Dekati Al-Qur'an, anda akan berjaya



Bismillahirrahmanirrahim.

Pagi tadi, saya sempat mendengar tazkirah pagi dalam ruangan Zikra di KL.fm. Ustaz tu bercerita tentang pendidikan anak-anak. Ustaz banyak memberi contoh imam-imam dan para ulama' Islam yang tersohor seperti Ibn Sina, Imam Nawawi, Imam Shafie, Al-Asfahani dan ramai lagi yang telah berjaya menghafal Al-Qur'an pada usia yang sangat muda, iaitu sebelum baligh, malah ada yang masih kanak-kanak tetapi berjaya menjadi al-hafiz.Ustaz menceritakan tentang seorang kanak-kanak yang berumur 4 tahun pada zaman khalifah Al-Makmum, telah berjaya menghafal Al-Qur'an dan diminta mempersembahkan bacaan di hadapan khalifah. Apabila selesai saja bacaan, kanak-kanak tersebut menangis kerana lapar...itu menunjukkan fitrah kanak-kanak.Intipati daripada tazkirah ini, ustaz menekankan bahawa imam-imam dan cerdik pandai Islam terdahulu telah berjaya dengan kejayaan yang sangat mengagumkan bermula dengan Al-Qur'an. Di zaman kita pula, kebinasaan kita bermula apabila kita menjauhi Al-Qur'an.Sungguh besar maksud yang tersurat dan tersirat di sebalik kata-kata tersebut. Oleh itu, kita sebagai hamba Allah, dan juga sebagai isteri dan ibu perlulah mengambil pengajaran dan panduan daripada kejayaan alim ulamak terdahulu agar dapat pula melahirkan generasi Al-Qur'an pada zaman ini.

Untuk diri ini:
~ peruntukkan masa walaupun sekejap untuk membaca Al-Qur'an setipa hari walaupun sekadar Al-Ma'thurat.

~ mula perkenalkan Sofiy dengan huruf Hijaiyyah-permulaan kepada pendidikan Al-Qur'an perlu lebih awal daripada pendidikan duniawi yang lain.

0 comments: