil dahulu, di pekan kecil yang terletak kira-kira 7 km daripada kampung saya pun sudah ada bazar Ramadhan. Boleh dikatakan hari-hari juga arwah ayah saya ke bazar, emak pun kadang-kadang jadi malas memasak juadah berbuka sebab ayah mesti akan menjengah juga bazar tersebut walaupun tahu emak memasak di rumah. Begitu sekali tarikan bazar Ramadhan. Masa di UIAM kampus Gombak pula kami student UIA memang bernasib baik, tak perlu jalan jauh sebab bazar Ramadhan terletak di dalam UIAM sendiri. On the way balik asrama singgah saja sekejap, meriah dan makanannya penuh variasi. Saya pasti setiap bazar ada keunikannya sendiri sampaikan TV pun buat rancangan khas menjejak bazar Ramadhan.

Ok, sebenarnya apa yang saya nak coret sedikit dalam entri ini bukanlah tentang variasi juadah bazar Ramadhan, atau kemeriahan bazar Ramadhan di Malaysia. Entri ini sebenarnya khas buat PENIAGA-PENIAGA BAZAAR RAMADHAN. Saya tidak pernah berniaga atau menolong berniaga di mana-mana bazar Ramadhan, saya hanyalah pelanggan dan pengguna. Namun melalui seorang kawan, saya dapat tahu proses menyewa tapak dilakukan awal-awal lagi, berbulan sebelum Ramadhan tiba. Prosesnya juga mencabar kerana berlaku persaingan sengit antara peniaga yang ingin memohon. Saya kagum dengan barisan peniaga yang cekal dan tabah ini. Saya juga yakin penat lelah menyiapkan bahan, memasak dan menjual bukanlah boleh dilakukan oleh sebarangan orang. Hanya yang tabah dan cekal boleh melakukannya. 

Satu perkara yang sebenarnya harus disyukuri oleh para peniaga bazar Ramadhan ialah, ANDA MENOLONG MENYEDIAKAN JUADAH BERBUKA UNTUK MUSLIM YANG BERPUASA. Walaupun pelanggan anda membeli, tetapi peranan anda sangat besar dan tinggi nilainya. Di sinilah sebenarnya peluang bagi para peniaga bazar Ramadhan untuk mencari pahala dan keberkatan yang lebih di bulan mulia ini. Oleh itu, saya sangat menyarankan para peniaga khasnya peniaga bazar Ramadhan untuk mengaplikasi kaedah MMR (Mudahnya Menjemput Rezeki) sebagaimana yang terkandung dalam buku MMR. In sha Allah, yakinlah dengan janji Allah bahawa anda semua tidak akan rugi malah mendapat keberkatan di dalam rezeki tersebut. 

Saya sangat yakin, sekiranya anda para peniaga berniaga dengan penuh ikhlas, jujur dan penuh kasih sayang, di samping melakukan segala amalan tambahan yang disarankan...bukan sahaja pelanggan akan memuji dan berpuas hati, pelanggan akan datang lagi dan lagi, gerai anda tidak akan pernah sunyi, Allah juga akan merahmati, dan hasilnya ialah satu kepuasan yang datang daripada rezeki yang berkat. In sha Allah. Tambahan, Allah akan melapangkan masa dan kudrat untuk anda juga beribadah di sepanjang bulan Ramadhan. Nah, anda dapat keuntungan dunia dan keuntungan akhirat. Siapa yang tidak mahu?


Buku MMR (Mudahnya Menjemput Rezeki)
Harga: RM18 / RM20 (SS)


Buku Mini MMR (ringkasan)
Harga: RM2 /RM3 (SS)


Maklumat lanjut, hubungi:

Puan Mai (MAIA Natural Resources)
Pengedar Sah MMR
SMS/WA: 012 3302067
Emel: minaina_ilaaina@yahoo.com
FB Fanpage: Min-Aina-Ila-Aina








Alhamdulillah, setelah ramai ternanti-nanti, akhirnya poster rasmi promosi Shaklee Jun 2014 sudah pun keluar seperti di atas. Bulan Jun ini Vitamin E punya giliran. Amboi, amboi..mentang-mentanglah nak rayakan? Ramailah boleh ambil peluang nak tampil cantik berseri di pagi raya!

