Bulan Januari nanti genaplah setahun saya naik motor ke hulu ke hilir. Mula-mula dulu bonceng dengan husband, kemudian saya pulak tunggang sendiri. Mula-mula naik motor dulu punyela risau pasal sunburn. Tapi masa bonceng tu nyorok-nyorok la belakang husband. Keluar awal pagi, petang baru balik tunggu redup. Tapi kegelisahan saya tu tak dapat bendung masa nak test JPJ untuk ambik P motor. Saya berlatih banyak jam juga sebab nak bagi mahir. Saya ambik sesi latihan pertama, patutnya mula jam 8pagi. Tapi selalunya cikgu sekolah memandu tu datang lewat kadang-kadang dah pukul9 baru dia muncul maka, matahari pun dah mula nak terik. Masa tu pulak dah nak dekat bulan puasa so memang cuaca panas. Habis muka saya...terbakar gila-gila punye la. Dah la memang kulit gelap bertambah kelam la jadinya. Macam-macam saya buat masa tu, sebab selain kesan terbakar dan berbelak, kulit pun rasa pedih sangat. Pulak tu, naik segala mak nenek jerawat yang tak pernah-pernah naik selama ni. Kata kawan saya, kulit muka saya baru nak adjust sebab kena pencemaran udara dan juga terbakar dek matahari. 

Masa tu jenuh juga saya google kot ada orang yang kongsi apa protection yang mereka buat untuk jaga kulit walaupun mengunggang motosikal. Nan ado yang spesifik. Setelah mencari dan terus mencari...mula-mula tu rasa nak pasrah je, tapi disebabkan masalah kulit tu...saya ikhtiar juga. Maka saya pun cuba la krim SPF macam yang kat bawah (warna kelabu) tu. Ada banyak jenama di pasaran, pilih aje kat Guardian atau Watson tu bersusun. Saya pilih Biore, teksturnya sangat selesa dipakai, rasa macam tak pakai krim pun. Saya ambik yang SPF50 sebab memang terdedah kepada matahari agak lama.Kalau rajin cuba search  untuk kira berapa SPF yang kita perlu pakai untuk tempoh berapa lama terdedah kepada matahari. Kalau ada bajet lebih boleh je beli yang SPF 100 pun. Lepas sapu krim SPF ni saya tak pakai apa-apa krim lain sebab saya rasa tak selesa, muka cepat berpeluh. Terus tempek bedak je. Saya akan pastikan sapu krim ni bila-bila je nak keluar rumah kecuali malam.


Kemudian, saya consume vitamin E. Saya pilih vitamin E keluaran Shaklee, dikenali dengan nama Vita-E Complex kerana selain vitamin E, ada sekali dengan selenium dan grapeseed. Dulu vitamin E Shaklee warna oren, sekarang dah warna purple gelap sebab ada kandungan biji anggur tu. Khasiat vitamin E ni antara lain adalah untuk menentang radikal bebas di sekeliling kita. Dan sebagaimana semua maklum, vitamin E memang vitamin untuk kulit. Vitamin C pun saya ambil, walaupun pada asalnya adalah untuk pertahanan badan, tapi vitamin C juga bagus untuk pembinaan kolagen.

Kat bawah ni, krim yang baru sebulan lebih saya guna. Krim vitamin E jenama Cosmoderm. Boleh baca kat kotak tu manfaatnya. Alhamdulillah nampak kesannya pada saya sebab belak kat tepi pipi dah kurang, parut pun cepat hilang. Krim ni kalau tak silap saya ada sampai 3000 i.u. Yang saya guna ni 1000 i.u saja. Saya sapu di seluruh muka sebelum masuk tidur, dan kalau saya tak ke mana-mana saya sapu juga selepas mandi pagi. Kalau nak sapu minyak Vita-E Shaklee yang dipecahkan daripada kapsul pun boleh juga.


Disebabkan saya dah jatuh hati dengan produk Cosmoderm ni, skin care saya pun tukar ke Cosmoderm jugak. Mulanya saya ingat nak guna pencuci muka yang vitamin E juga, sama range dengan krim tu tapi disebabkan muka saya jenis berminyak, saya guna la yang range tea tree oil. Masih ada vitamin E 200 i.u. So far saya suka. Saya belum sempat nak belek-belek apa lagi yang ada di bawah produk Cosmoderm ni. Kalau tak silap saya Cosmoderm pun ada krim SPF. Belum tau lagi nak cuba ke tidak sebab dah selesa dengan Biore.  Mungkin boleh completekan set dengan toner pulak nanti. Oh ye, harga produk Cosmoderm adalah sangat mampu milik. Krim dan pencuci muka tu dalam belas-belas ringgit je kalau tak silap saya. Boleh search, Cosmoderm ada website rasmi.



Jadi, inilah serba sedikit tips penjagaan kulit muka daripada terbakar dek panahan cahaya matahari tatkala menunggang atau membonceng motosikal. Saya sangat takutkan jeragat, dan jeragat memang terhasil akibat terbakar oleh cahaya matahari. 

Bagi anda yang nak cuba Vita-E Complex Shaklee boleh hubungi saya melalui emel maizuraosman@yahoo.com atau sms 0123302067. 

Disebabkan saya ni kalau review drama kalah nak buat paper jurnal, diap search bagai...maka eloklah kiranya tulis entri ni dulu sebelum entri azam tahun baru 2013. Hehehe.



Prosecutor Princess ni bukanlah cerita baru, mungkin sekitar 2010 la kot. Betlkan kalau salah. Penting ke pun? hehe. Mula-mula dulu saya tak tertarik dengan drama ni walaupun dalam reviewnya Kak Zel kata best. Tapi last-last saya order jugak sebab adanya Kim Seo Yeon jadi heroin. Rasa teringin pulak nak tengok Seo Yeon berlakon genre lain selain thriller dan action. Memang puas hati tengok cerita ni. Sikit-sikit ada kureng tu biasala..nama pun drama bikinan manusia. Drama real kehidupan je yang perfect.

Dalam cerita ni, Kim Seo Yeon pegang watak heroin bernama Ma Hye Ri. Heronya...Park Shi Hoo yang memegang watak sebagai Seo In Woo. Mengisahkan heroin ni seorang law student yang baru grad dan berjaya jadi pendakwaraya. Tapi dia ni terpaksa je ambik cos law tu atas arahan ayah dia. Sebenarnya dia minat fesyen. Hero pulak seorang peguam yang dibesarkan dan belajar di Amerika, tetapi balik bekerja di Korea. Heroin ingat perkenalan mereka adalah secara tak sengaja dan seterusnya jadi kawan, tapi rupanya hero ada misi tersendiri mendekati dia.

Saya suka jalan cerita ni kecuali part yang hujung-hujung, flow pun ok tak laju sangat tak lembap sangat. Ada jugak babak-babak yang tidak dijangka. Pendek kata tak boring tengok. Lagi part yang saya suka adalah part main perasaan bila hero terpaksa tahan perasaan cinta dia pada heroin sebab nak capai misi asalnya. Cerita ni jugak takde watak antagonis, walaupun dua perempuan sukakan lelaki yang sama tapi dua-dua macam profesional gitu.

Selain tu, best jugak sebab boleh cuci mata tengok rumah, bilik, baju, aksesori cantik-cantik dan mewah. Maklumla cerita orang kaya, suka fesyen tentula ada benda-benda sampingan gitu. Tapii...rambut heroin tak lawa la dalam cerita ni. Serabai dan serabut. Body , rupa dah mengancam..tapi tang rambut..fesyennya saya takleh bla. hehehe.


Cuba bandingkan gambar Seo Yeon kat atas ni, rambut yang baju pink tu pelikkan? hihihi.

dan ini sape?


Kalau nak tau macam mana dia boleh kurus dan jadi prosecutor yang cantik jelita, tengokla drama ni..hehe.
Sebagaimana yang dijanji, saya nak share slide presentation tentang GOT (Graduate on Time) yang saya dapat masa ICPE5 di UTM pertengahan disember 2012 yang lalu. Saya lupa nama speaker ni, nanti balik tengok buku program saya update ye. Entri kali ni introduction saja dulu.






Muhasabah perjalanan Phd kita, bagi yang sedang dalam perjalanan...bagi yang nak mula, anda boleh Graduate on Time!


Para linguist, jom kita turut serta. Alang-alang tahun 2013 buat kat negara sebelah je kan. Tahun 2012 jauh kat France. 

Call for Paper
Abstracts are invited for papers on any areas related to Southeast Asian Languages including but not exclusively:

• Phonetics and phonology
• Grammatical system
• Genetic and areal relationships
• Historical and comparative studies
• Semantic, pragmatic and discourse analysis
• Sociolinguistic study
• Psycholinguistic, neuro-linguistic, and cognitive study
• Language and culture/thought
• Language documentation

Date and venue
May 29 - 31, 2013 at the Faculty of Arts, Chulalongkorn University, Bangkok, Thailand

Abstract submission
Please send your abstract of no more than 500 words plus examples and references both in doc/docx and pdf formats. The abstract must not include information about the author(s) and their affiliation(s) so that it is completely anonymous. If special fonts or characters are required, please use Unicode. Presentations will be allotted 20 minutes plus 10 minutes for discussion. Please click here to submit your abstracts via Easychair.

Important dates
Abstract submission deadline: Jan 4, 2013
Notification of acceptance: Feb 15, 2013

Contact
For inquiries, please contact Pittayawat (Joe) Pittayaporn at sealsxxiii@gmail.com.

Special panel
Proposals for special panels on any topics relating to linguistic diversity in Southeast Asia are welcome. Please send a brief description together with a preliminary list of speakers to sealsxxiii@gmail.com by Jan 31, 2013.

Untuk maklumat lanjut boleh layari laman rasmi SEALS23 di http://ling.arts.chula.ac.th/seals23/index.php

Sebagai saudara seIslam, saya rasa bertanggungjawab untuk sama-sama boikot barangan yang ada kena-mengena dengan Israel laknatullah. Bila tengok senarai barangan yang under boikot tu... salah satunya ada dalam rumah saya, MILO. Tapi suami saya sorang je minum, saya memang dah reject milo sejak diet. Sebelum diet pun jarang-jarang minum milo sebab saya biasa minum susu atau cereal spirulina. Sofiy pun tak suka milo. Saya dan suami sepakat takkan beli milo lagi. Maka saya gantikan milo dengan minuman malt coklat yang lain. Pilihan saya..


Sedap coklat ni, jauh lebih sedap daripada milo. Takde gula. Tapi...bukan taste suami la pulak. Dah la beli yang 2kg. Jenuhla nak habiskan. Jadi untuk citarasa suami, saya belikan ini.


Mungkin boikot ni nampak remeh, tapi percayalah yang kecil itu bukan tidak bermakna. Saya perasan sejak keluar isu boikot, McD, Milo dan Maggi menggandakan iklan mereka. Kat yahoo pun dah ada iklan milo menari-nari.