Alhamdulillah, Jumaat yang berkat ni nak update juga lah satu entri. 

Ini review ikhlas salah seorang customer @bukumaia yang sangat gembira dan puas hati dengan Planner Becoming a Better Muslim yang beliau beli. Sebenarnya dah lama beliau review ni, cuma tak dan dan nak update kat sini. Jom baca apa kata beliau. (saya salin review beliau di bawah supaya jelas dan senang dibaca)


Akak sweet ni jenis yang suka pakai planner bertulis. Sebab tu tiap tahun mesti beli satu. Alhamdulilah tahun ni dapat jumpa dengan planner yang paling best antara yang pernah beli. Memang dah lama cari yang lengkap dan islamic oriented.
Masa order dengan kak mai Maizura Osman memang nak beli yang kaler pink walaupun yang kaler biru pon cantik. Biasa la i am akak sweet kann
Sekali sampai bukan planner je dapat tapi siap dengan notepad kecik, mini book 8 surah pilihan, zikir harian, sticker comel comel, bookmark dan last but not least badge muslimah. Rasa macam dapat hadiah. Al maklum lama dah tak dapat hadiah orang bagi.

Paling best isi kandungan planner. Memang awesome la jatuh cinta pandang pertama. Kualiti kertas tebal tulisan yang cantik warna lembut dan ceria. Memang tangkap jiwa akak tau.
Lengkap dengan motivasi ada ibadah checklist ada checklist bacaan quran, fitness checklist ada cabaran simpan duit . Memang lengkap sebab sebelum ni checlist ni kena pi google dan print sendiri. Sekarang dalam satu planner dah lengkap semua ditambah lagi dengan bahagian khas untuk checklist sepanjang ramadan yang sangat lengkap dengan qadha tracker.
Akak sweet lompat bintang tau sebab suka sangat dengan planner ni. Sebab akak bukanya muslimah yang baik mana pon tapi ada niat untuk jadi lebih baik. Insyallah. 
Hampa suka planner bertulis ka digital?

Tak kisah la pakai yang macam mana yang penting dah ada planner jangan lupa tandakan tarikh tarikh penting contoh hari lahir ke anniversary ke supaya boleh rancang mana tau nak buat jamuan birthday atau surprise boleh la contact akak sweet untuk tempahan. Sempat jugak nak menyimpan duit boleh pilih kek yang best best.

 *  *  *

Haaa...terujakan? Kami yang mengedar dan menjual ni lagi rasa seronok bila customer puas hati. Tak perlu diminta, customer sendiri yang buat review. Alhamdulillah.

Ya, Januari dah nak smapai hujung...tapi 2018 baru bermula. Sempat lagi nak grab sebuah planner ni untuk diri sendiri dan mungkin 1-2 lagi untuk yang tersayang. Boleh jadi pasangan atau sahabat baik anda akan menghargainya! 







Berminat untuk order atau tahu lebih lanjut tentang planner ni? Jangan segan hubungi kami ye.

www.wasap.my/60123302067
Facebook: Maizura Osman
Instagram: @bukumaia
No 1

No 2

No 3

No 4

No 5

No 6

No 7

No 8

Untuk tempahan dan pertanyaan produk, boleh Whatsapp Mai:

www.wasap.my/60123302067


atau PM kami di Facebook: Min-Aina-Ila-Aina (fanpage)
                                             Maizura Osman ( fb peribadi)

Boleh juga dm kami di Instagram @bukumaia

Alhamdulillah, syukur kepada Allah...kerana saya masih dapat bernafas sehingga ke hari terakhir 2017 ini...hari ini 31 Disember 2017. Sebenarnya, ada komitmen lain yang menunggu untuk dilangsaikan tapi takpe la, nak coret sikit di sini buat kenangan. Nanti kalau dah terlepas tarikh, takde feel dah. Mungkin tak jadi la nak tulis pun.

Kenapa tajuk entri kali ni 2017 yang singkat? Sungguh, itulah yang boleh saya describe dengan 2017 saya. Rasa cepat sangat, rasa singkat sangat, rasa banyak lagi yang sebenarnya nak dilakukan dalam 2017 tapi tak kesampaian. Masa yang berlalu pun tak terasa. 

2017 saya mulakan dengan fasa baru. Januari bulan terakhir saya mengajar di ATMA UKM, dan memang berjanji dengan diri sendiri untuk siapkan tesis bermula Januari tu. Alhamdulillah, bila tengok semula planner 2017, memang Januari dan Februari saya penuh dengan to do list & done. Alhamdulillah. Peluang bisnes baru pun bermula dan ada lagi peluang baru yang dirangka. Tapi...sungguh, Allah al-Baari' sebaik-baik Perancang. Kita manusia tidak terdaya. 

26 Mac 2017 - UPT saya positif! Saya hamil lagi? Ya, kehamilan kali ni memang dalam fasa 'merancang untuk tidak hamil'. Mudah kata di kalangan mak-mak, 'mengandung eksiden'. Allah...terduduk dan termenung seketika. Gembira, bukan tak gembira. Tapi mengenangkan komitmen besar yang sedang digalas, dan juga kekangan sewaktu mengandung memang buat saya down juga dalam 3-4 bulan. Mana tidaknya, saya mengalami alahan muntah dan mual yang paling teruk antara 4 kandungan ni, dan lama juga sehingga kandungan 5 bulan. Itulah sebenarnya yang buat 2017 terasa macam tak terisi. Banyak lompong rasanya. Planner saya pun kosong dari April - Julai 2017. 

Bermula Ogos, perut pun dah berat. Suami pulak dah mula asyik ajak jalan-jalan sebab hujung tahun saya dah kena berpantang. Kita turutkan saja la :)

Mak yong di Cameron, gigih lagi dukung budak ni..berat tau.



November 2017: Bulan menunggu detik kelahiran. Alhamdulillah, selamat bersalin pada 20 Nov 2017, tetapi episod selepas bersalin pula macam-macam berlaku pada baby dan tentunya beri kesan pada saya juga. Berpantang yang tak rasa macam berpantang...sedar-sedar je dan 30 hari. Dan hari ni, 31 Disember 2017, dah pun hari ke-42 berpantang. 

2017 yang singkat namun indah untuk dikenang. Semuanya kerana baby Haikal :)

Selamat jalan 2017...selamat datang 2018. Semoga 2018 baik-baik saja ya!
Gambar sekadar hiasan

SYURGA SEORANG ISTERI

Dugaan paling besar adalah BERSABAR...

Jadi seorang isteri, hal yang amat kritikal bagi kita ialah suami. Kita - makhluk Allah yang sarat dengan emosi dan kadang terlalu menuruti kata hati, lalu memang satu hal yang menakutkan kalau ada kata-kata dan tindak tanduk kita yang melukai hati suami - sengaja atau tidak sengaja.

Rasulullah S.A.W sebut dengan jelas tentang perangai orang perempuan - saat berdepan dengan satu saja pun keburukan suami, si isteri boleh lupa dengan kebaikan suaminya yang lain. Perangai inilah yang paling banyak menjerumuskan perempuan ke neraka. Allah. betapa ngerinya!

Jadi seorang isteri, banyak-banyakkanlah minta maaf dari suami. Mungkin ada terkurang layanan kita, terkasar bahasa kita, terlajak berprasangka, tercerita tentang aibnya pada sesiapa.

Allah ya Allah, rendahkan hati kita untuk merayu kemaafan darinya. Jangan kita hanya nampak kelemahan dia tapi kita lupa kelemahan kita. Jangan kita sibuk besar-besarkan kesilapannya tapi kita pandang kecil kesilapan kita.

Pandang muka suami kita, siapa pun dia, itulah yang Allah dah pilihkan sebagai jodoh kita. Itulah lorong nikmat, itulah juga lorong ujian Allah buat kita.

Semua buruk baik dia boleh jadi asbab kebaikan untuk kita. Mungkin untuk tundukkan ego kita. Mungkin untuk Allah beri pahala melalui sabar kita. Mungkin untuk latih kita berdikari dan keluarkan potensi diri. Ada sebabnya. Pasti ada sebabnya!

Minta Allah jaga rumahtangga kita. Kalau ada hal tentangnya yang kita tidak suka, banyakkan berdoa pada Allah. Kita tidak boleh ubah suami kita, tapi Allah boleh. Minta dari Allah. Jaga hubungan kita dengan Allah agar mudah kita minta Allah jaga rumahtangga kita.

Masya-Allah, indahnya kesudahan hidup seorang isteri andai dia mati dalam keadaan mendapat redha seorang suami. Indahnya janji Allah bahawa isteri yang diredhai suaminya boleh masuk syurga dari mana-mana pintu yang disukainya. Indah sangat, kawan-kawan! Tidak teringin ke kita untuk mendapatkannya?

Hari ini, ayuh simpan niat untuk jadi isteri yang lebih baik daripada semalam. Simpan hasrat untuk cuba dan kemudian cuba. Allah pandang usaha kita. Allah pasti beri ganjaran walau pun pada sekecil-kecil usaha kita. Inshaa-Allah.

Ayuh tutup aurat kita serapat mungkin agar kita bakal menjadi ketua bidadari untuk suami kita di syurga kelak. Lindungi walau sehelai rambut. Litupi walau hanya tapak kaki yang kita rasa hanya berada di bawah tapi ia yang bakal menentukan ke syurga kah kita.

Ya Allah,
Jadikanlah isteri yang membaca ingatan ini sebagai isteri menyejukkan hati suami mereka ya Allah...Aamiin.

Share kan dengan sahabat2 wanita yang lain yea...Jika dengan coretan ini mereka menjadi isteri yang lebih baik dari semalam, pahala berpanjangan buat kita semua inshaa Allah..

Sumber : Ustaz Nasiruddin Abd Aziz
Assalamualaikum wbt.

Maaf, lambat dapat update di sini. Banyak update di Facebook saja. 

Alhamdulillah, saya da selamat melahirkan anak ketiga kami pada 20 November yang lalu. Dah 24 hari dah pun. Ada macam-macam story, yang pastinya saya nak sangat abadikan dalam blog ni. In sha Allah ada kesempatan nanti saya cerita ye.

Kami dah pun berikan nama kepada baby pada hari ke-7 kelahirannya. Nama ni ayah dia yang pilih, random je pun. Asalnya masa tu jalan-jalan ke Port Dickson masa saya dah sarat juga dah. Sofiy mandi laut dan jumpa kawan. Bila tanya, budak tu nama Haikal. Ayah dia berkenan la pulak dengan nama tu. Terus la simpan nama tu untuk baby, sekiranya lelaki. Dan bila lahir, sungguhla lelaki. 


Muhammad Haikal nama diberi.