Dapat surat cinta..uwaaa..

Ohoho...

Dengan tak malunya saya nak umumkan bahawa saya telah menerima surat cinta pada hari Sabtu lepas. Beginilah keratan surat tersebut, saya coretkan di sini buat kenang-kenangan. Yelah, kenangan bukan saja yang manis-manis kan, yang pahit, tawar, kelat pun kenangan juga ye tak..huhu (nangis dulu)

TARIKH AKHIR PENYERAHAN TESIS

Dengan hormatnya saya merujuk kepada perkara di atas.

Sukacita dimaklumkan bahawa mengikut rekod kami tempoh pengajian tuan/puan akan tamat pada semester 2 sesi 2009/2010 dan sebagai peringatan akhir tuan/puan dikehendaki menyerahkan tesis (draf akhir) tesis selewat-lewatnya sebelum 17hb. April 2010. Untuk makluman tuan/puan proses ujian lisan mengambil masa lebih kurang 1 hingga 3 bulan termasuk pembetulan dan mesyuarat pengesahan gred untuk konvokesyen dijangka bulan Mei.

Sekiranya tuan/puan tidak dapat menyerahkan tesis (draf akhir) dalam tempoh tersebut Pusat ######### tidak dapat membantu sekiranya tuan/puan ditamatkan pengajian.


Apakah perasaan saya?

Ya, saya rasa tergugat dan ada sedikit sedih dan sayu di sudut hati kerana saya khuatir saya tak dapat A.

1 comments:

Rizza said...

salam perkenalan,

saya rizza (umihassan),
maaf kerana tidak sempat membalas komen puan di blog saya mengenai 'bahasa'

kalau sudi boleh call saya terus atau dtg jumpa saya..saya tinggal di bangi
no phone: 0196786365