Saya tengok video ni dalam blog seorang kawan yang sedang belajar di Mansourah, Mesir.

Ada satu rancangan televisyen di tanah arab, show bertajuk Lau Kana Bainana. Lau Kana Bainana bermaksud – kalaulah baginda ada di antara kita – dan setiap show akan disertai satu hadith Rasulullah SAW dan mereka akan mencubanya di satu tempat untuk melihat adakah orang mempraktikkannya.

Hos program ini akan bergerak kepada orang ke orang, dan bertanya berkenaan perlaksanaan hadith tadi. Di akhir soalannya, dia akan bertanya:
“Lau kana Rasulullah SAW bainana al an, keif?” Kalau lah Rasulullah SAW itu berada di antara kita sekarang, bagaimana?

Anda perlu saksikan di dalam video ini, bagaimana seorang perempuan yang menjadi ‘mangsa’ dalam rancangan itu, menangis serta merta apabila mendengar pertanyaan itu. Betapa perempuan ini pada saya, cintanya sangat mendalam pada Rasulullah SAW. Sehingga dia menangis apabila membayangkan susuk yang mulia itu berada di sisinya. Dalam video ini, dilakukan perbuatan Rasulullah SAW mengambil makanan yang jatuh. Justeru, krew telah menjatuhkan buah. Dan perempuan itu mengutipnya. Lantas dia ditanya soalan tadi. Dan dia menangis.



Bila saya tengok wanita ini tak dapat membendung tangisnya apabila diajukan soalan tersebut, saya rasa sayu, ada perasaan yang tak dapat digambarkan, tegak bulu roma. Betapa beliau mencintai baginda, dan masih mengamalkan sunnah baginda.

Kita bagaimana?

Nota: Saya tak faham semua apa yang dibicarakan, tapi mesejnya sampai.
Ini sekadar pandangan pertama saya selepas pergi temuduga Jumaat lepas. Kalau ada sesiapa yang berpengalaman jadi editor dan rasa kenyataan saya tu salah, tolong betulkan ye.

Temuduga tu, macam yang saya pernah cakap...saya akan tolak sekalipun diterima bekerja di situ. Pertama, masalah pengangkutan. Saya boleh gerak dari rumah dengan suami, kemudian naik tren. Tapi daripada tren nak ke syarikat tu, takde pengangkutan awam selain teksi. Kopaklah kalau nak naik teksi tiap-tiap hari, yang caj kita sampai dekat sepuluh ringgit sekali lalu. Belum pergi balik lagi tu. Nak jalan kaki, tak terdaya kot, agak jauh jugak.

Kedua, masalah waktu bekerja. Kat situ biasanya ada OT sampai pukul 6 atau 7.Hari Sabtu memang kena kerja separuh hari. Saya ni bukanlah memilih dan nak kerja senang je, tapi komitmen terhadap keluarga terutamanya anak buat saya rasa susah nak terima kerja ni. Anak saya sekarang pun dah duduk lama dengan pengasuh, dari 7pagi sampai 7malam. Anak sayalah yang paling lama dok situ berbanding kawan-kawannya yang lain. Ada yang anak cikgu, separuh hari je la. Kalau ibu bapa kerja lain pun, dihantar ikut waktu pejabat 8-5.Jadi saya rasa amat tak patutlah kalau saya ambik lebih lewat lagi. Hari Sabtu, pengasuh memang cuti, ye lah mereka pun ada keluarga sendiri. Kalau saya nak juga kerja hari Sabtu, maka anak saya kenalah pindah ke nursery. Itulah yang paling saya tak tahan, dan rasa tak sampai hati nak tukar-tukar pengasuh ni. Sofiy sekarang tengah takut kat orang sangat-sangat sampaikan kalau orang yang tak kenal tegur diapun dia melalak, inikan pulak tempat baru, orang baru. Ish, tak dapat nak bayangkan.Lagipun pengasuh sekarang ni dah sayang sangat kat dia, dan jaga dia dengan baik. Anak-anak pengasuh pun rajin melayan dia main, kesian dia kalau hilang kawan.

Ketiga, suasana bekerja. Inilah yang saya maksudkan bosan tu. Masa saya sampai kat syarikat tu, saya agak pelik sebenarnya sebab lampu depan tutup. Pintu kunci. Saya fikir belum habis waktu lunch kot, sebab hari Jumaat. Tapi dah tepat pukul3, tak ada seorang pun yang masuk, saya rasa tak munasabah la. Saya pergi lagi ke pintu, tengok-tengok ada loceng kat tepi. Saya tekan loceng, barulah ada orang keluar dan bukakan pintu. Oh...penjimatan elektrik. Saya pun bagitau tujuan saya datang dan nak jumpa siapa, saya disuruh naik ke tingkat 2. Masuk dalam pejabat aras tu, sunyi dan sepi. Eh, takde orang ke. Jenguk-jenguk..oh ramai je. Ada seorang amoi yang melayan saya, dia bagi saya borang untuk diisi. Kemudian, saya diminta jumpa ketua editor. Sembang-sembang macam biasalah, sesi temuduga. Dalam sembang-sembang tu barulah saya tahu kenapa pejabat tu sunyi sangat. Rupa-rupanya memang peraturan di situ macam tu. Tak dibenarkan berbual ke, bertanya kawan ke. Buat kerja masing-masing saja. Saya perhatikan lagi..hmm..atas meja masing-masing cuma ada manuskrip dan kertas-kertas. Tak ada komputer. Penyuntingan dibuat atas manuskrip saja, segala pembetulan pada softcopy akan dibuat di jabatan lain.Oooooo...(panjang O di sini..dalam kepala fikir habis takde internet la ni, pc pun takde.hahaha)

Saya diberi satu ujian bertulis. Masa buat ujian tu, saya disuruh duduk di salah sebuah meja bersama-sama editor yang lain. Konon-konon nak feel suasana kerja la. Saya cubalah senyum kat orang depan dan orang sebelah. Senyum saya tak berbalas pun. Yang amoi pun sama, yang si gadis Melayu pun sama. Muka masing-masing nampak tension bebenor. Ada yang garu-garu kepala, ada yang dok belek-belek jari..adeii...guwe tak tahanla kalau macam ni..mati kebosanan la jawabnya. Kot tak sempat confirm saya dah cabit lari.
Kenapa saya cakap begitu?

Sebab...saya rasa lega bila saya boleh memilih untuk menolak pekerjaan itu andai ditawarkan. Pelikkan? Orang berebut-rebut dan bersaing sesama sendiri nak dapat kerja, saya pulak belum ditawarkan dah terfikir untuk menolak tawaran.

Saya dipanggil temuduga esok. Jawatan editor di salah sebuah syarikat penerbitan buku-buku sekolah, pemiliknya berbangsa Cina. Selepas dapat panggilan untuk hadir temuduga, saya mula tak senang duduk, kepala sarat dengan bermacam-macam kerisauan.Berbelah-bahagi, resah dan gelisah. Rasa berat hati. Ala..belum temuduga kenapa nak kecoh,kan? Macamlah dah tentu awak diterima. Ya, saya tau. Coursemate saya juga menjadi pesaing saya untuk jawatan tu. Dan dia ada pengalaman lebih daripada saya, malah dia tiada komitmen keluarga macam saya sebab dia single mingle lagi.Kalau hanya ada satu kekosongan, secara logiknya dia lebih layak...dan sebenarnya saya mendoakan dia yang diterima, bukan saya.Huh! Kalau taknak,kenapa mintak?

Masa mohon tu, saya rasa saya nak cepat dapat kerja, seiring dengan kawan-kawan yang lain. Saya risau kalau saya kehabisan duit poket nak buat belanja..hihi. Tapi bila dah dipanggil temuduga, saya rasa saya belum nak kerja lagi. Banyak lagi yang saya nak buat sebelum terikat dengan komitmen kerja, antaranya nak cuba resepi KNV, TTM, CIB yang ada BM baru, Hana di Jepang dan kawan-kawan lain.hehe. Saya nak qadha balik masa yang saya habiskan untuk buat tesis dulu, saya nak ajar Sofiy Alif Ba Ta, ABC, 123. Saya nak iron baju-baju suami sebab sejak kelahiran Sofiy abg sayang saya tu iron baju sendiri sampailah sekarang.Saya nak belajar memandu, ambik lesen. Patah kaki tau kalau semua harapkan suami je. Dan saya ada artikel yang belum siap ditulis(ni yg buat semakin serabut kepala otak).Aduhhhh.....

Akhirnya saya pun berbincang-bincang dengan suami, dan suami saya kata tak kisah kalau saya tak kerja lagi pun. Fuh...lega!!!Jadi esok saya akan pergi juga temuduga, untuk test market, eh, cari pengalaman.Ambik mood orang kata.hahaha.Lega rasanya hati nak pegi temuduga jawatan yang akan ditolak jika ditawarkan.(Tengok-tengok nanti ada yang terima pulak, haru!)


Maaf,gambar kabur

Nak buat review sikit tentang novel ni. Saya baru je khatam novel tulisan Salina Ibrahim ni. Macam biasa, novel daripada beliau adalah bersifat Islamik, dan novel ni memang pun di bawah novel Islamik.

Saya suka bahasa penulis, terutama kata kerja yang digunakan adalah pelbagai. Pemilihan perkataan yang unik menyebabkan ayat tidak nampak kaku dan perlakuan watak jadi hidup. Dari sudut plot, saya rasa ada sedikit kekurangan pada watak Dr. Budi. Pembaca tidak mengenali Dr. Budi dengan lebih dekat, sebaliknya pembaca lebih mengenali Alif Hussein.

Objektif penulis sampai pada saya. Penulis mampu membuatkan pembaca merasai ketenangan yang dibayangkan oleh penulis. Tapi lebih cantik lagi sekiranya penulis mengurangkan sedikit pengulangan perkataan atau perbualan-perbualan tentang ketenangan yang dirasanyai, tetapi menggambarkan ketenangan itu secara tidak langsung.

Novel ini saya sarankan kepada sesiapa yang ingin membersihkan hati dan lebih ikhlas dalam kehidupan. Sesiapa yang inginkan kaya jiwa melebihi kaya harta.
Pagi tadi kawan saya datang dengan berita yang membuatkan dada saya rasa nak pecah. Ya, saya marah! Tak ada hati dan perasaan, lebih tepat lagi, zalim!

Ini kisah lanjutan daripada cerita saya tentang kezaliman manusia dalam entri minggu lepas. Hari Jumaat, monyet yang terperangkap dah bertambah jadi empat ekor. Di luar pulak banyak monyet berkeliaran, berkejar-kejaran entah main entah bergaduh saya tak pasti. Tapi kehadiran yang di luar tu menghalang saya memberi monyet yang terperangkap tu makanan atau air. Kesian. Saya berharap cuti hujung minggu akan ada orang yang datang mengambil monyet-monyet tersebut. Tapi apa yang terjadi? Cuba tengok, ada seekor monyet dah mati. Saya rasa monyet yang laing awal masuk perangkap, yang masuk hari Selasa tu. Kesiannya.



Gambar di bawah ni lebih jelas, tengok yang terbaring tu...



Saya tak tahan lagi! Saya call pihak yang berkenaan, kali ni terus, tak melalui pejabat am pun. Saya cakap seringkas yang boleh, kalau lama-lama cakap mau saya sumpah seranah mereka nanti. Kemudian saya ke library, tak sanggup nak tengok. Balik dari library, saya terserempak dengan seorang pensyarah. Dia cerita tentang kedatangan orang-orang yang perangkap monyet tu. Boleh mereka cakap monyet tu mati sebab bergaduh? Tengkorak dia! Monyet tu mati kelapara, kehausan. Lepas tu, dalam banyak-banyak monyet yang terperangkap tu, ada seekor ibu monyet yang ada anak kecil. Dia selalu dukung anak dia. Masa dah terperangkap pun, dia selalu peluk anak dia walaupun anak dia di luar kandang. Tadi masa diorang datang, anak monyet tu lari, dan diorang bawa emaknya. Katanya nak dicampak ke Sg. Tekala, hutan yang bukan dekat dari sini. Kesiannya...sedihnya saya. Apalah nasib anak monyet tu? Di mana dia nak menyusu? Macam mana dia nak makan? Dia dibuli tak dek monyet-monyet yang lain? Saya sedih sangat..sayu sangat. kejamnya manusia..