Fenomena Gerhana Bulan Penuh Oktober 2014 dan Kaifiyah Solat Sunat Gerhana


Sumber maklumat: falakonline.net

Pada waktu Maghrib, Selasa, 8 Oktober 2014, kita akan dapat menyaksikan fenomena Gerhana Bulan Penuh. Ini merupakan gerhana bulan kali ke-2 berlaku untuk tahun 2014.
Kali terakhir ia berlaku ialah pada 15 April 2014, tetapi ia tidak dapat dilihat dari langit Malaysia.
Untuk fenomena gerhana bulan Oktober ini sebentar nanti, terdapat 2 senario berbeza untuk masyarakat di Semenanjung, dan di Sabah & Sarawak. Namun secara umumnya kita di Malaysia akan dapat melihat Bulan terbit dalam keadaan sudah bermulanya fasa gerhana.

Semenanjung Malaysia

Bagi penduduk di Semenanjung Malaysia, anda akan terlepas fasa permulaan gerhana, dan hanya dapat melihatnya bermula dari fasa gerhana penuh hingga tamat sahaja.
Kiraan di bawah adalah untuk Kuala Lumpur pada tarikh 8 Oktober 2014.
  • 4:17 pm Bulan masuk bayang-bayang penumbra – Tidak kelihatan (Bulan di bawah ufuk)
  • 5:18 pm Bulan masuk bayang-bayang umbra (fasa gerhana separa) – Tidak kelihatan (Bulan di bawah ufuk)
  • 6:25 pm Fasa Gerhana Bulan Penuh bermula – Tidak kelihatan (Bulan di bawah ufuk)
  • 6:54 pm Puncak Fasa Gerhana Penuh – Tidak kelihatan (Bulan di bawah ufuk)
  • 7:24 pm Fasa Gerhana Bulan Penuh tamat (permukaan fasa separa) – Boleh dilihat
  • 8:34 pm Fasa Bulan keluar dari bayang-bayang umbra – Boleh dilihat
  • 9:33 pm Bulan keluar dari bayang-bayang penumbra keseluruhannya – Boleh dilihat
Jika anda berada di pantai timur Semenanjung, seperti di Kuantan, anda berpeluang melihat fasa gerhana ini lebih awal sikit, iaitu ketika ia sedang berada di Puncak Fasa Gerhana Penuh, iaitu jam 6:55 pm (sehinggalah tamat).
Di bawah merupakan simulasi keadaan Bulan yang sedang terbit dalam keadaan gerhana, dari Kuala Lumpur.

Sabah & Sarawak

Bagi penduduk di Sabah dan Sarawak, anda lebih bernasib baik kerana Bulan terbit lebih awal. Maka, ia baru sahaja nak memasuki bayang-bayang bumi ketika ini. Oleh itu anda berpeluang menyaksikan hampir keseluruhan fasa gerhana bulan dari awal hingga akhir.
Kiraan di bawah adalah untuk bandar Kota Kinabalu.
  • 4:17 pm Bulan masuk bayang-bayang penumbra – Tidak kelihatan (Bulan di bawah ufuk)
  • 5:18 pm Bulan masuk bayang-bayang umbra (fasa gerhana separa) – Tidak kelihatan (Bulan di bawah ufuk)
  • 6:25 pm Fasa Gerhana Bulan Penuh bermula – Boleh dilihat
  • 6:54 pm Puncak Fasa Gerhana Penuh – Boleh dilihat
  • 7:24 pm Fasa Gerhana Bulan Penuh tamat (permukaan fasa separa) – Boleh dilihat
  • 8:34 pm Fasa Bulan keluar dari bayang-bayang umbra – Boleh dilihat
  • 9:33 pm Bulan keluar dari bayang-bayang penumbra keseluruhannya – Boleh dilihat
Di bawah merupakan simulasi keadaan Bulan gerhana dari Kota Kinabalu.

Fasa-fasa Gerhana

Di bawah ialah simulasi keadaan Bulan yang lebih dekat, sepanjang fasa gerhana yang dapat dilihat dari Malaysia Timur (Sabah). Bagi anda di Kuala Lumpur, hanya dapat lihat bermula ketika di puncak gerhana, iaitu semasa Bulan sedang merah keseluruhannya, iaitu jam 6.54 pm.

Kaifiyah Solat Sunat Gerhana Bulan

Klik imej untuk paparan lebih jelas
Hari ketiga Aidil Adha dah pun beransur meninggalkan kita. Warga kota dah pun balik semula ke kediaman masing-masing, malah ramai yang dah masuk kerja pun hari ni. Anak-anak pun ada yang dah bersekolah, tapi ada juga sekolah yang belum dibuka.

Walaupun sedikit terlewat, kami sekeluarga hendak juga mengucapkan Selamat Hari Raya Aildil Adha atau Selamat Hari Raya Korban untuk semua pembaca MAIA amnya dan pelanggan MAIA khasnya.

Aidil Adha 2014

Tahun ni, kami beraya di sini saja, di rumah kami. Walaupun baru 35 minggu tapi saya dah rasa tak larat nak harungi perjalanan jauh. Faham-faham sajalah ibu sarat mengandung, tak selesa duduk lama-lama, Pulak tu asyik nak ke tandas saja. Dan alhamdulillah keputusan kami tepat sekali. Kan satu Malaysia gempar dengan kemalangan besar yang berlaku berhampiran Terowong Menora? Sampaikan lebuh raya ditutup dan jammed teruk bukan saja di highway tapi jalan dalam pun jammed. 



Pagi raya, mula ingat nak pergi solat sunat Aidil Adha di masjid. Tapi pagi tu rasa sakit pulak kat perut sebelah kanan. Tak jadilah ke masjid. Suami je pergi. Kami dua beranak tengok solat Live di TV1 je la. Sofiy dah bising nak pergi tengok potong lembu. Lepas solat, suami balik rumah sarapan sate dan nasi himpit (beli sate Sahmuri je).Lepas bergambar seshot dua, keluar la kami mencari lembu.hehe. Kat surau kawasan rumah ni ada juga 4 ekor tapi semua dah tumbang. Masa tu dah pukul 10 pun. Lalu terus la kami ke Masjid Al-Hasanah Bandar Baru Bangi. Biasa kat situ korbannya banyak, jadi mungkin belum habis potong lagi, 

Memang betul, masa kami sampai tu lembu yang ke-9. Ada lagi 6 ekor belum sembelih. Alhamdulillah, tercapai juga hajat Sofiy nak tengok live sembelih lembu korban. Memang ayah dia bawak dekat dengan tempat sembelih tu.


Saya sangat terkesan dengan khutbah Aidil Adha pagi tersebut. Tentang perhimpunan agung di mahsyar nanti. Mudah-mudahan kita semua akan mendapat pengakhiran yang baik dalam kehidupan ini. Amin.

To Do List Sebelum Bersalin Terutama Untuk Yang Mahu Berpantang Sendiri


Alhamdulillah, kira-kira sebulan sahaja lagi dengan EDD. Sebulan tu tentu-tentu saja sekejap sangat dan pantas sangat masa berlalu. So! Hari ni nak senaraikan TO DO LIST sebelum menjelang tarikh jangka. Dan sebenarnya nak kena pendekkan sikit waktu, mana tahu terbersalin awal. 

Bagi ibu-ibu yang bercadang nak berpantang sendiri, memang tahap WAJIB la persediaan-persediaan akhir sebelum bersalin ni dibuat. Kalau tak, mungkin haru-biru juga bila dah admit hospital dan dalam pantang nanti bila tenaga dan pergerakan kita dah terhad masa tu. Buat ibu-ibu yang akan dijaga oleh mak / mak mertua / maid pulak, tetap perlu selesaikan to do list ni meliputi hal-hal kerja atau persediaan baby. 


To Do List Saya Sebulan Sebelum Bersalin

Tak susun ikut yang mana paling penting / kritikal

- Siapkan beg hospital selengkapnya (beg labour room, beg wad, beg makanan)
- Tulis dan print senarai nombor telefon hospital, klinik, kawan-kawan rapat, pengasuh, tadika (supaya senang suami nak rujuk)
- Beli lauk basah dan kering untuk makan berpantang
- Tulis dan tampal resepi berpantang yang ringkas (supaya suami boleh masak dan bawa ke hospital)
- Susun dan kemas bahan-bahan masakan dalam drawer dapur dan peti ais (supaya suami senang cari)
- Masak lauk pantang dan bekukan (kalau bersalin sekitar EDD boleh la buat. Awal sangat nanti tak fresh pulak)
- Goreng siap-siap lada hitam, ikan bilis (buh dalam beg makanan hospital)
- Letak setempat barang-barang untuk kegunaan berpantang 
- Letak setempat barang-barang baby 
- Sedia beg Sofiy untuk transit rumah jiran / pengasuh masa umi di hospital
- Susun atur SOHO (supaya senang suami take over urusan biz)
- latih Sofiy hafazan surah, hadith dan doa awal-awal. Ulangkaji subjek lain juga (mana tau time dia exam la umi bersalin)
- buat schedule entry blog (tak la blog tak berupdate lepas bersalin nanti)
- book tukang urut
- fotostat buku rujukan library dan pulangkan ke library
- tulis tesis / buat kerja akademik sebanyak yang termampu
- makan apa-apa yang teringin sebelum bersalin. hehe
- sediakan pesanan (wasiat) - harta yang ditinggalkan cuma cahayamata, hutang pun ada juga.huhu.


Apa Yang Perlu Dipastikan Ready Setiap Hari Menjelang Bersalin

Ok, kalau yang kat atas tu, to do list yang perlu buat sebelum bersalin. Senarai di bawah ni pulak apa yang perlu dipastikan sentiasa dalam keadaan sedia / ready dari sekarang sampailah masa bersalin. Sebabnya kita taktau bila sebenarnya kita akan bersalin, kan? Saya akan sentiasa check dan pastikan benda-benda ni dalam keadaan ready.

- tandas sentiasa bersih (kerap cuci berbanding sebelum ni)
- tiada baju kotor tidak berbasuh dalam bakul melebihi satu hari
- tiada baju tak berlipat dalam bakul
- baju sekolah Sofiy dah siap iron
- kebersihan dan kekemasan diri sentiasa dalam keadaan rapi (kaum ibu faham la)
- kredit handphone (saya masih guna prepaid) sentiasa ada
- power bank sentiasa caj penuh
- sepasang baju dan tudung untuk ke hospital siap iron (saya biasa pakai jubah / maxi)
- plastik untuk alas seat kereta kalau air ketuban pecah (dengarnya pakai pad pun boleh bocor)


Pheww..banyak juga ye..hahaha..bukan banyak juga. Memang banyak pun. Maklumlah nak berpantang sendiri, bukan anak pertama pulak. Jadi banyak yang nak kena difikir dan disediakan. Respectlah ibu-ibu yang beranak ramai, atau pun anak kecik lagi dah bersalin lagi. Saya sedaya upaya readykan apa yang patut supaya suami saya senang. Nanti bukan kita je letih nak bersalin, suami pun letih juga. Menunggu di hospital, dengan nervous lagi, nak urus anak yang kat rumah lagi, ulang-alik jenguk isteri dan baby, nak masak, membasuh semua...tak kena gaya suami yang demam nanti. Nanti dalam pantang nak jaga isteri lagi. Inilah cabaran jika memilih untuk bersalin sendiri. Jika suami-suami anda jenis ala-ala chef, biasa masuk dapur takpe. Suami saya, dapur memang masak air masak mi segera je. Tapi bab kemas rumah bagi kat dia, tip top! Jadi, buatlah persediaan ikut kemahiran dan bakat suami masing-masing.


Fadhilat Amalan Surah Al-Kahfi



Alhamdulillah, bertemu lagi kita dengan penghulu segala hari, iaitu hari Jumaat yang mulia dan berkat. Mari kita sama-sama imarahkan hari ini dengan memperbanyakkan amalan-amalan sunat dan mulia. Antara lain ialah berselawat kepada Rasulullah S.A.W, bersedekah, memotong kuku dan rambut, memberi orang makan dan lain-lain lagi kebaikan. Salah satu amalan yang mendapat ganjaran berganda di hari Jumaat ialah membaca Surah Al-Kahfi. Mari kita baca apakah kelebihan-kelebihan yang diperolehi dengan amalan ini.

