Ini kisah sedikit seram..sikit je la...Almari yang dimaksudkan ala-ala almari kat dalam gambar ni tapi tak la sebesar tu.

Kami dah lama perasan Farhan ni suka sangat senyum sambil pandang lemari dalam bilik tidur kami. Mula-mula saya ingatkan kebetulan aje. Tapi dah berbulan ni..masih macam tu jugak. Kadang-kadang baru bangun tido pun, asal pandang ke almari tu dia senyum sengih. Kami tengok-tengok juga..kalau siang memang nampak bayang baju yang disidai kat ampaian berdepan almari tu. Tapi..ampaian tu baru seminggu suami letak kat situ. Sebelum ni ada maxi rider je depan tu.

Malam ni..lepas maghrib, suami take turn jaga dia masa saya makan malam. Masa kat atas riba suami tu dia pandang ke almari jugak. Senyum sengih sampai ke telinga, kejap kejap senyum...siap menggelinjang kakinya macam excited sangat. Aiyoooo...

Suami siap SMS saya yang tengah makan sebab nak suruh datang tengok aksi anak. hehe. Kami andaikan kalau pun ada 'sesuatu' dalam almari tu..biarlah 'sesuatu' tu sifatnya baik. Sebab dia buat Farhan senyum. Kalau jahat mesti baby nangis kan? Tapi..tetap juga cuak. Almari tu penuh baju saya je pulak tu.suami punya baju dalam almari lain.

Buku Baru Ustaz Fathuri: Allah Tempat Meminta



Alhamdulillah, 
Buku yang ditunggu-tunggu telah pun selamat dilancar dan diterbitkan. Ramai yang ternanti-nanti buah tangan terbaru Ustaz Fathuri selepas Buku Mudahnya Menjemput Rezeki (MMR) menjadi fenomena di seluruh Malaysia malah ke luar negara. Buku MMR selain jadi best seller, juga mendapat anugerah daripada MPH Bookstore.

Istimewanya, buku Allah Tempat Meminta (ATM) ini merupakan koloborasi Ustaz bersama 40 penulis jemputan yang juga warga MMR (follower page MMR). Buku ini pada asalnya merupakan satu usaha Ustaz untuk menghimpunkan kisah-kisah benar berkenaan rezeki terutamanya bagi mereka yang sudah merasai sendiri kelazatan MMR itu. Buku yang pada mulanya ingin dijudulkan sebagai 40 Kisah MMR itu kemudiannya dirombak dan diperkemas semula oleh team pengurusan PRMMR (Program Realiti MMR) sehingga terhasilnya buku ATM yang kita lihat di atas ini. Masih berkonsepkan koleksi kisah benar, buku ini turut hadir bersama modul MMR untuk diamalkan oleh pembacanya. Bak kata pengurus MMR Creative, Puan Onny,  menghasilkan sebuah buku mungkin mudah, namun menghasilkan bahan bacaan yang bermanfaat tidaklah mudah.



Semoga buku ini juga akan menjadi satu wasilah dakwah buat masyarakat keseluruhannya. Dengan itu, saya sebagai salah seorang pengedar MMR, kali ini menghulur tangan sekali lagi untuk menjadi penyampai buku ATM ini. Telah pun terpilih, alhamdulillah dan telah pun membuat tempahan, in sha Allah stok buku ATM akan saya terima dalam tempoh 10 hari lagi. Begitu maklum penerbit.

Jadi, bagi pembaca MAIA yang mana berhajat menjadi orang-orang terawal menatap dan membaca buku ATM ini, saya buka pre-order. Boleh hubungi saya melalui medium yang saya sertakan di bawah nanti. Oh ya..harga buku Allah Tempat Meminta (ATM) ini ialah RM18/ RM20 (SS) sama dengan harga buku MMR. In sha Allah, buku ATM ini juga ada buku mininya dengan harga RM2.90 senaskhah. Bagaimanapun, saya belum lagi dapat gambar buku mini ATM ini. Harap anda semua bersabar. 

UPDATE 11 Feb 2015



Alhamdulillah, stok telah tiba Jumaat lepas dan hari ini (Rabu) stok buku Allah Tempat Meminta telah tinggal tak sampai 10 buah sahaja. Sambutan memang menakjubkan. Saya telah restock dan in sha Allah stok baru akan tiba dalam minggu ini juga. Jadi, bagi yang berhajat cepat-cepat order sebelum kehabisan stok lagi. Dengar khabar, berikutan masalah cetakan sebelum ini, Ustaz Fathuri meminta cetakan kedua ditangguhkan buat sementara waktu sehingga beliau tiba di tanah air daripada permusafiran. Harap-harap tidaklah sampai terputus bekalan sebab masih ramai lagi yang ingin mendapatkan buku fenomena 2015 ini.

Anda boleh dapatkan Buku MMR dan ATM versi penuh atau versi mini daripada kami dengan menghubungi saya melalui mana-mana medium di bawah: 

Puan Mai 
(MAIA Natural Resources)
PENGEDAR BUKU MMR
PENYAMPAI BUKU ATM 
SMS / WA / TELEGRAM: 012 3302067
EMEL: minaina_ilaaina@yahoo.com
FB FANPAGE: Min-Aina-Ila-Aina

 
*Bagi yang berminat mendapatkan buku ini secara self-pickup dan pembayaran tunai, kami berada di Bandar Seri Putra, Bangi. (Berdekatan KUIS, Bukit Mahkota, Bangi Lama, Nilai 3, Stesen Komuter Bangi, UKM, Bandar Baru Bangi dan Kajang). Penghantaran melalui pos boleh dilakukan ke seluruh Malaysia, Sabah Sarawak dan negara-negara yang menerima perkhidmatan Pos Malaysia.

Nama alfalfa bukanlah nama yang biasa kita dengar sehari-hari, kecuali anda seorang pengamal suplemen dan sukakan herba. Ya, saya sendiri pun awal-awal dulu hairan dengar nama alfalfa ni, tak famous macam kunyit, halia, bawang putih, atau pun habbatussawda'. Sejak Shaklee menjadi fenomena di seluruh Malaysia, alfalfa semakin dikenali lebih-lebih lagi di kalangan ibu-ibu yang menyusukan anak dengan susu ibu. Alfalfa terkenal sebagai milkbooster (penggalak susu) yang hebat!

Tapi...nanti dulu...anda yang tidak menyusukan anak juga sebenarnya boleh mengambil alfalfa. Alfalfa bukanlah khusus untuk ibu menyusu sahaja tetapi sebenarnya ia bagus untuk semua (kecuali pesakit auto-immune dan ibu mengandung). Alfalfa Shaklee (Medicago Sativa) ditanam secara organik di California, bebas pestisid, herbasid dan menggunakan baja kompos bebas bahan kimia. Tumbuhan ini mengambil masa sekurang-kurangnya 2 tahun untuk membesar dan akarnya boleh menelusur sehingga 20 kaki ke dalam tanah untuk menyerap pelbagai nutrien. Daun alfalfa yang telah matang kaya dengan klorofil, protein, asid amino, serat, zat galian, vitamin dan enzim serta fitokimia. 

SIAPA LAGI YANG BOLEH MENGAMBIL ALFALFA?


 Antara set-set paling laris yang mengandungi alfalfa

SET MENYUSU

Kombinasi Alfalfa + ESP merupakan set bajet untuk manfaat ibu-ibu yang menyusukan. Alfalfa sebagai milkbooster membantu ibu-ibu yang mengalami masalah kekurangan air susu ibu ditambah dengan ESP yang mampu memekatkan susu membuatkan bayi anda mudah kenyang dan tidur lena. Namun demikian, harus diingat bahawa penyusuan badan perlu mematuhi hukum SUPPLY VS DEMAND, iaitu kekerapan menyusukan anak harus dijaga, kerana kurangnya permintaan mengakibatkan kurangnya pengeluaran air susu.

SET SLIMMING

Alfalfa juga merupakan produk yang sangat penting buat mereka yang ingin menurunkan berat badan secara alami. Kombinasi alfalfa dan lecithin merupakan gabungan paling bajet untuk proses menguruskan badan yang kami tawarkan. Lecithin akan bertindak sebagai pembakar lemak (emulsifier) secara semulajadi dan tidak memberikan kesan sampingan negatif, manakala alfalfa pula bertindak menyahkan lemak-lemak yang telah dibakar oleh lecithin tadi, terus disingkirkan daripada badan melalui perkumuhan. 

SET KEWANITAAN / KEINTIMAN

Sebenarnya, ramai di kalangan suami isteri yang menyimpan perasaan berkaitan hubungan intim setelah perkahwinan sampai ke satu tahap dalam rumahtangga. Sama ada masalah kedinginan, keputihan atau masalah di bahagian intim, ia sepatutnya tidak boleh diambil mudah. Ini biasa berlaku setelah isteri melahirkan beberapa orang anak, ataupun isteri sedang menyusukan anak, atau setelah rumahtangga mencapai umur yang agak lama. Para isteri yang selalu rasa rendah diri akibat proses melahirkan dan bentuk tubuh yang sudah berubah seharusnya tidak perlu gusar kerana dengan pengambilan alfalfa secara konsisten, anda akan kekal perawan buat suami anda. Ingin kembali muda melayari bahtera, anda dan suami boleh mengamalkan vita-e complex Shaklee yang juga digelar sebagai 'vitamin cinta'.

SET GOUT

Penderita gout semakin hari semakin ramai. Antara suplemen yang boleh meredakan penyakit ini (dengan pengambilan konsisten dan makanan yang terkawal). Alfalfa dan Omega merupakan gabungan yang mantap untuk memerangi gout dan juga masalah sendi. Amalkan pengambilan air kosong yang mencukupi dan elakkan makanan laut serta sumber tenusu. 

SET RESDUNG

Resdung menyerang tidak mengira usia, malah di kalangan remaja juga cukup ramai penghidap resdung. Resdung menyebabkan hidup seseorang jadi kurang berkualiti kerana perlu berjaga-jaga dalam pemakanan, tempat tinggal dan juga tidak selesa berhadapan orang ramai. Alfalfa merupakan antihistamine semulajadi yang paling mudah dan murah. Ia membantu mengurangkan alergi dan sinus. Sebaiknya dengan kombinasi SR Vita-C Shaklee. Suami kepada sahabat saya, penderita resdung yang teruk akhirnya pulih terus daripada resdung dengan pengambilan suplemen Shaklee, dengan izin Allah juga tentunya. Elakkan ubat resdung atau alergi yang saiznya sangatlah kecil tapi boleh buat kita mengantuk dan lalok macam kena candu. Cubalah kaedah yang semulajadi dan selamat.

SET DETOKS

Set detoks merupakan set yang fokus kepada pembuangan toksin dari seluruh tubuh, membersihkan usus dan kolon serta menyahkan lemak dan kolesterol yang tidak bermanfaat. Alfalfa yang kaya dengan serat, dibantu pula dengan herblax, sangat sesuai buat mereka yang mengalami masalah pelawasan, sembelit, dan kurang pengambilan serat. Proses detoks ini juga merangkumi proses pembersihan tubuh daripada toksin yang menyebabkan jerawat. Proses ini sangat semulajadi dan tiada kesan-kesan negatif. Anda akan bangun setiap pagi dan akan buat lawatan ke tanda dahulu sebelum ke tempat kerja. Bagaimana nak tahu sama ada anda tidak mengalami masalah pelawasan? Adakah anda membuang air besar setiap hari dengan mudah? Jika 3-4 kali seminggu? Itu tandanya anda punya masalah.


** Disclaimer
This product is not intended to diagnose, treat, cure or prevent any diseases. This product is just a supplement to help you stay healthy.


PERTANYAAN / ORDER:

MAIA (SID 918631)
SMS: 012 3302067
EMEL: minaina_ilaaina@yahoo.com
FB FANPAGE: Min-Aina-Ila-Aina

* MAIA merupakan pengedar Shaklee yang sah dan menerima pembelian secara Cash on Delivery (COD) atau Self Pickup di kawasan Bandar Seri Putra, Bandar Bukit Mahkota, Bangi Lama, KUIS, UKM. Caj penghantaran akan dikenakan bergantung pada jarak kawasan. Penghantaran melalui pos boleh dibuat ke seluruh Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak.

Anak Kecil Tak Mau Tidur Siang? 

Apa Yang Ibu Bapa Perlu Tahu



"Ngantuk, tapi tahan mata"
Biasa dengar tak istilah tu. Dilema kanak-kanak kecil tidak mahu tidur siang (nap) adalah perkara biasa di kalangan ibu-ibu. Termasuklah saya. heee. Anak-anak kecil biasa tidur 1-2 kali pada waktu siang. Ada juga yang lebih, tapi ada juga yang langsung tak mahu tidur. Jenuh berperang kalau nak suruh tidur. Anak tak mau tidur siang ni bukan sahaja memberi kesan kepada si anak tu sendiri, sebaliknya ibu yang menjaga pun terkesan jugak, Mana tidaknya, itu je la masanya si emak nak buat kerja rumah, nak belek diri sendiri, nak rehat-rehat, nak ngadap lappy atau pun nak tidur sama. Lagi satu, anak yang penat tapi takmau tidur ni biasanya disertai dengan meragam. Lagi la tambah pening mak kan?

Mengapa Kanak-kanak Perlu Tidur Siang


Kanak-kanak kecil melalui marathon dalam perkembangannya baik secara intelektual mahupun fizikal. Oleh itu, hanya tidur merupakan cara mereka berehat. Menurut pakar tidur, Marc Weissbluth, M.D yang juga penulis buku Healthy Sleep Habits, Happy Children (Ballantine, 1999), tidur seketika pada waktu siang membantu perkembangan kognitif kanak-kanak.

Hormon kortisol, iaitu hormon yang datang akibat stres akan menurun dengan baik semasa tidur siang. Anak-anak yang tidur siang akan bangun dengan lebih gembira, lebih fokus, dan lebih bersedia untuk belajar dan meneroka sesuatu yang baru di sekeliling mereka. Dr. Greg Prazar, seorang pediatrik perkembangan dan sikap di Exeter, New Hampshire juga menyatakan bahawa tidur siang merupakan satu peluang untuk belajar.

Ada satu lagi yang tidak kurang pentingnya tentang tidur. Tidur merupakan satu cara untuk meningkatkan imun badan. Kurang tidur boleh membuka lebih peluang untuk kanak-kanak jatuh sakit akibat rendahnya sistem imun dalam tubuh mereka. Bayi memerlukan sehingga 18 jam tidur sehari, kanak-kanak kecil pula memerlukan 12-13 jam tidur sehari. Kanak-kanak prasekolah pula memerlukan 10 jam tidur sehari. 

Saya akui fakta ini, sebab Sofiy memang susah sangat nak tidur siang. Cuma dulu masa hantar kat rumah pengasuh memang kena tidur, masa kat rumah pun saya paksa tidur. Tapi bila masuk tadika, dok daycare...akal dia pun dah panjang, kawan pun sama naik...cikgu tak larat nak paksa dia tidur. Saya tau kadang-kadang dia kena marah dengan cikgu sebab takmau tidur. Sampaikan dia taknak pergi sekolah sebab taknak tidur. Sabo je la. Akibatnya, dia mudah kena jangkitan. Jangkitan telinga la, kudis kat hidung la, dan paling saya tak boleh lupa bila mulut dia pun kena jugak. Masa tu la doktor bagitau, dia kena virus. Puncannya imun badan rendah disebabkan kurang tidur atau kurang makan sayur. Serius risau masa tu tengok mulut dia walaupun dia tak sakit.


Mula-mula..sikit je


Dah makin merebak..tapi tak ada ubat. Tunggu je la baik sendiri.

Apa yang saya buat? Pujuk dan brainwash dia supaya dia tidur siang dan tidur awal sebelah malam. Bagi dia multivitamin, vitamin c, Meal Shakes dan Omega. Bagi dia makan sayur lebih kerap dan suap dia sayur lebih. Kalau suap sendiri bawang pun diasingkannya. Alhamdulillah walaupun agak lambat tapi tak sampai merebak ke bibir atas.

Tips Untuk Menggalakkan Anak Tidur Siang


1- Buat jadual bangun dan tidur anak. Patuhinya. Pastikan anak-anak bangun pada waktu yang sama dan masa tidurnya juga sama. Misalnya selepas zohor , hari-hari kena tidur selepas zohor. Tidak boleh tidak.

2- Sediakan kawasan / port yang sesuai untuk anak tidur. Latih anak tidur di tempat yang sama setiap hari.

3- Teman anak di awal proses tidurnya. Jika anak susah tidur, boleh ajak dia baring-baring dan ajak buat aktiviti ringan yang tidak melibatkan pergerakan badan yang aktif. Contohnya membaca buku, sesi pillow talk, sesi bercerita.

4- Kurangkan gula dalam diet anak. Gula hanya menyebabkan mereka menjadi aktif dan akibatnya anak sukar tidur.

5- Benarkan anak membawa patung mainan atau permainan sebagai teman tidurnya.

6- Buat sesi urutan ke seluruh tubuh anak supaya badannya berasa relax dan tenang. Ia memudahkan anak-anak lena.

7- Sediakan suasana yang sesuai untuk tidur misalnya matikan tv, turunkan langsir, pasang muzik yang menenangkan (saya pasang AlQur'an). 

Jika anak memang gagal untuk ditidurkan pada siang hari, pastikan mereka tidur awal pada sebelah malam. 
Saja gatal tangan nak mencoret juga..kikiki.

Malam tadi Anugerah Juara Lagu berlangsung. Saya tahu AJL dah nak dekat tapi saya memang tak tengok pun tarikhnya. Lepas Isya' suami bersuara " Kalau orang tu nak tengok Juara Lagu tengok le..." Ceee..bunyi macam bagi tak bagi je kan? Suami saya tahu saya layan jugak anugerah-anugerah ni dulu..especially masa zaman degree. 


" Malam ni ye? Takmau laa..ada banyak kerja nak buat. AJL sekarang dah tak best dah". 

Jawapan saya tu, tulus ikhlas ok..bukan lakonan bukan drama.

Masa iklan / teaser AJL pun saya dah tak rasa tertarik. Rasa-rasanya dah 2-3 tahun juga saya tak layan AJL ni...ataupun start AJL ubah konsep dan tak ada lagi kategori. Dulu saya suka kategori etnik kreatif. Saya sempat bukak sekejap juga la semalam masa iron baju, tupun dengar Alyah nyanyi pun separuh je. Sofiy keluar dari bilik SOHO lepas main lego, dia sound, "Umi, jangan tengoklah cerita tu nyanyi-nyanyi tak elok. Sofiy tukar tv lain ye". "Ok, tukar la channel lain". Lalu kami pun tengok la rancangan Makan Angin. Kemudian masa Dayang nyanyi dengar sekejap via tonton sambil buat keje. Dah tersekat-sekat je baiklah tutup.

Tau-tau kawan-kawan FB pakat dok meroyan pasal pemenang dan penaja AJL. Hihi. Fikir-fikir balik, memanglah umur saya ni dah tak minat kot nak layan rancangan hiburan macam tu. Tengok tu tengok juga kalau dah terbuka tv tapi tak la macam dulu siap book tempat duduk kat bilik tv..kahkahkah. Sebenarnya lagu-lagu yang diorang nyanyi tupun banyak yang saya tak pernah dengar. Dulu-dulu, rajin dengar radio masa kat hostel. Jadi tau la juga sikit sebanyak lagu-lagu terkini. Kenal jugaklah nama-nama penyanyi. Sekarang, dalam kereta pun dah tak buka saluran radio..pasang cd je. Ada tak ada pun tau lagu latar drama je la kot? Surat khabar pun dah jarang beli. Kalau beli pun tak dan nak baca...dengar je la laporan suami yang baca. Tau hal ehwal semasa hanya melalui berita tv dan internet (pun yang orang share je). Adakah saya semakin tua dan kolot? Atau saya terlalu sibuk? Hahaha..sibuk tu, ada orang yang lagi sibuk. Tapi sungguh 24 jam sehari sekarang ni macam tak cukup je. Tau-tau dah pukul 11 malam sedangkan banyak lagi kerja tak settle. 

Ok, bagi yang klik entri ni nak baca tentang AJL...saya minta maaf. Entri ni hanya tentang 'saya tak tengok AJL'. Bukan nak kata saya bagus sangat, saya layan jugak hiburan..cuma apa yang saya suka je la. Drama Melayu masih tengok lagi tapi tak la semua..Upin Ipin pun tengok jugak...filem Hindustan kalau tak merepek dan seksi sangat saya tengok je..dvd drama Korea memang dah tak sempat nak layan tapi drama kat tv ikut juga kadang-kadang. Saya harap suatu hari nanti saya dah tak pandang lagi hiburan-hiburan begini secara total. Dan mudah-mudahan anak-anak saya pun tak la minat hiburan-hiburan ni sangat.

Dunia semakin tua.