Assalamualaikum. 

Alhamdulillah kita dah pun menyambut Syawal tahun ini dan cuti raya pun dah habis. Kami sekeluarga menyambut Syawal secara sederhana saja, tak de berjalan ke mana sangat memandangkan situasi saya yang tak berapa nak mengizinkan. Balik kampung, dok rumah mak layan tetamu, ziarah keluarga terdekat (tu pun tak ramai sebab ramai yang dah datang ziarah kami) dan pergi kenduri naik buai cucu jiran sebelah rumah. Petang raya ketiga kami dah gerak balik ke Bangi. Balik awal sebab nak elakkan jammed. Gambar masih kat handphone, takde ambik gambar dengan kamera pun. Dan sebenarnya saya sendiri tak bergambar kali ni. Maklum aje la kenapa..'penguin' ni segan nak bergambar. hehe.

Walaupun cuti raya dah habis dan masing-masing dah kembali bertugas, anak-anak dah kembali ke sekolah, tapi raya bagi rakyat Malaysia tetaplah sebulan. Tentu saja ada openhouse di sana-sini terutama di hujung minggu nanti. Mungkin ada yang dapat jemputan sampai 3-4 buah rumah dalam sehari. Dah nama open house, mestilah juadahnya pelbagaikan? Dan...tentu saja juadah yang sedap-sedap. Takde nya orang nak jamu buah-buahan atau salad je di hari raya. Paling kurang lemang, rendang, nasi himpit dan kuah kacang mestilah ada. Takpun juadah-juadah lain yang lebih membuka selera. Natijahnya, ramai yang alami ketidakselesaan perut akibat makan terlalu banyak atau makan terlalu banyak jenis makanan dalam satu-satu masa. Nak nak pulak juadahnya tu bersantan, berlemak, berminyak, pedas, berkacang, berpulut yang memang ada orang tak tahan.  Tak dimakan, raya setahun sekali ye tak. Masa hari-hari awal raya pun dah ramai yang berebut tandas..hihi. Teringat macam mana anak-anak saudara saya dan pak-pak saudaranya berebut bilik air nan satu di rumah mak saya.

Apa yang boleh disarankan, berpada-pada ketika makan. Perut kita dah rehat sebulan, tiba-tiba disumbat dengan segala macam makanan secara mengejut, memang terkejutlah perut tu kan. Ketidakselesaan perut ni jangan pandang ringan, mungkin ada yang cuma rasa tak selesa, perut berangin, cirit-birit ringan, tapi ada juga yang sampai muntah-muntah teruk tak kena gaya admit ward. Jadi, eloklah kita beringat sebelum kena, tambah-tambah anak-anak kita. Antara langkah yang boleh diambil,

- Banyakkan minum air masak sepanjang hari untuk melancarkan sistem penghadaman kita. Anak-anak apatah lagi, memang perlu diingatkan selalu agar minum air masak selain air manis yang dihidang sejuk di kebanyakan rumah. Kalau air bergas @ berkarbonat tu, eloklah dielakkan terus.

- Elakkan makan beberapa jenis makanan secara serentak atau bersambung-sambung tanpa sela masa untuk perut memproses makanan yang telah dimakan.

- Kalau ada makanan yang boleh ditambah cili misalnya cili padi dalam laksa, sambal kicap dalam bihun sup, atau sambal cili untuk kuah kacang kurangkanlah cili tersebut. Makan makanan yang terlampau pedas memang meninggikan risiko terkena serangan sakit perut dan cirit-birit. 

- Sebaiknya waktu makan utama iaitu sarapan, lunch dan dinner jangan dilangkau. Kalau kita biasa makan nasi, ambil sedikit nasi pada waktu-waktu tersebut. Kalau pun tak lalu makan nasi, ambillah makanan berat yang lain macam roti atau mi. Kadang-kadang perut kita rasa sebu akibat makanan rapu dan menyebabkan kita tidak mahu lagi makan mengikut jadual yang sepatutnya. Ia satu tindakan yang boleh menyebabkan perit kita bertambah tidak selesa.

- Salah satu cara menjaga perut agar tidak terlalu tertekan adalah dengan detoks. Saya suka menyarankan Herblax Shaklee sebagai agen detoks yang paling berkesan namun lembut terhadap perut. Herblax membantu membersihkan perut dan kolon daripada sisa-sisa makanan yang tidak dinyahkan dengan baik. Kadang-kadang di musim perayaan ni, bukan sahaja cirit-birit, sembelit pun boleh jadi juga. Pendek kata. perut tidak dapat berfungsi secara normal akibat tekanan daripada aktiviti makan yang luar biasa. Selain Herblax, Peppermint Ginger Plus juga merupakan suplemen kecemasan yang patut ada dalam setiap keluarga. Diperbuat daripada ramuan halia, pudina, adas dan jintan, Peppermint Ginger Plus sememangnya dapat melegakan masalah angin dan senak perut. PGP juga sangat sesuai untuk mereka yang mengalami mabuk perjalanan. Ini salah satu testimoni Peppermint-Ginger Plus daripada pelanggan yang sudah merasai khasiatnya.


 "disebabkan saya makan pulut terlalu banyak, menyebabkan saya loya dan pening...malam tu badan dah tak sedap dah...macam nak demam je...sebelum gerak pulang ke rumah, saya sempat makan ketupat palas sekali lagi...kesannya, saya rasa loya dan pening makan menjadi-jadi...before bergerak, saya telan 3 biji peppermint-ginger plus (niat untuk hilangkan loya)..alhamdulillah tak lama kemudian, saya asyik sendawa dan akhirnya saya rasa cergas semula..."



Set Detoks Herblax RM 52.50 & Alfalfa (S) RM 53.75



Peppermint-Ginger Plus RM 45.00

Bagi yang berminat, boleh hubungi kami melalui medium di bawah:

MAI (SID 918631)
SMS / WHATSAPP: 012 3302067
EMEL: minaina_ilaaina@yahoo.com
FB FANPAGE: Min-Aina-Ila-Aina

Salam Ramadhan Hari Terakhir.

Alhamdulillah, kita diberikan nikmat menempuh sebulan Ramadhan tahun ini. Semoga peluang tersebut kita gunakan sebaiknya. Sekarang dah mood hari raya, malah dah ramai pun yang sampai ke kampung halaman. Kami je la yang belum lagi...tengok pada jalan yang jammed teruk, tak sanggup nak redah balik awal. Biarlah lambat sikit, kena pulak kondisi berbadan dua nikan. Plannya kami akan gerak selepas Asar jap lagi in sha Allah. Saya suka gerak lepas Asar sebab dah tak perlu nak fikir soal berhenti solat. Maghrib tu jama; je dengan Isya', sampai Taiping nanti la baru solat. Cuma kisahkan berbuka puasa je. Kalau ikut pengalaman sebelum ni, janganlah berharap nak berbuka di R&R, tak kena gaya nak masuk pun tak dapat, apatah lagi nak parking, lagi jauhlah harapan nak membeli makanan.

Saya dah bawak bekal siap-siap...bekal air je. hehe. Satu flask air panas untuk husband, Performance Drink untuk saya, dan air kotak untuk Sofiy. Satu tumbler air masak untuk kami semua. Kurma 2 biji in case tak dapat berhenti walaupun di lorong kecemasan, kita buka kurma aje dulu dan minum air. Makanan? Kami plan nak beli pizza je sebelum keluar dari kawasan rumah ni kejap lagi. Nak try Domino's yang baru bukak kat depan ni. Nampak pizza paling praktikal sebab tak berkuah, kenyang, mudah nak makan..cuma sejuk sikit tu biasala. Apa nak buat dah musafir. Saya suka juga kongsi cara Prof saya, dia la yang cerita. Masa anak-anak dia kecik-kecik dulu dan sampai sekarang pun praktikal lagi cara ni. Kalau nak makan nasi, dia akan bungkus nasi dalam daun pisang macam nasi lemak tu, boleh bungkus lebih mana tau ada yang nak tambah atau ada orang lain yang tak de makanan berbuka boleh sedekah sama. Lauk pulak, masak dan bubuh dalam mangkuk tingkat. Jadinya senang, tak payah beli pinggan kertas, tak payah bawak pinggang plastik, lepas makan boleh terus buang daun pisang. Nak best lagi hamparlah tikar dan berkelah. Memang best kan. Jangan lupa air masak dan air biasa untuk basuh tangan dan sebagainya. Jammed ni bukan boleh kira, tandas pun mungkin tak dapat masuk. Itulah serba sedikit tips perjalanan balik kampung di bulan Ramadhan. 