Apakah Set Kesihatan Shaklee yang mengandungi Vitamin E?

1- Set Kecantikan Kulit
  • B-Complex
  • Vita - C
  • Vita - E


2- Set Kesuburan / Keintiman Suami Isteri
  • GLA Complex'
  • Vita -E
  • Zinc Complex


3- Set Set Kesihatan Lelaki
  • Vita -E
  • Zinc Complex
  • Omega Guard


4- Set Kesihatan Jantung / Darah Tinggi / Stroke dan Kolesterol
  • Phytocol - ST (dilancarkan pada Jun 2014)
  • Vita -E
  • Omega Guard
  • CoQHealth Plus

Sebenarnya khasiat dan fungsi Vitamin E bukanlah terhad kepada set-set kesihatan di atas sahaja, tetapi inilah fungsi vitamin E yang paling popular di kalangan pengamal suplemen. Secara asasnya Vitamin E ialah vitamin larut lemak yang juga merupakan antioksidan yang kuat. Ia menyokong kesihatan jantung, otak, dan prostat di samping meningkatkan fungsi peparu, kolon dan fungsi imun. Satu kajian yang dijalankan oleh sekumpulan penyelidik di Universiti Tufts menunjukkan bahawa pengambilan Vitamin E berupaya meningkatkan fungsi imun pada warga tua*.

*Sumber: Meydani, SN, Meydani M, Bumberg JB, et. al. Vitamin E supplementation and in vivo immune response in healthy elderly subjects: a randomized control trial. Journal of the American Medical Association 1997; 277: 1380-1386.

Satu kapsul Vitamin E Shaklee membekalkan:


  • 400 IU sumber asli Vitamin E (as d-alpha tocopherol)
  • 65mcg selenium sebagai pelengkap aktiviti vitamin E (as selenium amino acid chelate)
  • 39.4 mg ekstrak Biji Anggur (vitis vinifera)


Untuk mendapatkan maklumat lanjut, hubungi kami:

MAIA (SID 918631)
SMS/WA: 012 3302067
EMEL: minaina_ilaaina@yahoo.com
FB FANPAGE: Min-Aina-Ila-Aina

* MAIA merupakan pengedar Shaklee yang sah dan menerima pembelian secara Cash on Delivery (COD) atau Self Pickup di kawasan Bandar Seri Putra, Bandar Bukit Mahkota, Bangi Lama, KUIS, UKM dan Bandar Baru Bangi. Caj penghantaran akan dikenakan bergantung pada jarak kawasan. Penghantaran melalui pos boleh dibuat ke seluruh Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak.
Assalamualaikum w.b.t

Seorang ibu menjaga kesihatan anaknya bukan bermula daripada hari anak tersebut dilahirkan ke dunia, sebaliknya lebih awal lagi, iaitu seawal sebelum si ibu mengandungkan si anak. Eh, kalau dah tak mengandung lagi macam mana pulak nak jaga? Itulah kelebihan seorang ibu. Seorang ibu perlu menjaga kesihatan tubuh badannya sendiri agar sentiasa sihat untuk menyediakan rahim yang sihat dan bekalan darah yang baik untuk janin. Sebab itulah para doktor mengesyorkan ibu-ibu mengandung mengambil asid folik atau vitamin b-complex dengan asid folik paling kurang 2-3 bulan sebelum mengandung. Semuanya demi tumbesaran janin yang sihat.

Apatah lagi setelah mengandung, tentu saja si ibu perlu menjaga kesihatan diri dan kandungannya. Tapi, ibu mengandung ni sangat sangat fragile, sangat mudah diserang penyakit sama ada penyakit berjangkit (batuk, selesema, demam) mahupun penyakit yang tidak berjangkit (sendi, tekanan darah tinggi, diabetis, asthma). Ini kerana, dalam tempoh mengandung ini, imuniti dalam tubuh ibu adalah rendah demi membenarkan satu 'benda asing' iaitu fetus atau bayi membesar dengan baik di dalam tubuh si ibu. Antara penyakit berjangkit yang mudah dihidapi ibu-ibu mengandung ialah BATUK. Kadang-kadang batuk ini disertai selesema, kadang-kadang hanya batuk sahaja tanpa gejala selesema.

Batuk sewaktu mengandung terutama di awal kehamilan bukanlah satu perkara yang mudah untuk dihadapi. Batuknya lain macam tau. Saya sudah mengalaminya sebanyak dua kali. Pertama sewaktu kandungan yang kedua, dan sekali lagi di awal kandungan yang ketiga (2014). Kedua-duanya terjadi sewaktu kandungan masih terlalu awal. Yang pertama tu masa saya dah tau saya mengandung (dalam 2bulan kandungan). Bila batuk datang tak henti-henti memang risau. Tambah dengan perut yang rasa bergegar-gegar, risau je apa-apa jadi pada kandungan. Malah ada ibu yang batuknya berlarutan jika tak cepat-cepat dicari penawarnya.

Yang terbaru ni jadi masa saya belum tahu pun saya mengandung. Masa tu saya dah rasa sakit tekak macam nak batuk tu..tapi saya ingat ok je biasalah musim kering dan sejuk waktu tu, yang Malaysia kecoh dengan suhu sejuk luarbiasa tu la. Prof pulak ajak saya hadiri bengkel di Hotel Royale Bintang Seremban secara bidan terjun. Nak tolak, cuma rasa sakit tekak biasa je, bukan demam pun. Jadi saya setuju untuk ikut serta. Jumaat, hari nak bertolak tu saya saya dah rasa badan lain macam, sakit tekak yang lain macam juga. Tapi teruskan juga. Saya bawak Sofiy sekali. Budak kecik tu dah biasa ikut umi ke mana-mana. Kat sanalah batuk dan selesema menyerang habis-habisan. Kena pulak hotel tu sejuk yang amat-amat. Sampaikan semua orang pakai sweater, saya pulak lupa bab-bab sweater ni maklumla dekat je, Seremban dan takde perjalanan malam. Sudahnya saya terpaksa pakai baju dua lapis. T-shirt di dalam dan blouse di luar. Batuk saya waktu tu sangat teruk sampaikan saya tak boleh duduk dalam bilik bengkel, saya kena duduk di koridor. Mujur ada meja panjang diletakkan kat luar bilik bengkel tu. Saya ingatkan sebab suhu sejuk, rupa-rupanya sebab ada 'isi' kat dalam. Malam yang mula-mula tu saya masih boleh buat kerja, masuk hari kedua saya dah tak larat sangat. Saya selesema bercampur darah, tiap kali hembus hingus ada darah sekali. Panik jugaklah kawan-kawan saya masa tu. Walaupun sekadar batuk dan selesema, tapi badan rasa lemah sangat. Mujurnya saya masih lalu makan kat cafe hotel tu. Tupun saya banyak ambil sup, dan tak banyak makanan yang saya cuba. Malam yang kedua, saya minta excuse daripada Prof, saya dah tak larat nak join diorang buat kerja. Saya tidur je dalam bilik, aircond bilik memang dari hari sampai lagi kitorang tak on, dah sedia sejuk dah.  Ahad tu alhamdulillah sesi bengkel habis cepat, dan balik pun cepat. Syukur sangat-sangat.

Saya tak nafikan memang madu penawar yang baik untuk batuk, tapi dalma kes saya, saya siap bawak madu lagi pergi ke Seremban tu. Tapi tak jalan. Balik tu, saya dapat tahu saya mengandung dan saya terus makan vitamin Set Kehamilan Trimester 1 Shaklee. Saya tak perlu buka botol vitamin baru pun, sebab memang semuanya saya ambil cuma sebelum ni tak konsisten ambil semua. Bila perlu je saya ambil. Dah tahu mengandung, badan pulak tak sihat, jadi saya ambil set ini dengan konsisten dan ambil set lengkap. Meh saya kongsi testimoni salah seorang customer kami yang juga diserang masalah batuk ni.


