Work Station VS Bilik Beradu

Baru selesai mengemaskini work station saya di rumah ni. Disebabkan mata dah makin rabun rasanya, duk mengadap laptop lagi la sakit mata. Kelmarin pergi lab dan guna pc kat sana rasa terang dan besarnya skrin. Barulah tau apa sebab mata rasa letih sangat bila buat kerja akhir-akhir ni. Skrin kecik memang meletihkan buat...

Saat entri ni ditaip kepala saya udah weng, berdenyut-denyut, mata udah kelabu kabur, rasa nak muntah pun ade. Dah selamat telan panadol sebijik. Mulanya taknak tulis di sini, tapi last-last tak tertahan menahan perasaan...huhuhu.

Sesiapa boleh tolong tunjukkan saya jalan penyelesaian yang paling berkesan. Saya ni jenis kumpul bahan baaaaanyak-banyak, kemudian tak terbaca. Atau...baaaaaca banyak-banyak kemudian dah tak tertulis. Akhirnya inilah yang jadi pada saya. Bila rasa-rasa nak tulis dan perlu tulis, point yang dibaca tu ingat tapi sumbernya daripada siapa, kat mana semua dah tak jumpa. Nak kena selak balik satu-persatu bukanlah perkara yang bijak. Saya rasa saya dah pun buat filing, mengkategorikan segala kosa ilmu mengikut kategori masing-masing. Saya ada file softcopy dan hardcopy, tapi tak semua softcopy tu ada hardcopynya dan begitu jugalah sebaliknya. Maka sekarang saya KEBUNTUAN. Rasa macam bodoh sangat baca berulang-kali. 

Untuk tesis saya ni, memang arm chair, memang takde nak buat coding-coding ke, takde nak pergi field work ke, eksperimen ke, semua based on bahan bacaan dan rujukan dalam bentuk bacaan jugak. Sama ada lit review atau pun segala mak nenek tentang teori. Jadi saya nak tanya pendapat dan pengalaman sesiapa yang membaca entri ni...adakah perlu setiap kali kita baca artikel la contohnya, kita kena buat nota. Sebab...kadang-kadang saya bukan nakkan rumusan artikel tu, tapi saya cuma nak quote satu atau dua ayat, yang kemudiannya membuka jalan untuk saya hurai dengan panjang lebar. Masa saya baca, saya tak rasa pun ayat tu sangat penting sampai perlu dinotakan, tapi bila dah nak menulis, desperate sangat nak guna ayat tu. Masa tu mulalah "kat mana ye aku baca hari tu?" "Aku pernah baca, tapi sape ye yang tulis?" Kalau saya baca satu dua artikel je, mungkin senang saya nak recall balik. Tapi bila dah berpuluh-puluh, maka semua yg dalam ingatan sudah samar-samar dan cacamarba. Atau...adakah ingatan saya sudah bermasalah? Sudah lemah? 

Harap sesiapa yang ada tips atau pandangan dapat meninggalkan komen yang membina dan memberi motivasi di sini. TQ.

Jom Panaskan Enjin, Bye-bye Cuti Raya

Mula-mula sekali nak ucapkan Selamat Hari Raya, Taqabbalalllahu Minna Wa Minkum, Maaf Zahir Batin. Facebook dah meriah semula tandanya orang dah masuk kerja. (Aik, berfb ke bekerja rakyat Malaysia ni.hehehehe). Tak macam masa hujung puasa dan awal raya hari tu sunyi aje laman maya tu sebab orang dah mula bersosial...

Takde Baju Raya, Ada Kereta Raya

Belum ada lagi entry raya walaupun orang dah pakat-pakat balik kampung dah. Persiapan raya kami tahun ni macam biasa la, seadanya sahaja. Kuih raya ada la beberapa jenis yang tunjuk-tunjuk saja. Ntah bila la baru nak datang semangat membuat kuih raya, umur dah nak 3 series tapi tak datang lagi semangat mak-mak tu.heee..dasar...

Haaiii la anak umi. Dah berapa banyak getah rambut umi hilang. Ada yang jatuh celah katil, ada yang juga yang tak dapat dikesa tau-tau dah lesap. Hilang, umi beli lagi, pun hilang lagi.

Sofiy memang suka main getah rambut saya. Kadang-kadang saya tengah ralit buat kerja tangan dia cepat je dok main-main kat rambut. Tau-tau rambut dah tak terburai, getah rambut pun lesap. Kadang-kadang sempat ambik balik masa dia tengah main, kadang-kadang dah takde. Bila tanya dia tak tau.

Teringat satu scene Upin Ipin curi getah Kak Ros sebab nak buat main tali getah.haha.

Tahniah DLCW, Pandelela, Azizul dan Atlet Lain Cuba lagi ye

Tahniah kepada Datuk Lee Chong Wei walaupun tidak dapat membawa pulang emas pertama negara, tetapi permainan dan kesungguhan DLCW adalah sangat membanggakan. Lin Dan memang jaguh badminton era ini, diakui sendiri oleh Lee Chong Wei. Bagaimanapun, dalam Sukan Olimpik 2012 London ini, Lin Dan bermati-matian untuk mencapai...

Saya Berkulit Gelap- Perlukah Saya Diejek dan Ditertawakan?

Setuju tak jika saya kata di Malaysia ni, orang yang berkulit gelap didiskriminasikan? Bekas pensyarah kelas Bahasa Inggeris saya di matriks dulu pernah kata, Malaysia juga macam ada sistem apartheid. Buktinya? Iklan-iklan produk mencerahkan kulit berlambak di pasaran. Kalau boleh semua orang nak jadi putih. Sebab apa,...

Olimpik 2012: Harapan pingat pada Chong Wei dan Azizulhasni

Uhuhuhu...terkilan sangat dengan performance atlet Malaysia dalam Olimpik 2012 ni. Atlet kita bukan takleh perform, tapi bila sampai di pentas, semangat dan emosi tu macam tak bermaya. Awalnya dok berharap pada penerjun negara, tetapi corot. Suriani tu kes lain la, dia dalam keadaan istimewa. Memanah pun sama, dah sampai...

Bila Anak Dah Pandai Berdikari

Ini bukan entri nak puji anak sendiri tau. Sekadar mencatat kenangan, rasa rugi jugak segala perkembangan Sofiy dulu-dulu saya tak rekodkan.  Sofiy sekarang, selain baaaaaaaaaanyak sangat tanya, dia juga sangat suka berdikari. Kalau boleh semuanya nak buat sendiri, kalau umi nak tolong siap marah lagi. Nak bukak...

T-Shirt Istanbul : Ole-ole Daripada SV

SV saya dan ex-SV saya bercuti ke Greece dan langsung ke Istanbul untuk honeymoon (taktau untuk tahun keberapa) sebelum puasa baru ni. Ha, pelik ke kenapa dua-dua SV saya ada affair? Hehe. Sebab mereka pasangan suami isteri. SV saya (isteri) belikan t-shirt di bawah ni untuk my lil Sofiy. Dah lama dia niat nak bagi Sofiy...

Makanan Tambahan Saya di Bulan Ramadhan

Dah takde modal agaknya tapi nak jugak update blog. Ni la makanan tambahan saya selama bulan puasa. Bulan puasa yang lepas-lepas pun sama jugak. Alhamdulillah badan bertahan, rasa lapar kurang. Ulser pun well managed.hehe. Kurma - Memang ada je sentiasa walaupun bulan tak puasa, tapi bulan puasa memang konsisten...