Ok, kita cerita sikit tips cergas sepanjang perjalanan. Macam yang saya pernah tulis dalam entri berkaitan Set Berpuasa Shaklee, Performance Drink merupakan minuman yang paling membantu jika ingin rasa cergas sentiasa. Ambil sewaktu sahur dan juga waktu berbuka. Nanti lepas berbuka kita akan rasa segar dan bertenaga dengan cepat, tak la rasa mengantuk atau lemau je. Sungguh, saya dah rasa perbezaannya sebab pernah cuba berbuka tanpa Performance. Lepas Maghrib tu mata pun dah kuyu. Kalau ambil Performance, paling koman pukul 10 baru la rasa ngantuk. Kadang-kadang sampai pukul 1 pun mata cerah lagi. Selain tu, Cinch Energy Tea juga minuman yang boleh boost energy kita dengan cepat. Ramai yang combine dua minuman ni dan rasa kelainannya. Sangat sesuai untuk para driver, tambah-tambah lagi kalau jammed dan perjalanan jauh dan lama.



Di kesempatan ini, saya nak ucapkan Selamat Hari Raya kepada semua pembaca MAIA. Semoga anda semua mendapat keberkatan Ramadhan dan Aidilfitri.
Alhamdulillah, sebagai pengedar yang telah diamanahkan menyampaikan sumbangan wakaf Buku Mini MMR ke institusi atau sekolah, kami tumpang gembira setelah amanah ini terlaksana. Sebenarnya masih ada satu lagi institusi, in sha Allah akan disampaikan hari ini. 

Di bawah ni gambar-gambar semasa sesi penyerahan dibuat. Alhamdulillah para penerima semuanya gembira dan teruja dengan sumbangan ini. Ada yang dah pernah dengar nama MMR dan ramai juga yang masih belum tahu tentang buku fenomena ini. Maksudnya, walaupun kita anggap buku ini telah tersebar luas tetapi masih ramai yang belum direzekikan untuk mendapat ilmu daripada buku yang bagus ini.

 Pelajar-pelajar Tingkatan 6 SMK Jalan Reko


 Sesi penyerahan kepada Guru Pen Kanan SMK Jalan Reko


 Penyerahan buku mini kepada Ustaz Fairuz, timbalan. nazir Masjid Al-Azhar, KUIS


Penyerahan Buku Mini kepada Puan Zaleha, Ketua Unit Pusat Sumber, IPG Bangi
(Nota: abaikan perkembangan berat badan, dalam beberapa minggu je ketara hidung semakin mengembang)

Alhamdulillah. Kami juga ingin menguar-uarkan kepada pembaca yang budiman sekalian bahawa sempena bulan Ramadhan al-mubarak ini, kami juga telah dilantik sekali lagi untuk menjadi penyampai amanah sumbangan wakaf Buku Mini MMR ini. Kali ini sumbangan akan diberikan kepada surau-surau dan masjid-masjid sekitar lokasi kami iaitu Bandar Seri Putra, Bangi dan Kajang. Namun demikian, kemungkinan besar suasana Ramadhan ini yang 'rushing' menyebabkan gambar-gambar sesi penyerahan tidak dapat dilakukan sebagaimana dalam gambar-gambar di atas. Namun seboleh mungkin kami akan cuba dapatkan gambar yang berkenaan.

Jika tuan/puan berminat untuk menyumbang, sumbangan boleh dilakukan dengan cara tuan/puan membuat pembayaran kepada kami dan kami akan sampaikan Buku-buku Mini MMR ini kepada pihak surau dan masjid. Jumlah yang disarankan terbahagi kepada 3 kategori mengikut kuantiti:

30 buah Buku Mini MMR pada harga RM 50
65 buah Buku Mini MMR pada harga RM100
100 buah Buku Mini MMR pada harga RM150 

Jika tuan/puan ingin memberikan sendiri sumbangan Buku Mini MMR ini di surau atau masjid kawasan tuan/puan, juga boleh hubungi kami untuk proses pembelian dan kami akan poskan kepada pihak tuan/puan. Self pickup amat digalakkan untuk pelanggan berhampiran lokasi kami iaitu Bandar Seri Putra, Bandar Bukit Mahkota, Nilai 3, Bangi Lama, Bandar Baru Bangi, Kajang.

Sebarang maklumat lanjut, hubungi:

Puan Mai
Pengedar Buku MMR
MAIA Natural Resources
SMS/WA 012 3302067
EMEL: minaina_ilaaina@yahoo.com
FB Fanpage: Min-Aina-Ila-Aina
Alhamdulillah, 1 Ramadhan menyingkap tirainya. Bergembiralah kita umat Islam yang masih direzekikan bertemu Ramdhan yang mulia. Jom cepat-cepat mulakan mengumpul ibadah berganda. 

Azam tahun ni, nak khatam Al-Qur'an macam tahun lepas. Tapi melihatkan situasi fizikal sendiri, usaha dulu, kalau tak mampu jangan berputus asa. Bak kata Dr. Irfan Khairi, kalau tak dapat capai target semasa deadline, lanjutkan deadline. Biar realistik. Eh, baru 1 Ramadhan dah nak panjangkan deadline? Haha. ada sebabnya.

Dugaan 2014, Ramadhan tahun ni disambut dengan si baby dalam rahim yang aktif bergerak, bersenaman agaknya. Berpuasa dengan usia kandungan 5 bulan sepatutnya sangat selesa tapi nampaknya saya perlu melalui sedikit kegetiran. Sebabnya, morningsickness saya masih belum habis lagi. Cuma sedikit kurang aje, tak macam masa 2,3 dan 4 bulan hari tu. Sebab tu la haritu blog ni lama bersawang. Nanti ada kelapangan saya selitkan cerita pengalaman mabuk mengandung kali ni. Tahun ni jugak, merupakan tahun yang cuacanya sangat tidak menentu. Semua maklum tiap-tiap kali Ramadhan memang cuaca panas, itu memang Allah dah tentukan untuk menguji iman manusia. Tapi tahun ni bukan sahaja panas malah ada ura-ura El-Nino, dan sekarang dilanda jerebu pulak. Ramai yang sakit menjelang Ramadhan kali ni. Sakit biasa tentu saja selesema batuk dan demam dan sakit mata.

Tapi, sakit biasa bagi orang biasa ni, adalah luar biasa buat ibu hamil tau. Sebab apa, ibu hamil ni dahla fragile, mudah kena jangkitan sebab imun dalam badan adalah rendah demi kemaslahatan bayi dalam kandungan. Dah tu, ibu mengandung tak boleh makan sebarang ubat macam mana orang lain. Dah ubat pun tak boleh, suplemen pun terhad juga. Inilah situasi saya sekarang.

Saya demam tak demam dan 4 hari. Kenapa saya kata demam tak demam, sebab demamnya taklah tinggi sangat sampai 38-39 C. Alhamdulillah. Setakat 37.5 gitu je, tapi badan memang rasa bisa-bisa yang amat, lemah je rasa. Dah demam, tekak pun mula perit dan sakit, hidung pun dah mula gatal. Tidur malam tak lena. Apa yang saya boleh buat, minum air masak banyak-banyak, minum Performance Drink Shaklee, saya ambil Vitamin C secara konsisten, ambil juga multivitamin Vitalea Iron Formula. Bila dah makan vitamin rasa ok sikit, tapi malamnya menyerang balik. Makan pun tak lalu. Masa ni lah terbayang-bayang Nutriferon Shaklee yang power itu (dengan izin Allah). Tapi, ibu mengandung tak digalakkan ambil suplemen selain yang asas sahaja. Maka bertahanlah saya dengan Set Hamil Shaklee iaitu Vitale Iron Formula, B-Complex, Vita-C, Ostematrix (kalsium magnesium) dan Omega Guard. Panas-panas ni Omega pun saya selang-seli sahaja makan.

Sahur tadi rasa macam taknak makan apapun, tak selera langsung. Tapi memikirkan taknak badan lesu, fikirkan si comel dalam kandungan, fikirkan pulak karang nak melayan abangnya (hari ni kan cuti Ahad), maka gagahkan diri juga bangun dan bersahur ala kadar. Tak lalu makan nasi. Saya goreng telur mata, himpit dengan dua keping roti Grademia Bran & Wheat Germ, buh sos sikit jadilah ala-ala benjo. Bancuh susu skim + ESP Soy Protein Isolate Powder 2 sudu besar dan shake, kurma 3 biji, setengah biji epal merah saiz sederhana, air masak. Mudah-mudahan cukuplah untuk membekalkan tenaga saya sepanjang hari ni. Kalau badan sihat, in sha Allah no problem. Tapi sebab sakit, kita tengok sampai ke petang nanti macam mana. 

Kalau ada ibu-ibu hamil yang sama kondisi macam saya, tawakkal dan bertahanlah seupaya yang boleh. Mandi kerap sikit, 3 kali sehari supaya badan lebih segar dan panas badan dapat dikeluarkan. Tidur dan rehat jika ada kesempatan. Ambil suplemen untuk bantu badan kita cepat recover. Kalau demam bertambah teruk, ambil suhu dan jika tinggi mencecah 39 C, pergi klinik ye. Berbukalah jika perlu, Allah telah beri rukhsah buat kita. Sesungguhnya Islam itu agama yang tidak membebankan umatnya.

Sekali lagi, buat ibu-ibu yang mengandung dan menyusukan, saya sangat rekomen SET BERPUASA @ Mighty 3 Gems Shaklee ini. In sha Allah sangat-sangat membantu anda supaya tak collapse sebelum berbuka, dan bagus juga diambil selepas berbuka untuk malam yang produktif.

Kredit: Genkimomma.my (pinjam super upline punye poster la ye)

Ada 3 set kesihatan yang berkenaan yang saya sarankan untuk diambil, bersesuaian dengan keperluan anda. Ingin order secara online? Klik butang Esell di bawah, anda boleh pembelian terus dengan Shaklee dan dipos ke alamat anda.

1- SET BERPUASA @ Mighty 3 Gems
# ESP Soy Protein Isolate Powder (RM150 / canister)
# Performance Drink (RM83 / canister)
# Meal Shakes Vanilla (RM114 / canister)

Order Set Berpuasa DI SINI

2- SET IMMUNE BOOSTER
# Sustained Release Vita-C (RM92 / 180 tablet)
# Zinc Complex (RM 34 / 120 tablet)
# Nutriferon ( RM182 / 45 sticks)

Order Set Immune Booster DI SINI


3- SET KEHAMILAN SHAKLEE
Trimester 1
# Vitalea Iron Formula ( RM 89 / 120 tablet)
# Sustained Release Vita-C (RM 92 / 180 tablet)
# B-Complex (RM54 / 120 tablet)
# Ostematrix (RM61 / 120 tablet)
# ESP Soy Protein Isolate Powder (RM150 / canister)

Trimester 2 & 3
# Vitalea Iron Formula ( RM 89 / 120 tablet)
# Sustained Release Vita-C (RM 92 / 180 tablet)
# B-Complex (RM54 / 120 tablet)
# Ostematrix (RM61 / 120 tablet)
# ESP Soy Protein Isolate Powder (RM150 / canister)
+
# Omega Guard ( RM 136 / 90 teblet)
Order Set Kehamilan DI SINI

Oh ya, jika anda membuat pembelian secara online terus daripada Shaklee, anda masih berhak untuk menerima konsultasi percuma daripada kami. Anda boleh hubungi saya melalui mana-mana medium di bawah. Anda juga masih boleh membuat pembelian melalui saya, pengedar berdaftar Shaklee sekaligus mendapatkan konsultasi percuma. Hubungi saya ye dan pengeposan dibuat ke seluruh Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak. Kami juga menawarkan servis COD (caj penghantaran mengikut jarak) atau self-pickup di kawasan-kawasan berhampiran kami iaitu Bandar Seri Putra Bangi, Bandar Bukit Mahkota, Bangi Lama, Nilai 3, Bandar Baru Bangi, KUIS dan UKM.

MAI (SID 918631)
SMS /WA : 012 3302067
EMEL: minaina_ilaaina@yahoo.com
FB FANPAGE: Min-Aina-Ila-Aina

Alhamdulillah, tinggal lagi 5 hari sebelum umat Islam di seluruh dunia menyambut Ramadhan al-mubarak. Semoga dipanjangkan usia kita sehingga ke Ramadhan nanti. Amin.

Yaaa..di facebook dan group whatsapp saya ramai dah para ibu yang berdebar menanti bulan puasa ini. Dok membilang hari. Kenapa? Bukan tak suka Ramadhan, tapi kegetiran yang bakal ditempuhi hanya golongan ibu-ibu ini sahaja yang memahaminya. Ibu-ibu mengandung dan juga ibu-ibu yang menyusukan anak, tambah-tambah lagi yang fully breastfeed dan babynya belum lagi makan makanan pejal.

Saya pernah merasai kedua-dua situasi ini. Pertama sekali masa mengandungkan Sofiy, saya mengandung usia kandungan 2 bulan. Sehari masuk Ramadhan, saya mula kena alahan muntah dan mabuk. Saya dapat puasa penuh sebulan masa ni. Kemudian masa menyusukan Sofiy, umur dia 3-4 bulan masa tu. Memang menyusu badan sepenuhnya. Masa ni tak dapat puasa penuh sebab ada datang period.  Tahun ini merasa sekali lagi, kandungan sekarang masuk 5 bulan. Jadi, saya nak kongsikan dengan pembaca semua beberapa tips berpuasa sewaktu mengandung dan menyusukan anak. Semoga bermanfaat.

1- Niat dan tawakal kepada Allah

Ini semua orang tahu, tapi niat dan tawakkal ini jika dihayati sepenuhnya akan memberikan kekuatan yang luar biasa kepada kita umat Islam. Sebagai ibu yang pada waktu ini mengalami tempoh "fragile", kita wajib sandarkan segalanya kepada Allah semata-mata. In sha Allah Dia akan mudahkan, berikan kekuatan dan cukupkan rezeki serta kesihatan untuk kita dan anak kita.

2- Air yang cukup

Ramai sebut air yang cukup, air yang cukup. Tapi berapakan kuantiti air yang mencukupi untuk kita tu? Dan bila dan puasa ni confirmla kurang pengambilan airkan? Keperluan air adalah mengikut berat badan individu. Formulanya, setiap 25kg berat badan, minimum air yang diperlukan adalah sebanyak 1 liter. Jadi, kalau berat 50kg perlukan minimum 2 liter. Lebih adalah lebih baik. Tapi tak perlulah sampai berlebih-lebihan. Purata keperluan air dewasa sekitar 2-3 liter sehari.

