Petikan diambil daripada www.saifulislam.com
Semoga kita terhindar daripada segala kebejatan duniawi

AL-IBAHIYYAH: Melengkapkan Syarat Sebuah Kemusnahan


On 28/10/2010, in Cabaran Islam, by Abu Saif
6,633 views
Print
Email
..-Foto ihsan Malaysiakini.Com “If there is one lesson which history has taught us, it is the fundamental importance of will power, as much for nations as for individuals, and in every circumstance of life, great or small. Greek civilization ended in failure, not because of the lack of intelligence, but because of the lack of [...]

..



-Foto ihsan Malaysiakini.Com



“If there is one lesson which history has taught us, it is the fundamental importance of will power, as much for nations as for individuals, and in every circumstance of life, great or small. Greek civilization ended in failure, not because of the lack of intelligence, but because of the lack of character, of morality!” - George Sarton, petikan buku Introduction to the History of Science.



Bukan agama tidak memberitahu.



Bukan sejarah tidak membentang realiti.



Hanya diri yang angkuh menolak bukti.



Benarlah HEDONISM itu didefinisikan sebagai berpaksi kepada PSYCHOLOGICAL EGOISM.



Saya hampir-hampir tidak mampu membicarakan hal ini dari sudut Islam kerana tidak yakin apakah ada secebis Islam telah dirujuk dalam penghasilan polisi sebegini. Halal dan Haram sudah tidak kelihatan, istilah berkat dan laknat, jauh sekali.



Segalanya tulen bersifat pleasure minus pain.





Ke mana perginya pelbagai slogan, gagasan dan rancangan berkaitan Islam semenjak era Penerapan Nilai-nilai Islam ke zaman Islam Hadhari?



Modal insan?



Semasa media berbual panjang tentang pembuangan bayi, pertambahan jumlah penagihan dadah, pesakit AIDS, kemusnahan akhlak generasi muda malah tua, jenayah yang sudah tidak terkawal, zina yang sudah hampir tenggelam daripada kejanggalan budi, bagaimana Program Transformasi Ekonomi (ETP) menawarkan solusi berupa menjadikan Malaysia sebagai hub hiburan?







Petikan PEMANDU.GOV.MY di bawah NATIONAL KEY ECONOMIC AREAS: TOURISM:



“4—Events, entertainment, spa and sports: Malaysia lags our neighbours in the magnitude and variety of events as well as in our nightlife offerings. Hosting more international events and promoting a vibrant nightlife is necessary to attract tourists and provide a boost to the tourism industry.”



Hanya dengan membuat perbanding bersama negara jiran, yang jelas mendukung falsafah negara yang berbeza, kita terlalu tergesa-gesa membuat kesimpulan tindakan mahu menawarkan kehidupan malam yang lebih.



Lupakah kepada Rukunegara?



Kepercayaan kepada Tuhan?



Kesetiaan kepada Raja dan Negara?



Keluhuran Perlembagaan?



Kedaulatan Undang-undang?



Kesopanan dan Kesusilaan?



Berapa yang tinggal?



LAPORAN MALAYSIAKINI.COM









Laporan Malaysiakini bertarikh 26 Oktober 2010 menyebut seperti berikut:



Pentadbiran Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mahu menjadikan Malaysia sebuah hab pusat hiburan malam bagi memacu industri pelancongan mengikut Program Transformasi Ekonomi (ETP).



Ini akan dilaksanakan dengan penubuhan beberapa kelab malam terkemuka, menganjurkan konsert utama, melonggarkan garis panduan untuk penghibur antarabangsa dan “mempakejkan” semula acara antarabangsa seperti Formula 1 dan MotoGP.



Menurut perancangan ETP yang dikeluarkan semalam, ia adalah sebahagian daripada 12 projek permulaan (EPP) yang bertujuan memperkasakan sektor pelancongan agar ketibaan pelancong dapat dipertingkatkan.



Langkah itu dijangka mendapat bantahan golongan konservatif agama yang sebelum ini telah berulang-kali berdemonstrasi membantah kehadiran penghibur antarabangsa. Sasaran terbaru mereka adalah bintang sensasi Amerika – Adam Lambert yang seorang ‘gay’.







foto: Malaysiakini.Com





Satu daripada 12 EPP itu adalah melonggarkan syarat ketat bagi penganjuran konsert dan majlis antarabangsa, yang sekarang ini dikatakan banyak menghindarkan penghibur antarabnagsa ke negara ini.



Mulai suku terakhir 2010, acara antarabangsa yang menampilkan penghibur antarabangsa yang memenuhi tiga kriteria minimum dikecualikan daripada tertakluk kepada syarat-syarat ketat Agensi Pusat Permohonan Penggambaran Filem dan Persembahan Artis Luar Negara (Puspal).



Kriteria berkenaan adalah:



* Penarafan kelas A berasaskan pada kedudukan 100 teratas carta Billboard sejak lima tahun yang lalu;



* Menarik 2,500 penonton bagi setiap acara; dan



* Telah membuat pertunjukan di tiga tempat antarabangsa.



Selain mematuhi syarat Puspal, mereka bakal tertakluk kepada “garis panduan yang lebih fleksibel”, pelepasan cukai, perlonggaran daripada imigresen untuk menjadikan Malaysia hub majlis acara antarabangsa.



Untuk meminda garis panduan Puspal, seperti yang dicadangkan, jawatankuasa Puspal akan bekerjasama dengan agensi-agensi lain yang terlibat (majlis tempatan, Jabatan Imigresen, dan Kementerian Kewangan). Kementerian Pelancongan akan memantau dan menjejak proses pelaksanaan.


Jumlah pelaburan yang diperlukan adalah RM467 juta dan akan dibiayai sepenuhnya oleh kerajaan. Kerajaan menjangkakan ia akan memberi pendapatan negara kasar sebanyak RM427 juta dan mewujudkan sebanyak 8,000 peluang pekerjaan



Lebih mengejutkan lagi EPP juga mencadangkan penubuhan zon hiburan di Greater Kuala Lumpur/Lembah Klang, Genting Highlands, Pulau Pinang, Langkawi dan Kota Kinabalu bagi menggandakan pendapatan hiburan malam Malaysia kepada RM1.8 bilion menjelang 2020.



Langkah itu akan menyaksikan penubuhan enam kelab malam baru yang mampu menampung kehadiran 900 pengunjung pada hujung minggu menjelang awal 2012. Dua lagi akan beroperasi pada 2013 dan 2014.



“Menjelang 2014, akan terdapat sekurang-kurang 10 kelab malam di zon hiburan. Ini akan menghasilkan impak pendapatan kasar negara RM0.7 bilion dan mewujudknan 5,614 pekerjaan baru menjelang 2020,” petik laporan itu.



Bagi mencapai hasrat itu, liberalisasi beberapa peraturan hiburan akan dilaksanakan, termasuk membenarkan pelanjutan had waktu beroperasi bagi pusat hiburan



Kawasan hiburan yang sedia ada dikatakan tidak memadai untuk mencapai pertumbuhan yang diharapkan memandangkan purata kadar penghunian hujung minggu bagi kelab malam di bandar adalah sebanyak 85 hingga 90 peratus.



Menerusi kerjasama dengan Greater KL/KV NKEA, dipersetujui bahawa lokasi berpotensi bagi kawasan hiburan baharu ialah kawasan di sekitar Central Market.



Kawasan ini akan direkabentuk untuk menarik pelancong dengan kemudahan 24 jam, keselamatan awam yang mencukupi, pengangkutan dan infrastruktur, tetapi ia akan kekal terpisah dari kawasan kediaman dan keagamaan.









SOLUSI APAKAH INI?



Pelancong-pelancong dari negara maju pergi ke destinasi seperi Malaga, Majorca, Ibiza, Faro, Alicante dan Palma untuk melempiaskan nafsu hedonistik mereka, kemudian pulang ke negara masing-masing untuk kembali memacu tamadun. Tiada satu pun lokasi itu menjadi simbol kemakmuran hidup dan kemajuan untuk dijadikan uswah menjana ekonomi negara kita Malaysia.



Justeru apakah yang dipercayai oleh manusia-manusia berkebijakan ekonomi perangka ETP ini?



Andai ada keuntungannya sekali pun, apakah ia mahu diraih di atas kemusnahan anak watan?


Atau kita memang teruja dengan hakikat bahawa nama-nama seperti Malaga, Majorca dan Ibiza itu adalah BEKAS TANAH AIR UMAT ISLAM? Seperti kemusnahan Beirut yang sudah lebih awal menjadi hub hiburan serantau bergelar Paris of the Middle East?


Mahu menjadikan Malaysia sebagai bekas tanah air umat Islam?


Sungguh sukar untuk difahami.


Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat mengeluh tentang gejala sosial, diskriminasi wanita, dan keruntuhan institusi rumahtangga, Jabatan Kebajikan Masyarakat tidak cukup tangan menangani krisis sedia ada, tiba-tiba semuanya itu mahu digandakan dengan solusi sejelek ini.


Atau apakah semuanya hanya berupa sebuah hipokrasi?


PERMISSIVE SOCIETY

Biar pun UMNO berada di dalam mood survival dengan persembahan lemahnya pada Pilihanraya Umum ke-12 yang lalu, tanpa mengambil kira faktor terakhir itu, ETP dengan begitu drastik berani mempromosikan sebuah gagasan ke arah menjadikan masyarakat Malaysia sebagai sebuah PERMISSIVE SOCIETY. Ia adalah istilah yang dirujuk kepada masyarakat yang norma-norma sosialnya semakin berubah menjadi liberal. Perubahan itu termasuk pada mengubah pandangan terhadap sesuatu yang pernah dianggap sebagai salah dan sesat.

Perkara yang baik dan buruk menurut neraca Islam, dinamakan sebagai MAARUF (معروف) vs MUNKAR (منكر). Perkataan MAARUF yang terbit daripada kata akar ‘ARAFA (عرف) itu bermaksud sesuatu yang diketahui umum (a norm) dan menjadi kebiasaan orang ramai. Manakala perkataan MUNKAR yang terbit daripada kata akar NAKARA (نكر)memberi maksud sesuatu yang dibantah atau diingkari kerana kejanggalannya terhadap masyarakat.

Betapa anjalnya perkataan itu, Allah Subhanahu wa Ta’aala mahu memperingkatkan kepada kita betapa definisi baik dan buruk amat terkait rapat dengan perkembangan amalan kebiasaan di persekitaran kita. Apabila usaha dakwah lumpuh, masyarakat mula menerima sesuatu yang jahat dan keji sebagai kebiasaan, maka kebaikan mula menjadi MUNKAR dan kejahatan menjadi MAARUF.

Itulah falsafah PERMISSIVE SOCIETY.


Ia disebut di kalangan pengkaji Islam sebagai AL-IBAHIYYAH (الإباحية) iaitu Gerakan Pengharus!


Gerakan yang berusaha untuk mengharuskan apa sahaja hingga hampir-hampir tiada pantang larang kecuali ‘jangan ganggu orang lain’.



Tragis sekali, kita sesungguhnya sedang menuju ke arahnya.







Antara yang mahu diubah: Syarat-syarat ketat yang polisi moral yang keterlaluan??? [petikan daripada PEMANDU.GOV.MY di bawah cabang TOURISM]


Marilah kita bersama merenung firman Allah yang Maha Esa ini buat peringatan kita bersama:
“Orang-orang Munafik lelaki dan perempuan, setengahnya adalah sama dengan setengahnya yang lain; mereka masing-masing menyuruh dengan perbuatan yang jahat, dan melarang daripada perbuatan yang baik. Dan mereka pula menggenggam tangannya (bersifat bakhil kedekut). Mereka telah melupakan Allah dan Allah juga melupakan (tidak menghiraukan) mereka. Sesungguhnya orang-orang Munafik itu, merekalah orang-orang yang fasik.” [Al-Taubah 9: 67]


MASIH SEBUAH PELAN



Sesungguhnya masih belum terlambat. Masih punya masa. Nafas masih mengisi dada, mentari masih setia di ufuknya.

Nasihatilah diri dan keluarga, nasihatlah rakan dan jiran tetangga. Nasihatlah masyarakat dan orang ramai. Nasihatlah semua yang sampai nasihat kita kepadanya.


Namun nasihat khusus buat pemimpin negara, murka Tuhan jangan dileka, balanya ke atas kamu, kami dan anak-anak kita.


Akhirnya:


Oleh itu, biarkanlah mereka (Wahai Muhammad) tenggelam dalam kesesatannya dan leka bermain-main (dalam dunianya), sehingga mereka menemui hari yang dijanjikan kepada mereka (untuk menerima balasan)! [al-Ma'aarij 70: 42]



Selamatkanlah negara kami ya Allah!



Julius Caesar sedang menggula-gulakan Rom dengan hiburan menuju kehancuran!



ABU SAIF @ www.saifulislam.com

68000 AMPANG
Semalam saya beli detox patch sebab harganya murah dan yang jual tu kawan sendiri. Jenama apa saya tak ingat.Selama ni tengok dan dengar je, tak pernah rasa nak cuba pun. Sebelum tidur malam tadi saya pun pakai la....




Ok, inilah rupanya benda tu sebelum saya tampal di kaki. Dah tampal ta ambik gambar, segan nak tayang kaki.hehe. Bangun dari tidur, saya rasa excited nak tengok....mak aiiii!


Bila saya tenung-tenung dan tilik-tilik (cewah macam nujum Pak Belalang pulak), saya rasa macam tak percaya pun ada. Yela, benda tu kan ada isi dengan herba. Katanya herba tapi bau macam tembakau rokok je. Bila kaki kita ditampal dengan benda tu dan berpeluh, tentulah jadi warna hitam dan saya rasa warna tu bukan datangnya daripada kaki kita tapi daripada bahan herba tu sendiri. Ala, senang cerita macam uncang teh la kan, bila dah kena air kan warnanya hitam.Disebabkan rasa tak puas hati, nampak tak bahagian yang warna putih di tengah-tengah sebab tak kena kat tapak kaki saya tu? Saya bawak ke bilik air dan saya titis air kat tempat tu. Haaa..hitamlah jadinya. Saya tunggu juga kot-kot bila air tu dah tersejat dia jadi putih balik...takdepun.

Siapa-siapa yang pernah guna detox patch ni untuk jangka masa yang panjang (disarankan memakainya 5hari dan berhenti selama 2hari, kemudian sambung lagi begitu berulangkali hingga cukup sebulan =22 hari), bolehlah bagitahu betul ke bila dah pakai lama-lama tu patch tu akan jadi pudar warna hitamnya ataupun takde langsung warna hitam menandakan toksin telah dikeluarkan.

Saya tengah panas...hot...bengang...geram dengan sorang pakcik yang perasan bagus!

Saya ada kekacauan perasaan sikit hari ni, maka saya mencari teman yang saya percaya untuk bercerita. Tujuan saya bercerita adalah untuk melepaskan sesak di dada. Itu saja. Kakak yang saya kenal sebagai Kak Z memang selalu jadi teman yang sudi meminjamkan telinganya bila saya dalam dilema dan sebagainya. Dalam tempat kerja Kak Z ni ada seorang lagi pekerja lelaki yang dah berpangkat pakcik tapi kami bahasakan denagn panggilan abang  L je kat dia. Saya tak bercerita pada abang L nipun, sebab saya bukan rapat pun dengan dia. Tapi dia menelingalah agaknya. Kak Z pun ada cerita sipi-sipi tentang kekacauan saya tu sebab fikirkan abg L tupun dah biasa dengan kami. Maknanya kekacauan perasaan saya tu perkara kecik je, sebab tu la Kak Z tu boleh cerita. Kalau kekacauan besar, tentulah cakap pun bisik-bisik dan rahsia-rahsia.

Tup...tup...dia dengan suara yang cukup konfiden dan penuh wibawanya memberi pendapat. Saya tak kisah kalau pendapat je, tapi ni siap dengan penilaian tentang diri saya sedangkan DIA TU SIAPA? Dia kenal ke saya ni secara peribadi? Setakat say 'hai' dan bersembang sekali-sekala tak bermakna dia dah boleh menilai saya. Siap cakap lagi yang dengan karakter saya ni, saya takkan habis dan grad dengan PhD! Apa hang penah tengok macam mana aku buat kerja ke? Hang penah tengok aku belajar ke? HANG SAPA? Saya akui PhD itu bukan senang tapi hang jangan senang-senang nak cakap orang tu boleh gagal ke, boleh lulus ke. Eleh, konon nak CABAR saya supaya saya siap PhD dalam masa 3 tahun. Wei, aku tak perlukan cabaran hang pun sebab aku tak suka cabar-mancabar dengan orang ni. Aku sendiri akan mencabar diri aku supaya dapat apa yang aku usahakan. Dan lagi yang peliknya, kekacauan saya adalah tak bersangkutan pun dengan PhD, tiba-tiba pulak nak judge lulus gagal orang. Musykil betul la.

Saya memang bukan seorang pemendam. Sebab saya rasa memendam masalah itu boleh menyebabkan saya tambah pening. Cara saya menyingkirkan rasa yang tak sedap dalam hati adalah dengan bercerita, tapi bukan dengan semua orang ye. Saya bercerita pada orang yang saya percaya. Biasanya kakak saya, ataupun kawan baik saya. Bercerita bukan bermakna saya tak boleh handle masalah tu, cuma lepas bercerita saya akan rasa lebih lega. Orang lain memang takkan boleh menyelesaikan masalah kita, kita yang kena selesaikan sendiri.

Setiap orang ada karakternya, ada kelebihan dan ada kekurangannya. Saya tak suka dinilai, dan saya pun tak suka menilai orang. Kalau saya berkawan, baik buruk orang tu saya terima. Mana yang perlu kita support, kita support. Mana yang perlu kita tegur kita tegurlah secara berhemah dan cakap biarlah beralas. Perasaan orang kena jaga weh!

Nota 1: Abg L tu kononnya bidang komunikasi, ntah apa jenis komunikasi yang dia belajar pun saya taktaulah. Komunikasi mengata, mengutuk dan menghentam orang agaknya.

Nota 2: Kak Z pun penah kena hentam dengan Abg L tu sampai menangis. Macam manalah bini dia ye?
Cute Sofiy With Buchuk

buchuk contest


Dah lama dah tampal banner tapi hari last ni barulah terhegeh-hegeh nak buat entri. Harap tak terlambat lagi lah ye. Lynn dan Mrs. K bermurah hati menganjurkan contest Cute Baby With Buchuk.

Maka bersempena ulangtahun kelahiran Sofiy yang ke 18 bulan hari ni, maka umi nak pertaruhkan gambar di bawah ni. Pinky ni la buchuk Sofiy. Sejak Sofiy dalam hari lagi, sampaila sekarang inilah buchuk yang paling Sofiy sayang. Sofiy ada jugak Bear pemberian ayah dan Lotty (rakun)yang umi beli, tapi Sofiy tetap sayaaaaanggg Pinky ni jugak. Kalau belek-belek gambar-gambar Sofiy, banyak sangat gambar dengan Pinky.

Syarat-syarat penyertaan:
1. Wajib menjadi follower http://fantaghirolynn.blogspot.com/ dan http://alwzbemybaby.blogspot.com/

2. Buat 1 entry berkenaan contest ini dan pastikan ade link back ke http://fantaghirolynn.blogspot.com/ dan http://alwzbemybaby.blogspot.com/

3. Letak banner contest di dalam entry dan di tepi side bar blog anda; dan link back ke entry ini.

4. Terbuka kepada anak sendiri sahaja!
5. Letakkan SEKEPING sahaja gambar anak anda bersama buchuk mereka (tak kira la apa sahaja benda asalkan benda kesayangan mereka yang sentiasa dibawa ke mana². Contoh : bantal, bear, doll, selimut, toys etc) nyatakan juga nama dan umur anak anda..

6. Kelayakan umur peserta adalah dari 1 bulan hingga 4 tahun sahaja!

7. Submit link n3 anda pada di comment box entry ini sahaja.

8. Tarikh tutup adalah pada 25 Oktober 2010 jam 1 pm.


tengok tu, tidur pun tak lepaskan Pinky

Semoga anak umi membesar dengan penuh ceria, sihat dan gembira.

Pernah tak kita rasa dididik ataupun ditegur oleh anak sendiri, sama ada secara langsung atau secara tak langsung? Saya kerap menghadapinya, dan menyedari bahawa jiwa suci anak-anak itu adalah hadiah yang Allah berikan buat kita; melaksanakan amanah mendidiknya sekaligus mendidik diri kita sendiri, ataupun tindakan anak-anak yang lahir daripada jiwa yang suci itu menyedarkan kita akan kealpaan diri kita sendiri.
Contoh-contoh situasi yang berlaku antara saya, suami dan anak.

1#  Masa dalam pantang dan seterusnya selepas berpantang, saya kerap mengambil barang-barang yang letaknya rendah di lantai menggunakan kaki. Tujuannya adalah mengelakkan kerap membongkok kerana saya sentiasa mendukung anak. Kerap membongkok sambil mendukung bayi boleh membuatkan saya sakit belakang. Apa yang berlaku? Rupa-rupanya anak saya memerhati dan bila dia dah pandai menggunakan kaki, dia pulak yang gunakan kaki untuk macam-macam tujuan. Masa tulah baru saya sedar silapnya datang dari saya. Nak marahkan anak pun tak boleh, umi dia yang mengajar akhlak yang tak baik. Maka saya perbaiki diri sendiri, walaupun rasa malas sangat nak tekan suis sebab perlu membongkok, saya gagahkan juga. Alhamdulillah, tabiat guna kaki dah tak ada lagi pada anak saya.

2# Saya selalu membiarkan anak saya masuk ke bilik solat. Saya biar je dia main di sekeliling semasa saya solat. Selepas solat, saya pun baca Al-Qur'an. Sofiy memang suka tengok (kacau juga sikit-sikit) saya baca Al-Qur'an, kemudian bila dia baca buku dia sendiri, dia akan buat bunyi berlagu-lagu macam baca Al-Qur'an tu. Satu hari, lepas solat saya terus sidai telekung sebab nak cepat ke dapur untuk memasak. Tiba-tiba Sofiy bising-bising sambil tunjuk pada almari tempat saya simpan Al-Qur'an. Naik malu saya sebab berkali-kali dia tunjuk Al-Qur'an tu.

3# Surau agak dekat dengan rumah saya, jadi suara azan akan kedengaran walaupun sayup-sayup. telinga Sofiy memang telinga lintah kalau bab-bab azan ni. Maklumlah jiwanya masih suci murni, yang perlahan pun dengar sebab itu seruan Allah. Kita yang dewasa ni, dengar pun buat-buat atk dengar kot-kotnya.hehe. Sebaik dengarnya suara azan, Sofiy akan terus solat. Maksudnya dia akan terus angkat takbir dengan melaungkan "Allahuakbar" dan baut pergerakan solat macam rukuk dan sujud semua tu, tak kira di mana pun dia masa tu, kat dapur ke, kat depan tv ke. Kami umi dan ayah ni la yang malu...dah dengar azan dah tapi buat tak tahu saja. Baby yang tak wajib pun tahu bila azan tu kena solat. Yang tua-tua dan wajib ni pulak yang melambat-lambatkan solat. Kan dah kena tarbiyah dengan anak.

4# Masa mula-mula ajar Sofiy makan dulu, saya tekankan 'duduk' kalau nak makan. Alhamdulillah dia memang ingat pesan saya. Tapi bila anak menginjak besar ni, saya sendiri pulak yang lupa dengan pesan sendiri. Kadang-kadang bila dia mintak snek macam biskut atau roti, saya main bagi je. Lupa dah nak tunggu atau arahkan dia duduk. Tapi anak saya ni bagus, walaupun umi dia lupa tapi dia tak ambil kesempatan...hehe (baby mana reti ambik kesempatan kan). Kadang-kadang saya dah hulur biskut ke tangan dia, tup-tup tengok dia yang tak de. Eh, mana pulak budak ni. Oo...rupanya dia pergi duduk dulu...dan dia akan duduk di tempat yang sama dia makan. Sekarang saya tengah ajar dia makan di meja makan. Alhamdulillah, dia dah faham, kalau nak makan naik atas kerusi, selesai makan dia akan turun sendiri.

Setakat ni itu peristiwa-peristiwa yang saya ingat. Sebenarnya banyak lagi....