*****************************************************************************

Surah Al-Kahfi (bererti Gua) adalah Surah yang ke-18 dalam Al-Qur'an, mengandungi 110 ayat. Ia dinamakan Al-Kahfi kerana dari ayat 9-26 menceritakan penduduk gua yang ditidurkan oleh Allah S.W.T selama lebih tiga ratus tahun, demi iman mereka yang amat teguh terhadap dasar tauhid.

Terdapat beberapa hadith Rasulullah S.A.W yang menyatakan berbagai fadhilat, faedah dan hikmah bagi mereka yang mengamalkan membaca surah Al-Kahfi. Antaranya ialah sabda baginda diriwayatkan oleh Baihaqi dar Abi Said Al-Khudri bermaksud:

"Sesiapa yang membaca surah Al-Kahfi pada malam Jumaat maka terpancarlah cahaya di antaranya dan Baitullah."

Imam Ahmad berkata, daripada Abu Darda', daripada Nabi S.A.W baginda bersabda:

"Sesiapa menghafaz sepuluh ayat permulaan Surah Al-Kahfi maka terhindar daripada Dajjal."
                          (Hadith riwayat Muslim, Abu Daud, An-Nasai, At-Tirmizi daripada Qatadah)

Imam Ahmad berkata, daripada Abi Darda. Nabi S.A.W bersabda:

"Sesiapa membaca sepuluh ayat akhir daripada Surah Al-Kahfi, maka terhindarlah ia daripada fitnah Dajjal.

Daripada Muaz Ibnu Anas Al-Jauhari, daripada bapanya, daripada Nabi SAW baginda bersabda:

"Sesiapa membaca surah Al-Kahfi, maka jadilah baginya cahaya daripada kepala hingga kakinya dan sesiapa yang membaca keseluruhannya, maka jadilah baginya cahaya antara langit dan bumi."
                                                                                                                (HR Ahmad)

Daripada Umar beliau berkata, Nabi S.A.W telah bersabda:

"Sesiapa membaca surah Al-Kahfi pada hari Jumaat, maka bersinarlah cahaya daripada bawah kakinya hingga ke langit, untuknya di hari kiamat dan diampunkannya antara dua Jumaat."
                                                                                                                     (HR Ibnu Katsir

Sepotong hadith lagi daripada Rasulullah S.A.W bermaksud:

"Sesiapa yang membaca Surah Al-Kahfi pada malam atau siang Jumaat, maka diampunkan dosanya hingga Jumaat akan datang; dan tujuh puluh ribu malaikat memohonkan rahmat kepada Allah S.W.T hingga waktu Subuh, dijauhkan dari terkena wabak penyakit demam panas atau taun; penyakit sopak; dan dijauhkan dari fitnak dajjal.

Sumber rujukan:

Ammar Lukman. 2014. Fadhilat Amalan 6 Surah. Kuala Lumpur: Al-Hidayah Publication

***************************************************************************

Subhanallah...begitu hebat sekali kelebihan atau fadhilat membaca Surah Al-Kahfi ini terutamanya pada hari Jumaat. Sesungguhnya, di dalam Al-Qur'an itu terdapat mutiara-mutiara dan keistimewaan yang pelbagai. Tinggal hanya kita yang mungkin belum lagi menghayati dan beramal dengannya. Hanya dengan membacanya sahaja sudah Allah janjikan pelbagai kelebihan.

Amalan membaca Al-Qur'an ini juga ditekankan dalam Buku Mudahnya Menjemput Rezeki, di bawah tajuk kecil di halaman 93 "Menjemput Rezeki Dengan Membaca Al-Qur'an". Dalam tajuk ini, penulis menghurai akan kelebihan-kelebihan membaca Al-Qur'an dan juga rezeki. Dalam buku ini juga dikupas 10 lagi kaedah-kaedah lain dalam menjemput rezeki.



Puan Mai 
(MAIA Natural Resources)
PENGEDAR BUKU MMR
SMS / WA: 012 3302067
EMEL: minaina_ilaaina@yahoo.com
FB FANPAGE: Min-Aina-Ila-Aina

*Bagi yang berminat mendapatkan buku ini secara self-pickup dan pembayaran tunai, kami berada di Bandar Seri Putra, Bangi. (Berdekatan KUIS, Bukit Mahkota, Bangi Lama, Nilai 3, Stesen Komuter Bangi, UKM, Bandar Baru Bangi dan Kajang). Penghantaran melalui pos boleh dilakukan ke seluruh Malaysia, Sabah Sarawak dan negara-negara yang menerima perkhidmatan Pos Malaysia.

