Entah kenapa hari ni saya diserang kebuntuan. Otak tepukah? Kalau otak kosong tu logik, tepu tu macam jauh lagi. Macam mana nak describe perasaan saya kala ini ye? Adakah sebab hujan pagi tadi? Hujan rahmat Allah pulak nak disalahkan.Ataupun sebab tak cukup tidur, Sofiy meragam malam tadi dia protes sebab umi paksa dia tidur walaupun dia masih nak tengok nursery rhymes dan alif ba ta di laptop. Sudahnya pukul 1.30 masih berperang dengan dia sampailah umi hilang sabar dan ayah masuh campur dengan pedang zoro. Ke sebab cik P (bukan lesen memandu percubaan) datang hari ni. Tapi biasanya bila cik P datang saya happy, mood saya akan jadi mood gembira.

Ok, saya menulis untuk cuba mencari semula punca segala perasaan yang bersimpang siur dan bersimpul-simpul ni, harap bukan simpul mati la ye. Apa yang saya selalu fikirkan semenjak dua menjak ni? PERKEMBANGAN TESIS!. Ok, dah ada tanda seru tu menandakan ada sesuatu yang TIDAK KENA di situ. Apa masalah dengan tesis, buat je la kan, macam orang lain buat tesis jugak. Mana ada tesis yang senang tahap telan air liur. Telan air liur pun susah kalau sakit tekak. Kenapa tesis saya tak jalan-jalan? Sebab saya blur tak habis-habis. Kenapa masih blur? Sebab saya.....okayyy..semuanya sebab SAYA.

Kalau pasal tesis saja, rasanya takkan sampai kebuntuan dan kekakuan begini. Saya juga menghadapi masalah KETIDAKTENTUAN EKONOMI. Ekonomi orang rumah saya agak kecut sekarang sejak-sejak kilang Jepun-Cina-beli-kerugian-sebab-tsunami di Jepun-ura-ura-nak-tutup-tapi-tengah-survive-untuk-tidak-tutup. Maka saya sebagai pelajar yang tidak berpendapatan tetap pening juga memikirkan hari-hari yang bakal dilalui walaupun tau Allah itu Maha Pemurah dan Pemberi Rezeki yang tidak pernah lupa terhadap setiap hambaNya. Saya berusaha memohon biasiswa, masih dalam proses permohonan dan saya sangat berharap keputusannya nanti adalah TAHNIAH dan bukan TAKZIAH..hehe. Takdelah tulis takziah, mungkin HARAP MAAF....Kalau boleh taknak tengok yang mengecewakan tu lagi (ye 'lagi', sebab saya dah pernah mohon dan gagal disebabkan bidang pengajian bukan bidang keutamaan. Baru ni tengok bidang saya dah masuk senarai jadi saya memohon semula). Saya tak dapat menipu diri sendiri bahawa saya sangat mengharap walaupun berkali-kali pujuk hati supaya jangan berharap sangat nanti kalau tak dapat kecewanya ke kerak bumi. Saya sentiasa berdoa, tapi masih rasa doa saya tidak cukup, perlu berdoa lagi, lagi dan lagi, solat hajat 12 rakaat (kalau dah 12 rakaat tu fahamlah kan harapannya setinggi mana) tapi hati saya masih belum tenang untuk menyerahkan semuanya kepada Allah S.W.T sedangkan saya tau itu yang dinamakan tawakkal.

Badan saya asyik TAK SIHAT saja. Rasanya dalam sebulan paling koman 2 kali kena telan antibiotik. Sakit tekak, selsema, demam, baru je habis antibiotik selsema datang balik. Frust la. Tapi syukurlah sakit-sakit yang sejak akhir-akhir ni tak seteruk bulan-bulan awal 2011. Walaupun sakit tekak, badan saya dapat bertahan daripada demam. Dulu..ooo, ngeri nak bayangkan macam mana rasa sakitnya DEMAM itu. Ala-ala contraction pun ada. Imuniti badan saya dah merosot, saya perlu akui itu. Badan tak boleh langsung kekurangan air walaupun untuk separuh hari. Jaga Sofiy di wad sehari pun saya dah naik demam sebab kurang minum air dan kurang beri perhatian pada diri sendiri. Kadang-kadang ralit buat kerja lupa minum air sampai 2 liter sehari, dah mula rasa sakit tekak.

Ya Allah kuatkanlah imanku, utuhkan kesabaranku, pinjamkanlah aku KekuatanMu, bukakanlah pintu hatiku, terangkanlah mata hatiku, permudahkanlah segala urusanku, murahkanlah rezeki yang halal untukku dan berikanlah keberkatan dalam kehidupanku.


Macam yang pernah saya sembang sebelum ni, saya nak kongsi lagi satu 
'pembantu' saya dalam usaha mengurangkan berat badan. 
Yang ni pun saya ambil produk cosway jugak. 
Namanya Kzanah Detox Shape Tea. 
Penerangan tentang produk saya copy dari laman web Cosway 
sebagaimana di bawah.

Aromatic Herbal Tea To

Cleanse & Reshape Your Body

All-natural herbal tea with cleansing and multi-action slimming properties.

Alleviates constipation
Cleanses and detoxifies the body
Shapes the body


Traditional formula with clinically proven herbs
Green Tea
 -

 Accelerates thermogenesis or fat burning to rid unsightly bulges
Java Tea (Misai Kuching) & Lime -

 Eliminate excess water that causes bloatedness and weight gain
Gurmar (Gymnema) & Brindleberry (Garcinia) - 

Balance blood glucose level to curb food cravings and prevent overeating. 
Reduce fat storage in fat cells (adipocytes) as excess glucose causes
 fat to be deposited into adipocytes faster, causing these fat cells to
 increase in size and number
Senna -

 Relieves constipation and flushes out toxins from the body
Mutamba - 

Potent antioxidant to quench excess free radicals
produced when fat is burned




D'tox Shape TeaCode: 37108     30 sachets

Suci & Murni
Gunakan tanpa was-was

  green tea   java tea  gymnema  garcinia     lime     senna     mutamba





Peringkat awal pengambilan teh ni, dalam sehari dua macam tu saya takde pun alami rasa nak ke tandas. Mula-mula saya fikir teh ni takde kesan kat saya ke? Ataupun saya ni bebas toksin. cewah! Hehe. Tapi kemudian saya perasan, peluh saya berbau agak kuat sampai saya rasa tak selesa. Kawan di pejabat ni dah la lelaki risau jugak kalau sampai diorang perasan. Agaknya pembuangan toksin berlaku dalam proses perpeluhan. Alhamdulillah tak lama, dalam 2 hari je badan agak berbau. Kemudian saya perasan jerawat pulak keluar. Takdelah jerawat batu, tapi saya rasa jerawat ni agak sakit jugakla masa dia nak tumbuh. Tupun tak lama, dalam 2,3 hari je kemudian ok. Kemudian dalam seminggu ni saya perasan yang saya dah kerap ke tandas. Biasanya bukan serta-merta lepas minum teh ni, kalau saya minum sebelah petang atau malam, saya akan ke tandas subuh-subuh esoknya. Tapi kalau saya minum teh ni masa sarapan pagi, saya akan ke tandas lebih kurang setengah jam kemudian. 

Saya dah timbang 3 hari selepas ambil Jus Epal dengan L-Karnitin yang saya cerita dalam entri ni  dan berlaku penurunan walaupun sikit: 600gram. Saya tak senaman langsung, saya tak diet ketat, saya cuma kurangkan sikit portion makanan dan elakkan makanan bersantan. Mulanya plan taknak makan malam, atau cukup dengan susu dan snek ringan. Tapi ada orang sabotaj la. Tiap-tiap malam dia belikan makan malam. Nak degil sangat buat tak tahu je rasa macam tak patut pulak, jadi saya jamah jugakla (dasar tak boleh ada makanan depan mata,kan)

Ok, apa yang saya perasan ialah cangkuk *br*a saya dah turun tangga. Maknanya ada penyusutan la kan, mungkin betul bonjolan lemak tu dah digunakan. Kalau kurang lagi alamatnya kena beli yang baru. Sayang pulak rasanya sebab stok yang ada sekarang pun baru beli sejak berenti bf kan si Sofiy. Kena stop dululah beli, tunggu sampai agak-agak berat badan dah memuaskan baru beli yang baru. Membazir je nanti.

Ok, petang ni cadangnya nak mula jogging. Saya nak cuba jogging lepas waktu kerja, sebelum suami datang jemput. Dapat 30 minit jadi la. Pakaian untuk jogging dah bawak dah ni, semangat! Harap-harap tak hujan supaya saya takde alasan untuk menunda aktiviti sihat ni ke hari lain. Saya suka jogging ni, tapi nak mula tu memang liat sangat. Kalau dah mula lari tak nak berenti pulak.

Pagi 15 Jun: Kelinik Kesihatan Bandar Seri Putra- muntah depan doktor-dirujuk ke Hosp Serdang

Admitted ke Wad 5B katil no. 2 setelah 11 kali muntah dalam masa sehari semalam. Monyok muka sebab banyak kali kena cucuk tangan, check darah, drip air. Mana taknya, taknak makan langsung, minum pun keluar balik sebab muntah.

 Bermalam di wad, Sofiy tak mo baring pun..kalau boleh nak duduk je waspada agaknya bila doktor nak datang. Nampak doktor dengan nurse je mula la cebik.


Pagi 16 Jun: Dah mula ada selera. Sarapan coco crunch dengan susu kotak.


Tengah hari 16 Jun: Dah buka drip air. Ayah datang melawat bawak Sofiy jalan-jalan sekitar wad.


 Atas:Petang sementara tunggu keputusan doktor untuk discaj, umi bawak main.


Kanan: Sebelum balik, jumpa nurse untuk buka balutan dan jarum kat tangan. Muka Sofiy cuak je.

Kiri: Ni la tangan yang kena balut. Buat kenangan.
Alhamdulillah, selama ni dok tengok orang lain punya artikel jurnal diterbitkan, saya ni entah bila la agaknya. Hari ni dapat tau daripada mantan penyelia yang artikel kami dah diterbitkan dalam Jurnal Bahasa Jilid 11. Bil. 1 Jun 2011. Abstraknya seperti di bawah:

ABSTRAK Makalah ini menganalisis dan menjelaskan perilaku fonologi kata pinjaman Arab yang diserap masuk ke dalam bahasa Melayu, khususnya yang melibatkan bunyi konsonan. Konsonan Arab yang realisasinya sejajar dengan konsonan bahasa Melayu tidak menimbulkan masalah kerana konsonan tersebut boleh diterima oleh sistem nahu bahasa natif. Namun, bagi konsonan Arab yang tidak ada kesejajarannya dalam bahasa Melayu, dua perilaku fonologi didapati berlaku, iaitu (i) konsonan asing itu diserap sebagaimana bentuk asalnya dan menjadi sebahagian daripada inventori fonem bahasa Melayu, dan (ii) konsonan asing itu diubah suai dan digantikan dengan konsonan asli bahasa Melayu. Sama ada sesuatu konsonan itu mengalami proses penyerapan atau pengubahsuaian ditentukan oleh faktor cara dan daerah artikulasi. Sekiranya cara dan daerah artikulasi yang menghasilkan konsonan Arab itu serasi dengan bahasa Melayu, maka konsonan tersebut diserap sepenuhnya. Sebaliknya, jika cara dan daerah artikulasi konsonan itu sangat asing bagi bahasa Melayu, maka pengubahsuaian harus dilakukan. Proses fonologi yang melibatkan pengubahsuaian konsonan dianalisis dengan menggunakan teori fonologi autosegmental geometri fitur. Tiga rumus fonologi yang beroperasi di sini ialah rumus nyahbukalisasi, rumus nyahfaringealisasi dan rumus pembelakangan. Ketiga-tiga rumus ini dianalisis sebagai proses penyahhubungan autosegmen tertentu daripada representasi geometri fitur konsonan berkenaan.

KATA KUNCI: artikulasi, autosegmental, fitur distingtif, geometri fitur, Penyahhubungan

Kalau nak tengok artikel-artikel lain, boleh masuk website Jurnal Bahasa.

Nak tempek la gambar buat kenang-kenangan walaupun jurnal belum sampai ke tangan lagi.



Nota: klasik pulak tema JB kali ni.
Ok, selaras dengan azam nak turunkan berat badan yang dah berlebihan beberapa kg ni, maka saya nak kongsikan di sini merangkap diari kesihatan apa yang saya ambil sebagai pembantu. Yelah, umur dah nak menjengah 30 ni kena juga dapatkan bantuan makanan kesihatan sebab metabolisme dah mula rendah. Semalam saya kirim dengan kawan belikan ini;

APPLE JUICE DRINK WITH L-CARNITINE

Ini minuman kesihatan keluaran Cosway, bulan ni ada offer (untuk ahli) walaupun offernya tak la serendah bulan April lepas. April haritu dapat RM49 sebotol, tapi bulan ni RM85 sebotol dan RM65 untuk belian kedua dan ketiga. Saya sebotol dan kawan beli sebotol, dapatlah sorang RM75. Oklah kan, produk pelangsingan badan yang lain pun lebih kurang juga, malah rasanya kebanyakannya lebih mahal. Oh ya, kuantitinya 500ml. 15ml jus ni campur dengan 150ml air masak atau air sejuk membekalkan sebanyak 800mg l-carnitine. Untuk kurangkan berat badan, perlu ambil sekurang-kurangnya 1000mg. Kalau obesiti, perlukan 2000mg. Jadi bolehla ambil 2-3 kali sehari.


Dah cerita cara pengambilan, tapi tak cerita pulak kebaikan dan fungsi minuman ni tak lengkap la kan. Ok, saya salin sikit daripada katalog Cosway, selebihnya saya copy je la dari sumber internet ye. Boleh gitu?

L-Carnitine menukarkan lemak kepada tenaga untuk badan yang langsing, jantung yang sihat dan tenaga yang berterusan. Minuman jus epal yang enak dengan kepekatan L-Carnitine yang tinggi untuk membebaskan tenaga dalam lemak yang terkumpul dalam badan and, untuk menghapuskan bonjolan hodoh, sambil mengekalkan tahap tenaga yang tinggi sepanjang masa.

Kat bawah ni pulak saya copy dari laman e-cosway. Ada macam-macam info tentang minuman ni boleh jenguk sana. Saya copy muka depan je tu.

• Strengthen Your Heart & Keep Your “Bad” Cholesterol At Bay?

• Help You Lose Those Extra Bulges That Just Won’t Go Away?
• Keep You Young & Energetic?


L- Carnitine can do all this and more!


Specially formulated with super concentrated L-Carnitine from leading Italian pharmaceutical manufacturer – Sigma–Tau HealthScience Inc. to help you achieve better health
Synergistically blended with Garcinia cambogia and Juniper berries for faster, better results.


Enjoy boundless energy while your fat disappears!
Pack shot (with flash near the box or bottle : 100% vegetarian)
L-Carnitine : The Miracle Agent That Turns Fat Into Energy
L-Carnitine transports fatty acids across the mitochondrial (cell’s energy powerhouse) membrane, converting stored body fat into useable energy for the body.

Although our bodies are able to synthesize L-Carnitine, it is an intensive process that requires numerous vitamins, minerals and amino acids; and production declines as we age. L-Carnitine is found primarily in red meat, so vegetarians and those on a low-meat diet often suffer from low L-Carnitine levels. Other factors such as high-fat diets, certain medications, and low protein intake, can cause a severe decline in L-Carnitine in the body. This leads to chronic fatigue, chest pain, muscular weakness and pain, increased body fat, elevated cholesterol, etc.

Ingredients


Purified water, Fructose, Apple juice concentrate, L-Carnitine, Sorbitol, Garcinia fruit powder, Juniper berry powder, Citric acid, Sodium benzoate, Potassium sorbate.
Each serving provides 800mg of L-Carnitine from world-renowned L-Carnitine producer, Sigma-tau HealthScience, Inc. Italy
Free from dl- or d-isomers

Yang ni pulak dari laman web ini
L-CARNITINE AND FAT BURNING:



■L-Carnitine assists in the transport of long-chained fatty acids that are burned for energy.
■L-Carnitine enhances the consumption of fat as a source of fuel.
■L-Carnitine has been shown to increase the amount of fat you burn during both anaerobic (strength training) and aerobic (cardiovascular) workouts.
■L-Carnitine plays an important role in mobilizing fatty deposits found in tissues of overweight individuals.
■L-Carnitine helps remove fats waste products (ketones) from the blood stream.
■Effective carnitine activity helps to discourage fatty build up in the liver, heart, and skeletal muscle.
■L-Carnitine has been shown to improve lean muscle strength. Maintaining muscle tissue takes four to five times more calories than maintaining fat tissue, which is important for permanent weight loss.
■L-Carnitine helps to stabilize blood sugar and eliminate cravings for carbohydrates.

Kemudian macam biasalah, dari wiki:

Heart conditionsCarnitine is primarily used for heart-related conditions. Several clinical trials show that L-carnitine and propionyl-L-carnitine can be used along with conventional treatment for angina to reduce medication needs and improve the ability of those with angina to exercise without chest pain.There is little evidence about a positive effect of the use of carnitine after a heart attack. Some studies suggest that people taking L-carnitine may be less likely to suffer a subsequent heart attack or experience chest pain and abnormal heart rhythms.However, other studies have not found similar benefits.Further research on this subject is needed.

Effects on diabetesL-Carnitine improved glucose disposal among 15 patients with type II diabetes and 20 healthy volunteers. Glucose storage increased between both groups, but glucose oxidation increased only in the diabetic group. Finally, glucose uptake increased about 8% for both.

Kidney disease and dialysisBecause kidneys produce carnitine, kidney disease may lead to the deficiency of carnitine in the body. Thus, carnitine may be prescribed to those with kidney disease.

Effect in male infertilityThe use of carnitine showed some promise in a controlled trial in selected cases of male infertility by improving sperm quality.L-carnitine supplementation has also shown to have beneficial effects in the treatment of varicocele, a major cause of male infertility.

As a weight loss supplement"Although L-carnitine has been marketed as a weight-loss supplement, there is no scientific evidence to show that it improves weight loss; however, some studies show that oral carnitine reduces fat mass, increases muscle mass, and reduces fatigue. All of these effects may contribute to weight loss."

Regular supplements of L-carnitine, however, contribute to energy metabolism and improved neurotransmitter function in the brain in elderly patients.

As an antidote in valproic acid poisoning"[In the treatment of valproate toxicity] L-carnitine supplementation ...is thought to provide benefit, particularly in patients with concomitant hyperammonemia, encephalopathy, and/or hepatotoxicity."Further trials are warranted, as benefit is largely theoretical, rather than proven at this stage.

Ok, ada sesiapa yang nak sama-sama mencuba? Jom kita ramai-ramai tengok keberkesanan produk ni. Tapi pengambilan makanan kena jaga, dan selok-eloknya disertakan dengan senaman.

Nota: Ada lagi pembantu lain yang saya ambil, nanti cerita di lain entri.