Mengapa air penting? Sebab airlah yang akan menjaga tubuh kita supaya tidak ternyahhidrat. Kalau berlaku nyahidrat, badan akan mudah rasa lemah, mudah kena sakit dan bekalan zat kepada janin dan pengeluaran air susu badan juga terganggu. Bagi menjaga paras bendalir dan gula dalam badan, selain air biasa, pengambilan Performance Drink Shaklee juga sangat membantu. Ia menghidrat lebih cepat berbanding air dan membekalkan tenaga untuk aktiviti harian kita. Shaklee PD merupakan:
  •  OptiCarb pilihan eksklusif untuk tenaga berpanjangan.
  • Membekalkan bendalir dan elektrolit yang penting untuk membantu mencegah penyahidratan
  • Terbukti secara klinikal dalam memelihara paras gula dalam darah yang penting bagi tenaga otot dan paras bendalir yang perlu bagi penghidratan yang wajar

Jom baca apa kata pengguna Performance Drink yang sangat berpuas hati dan merasai sendiri kesan positifnya.




3- Makanan sunnah

Saya pengedar dan pengguna tegar vitamin dan suplemen. Namun demikian saya tidak pernah menolak makanan sunnah. Makanan sunnah ternyata punya kehebatannya yang tersendiri. Semua maklum, sunat berbuka dengan tamar / rutob (kurma). Namun untuk ibu-ibu, saya syorkan anda bukan sahaja ambil kurma sewaktu berbuka tetapi juga sewaktu sahur. Macam saya ni jenis tak suka sangat sahur dengan yang manis-manis, jadi saya makan kurma sebiji sahaja. Tapi kalau anda jenis yang boleh terima, 3 biji kurma adalah lebih baik. Lagi rajin, buatlah 'kurma milk shake' iaitu susu yang dikisar bersama kurma. Selain kurma, ada yang suka ambil madu sebagai sumber tenaga. Saya kurang berani ambil madu sewaktu sahur sebab badan saya jenis tak tahan panas nanti naik ulser. Jadi saya ambil madu sebelah malam.

4- Sumber protein dan serat

Yang ini saya banyak belajar masa buat diet Atkins dulu. Memang betul, kalau kita ambil banyak karbohidrat tapi kurang protein juga serat, kita akan cepat rasa lapar, mengantuk dan badan pun cepat letih. Jadi, untuk kenyang lebih lama, hidangan kita perlu tinggi protein macam ayam, telur, ikan atau kekacang. Selain tu tinggi juga kandungan serat seprti sayur dan ulam-ulaman. Karbohidrat pulak, sebaiknya karbohidrat kompleks macam roti gandum, atau oat. Nak ambil nasi pun ok, tekak dan perut Melayu kan, cuma portion nasi tu tak perlulah banyak, dengan alasan nak kenyang sepanjang hari. Percayalah, ambil lebih protein buat kita lebih lambat rasa lapar.

Selain sumber makanan semulajadi seperti yang saya senaraikan tadi, ada alternatif lain untuk sumber protein yang mudah untuk diambil pada waktu sahur. ESP Soy Protein Isolate Powder ialah pilihan saya. ESP ni merupakan sumber protein biologi yang lengkap berasaskan tumbuhan yang secara semulajadi rendah lemak, bebas kolesterol dan kaya dengan asid amino penting. Ia terbukti secara klinikal dapat mengekalkan tenaga berjam-jam lamanya. ESP merupakan:


  • Protein berasaskan tumbuhan berkualiti tinggi dengan kandungan 14gram protein soya dan 500mg kalsium bagi setiap hidangan. Ia baik untuk kesihatan jantung.
  • Membantu mengekalkan otot, memperbaiki tisu dan fungsi enzim dan hormon yang teratur
  • Paras glisemik indeks yang rendah dapat membantu mengekalkan paras gula normal dalam darah
  • Membantu menyokong sistem imun, mengekalkan tahap kolesterol normal dan menggalakkan kesihatan jantung dan prostat.

Selain saya sendiri, testimoni seorang kawan di bawah ini juga membuktikan ESP memang membantu ibu-ibu berpuasa dengan baik, selesa dan bertenaga.




Mai (SID 918631)
012-3302067