23 Jan: Ok tq Arni ha sok kak nak makan la mana tau in sha Allah batuk akak ni kurang, tak tahan dah rasanya.

9 Feb: Alhamdulillah Arni sejak akak makan vitamin Shaklee ni batuk akak dah kurang..lega rasanya
(tatabahasa telah dibetulkan)

Oleh itu, bagi ibu-ibu mengandung yang menghadapi masalah yang sama, saya syorkan untuk mencuba dan berikhtiar dengan suplemen semulajadi Shaklee ini. Bahaya jika kita mengambil sebarangan ubat dalam tempoh mengandung lebih-lebih lagi ubat batuk dan selesema. Eloklah  kita mengamalkan Set Kehamilan Shaklee ini, yang bukan sahaja menjamin kesihatan yang baik untuk si ibu malah membekalkan keperluan nutrisi yang lengkap untuk tumbesaran bayi dalam kandungan. Set Kehamilan Shaklee ini terdiri daripada:

Trimester 1:

*Vita-lea dengan zat besi
*Vita- C (mengikut pelepasan masa)
*B-Complex dengan Asid Folik
*Ostematrix (kalsium magnesium)

Trimester 2&3:

*Vita-lea dengan zat besi
*Vita- C (mengikut pelepasan masa)
*B-Complex dengan Asid Folik
*Ostematrix (kalsium magnesium)
*Omega Guard (minyak ikan untuk perkembangan otak bayi dan membantu ibu mengelakkan simptom lupa)



** Disclaimer

This product is not intended to diagnose, treat, cure or prevent any diseases. This product is just a supplement to help you stay healthy.

Jika anda inginkan maklumat lanjut, hubungi:


MAIA (SID 918631)
SMS WA: 012 3302067
EMEL: minaina_ilaaina@yahoo.com
FB FANPAGE: Min-Aina-Ila-Aina

* MAIA merupakan pengedar Shaklee yang sah dan menerima pembelian secara Cash on Delivery (COD) atau Self Pickup di kawasan Bandar Seri Putra, Bandar Bukit Mahkota, Bangi Lama, KUIS, UKM dan Bandar Baru Bangi. Caj penghantaran akan dikenakan bergantung pada jarak kawasan. Penghantaran melalui pos boleh dibuat ke seluruh Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak.




Setelah lebih setahun berlalu, akhirnya promosi Ostematrix kembali lagi. Serius, saya rindu! Haha. Rindu macamlah sepanjang tahun tu tak makan ostematrix.

Sebenarnya saya sangat sukakan promosi Ostematrix ni sebab saya adalah penggemar tegar Oste. Malam-malam mesti telan supaya boleh tidur nyenyak, boleh elak sakit-sakit badan dan keesokan harinya perut pun jadi lawas. Kan bagus tu. Lagi satu, promosi Ostematrix ni sangat mampu milik. Anda dapat 7 botol dengan RM 366, sedangkan selama bulan tidak promosi harga sebotol adalah RM61. Kan untung?

Ramai yang tanya, berapa lama Ostematrix boleh tahan? Berapa lama sebotol Ostematrix boleh tahan bergantung pada berapa dos yang diambil. Sebab itulah, sebiji Ostematrix mengandungi 250mg kalsium, oleh itu mudah untuk kita sesuaikan dos yang diperlukan berdasarkan pemakanan harian kita. Kalau dah minum susu, lain dos pengambilannya berbanding mereka yang tidak mengambil susu atau produk tenusu langsung.
Oleh sebab itu juga, kami akan memberikan panduan pemakanan yang betul mengikut kesesuaian dan kondisi pelanggan kami. 

Ostematrix juga tidak semata-mata mengandungi kalsium yang diperlukan oleh tulang malah dilengkapi dengan magnesium dan zinc bagi membantu penyerapan yang baik. Magnesium juga memastikan tidak berlakunya sembelit kerana kalsium tanpa magnesium boleh mengakibatkan sembelit. Kerana inilah, Ostematrix sesuai untuk ibu-ibu yang mengandung.


Berminat mendapatkan Ostematrix daripada kami?

** Disclaimer
This product is not intended to diagnose, treat, cure or prevent any diseases. This product is just a supplement to help you stay healthy.


MAIA (SID 918631)
SMS / WA: 012 3302067
EMEL: minaina_ilaaina@yahoo.com
FB FANPAGE: Min-Aina-Ila-Aina

* MAIA merupakan pengedar Shaklee yang sah dan menerima pembelian secara Cash on Delivery (COD) atau Self Pickup di kawasan Bandar Seri Putra, Bandar Bukit Mahkota, Bangi Lama, KUIS, UKM dan Bandar Baru Bangi. Caj penghantaran akan dikenakan bergantung pada jarak kawasan. Penghantaran melalui pos boleh dibuat ke seluruh Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak.