Gambar: ehsan utusan.com.my

Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum buat semua pembaca Singgahsana MAIA.

Semalam berwhatsapp dengan seorang bakal pelanggan yang baru seminggu bersalin. Sebelum raya hari tu ada dia mesej, dah bersembang-sembang dah..masa tu dia belum bersalin lagi, sedang menunggu hari. Alhamdulillah, baby yang dinanti dah pun lahir. Tapi kena jaundis tinggi pulak sampai kena tukar darah. Jadi, si ibu ni tak sempat lagi nak berpantang, 3 hari di NICU tak dapat baring pun, katil penuh. Duduk di kerusi saja. Huhu...saya yang mendengar ni pun rasa letih dan sakitnya. Teringat pulak kisah saya berpantangkan Farhan tahun lepas. Memang tak sempat lagi nak kongsi di sini tentang bersalin, berpantang dan kisah-kisah Farhan. In sha Allah..akan update juga nanti.

Kali ni nak cerita sikit tentang bentan masa dalam pantang bersalin. Ni daripada pengalaman saya. Saya kena bentan ni masa dah hari ke-30 tau. Anak saya kedua-duanya G6PD Deficient, jadi memang wajiblah dok kat hospital (NICU) seminggu. Alhamdulillah, syukur sangat-sangat walaupun saya bersalin kat Hosp Kajang yang takde kelas-kelas, semua kelas 3, takda aircond bagai, tapi Allah bagi saya rezeki wad NICU yang sangat selesa. Kenapa saya kata selesa, sebab masa bersalinkan Sofiy dulu kesnya sama la macam customer saya tu...takda katil. Tapi di Kajang walaupun masa di wad bersalin kena banyak bersabar dan bertabah, tapi wad NICU ada aircond, katil pun elok, ruang selesa, kemudahan air panas untuk minum dan mandi pun ada. Jadi, walaupun saya dok hospital seminggu tapi saya masih boleh bertahan...masih sihat dan cergas. Nanti saya cerita kisah bersalin dan berpantang di wad dalam entri yang lain ya.

Ok, macam mana boleh bentan? Ada beberapa penyebab bentan saya ni...tapi bila dah bergabung, maka tumbanglah saya. hihi. Macam ni, anak saya Farhan dilahirkan dengan masalah CTEV atau bahasa biasanya dipanggil Clubfoot. Kaki (bahagian tapak kaki) dia bengkok ke dalam. Dia bukan sakit dan bukan juga dikategorikan cacat, cuma kena rawat (manipulate) la supaya boleh dibetulkan.



Dalam masa sama macam saya kata kat atas tadi, dia G6PD deficient, dan juga kena prolonged jaundice. Jadinya, sejak balik dari hospital memang kena pegi check darah untuk kuning dia setiap hari. Setiap hari ulang klinik. Dah la kita dah seminggu kat wad tu badan tak terjaga, tak cukup rehat, balik pun masih kena ulang klinik. Tu cerita klinik. Hospital pun kena ulang juga, klinik refer hospital untuk check jaundis dia, dan nak rawat kaki dia tu. Sebaiknya baby CTEV dirawat secepat yang mungkin sebab segala urat dan tulang masih lembut lagi. Kaki dia disimen (cast) dari hujung jari kaki sampai la ke pangkal peha. 


Setiap minggu cast tu kena tukar baru. Sebelum tukar, kena bukak siap-siap di rumah. Cara bukaknya, kena rendam dalam air dan bukak layer demi layer.

Dipendekkan cerita, masa hari ke-30 berpantang tu..ada appointment di hospital. Dua tempat, di Paeds dan di Ortopedik. Hari tu juga pertama kali bukak cast kaki Farhan. Ingatkan senang, rupanyaaaa..adoi seksa. Baby belum habis pantang, badan lembik lagi, saya pun belum kuat lagi, nak duduk pun masih kena kepit-kepit. Rendam dalam air memang melalak la kawan. Serius masa tu memang la kami stres sangat-sangat. Mujur suami yang bukakkan cast, saya cuma pegang Farhan je. Nak bukak sebelah kaki pun lama dengan dia meronta menangis. Habis bukak sebelah kaki, angkat dan saya terus susukan. Masa tu kain batik yang saya pakai habis lencun. Kemudian sambung pulak sebelah lagi. Dah bukak, pujuk dan susukan lagi. Tanpa saya sedar...saya dah gunakan tenaga lebih daripada sepatutnya masa pegang dia, duduk berlutut lama, main air lama sebab pegang dia dalam besen, dan pakai kain yang lencun tu agak lama jugak la sebab nak dapat bukak tu ambik masa lebih setengah jam. Ibukan, dah tak ingatkan diri sendiri sebab dok fikir anak je. Pengalaman pertama kot dengan baby clubfoot. Badan dah rasa sakit-sakit tapi pergi jugak la appointment di hospital. Mula-mula ke Ortopedik, kemudian jalan pulak ke Paeds. Selesai semua urusan dah pukul 1 petang, perut kosong sebab apa je makanan kat kantin yang boleh dimakan. Suami belikan roti je. Balik dari hospital, bergegas pulak ke klinik kesihatan, ada appointment cucuk si Farhan ni umur sebulan. Tak boleh tangguh kat nurse, kena ngam-ngam hari ke-30. Allahh..memang letih sangat. Rumah pulak apartment yang kena naik turun tangga. 

Balik dari klinik dalam pukul 3-4 petang macam tu..saya dah rasa tak sedap badan. Rasa sengal-sengal dan seram sejuk. Alamak, aku demam pulak ni. Memang saya menangis masa tu sebab tak larat sangat. Baby tetap juga perlu dibelai dilayan dengan cast baru pasang pagi tadi, memang dia meragam la sebab tak selesa, kaki jadi berat, panas dan gatal merenyam kot kena kapur tu. Nak dukung dia pun, dah jadi ekstra berat sebab cast tu kalau baru pasang masih lembap dan berat. Ada la 1/2 kg berat cast sahaja, tambah berat anak lagi. Ingat-ingat balik memang ngeri. Saya tak ingat sama ada saya ada makan paracetamol ke tidak masa tu. Sebab demam dia bukan demam yang biasa, demam bentan ni lain sangat. Badan jadi sakit sangat, habis segala urat saraf tu rasa macam dicengkam. Paling teruk bahagian kaki, mungkin akibat pakai kain lencun. Naik malam, masih sakit tapi dah tak demam. Tapi esoknya bila tengahari je demam balik. Sah bentan! So saya pun mula la mencari penawar. Bila baca (google) memang ramai yang kata kena pantang balik semula 44 hari. Ramai jugak yang suruh berurut semula, ambil penawar daripada bidan. Tapi kat sini payah nak cari bidan Melayu yang arif bab-bab ni. 

Akhirnya, tawakkaltu 'ala Allah...saya cuba beberapa ikhtiar untuk mengatasi masalah bentan ni:

1- Minum ubat periuk

Saya memang tak ambil herba sejak bersalin sebab baby kuning dan G6PD Deficient. Tapi bila dah kena bentan ni, terpaksalah. Kalau mak dah sakit, sapa pulak nak take care anak nantikan. Alhamdulillah juga masa checkup di Paeds tu doktor kata prolong jaundice ni bukan sebab G6PD Def dan dah boleh makan herba sikit-sikit try n error. Dan alhamdulillah juga ada ubat periuk brand Afiat yang saya beli masa berpantang keguguran sebelum tu tapi elok berbungkus lagi, tak makan sebab cuma keguguran saja. Mujur saya tak bagi kat orang lagi. Jadi tak perlulah saya nak order-order lain. 

2- Bertungku

Yang ni memang wajiblah. Sejujurnya pantang kali ni saya tak dapat nak ikut rejim pantang betul-betul sebab macam dok keluar je hari-hari. Tiap-tiap hari tungku tapi tak dapat lebih 2x, kadang-kadang dapat sekali je. Dah kena bentan, saya kena disiplin lebih la bertungku. Buang segala angin, dan yang penting badan nak kena panas sebab bila kena bentan rasa sejuk sangat. Saya guna tungku batu, tapi dah tak de alas daun mengkudu dah time tu sebab dah hujung berpantang dah kan.

3- Makan telur ayam kampung 

Petua ni saya dapat daripada ex- pengasuh Sofiy, yang juga pengasuh Farhan sekarang. Dia bagitau, masa dia kena bentan masa pantang keguguran, dia makan telur ayam kampung mentah selama 7 hari berturut-turut. Alhamdulillah jiran saya kampungnya dekat dan memang ayah dia ada jual telur ayam kampung. Saya makan 7 biji selama 7 pagi berturut. Makan mentah, saya tambah madu lebah.

4- Up vitamin B-Complex

Sepanjang mengandung dan berpantang, saya memang ambil set vitamin Shaklee. Alhamdulillah saya cergas dan sihat je sampailah insiden di atas. Tapi bila dah kena bentan, urat saraf dah rasa macam kena hack...saya ambil keputusan tambah dos vitamin B-Complex, iaitu vitamin saraf. Jadi, saya ikhtiarkan semua yang tradisional dan yang moden. Cuma urut je tak. 

Alhamdulillah syukur sangat-sangat. Dengan izin Allah, demam tengahari menyerang 3 hari sahaja. Itupun memang dah serik. Saya kebah daripada bentan, urat saraf kembali normal tapi saya memang limitkan pergerakan supaya badan betul-betul pulih. Alhamdulillah juga bentan saya ni attack urat saraf je dan bukan rahim. Kalau sampai tumpah darah..hohoho..nauzubillah. Orang panggil bentan urat macam saya kena ni. 

Pengajarannya, masa dalam pantang ni kena ekstra hati-hati. Memang kita rasa macam sihat je, tapi badan masih fragile. Semua maklum, ibu kalau dengan anak terutama yang baru lahir, sanggup bertukar nyawa, tapi selagi boleh..jagalah diri. Bila dah sakit, anak ke mana kita ke mana. Huhu..kalau boleh takmau lagi merasa bentan ni. Mintak dilindungi Allah jika ada kelahiran akan datang lagi.
Saya kongsikan tips dan motivasi daripada Dr. Rahim Munna, yang saya ambil daripada DSG. Sangat sesuai diambil perhatian oleh calon-calon yang baru mendaftar Phd, yang masih blur macam manakah perjalanan Phd ini sebenarnya. Dr. Rahim Munna ni buat bidang criminal, beliau dah interview 100 orang pembunuh untuk data phd beliau.



Greetings brothers and sisters. I would like to share few tips and steps that I followed during my PhD journey. Hope this post can benefits the PhD and Masters students. 

1. BE HAPPY. Always be happy. Enjoy each and every moment of your life. Go out with your friends for dinner or lunch. Share your happy momments with ur beloved ones. 


2. TAKE BREAK IN BETWEEN. Pls take 5 or 10 mins break when you are writing your thesis. During this break time, you can go tru the newsfeed, read your friends comments and like the pics. Dont spend your time by reading the emo or some negative posts. 


3. DRINK COFFFE/MILO. Try to drink coffee or milo when you are writing ur thesis. N make sure it is hot / warm. Dont take cold or iced drinks. This will make your mind relax, active and you will be very alert too. Nescafe is one of the secret for my GOT Award. 
tongue emoticon

4. LISTEN TO MUSIC / PLAY ANY AUDIOS/ MOVIES. I always used to play few movies while I am writing my thesis or articles. I feel the audio is a great companion. Make sure you play something that you already watched and some nice movies or inspirational songs. Dnt watch the videos, the audio is just your companion, so that u dnt feel lonely. Choose a movie with a nice& happy stryline. I used to watched few tamil movies that makes me happy. 
smile emoticon

5. SET DAILY / WEEKLY GOALS. Make sure you set your goals. I always write few goals everyday. For example: find 10 theories related to criminality, learn how to present kruskal wallis output n etc. Make sure you put adequate efforts in finishing each goal. And please cancelled each goal after u achieved. You will feel as a hero whn you cancel the each goal evrytme. One more thing, pls set different tasks for each day. For example, reading and writing. If you set a goal to read 20 articles on that day, sure u wil get bored. Instead of reading 20 articles on that day, you can read 10 articles and learn how to perform some statistical tests. 


6. OPEN YOUR MIND. Pls open your mind by approaching experts relaed to ur research. Dont confine yourself with ur supervisors. If you feel that particular lecturer good in qualitative analyses, seek for her advice. You can approach statistical experts to enquire more abt your tests. Dnt feel shy. And dnt expect the lecturers will come and assist you. If they criticise ur research, dnt be defensive. Be open to such critics. Say thanks to them and discuss with ur friends/sv. Before u discuss with others, ask urself wheater such critics are relevant or not. Improve urself.


7. READ OTHERS THESES. Pls pls go to your uniersty library and look at the theses. Pls go with a pen and piece of paper. Write down all the important subheadings or any important points. You aso can go to other uni libraries to look at their style. Ur external not frm ur uni..remember that. I used to go few uni libraries and read the phd theses. Evrytime u read a new thesis, you will find something new component. I improved my thesis with that. My examiners didnt asked me to add any new component cos all the components were there. Pls do this. Very helpful.


8. ATTEND WORKSHOPS /COURSES. Pls make urself free and try to attend few essential courses like academic writing, thesis wrting, statsitcal workshop, atlas ti or nvivo, validation of questionnaire and etc. Dnt force urself. You wont gain anytng. Go with the good intention. If u dnt understand, pls raise ur ques to speakers. Dnt feel shy. Be interactive. I alwyas prefer small scale workshops so that it wil be more interactive n u can ask lots of ques.


9. PUBLISH PAPERS. yes, you must publish papers. If can be ambitious to publish each of your research objectives. Whenver you publish, it will improve ur self confidence. Again, you will feel as a hero. If ur beginner, try publish in local journals. Get some confidence. One more thing, whenver you publish your papers you will receive reviewers comments. Thats d best part. You can learn ALOT. With that reviewers comments, you can improve ur thesis contents. I learn so many things frm reviewer comments. Keep publishing. 


10. PRESENT IN CONFERENCES. Another exciting part of postgaduate journey. Pls present ur papers at local and international conferences. Dnt wait for the grant money, i always share money with my my svs and present in conferences. Dnt choose poster. Oral is better. Why? You can improve ur presentation skills and at the same you will get fascinating questions frm the audience. If you cant answer, its k. Not a big deal. But make sure you find the ans for such quest whn u get bck to ur hotel room. Those type of questions will make u to develop the thnking skills and who knws that particulat ques might be raised in ur viva. I stil remember one of the delegate frm Punjab India asked me 'what makes you to put knives, parang and sharp wepons? I thnk all of them are same!'. Then i realised that i shoud change to sharp objects instead of wepons and i found tthe ans that knives and parangs deserved to be placed as a separate category due to the prevalent usage. N this quest helped me during viva. So immediaely present ur papers. Dnt wait until ur viva. Afta you finish performing analysis for each research obbject, come up as a paper n present it. N yeah, pls mix arnd wth others, who knws ur examiners particpate in the same conference.. hehe.


Best wishes friends. I will write other tips tmrw. DREAMS DNT WORK UNLESS YOU DO!!! REMEMBER THAT. PHD IS YOUR DREAM!!! WORK FOR IT. All the best friends and goodnight.
Artikel ini diambil daripada thevocket.com
Nota Editor: Kisah ini pada asalnya telah dikongsikan di Facebook Diana Ishak. Kami kongsikan semula di sini dengan izin daripada penulis. Semoga ia dapat menjadi tauladan dan panduan untuk kita semua.

Semalam entah macamana tiba-tiba aku teringatkan Sang Nila Utama.
Dulu aku menyampah betul kat dia. Aku rasa dia ni kalau sembang bab dunia memang payah. Nak kata dia ni ambik mudah hal dunia, tak jugak. Sebab dia bukan malas. Dia bekerja. Tapi kalau kau nak ajak bersembang pasal vacation, pasal shopping, pasal beli branded items, dia bukan orangnya.
Aku rasa life dia ni boring. Sebab dia kata dia tak pernah bawak famili dia bercuti. Dalam negara pun tak, luar negara apetah lagi. Istilah cuti adalah balik kampung.
Aku sibuk shopping periuk belanga Kenwood Tefal Noritake, dia shoppingperiuk belanga kat Padang Besaq je.
Aku shopping baju raya anak-anak kat mall, branded items, dia shopping baju sendiri kat Billion. Baju raya anak-anak kat Hari-Hari.
Aku sibuk nak upgrade rumah, pindah sana sini, renovate sana sini, tapi dia masih di rumah yang sama, dan isi rumah dia simple je.
Itu cerita 5 tahun dulu.
Selalunya dalam masa 5 tahun kebanyakan kita mesti dah upgrade lifestyle. Paling tak, mesti ada pembaharuan pada diri yang nampak di mata orang.
But not Sang Nila Utama.
Dia masih macam tu jugak. Tak kisah nak bercuti macam orang lain, tak kisah nak berbelanja macam orang lain.
Aku tau dia mampu pakai Porsche, tapi dia pilih Wish je.
Aku pernah kelebet file dalam bilik dia and terpandang kan tax dia, aku tau dia mampu beli Rolex every month. Tapi dia pakai Swatch je.
Pelik. Kedekut ke hape dia ni??
Tapi sepanjang aku kenal dia, dia sentiasa dapat apa yang kebanyakan kita semua impikan. Bezanya dia dapat dengan tak perlu bersusah.
Kebanyakan kita nak pi bercuti spend duit gila-gila.
Dia tak pernah bawak famili pi bercuti. Tapi Tuhan sentiasa aturkan dia dapat ‘bercuti’ ke tempat-tempat yang kita semua nak.
Dia pernah dihantar kendalikan project syarikat ke Jeddah for 2 years.
Sefamili tinggal sana. Dapat buat umrah setiap minggu. Jeles!

Pastu dia handle project di UK selama setahun. Company tanggung sefamili ke sana. Bercuti ke Paris, ke mana-mana di sana for free!  Jeles.
Handle project lain pulak di LA for 3 months. Company nak dia concentratedengan project jadi company suruh bawak keluarga sekali ke sana, semuanya ditanggung.
Kat sana company tanggung percutian ke mana-mana dia nak pergi sebab kebetulan dia ke sana pada bulan puasa and raya (company rasa bersalah kot).
Dah lama dia tak menulis di blog aku, sebab dia travel sana sini – NZ, Sydney, Beijing, HK, Tokyo, Cape Town. Semua bawak famili and FREE.
Dia ‘bercuti’ ni ditanggung oleh beberapa company. Sebab 7 company ambil dia sebagai endorser dek kerana signature dia yang mahal tu.
Sampai aku cakap “You buat apa dengan duit yang banyak-banyak? Simpan ke apa?”
Dia cakap duit yang banyak, bukan untuk kita guna sewenangnya. Ambil sekadar perlu. Setakat nak beli baju, cukup baju yang selesa, yang cantik, yang kemas, yang sesuai dengan majlis. Di Billion pun ada.
Bercuti tu untuk merehatkan fikiran. Di mana-mana pun boleh. Balik kampung pun namanya bercuti.
Rumah nak cantik-cantik sangat nak tunjuk kat siapa? Nak tunjuk kat orang, hari-hari ke orang datang rumah kita? Cukup sekadar rumah sedap mata memandang kerana yang tinggal dalam tu adalah kita.
Dia perli aku “Puas ke dapat pakai henbeg Chanel?”
Aku jawab “Puas jugak“.
Dia jawab “Sebab mahal kan? Kalau beg murah mesti tak puas. Puas bukan sebab dapat pakai tapi puas sebab tak ramai mampu beli, right?”
Terasa kena lempang dengan terompah kayu.
Ambil duit sekadar perlu. Bayar bill. Bayar hutang rumah, kereta. Belanja isi rumah. Makan sikit-sikit. Simpan sikit dalam bank. Selebihnya pulang pada yang berhak.
“Siapa?” aku tanya.
Ramai. Mak bapak. Saudara-mara yang susah. Masjid. Pusat tahfiz. Rumah anak yatim. Rumah orang tua.
Dia ajar aku.
Ada RM10000 kat tangan.
RM6k sedekah.
RM4k je kita punya.
Pandai-pandai manage dengan 4k.
Duit kalau banyak memang senang nak manage.
Tapi kehebatan kita adalah bila kita tau manage duit yang sedikit.

Salah satu lot kedai yang dia beli, dia tak sewakan pun. Aku tanya apesal tak sewa?
Dia cakap “Saje je“. Rupanya dia beli that lot semata-mata nak jadikan surau untuk kegunaan orang ramai.
Mungkin sebab tu la hidup dia selalu dipermudahkanNYA. Dia mampu milikieverything tapi dia pilih untuk hidup sangat sederhana. Tapi dia sentiasa dapat apa yang orang lain juga nak. Bezanya, tanpa bersusah-payah.
******************************************************************
Inginkan lebih tips Mudahnya Menjemput Rezeki? Dapatkan buku MMR bestseller ini daripada saya. Harganya cuma RM18/ RM20 (SS) tidak termasuk pos.

Bagi yang berminat untuk mendapatkan buku ini atau mana-mana produk kami, dipersilakan hubungi saya melalui mana-mana medium di bawah:
Puan Mai 
MAIA Natural Resources
(00225914-T)
Pengedar Sah MMR, ATM, HLB, BKAK
SMS / WA / TELEGRAM: 012 3302067 (untuk respons segera)
EMEL: minaina_ilaaina@yahoo.com
FB FANPAGE: Min-Aina-Ila-Aina

 
*Bagi yang ingin mendapatkan buku ini secara self-pickup dan pembayaran tunai, kami berada di Bandar Seri Putra, Bangi. (Berdekatan KUIS, Bukit Mahkota, Bangi Lama, Nilai 3, Stesen Komuter Bangi, UKM, Bandar Baru Bangi dan Kajang). Penghantaran melalui pos boleh dilakukan ke seluruh Malaysia, Sabah Sarawak dan negara-negara yang menerima perkhidmatan Pos Malaysia.
Ada kawan share di Facebook tadi. Saja tempek kat sini, kat fb susah nak trace semula walaupun dah reshare. 

Saya memang kerastangan bab lukis-melukis ni. Dari kecik sampai la sekarang dah jadi mak anak dua. Kalau bab melukis kat homework Sofiy, mesti ayahnya la yang kena buat. Umi tekap kat buku boleh laaa..hehehe. So, bagi saya idea ni sangat menarik dan mudah. Jom tengok macam mana cara nak lukis kartun haiwan dengan asas nombor. Sape-sape nak homeschoolkan anak patut cuba.











Kreatif dan mudahkan? Boleh bagi anak-anak cuba buat sendiri:)

Thanks to Creative Corner.

#parenting
#kerastangan
#lukisbinatang
#cikgutadika
#homeschool


Ada yang tak sampai hati nak naik penimbang lepas raya ni? Hehe. Itu biasa. 

Hari ni raya keberapa ye? Sofiy yang rajin kira, umi tak ingat. Yang ke13 kot. Jangan tunggu lama-lama. Jom cepat-cepat detoks segala lebihan makanan dan makanan tidak berkhasiat yang boleh mengganggu kesihatan dan penampilan kita.

~ berapa banyak lemak yang bakal menepu
~ berapa banyak gula yang diambil melebihi keperluan
~ berapa banyak garam dalam hidangan makanan ringan
~ berapa banyak perisa dan pewarna

Ngeri membayangkannyakan? Hujung minggu nanti ada lagi rumah terbuka nak dihadiri. Hohoho.

Usahakan untuk seimbangkan diet kita di musim perayaan.

> minum banyak air kosong
> makan lebih sayur dan buah di rumah sendiri (jarang org hidang sayur dan buah di musim raya)
> puasa 6 di hari bekerja
> ambil ejen detoks. Shaklee ada Herblax dan Alfalfa
> lengkapkan dengan Set Diet Shaklee: Lecithin, Omega, Cinch Energy Tea, Cinch Shake Mix / ESP.


Nak cerita sikit, Herb-lax ni memang best la sesangat untuk cuci perut kita, cuci kolon sebenarnya. Kalau ada yang bermasalah sembelit, pun Herb-lax sangat membantu. Anda akan membuang dengan mudah dan lepas tu akan rasa "LEGANYAAAAA"...haaa memang macam tu la feel dia. Jangan risau, tak de sakit perut memulas atau cirit birit.

* Disclaimer
This product is not intended to diagnose, treat, cure or prevent any diseases. This product is just a supplement to help you stay healthy.



Pertanyaan? Hubungi:


Puan Mai (SID 918631)
SMS: 012 3302067 (untuk respons segera)
EMEL: minaina_ilaaina@yahoo.com
FB FANPAGE: Min-Aina-Ila-Aina

* MAIA merupakan pengedar Shaklee yang sah dan menerima pembelian secara Self Pickup. Lokasi kami berhampiran kawasan Bandar Seri Putra, Bandar Bukit Mahkota, Bangi Lama, KUIS, UKM dan Bandar Baru Bangi. Penghantaran melalui pos boleh dibuat ke seluruh Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak.