Pentingnya patuh kepada jadual mengepam!

Saya sememangnya menyedari kelalaian saya dalam 1,2 minggu ini tapi saya buat-buat macam saya tak lakukan apa-apa kesalahan. Salah? Salah sampai berdosa tu tidaklah, tapi menyalahi undang-undang dan hukum pengepaman susu ibu.hehe.

Ya, saya telah banyak kali 'tuang' (mengelat) untuk mengepam sesi terakhir setiap hari. Tuntutan kerja yang mendesak sekarang ni buat saya fikir "Ala, balik nanti bagi Sofiy nenen aje la terus". Hakikatnya balik je rumah Sofiy tak terus nenen pun, sebaliknya saya sibuk di dapur. Bila dah lepas Maghrib barulah dia mengosongkan B yang telah penuh selama paling kurang 5jam! Itupun sebelah je ye. Ops, patutla daku jadi begini, lama sangat B tak dikosongkan.

Akibatnya, sampai je di rumah semalam saya dah rasa tak sedap badan.(Mungkin sebab tengahari saya berjalan di tengah panas terik...puteri lilin betul la). Saya cepat-cepat telan panadol. Walaupun saya tak suka bergantung dengan Panadol ni, tapi saya perlu sihat kerana saya ada baaaaanyakk kerja yang nak dilangsaikan.Badan memang rasa sangat lemah, pinggang rasa macam nak putus. B sebelah kanan dah rasa berdenyut-denyut sakit yang amat. Walaupun masa tu Sofiy dah pun kosongkan B tersebut.A.u pergi ke tempat kerja, check segala kerja yang tertangguh sebab dia bercuti siangnya. (baik tak payah cuti kalau siang cuti, malam pulak pergi kerja)

Penangan Panadol tu, saya berpeluh sekejap. Tapi lepas 4 jam, demam datang semula. Oh, saya sudah berbungkus dengan baju panas dan stokin. Sejuknya..kaki rasa macam nak tercabut, lenguh sangat. Pukul 1 a.u balik, Sofiy pulak bangun. Dia nak main pulak dah, ingat dah subuh kot. Mujurlah a.u tolong tidurkan budak yang menjerit-jerit taknak tidur tu. Saya? Pergi dapur bancuh susu panas cecah biskut marie...Panadol lagi dua biji dan bum! Tido je la..kerja-kerja harap boleh sambung esok. Inilah akibatnya tak ikut jadual mengepam,badan dah pening lalu mulalah menyerang empunya diri.

Nota: Masih demam, sakit-sakit badan, B masih sakit.Tapi datang kerja juga, wajib siapkan sebab isnin deadline!

0 comments: