IBADAH KERANA REDHA

❝ Jangan beribadah kepada Allah agar Dia memberi. Tapi beribadahlah pada Allah agar Dia redha. Kerana, ketika Dia redha, kamu akan terkejut dengan pemberian-NYA. ❞


[Syeikh Mutawalli As Sya'rawi]

Hari ini. 

22 Februari 2021 menjadi tarikh bersejarah buat semua calon SPM 2020. Setelah berkali-kali tertangguh dan menghadapi pelbagai dugaan gara-gara pandemik Covid19, akhirnya mereka bakal masuk ke gelanggang sebenar hari ini. Sama-sama kita doakan semoga diberi kemudahan buat mereka dan ibu bapa mereka juga. 

Walaupun anak saya lambat lagi nak sampai ke umur SPM, tapi mengikuti luahan sahabat-sahabat yang ada anak SPM tahun 2020 sudah cukup untuk saya memahami perasaan anak-anak ini. 

Selamat berjaya! Anda semua kuat dan hebat. 




Mari kita sedekahkan bacaan Al-Fatihah untuk Rasulullah SAW dan para sahabat, seterusnya untuk almarhum Sheikh Ali Jaber yang berkongsi kebaikan amalan-amalan ini dengan kita. 

Amalan yg dianjurkan oleh Allahyarham Sheikh Ali Jaber  

1) Baca QulhuAllah 10 kali setiap pagi.

2) Al-Mulk sebelum tidur

3) Sadaqah subuh hari-hari

4) Ayat Kursi lepas solat.

5) Selawat pada hari Jumaat melebihi zikir2 lain.

6) Berwudhu 10 minit sebelum azan, matikan handphone dan berzikir utk siapkan batin sebelum solat agar dapat nikmat dalam solat.

7) Satu doa untuk setiap satu sedekah subuh.

8) Seindah-indah ibadah - membaca istighfar 10 minit sebelum azan Subuh, tundukkan kepala dan usahakan sampai menangis

9) Mencari kawan-kawan soleh untuk mendapat shafaat mereka - amalkan " wa adhil na biroh matika fi i'baadikas solihin" ertinya: Jadikan kami dalam rahmat-Mu bersama para solihin.

10) Setiap kali masuk masjid  cari Al Quran dan baca walau 1 ayat untuk tambah saksi di akhirat.

11) Jika mohon syurga, mohon syurga Firdaus Al A'la..mohon yang paling tertinggi

12) Khatam 1 juz sehari - 1 helai sebelum solat dan selepas solat 

13) Rutinkan baca Al-Baqarah setiap hari kerana bawa keberkahan - keluarga bahagia.

14) Solat witir sblm tidur ditakuti tidak terbangun tahajud untuk lakukannya agar menjadi ahli witir.

15) Kehebatan berzikir melebihi kehebatan berjihad dan melakukan haji.

16) Ahlul Quran kedudukan paling tinggi dalam syurga dan terdekat dengan Allah swt.

17) Ahlul Quran yg dimasukkan ke dalam neraka sementara utk dicuci dosa tidak dapat dibakar oleh api neraka.

18) Sunat baca Al-Fatihah tanpa bersambung untuk tunjukkan adab kerana membaca Al Fatihah umpama berdialog dgn Allah.

19) Al Fatihah boleh dijadikan wirid dan ditiup pada air utk jadikan ubat - 1x,3x atau 7x

20) Biasakan anak minum air yang telah dibacakan surah Al Fatihah

20) Dalam tiap amalan titip pahala untuk ibu bapa mudahan dosa kita terhadap mereka terampun.

21) Kurangkan bicara tentang dunia gantikan dengan zikir supaya hati tenang

22) Sibukkan diri perbaiki aib sendiri supaya tidak sibukkan aib orang.

23) Semalas2 sunat qabliah/ba'diah jgn tinggal qabliah subuh kerana martabatnya terulung tinggi seumpama anugerah bumi & segala isinya.

24) Jika ada hajat amalkan Hasbunallah Wani'mal Wakil sebanyaknya dan  jaga hubungan dgn Allah pasti makbul.

Semoga kita semua bertemu di syurga. Amin. 


Jemput ke Instagram kami @bukumaia atau Facebook Page BukuMaia untuk melihat promosi buku-buku agama, buku dakwah dan tarbiah santai, Al-Quran terjemahan dan Al-Quran tagging serta Al-Quran engraving. 

Sebarang pertanyaan boleh Whatsapp 012-3302067. 





 

 PILIH MEDAN TEMPUR


Bismillah


 


Dalam mendepani anak remaja, ibu ayah sering gelisah. Ketika anak menginjak sekitar umur 12-19 tahun, biasanya kita mula merasai ketegangan hubungan. Setiap hari, ada saja yang tidak sedap di mata atau tidak senang di hati. Patutkah semua rasa itu disampaikan pada anak remaja kita?


Sering luahan rasa ibuayah, teguran kerana sayang itu, berakhir dengan bebelan atau marah-marah. Hubungan dengan anak terusik. Jika terus menerus berulang, anak makin menjauh. Jasadnya mungkin masih bersama kita, tapi tidak jiwanya. 


Penting untuk ibuayah memilih medan tempur yang betul. Pilih dan pilih. Menegur hanya pada ruang yang sesuai dan penting sahaja. Jika sepuluh perkara yang tidak kita senangi dalam satu masa, pejamkan mata pada sembilannya. Urus yang satu yang paling utama. Apakah yang utama itu? Timbangannya ialah yang utama di sisi Allah.


Contohnya jika suatu hari anak bangun lewat untuk solat, meninggalkan bilik tidur yang bersepah, malah lupa untuk menyiapkan tugasan sekolah untuk hari itu. Marah tentu mudah bertandang di hati ibuayah. Fikir. Fikir dan pilih. Apa yang utama? Kita mungkin memilih untk berpesan tentang solat yang lewat. Tangguhkan kesilapan yang lain itu pada ketika yang lebih sesuai. 


Dengan fokus hanya pada satu perkara dalam satu masa, kita lebih mampu memilih bahasa yang bijaksana. Menegur tanpa mencela. Bertegas tanpa berkasar. Pesanan yang ringkas dan jelas. 


Jangan pula kita lupa bahawa teguran itu ada kembarnya- iaitulah penghargaan pada potensi anak di masa depan. 'Talk about next time'. Sebutkan keyakinan kita pada kebaikan anak yang banyak tersimpan. "Ibu tahu Along mampu solat di awal waktu. Yang penting along mahu. Ibu boleh bantu. Apa yang ibu boleh tolong supaya along mudah bangun?" Dialog positif begini akan mengeratkan hubungan kita dengan anak remaja. 


Mungkin saja kita perlu dua minggu untuk melihat hasilnya. Mungkin juga kita dan anak diuji Allah lebih lama. Bila berjaya? Itu urusan Tuhan. Teguran, nasihat dan pesanan berterusan adalah ruang pahala buat ibuayah. Ruang mengerat kasih sayang. Asal saja dilakukan dengan tenang. 


Untuk tenang, jangan sentiasa dalam 'mood' perang. Fikir dan pilih satu-satu medan tempur dengan bijaksana. Tempur dan menang. Tegur dan menangi hati anak kita. Sentiasalah di sana, mesejnya cinta :)


Kredit: Puan Badariah Ismail

#didikAnakremaja

Catatan 191215

.