Ya Allah, blog ni dah macam tak bernyawa...sibuk sangat ke tuan blog? Ya, sibuk yang bukan tiada masa senggang langsung, tapi sibuk yang menyebabkan aktiviti blogging dan bloghopping jadi terencat. Kebetulan hari ni adalah 25hb bersamaan 16 bulan umur anak terunaku, maka nak update la sikit.

Alhamdulillah, Sofiy membesar bagai johan. hehe. Dengan izin Allah, Sofiy sekarang sihat walafiat, jarang sakit tak macam masa nak pandai berjalan dulu. Dah macam-macam budak kecik ni pandai, antaranya dah pandai melompat dengan dua kaki terangkat serentak. Dulu dia melompat juga, tapi sebelah kaki je terangkat.hehe.Selain tu, Sofiy sekarang rajin sangat azan, tapi yang dia tau cuma "AWWOOOOO....BAB" (Allahu akbar) la tu. Pantang nampak gambar masjid kat TV, atau dengar zikir atau mengaji, mulalah tak henti-henti azan. Penah juga nampak Taj Mahal dalam cerita hindustan pun AwoBab juga. Bila bawak jalan-jalan, nampak bangunan tinggi-tinggi, jambatan putrajaya, tangki air, semuanya dia azan. hehe.

Selain azan, Sofiy rajin solat sekarang ni...tapi solat cara dialah. Paling digemari adalah sujud... Sujud berkali-kali, sebelum sujud angkat takbir dulu.hihi. Tapi cara dia sujud memang lengkap dengan toma'ninah semua.Moga-moga abak umi menjaga solatnya sepanjang hayatnya nanti, kerana solat itu adalah tiang agama, penentu segala amalan.

Lagi apa ye?

Menyusu...Sofiy masih menyusu direct. Kalau susu perahan, bekalkan sebotol je sehari. Sebabnya, Sofiy ni taknak minum susu perahan dah...dia cuma minum EBM yang dicecah dengan roti, coco crunch, corn flakes, kek dll.

Ermm...Sofiy ni suka menari tau! Tak kisahla lagu apa-apa. Kalau umi print, bunyi printer pun dia menari, umi tumbuk sambal pun dia menari ikut rentak lesung batu tu. aiyaaa...Umi dia minat hindustan, anak pulak berpusing-pusing bergelek.Salah umikah?

Oklah, rasanya cukup la dulu untuk kali ni.Umi doakan Sofiy akan terus jadi insan yang cemerlang di dunia dan akhirat. Umi juga berdoa semoga umi mampu menjadi ibu yang terbaik buat Sofiy, yang sabar dan semangat serta kuat untuk mendidik diri sendiri seterusnya menjadi guru pertama buat Sofiy.


Atas sebab-sebab yang mendesak, ditambah dengan tempoh penyimpanan yang terlalu lama di dalam stor tanpa digunakan, maka saya buat keputusan untuk membenarkan si S3 ini bertukar tuan seterusnya berkhidmat dengan penuh gigih untuk rezeki insan yang lain. Dengan akad jual dan beli, maka S3 di atas ini rasmilah milik kawan saya Fik yang bersemangat menyusukan anaknya Fawwaz Mushoddiq.

Mula-mula Fik berhajat nak beli Avent manual je, sebab dengar saya pakai Avent dan berjaya susukan Sofiy sampai sekarang. Ya, saya pakai Avent manual saja sepanjang menyusukan Sofiy (sebelum beli Avent dulu guna Anakku). Selepas dah ada Avent, ada duit terlebih saya beli Spectra 3 kononnya nak guna satu di rumah dan satu di ofis. Tapi lepas cuba S3 tu 1,2 kali...saya rasa lebih selesa dengan Avent. Maka S3 tu tersorok saja di dalam stor sampailah warranty pun habis.

Berbalik cerita Fik, saya ajak dia datang rumah untuk cuba sendiri. Risau juga kalau tak serasi dengan dia. Mula-mula pam, dengan sucking yang minima...dia kata takde rasa apapun. Saya kata tunggu sekejap, dan saya kuatkan power sucking tu sikit demi sikit. Ade la keluar susu sikit. Kemudian saya pergi ke dapur nak ambil pam Avent saya untuk dia cuba. Sambil-sambil tu hidangkan air dan kuih untuk suami dan adik ipar Fik. Masuk je bilik lepas tu, wah...dah banyak susu dia! Nampak sangat tadi dia segan dan rasa tak selesa, maka susu pun malu-malu nak keluar. hihi. Lepas tu dia cuba Avent, hmmm...nampaknya susu yang mencurah-curah tadi terkedu taknak keluar. Maka Fik pun teruslah buat keputusan nak angkut balik itu S3...hihi. Begitulah alkisahnya. Alhamdulillah, moga-moga berterusan rezeki baby Fawwaz dengan susu ibu. Sofiy nampak cemburu masa umi dukung baby Fawwaz buat umi rasa Sofiy belum sedia nak adik, kan Sofiy kan?






Nota: Andaikata Sofiy dapat adik nanti, umi tak pasti lagi nak setia dengan Avent atau dapatkan satu pam elektrik. Apapun, tengok keadaan kerja macam mana. Uih, babynya ntah mana-mana dah fikir pasal pam pulak.
Alhamdulillah, sudah pun masuk suku abad yang kedua saya hidup di dunia yang fana lagi mencabar iman, mental dan fizikal ini. 25 Julai, tanggal saya dilahirkan ke dunia ini. Saya lahir di rumah kami, di Kampung Gua Badak, Lenggong, Perak. Mak kata saya kena sawan tangis selama setahun sejak hari saya dilahirkan.huhuhu...

Terima kasih buat mak atas segala jasa, pengorbanan dan kasih sayang yang tidak terhingga. Juga ampunkan segala kesalahan anakmu ini sama ada yang disedari ataupun tidak.Buat allahyarham ayah, semoga berada dalam kesejahteraan di alam sana.

Bersempena dengan pertambahan umur ini, saya rasa kena semak semula azam tahun 2010 saya. Dah lebih separuh tahun 2010 berlalu, berapa peratuskah azam tersebut telah tertunai dan terlaksana?

Nota: Abang, terima kasih atas cenderahati dan makan-makan. Kak Ah,tak sabar nak tunggu posmen hantar hadiah tu. Buat semua yang memberi ucapan dan doa, terima kasih.
Saya baru je habiskan satu siri drama Korea. Kadang-kadang terfikir apa menariknya drama korea ni sampaikan orang sanggup menghadap berpuluh-puluh episod. Lepas tu ada yang bertangis-tangisan sambil layan cerita ni padahal latar budaya, bahasa dan agama sangatlah berbeza. Saya pun suka layan drama Korea ni, tapi kalau agak-agak sibuk janganlah nak cuba-cuba mula tengok. Tak jadi kerja pulak nanti. Masa belajar dulu, musim-musim final exam tu memang pakat-pakat layan cerita korea ni konon-konon nak release tension la tu. Padahal dah melarat sampai ke hari exam drama tak habis-habis tengok lagi...sudahnya sanggup tengok drama daripada tengok buku.haha. Betapa kuatnya pengaruh drama Korea.

Pelakon handsome dan cun ke?
Pendapat peribadi saya, barisan hero filem Korea tak hensem. Payah nak cari yang hensem tapi....diorang ni cute. Lelaki pun panggil cute ke? Ye, pada saya diorang ni cute je, ataupun disebabkan watak yang dibawa, maka rupa dah jatuh nombor dua. Ada tak adapun yang hensem sikit, Dennis Oh. Mungkin sebab dia kacukan kot. Kenal tak Dennis Oh? Mamat ni tak famous pun, tak banyak berlakon sebab dia tak pandai cakap Korea sangat, jadi dia akan bawak watak oarng Korea yang cakap orang putih. Lagi satu dia tak berapa pandai berlakon, agak kaku lah. Tapi saya tetap suka dia dalam drama The Sweet Spy. Kat bawah nilah Dennis Oh, hensem tak?



Heroin pulak, biasanya tak cantik tapi comel. Watak heroin antagonis pulak yang biasanya cantik-cantik. Saya takde minat mana-mana heroin drama Korea tapi saya suka muka comel Lee Da Hae. Aktres yang jadi heroin dalam Goong, My Fair Lady 2009 dan Coffee Prince tupun pada saya ok la lakonannya. Kalau body...ish..ish..tengok body gak ke? Saya suka Park Si Yeon watak antagonis dalam My Girl. Dia pakai apa pun cantik. Tapi dah namapun Miss Korea (tempat ketiga 2000), kurus nampak tulang-tulang la kalau pakai baju yang dedah-dedah ni.


Park Si Yeon


Lee Da Hae

Jalan cerita menarik?
Biasa-biasa je, cerita orang bercinta jugak...tapi mungkin drama Korea ni sinonim dengan scene kelakar. Jadi penonton pun dapatlah ketawa-ketawa, takla serius dan berat sangat kepala nak menghayati jalan cerita.Kalau pun jalan cerita tu serius, tetap ada watak-watak yang bodoh-bodoh alang.Lagi satu, biasanya watak-watak jahat dalam cerita tu akan insaf sebelum cerita tu berakhir...dan saya rasa drama Korea selalu tunjuk sifat pemaaf mereka sangat tinggi. Betul ke diorang macam tu?

Fesyen cantik-cantik?
Apa yang saya perhatikan, drama Korea ni membawa pengaruh yang agak kuat kepada rakyat Malaysia terutamanya orang Melayu. Ingat tak satu masa dalam tahun 2007-2008 fesyen Korea sangat diminati. Ala..yang baju ketat di pinggang dan kembang sampai ke lutut, kemudian digayakan dengan seluar ketat tu. Sekarang nipun fesyen Korea masih hangat di pasaran Malaysia.

Fesyen orang Korea ni kadang-kadang agak pelik jugak, especially fesyen rambut, hiasan rambut. Kadang-kadang tu naik hairan, kenapalah set rambut macam tu, atau pakai hiasan macam tu...lawa ke? Agaknya bajet comel la kot.





Lagu sedap?
Bahasa Korea ni pada saya bila nyanyi jadi tak sedap. Tapi bila cakap ok, sebab kena dengan ton dia. Suara penyanyi, boleh tahan je la..tapi mungkin lagu(irama) tu kena dengan tema cinta kot, tu yang boleh layan tu. Sampaikan penyanyi Malaysia pun ramai buat lagu alih bahasa.

Makanan dan budaya
Drama Korea memang boleh jadi paltform untuk promosi makanan Korea. Babak makan memang banyak, ada makan gaya orang susah (makan mi segera, sup,mi goreng), ada gaya makan orang kaya(makan yang lauk penuh meja), makan masa parti, bento(bekal) dan macam-macam babak makan. Sampaikan makan telur di spa pun selalu ada dalam skrip.Antara makanan yang saya ingat selalu ada dalam drama korea ni telur gulung, big soup, ramen, kimchi, daging bakar (dah tentu ada kerbau pendek tu),keropok beras dan nasi campur (macam nasi goreng makan dalam mangkuk besar). Dalam banyak-banyak tu, saya selalu jadi teringin....mi segera.hahaha.(Kan bagus kalau drama Malaysia boleh promosi keropok lekor, sambal belacan, masak lemak cili padi, rendang, ketupat, kat luar negara melalui derama dan filem?)

Setiap drama juga saya tengok ada sesuatu benda yang bakal jadi ikutan penonton, ala..benda-benda perhiasan ni.Macam pensel yang comel-comel, anting-anting, rantai, keychain dan yang sewaktu dengannya. Budaya jugak diketengahkan, contohnya budaya kerja kuat,akupunktur, suasana di stesen keretapi, di lapangan terbang,cara hidup mengikut tahap kehidupan dan juga amalan nenek moyang.

Apapun, saya enjoy tonton drama Korea. Kalau saya ada cd, saya memang simpan...nanti bila-bila boring boleh tengok lagi.Saya tengah order lagi 3 siri..hehehe.

Oh ya, nak keluar tajuk sikit...walaupun saya dah tengok banyak cerita Korea, drama Taiwan ni jugak yang saya bagi paling banyak bintang; Prince Who Turns Into A Frog. Pernah tengok? Ni hero dia...Ming Dao.


Ni masa dia jadi Jun Hao


masa jadi Dang Oh


Prince Who Turns Into Frog
Cuba kita hitung-hitung dan kenang-kenangkan, berapa banyak perbuatan kita setiap hari yang sebenar-benarnya KERANA ALLAH TAALA? Masing-masing ada jawapannya.

Semalam saya terdengar satu ucapan yang penuh semangat dan bertujuan memberi semangat kepada khalayak pendengar. Bertujuan membina motivasi, membuang sikap tidak jujur, tidak amanah dan segala keburukan yang terpalit pada niat murni yang asal. Saya pun jadi teruja nak dengar, sebab nak tau apakah kata kunci atau niat murni yang sebenar-benarnya patut ada dalam diri setiap pendengar. Tapi akhirnya saya kecewa. Kecewa kerana niat murni itu bukanlah benar-benar murni, lebih kecewa kerana lahir pula daripada mulut seorang Muslim. Niatnya hanya kerana 'kasih dan sayang' tetapi bukan KERANA ALLAH TA'ALA. Maka tak hairanlah kalau perjuangan yang dilaung-laungkan tu banyak melencong, kerana niat yang asal sudah miring.

Sesungguhnya solatku, ibadatku, hidupku dan matiku KERANA ALLAH TUHAN sekelian alam.