Testimoni ESP Shaklee, Mengapa Ramai Yang Suka Sangat Dengan ESP


Alhamdulillah, telah masuk bulan Oktober 2014. Dah hari kedua pun. Shaklee macam biasa sudah umumkan produk yang terpilih untuk dipromosikan pada setiap bulan. Bulan ini rezeki ESP Soy Protein Isolate Powder yang memang digemari ramai. Yang bestnya ESP ni, khasiatnya pelbagai. Siapa pun anda, jantina atau peringkat umur, anda akan menikmati kesan ESP yang baik untuk anda.

Antara kesan baik ESP yang sering disebut-sebut adalah seperti di bawah:

Ibu Hamil: 


1-ESP sebagai makanan alternatif yang mengenyangkan dan memberi tenaga segera sewaktu ibu mengalami masalah morningsickness yang teruk sehingga tidak lalu makan makanan berat.
2- Memberikan rasa kenyang yang lebih lama dan bertenaga jika berpuasa sewaktu mengandung
3- Makanan segera jika lapar tiba-tiba pada waktu malam
4- ESP merupakan produk soya bukan GMO yang selamat untuk ibu dan bayi dalam kandungan

Ibu Menyusu:


1- ESP sangat terkenal di kalangan ibu-ibu menyusu sebagai milkbooster yang memekatkan susu dan merangsang pengeluaran susu badan.
2- Susu badan yang pekat dan berkhasiat membantu bayi mudah kenyang dan tidak meragam.
3- Ibu-ibu menyusu mudah menurunkan berat badan kepada berat asal sebelum mengandung kerana protein dalam ESP membantu rasa kenyang di samping membentuk badan
4- Kulit terutama kulit wajah menjadi lebih gebu dan cerah.
5- Mengawal masalah rambut gugur selepas melahirkan akibat prubahan hormon.

Gadis / Wanita :


ESP bukan hanya untuk ibu mengandung dan menyusu badan sahaja malah untuk semua. ESP sangat baik untuk mereka yang inginkan kulit yang cantik, gebu, cerah dan berseri.
1- Mengubah kulit kusam menjadi lebih berseri
2- Kulit wajah jadi lebih cerah, gebu dan licin
3- ESP juga membantu memejalkan bahagian aset-aset wanita seperti punggung dan payudara
4- Protein dalam ESP membaiki masalah rambut gugur dan kuku rapuh
5- Segala manfaat ESP ini membuatkan pengambilnya tampil awet muda

Lelaki

1- ESP baik untuk prostat, mengelakkan pembesaran prostat
2- Membantu menyokong sistem imun, mengekalkan tahap kolesterol normal dan menggalakkan kesihatan jantung.
3- Membantu mengekalkan otot bagi lelaki-lelaki yang ingin menurunkan berat badan atau bersukan
4- Mengawal paras indeks glisemik dalam darah

Warga Tua

1- Baik untuk kesihatan jantung
2- Baik untuk mengawal diabetis
3- Membekalkan tenaga segera
4- ESP merupakan ejen anti penuaan yang berkesan jika diambil berterusan

Testimoni ESP 


Klik gambar untuk paparan lebih jelas


\
Kalau ada sebarang pertanyaan tentang produk Shaklee, atau nak dapatkan produk Shaklee, boleh hubungi saya melalui mana-mana medium di bawah ye. Saya pengedar Shaklee yang sah.
Puan Mai (SID 918631)
SMS: 012 3302067
EMEL: minaina_ilaaina@yahoo.com
FB FANPAGE: Min-Aina-Ila-Aina

*MAIA merupakan pengedar Shaklee yang sah dan menerima pembelian secara Cash on Delivery (COD) atau Self Pickup di kawasan Bandar Seri Putra, Bandar Bukit Mahkota, Bangi Lama, KUIS, UKM dan Bandar Baru Bangi. Caj penghantaran akan dikenakan bergantung pada jarak kawasan. Penghantaran melalui pos boleh dibuat ke seluruh Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak.