Jumpa Nanti...di Firdaus (syurga Firdaus)
Buku ini disiapkan dalam 1 hari sahaja.
Buku ini sebenarnya hadiah khas daripada Bonda Nor buat Prof Kamil Ibrahim dan isteri, Puan Roza Roslan. Kita tengok sikit apa kata Bonda Nor.
Jumpa Nanti...di Firdaus (syurga Firdaus)
Buku ini disiapkan dalam 1 hari sahaja.
Buku ini sebenarnya hadiah khas daripada Bonda Nor buat Prof Kamil Ibrahim dan isteri, Puan Roza Roslan. Kita tengok sikit apa kata Bonda Nor.
Dan saat orang bicara dengan nada iri mngenai kita, itu adalah tanda bahwa kita sudah LEBIH BAIK dari mereka.
Hidup ini terlalu singkat untuk kita sibuk memikirkan ha-hal yang tiada manafaat. Biarlah orang nak mengata di belakang kita. Biarlah orang nak reka cerita pasal kita. Cakap macam-macam, kata bukan-bukan pasal kita. Biarkanlah. Jangan kisah. Jangan ambil peduli. Bukan maksud kita takut. Cuma kalau kita layan. Kita balas. Kita dendam. Apa beza kita dengan mereka? Jika tak mampu nak didik orang negatif ini, jauhkan diri dari mereka untuk jaga iman kita.
Menghindari orang negatif bukan kerana kita mementingkan diri, tapi kerana kita tak boleh memajukan diri bila dikelilingi orang begini.
Nikmati hidup kita, buat amal yang secukupnya. Teruskan ke depan capai cita-cita dan cinta kita. Bahagiakan keluarga dan rakan-rakan kita. Jangan biarkan orang negatif mengambil tempat dalam kepala. Jiwa kita akan lebih tenteram.
Sehina-hina kita pada pandangan manusia. ALLAH lebih tahu, siapa lagi hina. Biarkan ALLAH menilai segala-galanya. ALLAH dah atur apa yang terbaik untuk kita.
- Dipetik daripada komen Dr. Anuar di FB Dr. Fadli
Untuk kesihatan emosi, rohani, menampung aura bocor dan energi positif.
Untuk kesihatan fizikal seperti sakit kepala, angin dalam badan, sakit-sakit badan, batuk selesema, dll.
Keistimewaan:
Menggunakan essential oil terpilih, herba terpilih, siap diruqyah dengan doa dan ayat suci al-Quran.
Harga:
Kombo (promosi) RM170
Aura Tawakal 30ml RM100
Terapi Tawakal 30ml RM100
Aura Tawakal 5ml (pek travel) RM20
Terapi Tawakal 5ml (pek travel) RM20
Sebarang pertanyaan / tempahan, hubungi 012-3302067 (Mai)
www.wasap.my/60123302067
#minyakpatibunga
#auratawakal
#terapitawakal
#essentialoil
#minyakpatiruqyah
Diambil daripada Facebook Ustazah Asma' Harun, semoga ada manfaat untuk kita semua. Jom kita mula berdoa untuk anak-anak kita sekarang, tidak kira berapa pun usia mereka kala ini.
*************************************
Semalam, saya singgah ke satu pasaraya sekitar Cheras, tujuannya nak cari hadiah untuk seorang sahabat baik yang baru melahirkan anak. Bertemu dengan sepasang suami isteri yang minta mendoakan anaknya yang comel. Sebenarnya memang biasa bila orang jumpa walau dimana-mana meminta untuk mendoakan anak kecil, sebenarnya saya sangat segan kerana memang rasa tak layak, namun memenuhi hasrat si Ibu dan Ayah digagahkan jua. Dibawah adalah bacaan dan doa yang biasa saya akan bacakan, kadangkala ditambah lagi atau diringkaskan lagi. Setiap kali doakan anak orang lain, terus lintaskan dalam hati untuk anak sendiri, maka insyaAllah tidak lelah walaupun dalam letih dan mengejar waktu.
ANTARA BACAAN :
Firman Allah SWT:
بسم الله الرحمن الرحيم
ٱلرَّحْمَٰنُ
1. (Tuhan) Yang Maha Pemurah,
عَلَّمَ ٱلْقُرْءَانَ
2. Yang telah mengajarkan al Quran.
خَلَقَ ٱلْإِنسَٰنَ
3. Dia menciptakan manusia.
عَلَّمَهُ ٱلْبَيَانَ
4. Mengajarnya pandai berbicara.
(Surah ar-Rahman: 1-4)
Firman Allah SWT:
رَبِّ ٱجْعَلْنِى مُقِيمَ ٱلصَّلَوٰةِ وَمِن ذُرِّيَّتِى ۚ رَبَّنَا وَتَقَبَّلْ دُعَآءِ
Maksudnya: Ya Tuhanku, jadikanlah aku dan anak cucuku orang-orang yang tetap mendirikan solat, ya Tuhan kami, perkenankanlah doaku.
(Surah Ibrahim: 40)
Firman Allah SWT:
رَبِّ هَبْ لِى مِن لَّدُنكَ ذُرِّيَّةً طَيِّبَةً ۖ إِنَّكَ سَمِيعُ ٱلدُّعَآءِ
Maksudnya: Ya Tuhanku, berilah aku dari sisi Engkau seorang anak yang baik. Sesungguhnya Engkau Maha Pendengar doa”.
(Surah Ali 'Imran: 38)
Rasulullah SAW mendoakan Ibnu Abbas dengan doa yang masyhur:
فَقَالَ: اللهُمَّ فَقِّهْهُ فِي الدِّينِ، وَعَلِّمْهُ التَّأْوِيلَ
“Ya Allah! Berikanlah kepadanya (Ibnu Abbas) kefahaman dalam agama serta ajarkanlah kepadanya takwil.”
Selain itu, Baginda juga turut mendoakan Ibnu Abbas r.anhuma dengan doa:
عَنِ ابْنِ عَبَّاسٍ، رَضِيَ اللهُ تَعَالَى عَنْهُ قَالَ: ضَمَّنِيْ رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ثُمَّ قَالَ: اللَّهُمَّ عَلِّمْهُ الْحِكْمَةَ
Maksudnya: “Daripada Ibnu Abbas r.a. dia berkata, Rasulullah SAW memelukku lalu Baginda berdoa, “Ya Allah, berilah dia hikmah.”
(HR Bukhari, hadis sahih)
Surat As-Saffat Ayat 100
رَبِّ هَبْ لِى مِنَ ٱلصَّٰلِحِينَ
Artinya: Ya Tuhanku, anugerahkanlah kepadaku (seorang anak) yang termasuk orang-orang yang soleh.
Doa Agar Anak Jadi Penyejuk Mata
....رَبَّنَا هَبْ لَنَا مِنْ اَزْوَاجِنَا وَذُرِّيّٰتِنَا قُرَّةَ اَعْيُنٍ وَّاجْعَلْنَا لِلْمُتَّقِيْنَ اِمَامًا
Maksudnya : ...“Ya Tuhan kami, anugerahkanlah kepada kami pasangan kami dan keturunan kami sebagai penyenang hati (kami), dan jadikanlah kami pemimpin bagi orang-orang yang bertakwa.”
(Surah Al-Furqan: 74)
Asma’ binti Harun
#UAHSahabatDuniaAkhirat
Bahang atau semangat raya dah mula terasa. Maklum dah 2 tahun tak raya akibat PKP disebabkan pandemik Covid19.
Sebenarnya nak simpan sini untuk rujukan di masa akan datang. Resepi ni daripada Azlina Ina Fans Facebook page. Ada orang share kita simpan.
Di bawah ni saya copy direct daripada sumber asal ye. Gambar-gambar juga.
Sehari satu resepi.
ni resepi arwah mak angkat bg.mmg kalau balik kg dah xde tempat lain nak makan makmur mesti pegi rumah dia.Semoga arwah di tempat kan dikalangan org2 solehah.Mak panjang kan resepi nya kalau korg nak cuba silekan ya..
Makmor lagend
bahan2
kacang tanah sangai atau bakar sampai rangup...
kalau korg nak tumbuk kacang boleh then tambah sket gula haus gaul kan tuk jd inti tp mak suke yg inti die kacang sebiji dan makmur comel2 je.ikut mana2 boleh.
bahan2 doh
125g minyak sapi jenama mcm gambar mak bg eh kalau lain xjamin sedap die.kos buat biskut ni pn boleh tahan tp rasa die superduper sedap.
2 sb pure butter salted
2sb gula halus
1 sb esen vanila
satukan dan whisk atau pakai senduk sebatikan
dalam bowl lain
satukan
3 cawan tepung gandum+-
1/4 cawan susu tepung
gaul kan sebati
masuk campuran tepung dalam adunan pertama td sikit2 tau sambil uli ya kdg xabis pn kire ikut selesa tgn korg dan asal boleh di bentuk dan xpecah adunan.Dah sebati dan jd doh baru rehat kan sekejap 15 mnt wrap elok2
kalau korg nak buat flavour pandan korg asing kan doh dan tambah la coconut pandan pasted dan warna hijau ok.kalau ori terus je bentukan.
bentuk kan dan bakar suhu 170 masa 20 mnt
dah siap sediakan salutan dia
satukan
1/4 cawan susu tepung
1/2 cawan gula ising kalau xnak manis kurg kan
gaul sebati baru korg golek kan kuih makmor korg dalam bahan ni kalau korg nak letak dalam paper cup boleh xnak pn boleh saja🥰🥰
siap dan sedap sgt2 selamat mencuba kuih raya tahun ni🤩🤩🤩
#biskutmakmor

Ibu kepada lima orang cahayamata, cinta kepada ilmu dan bahasa, menulis di laman ini sebagai satu ruang perkongsian untuk kebaikan bersama