Takde Baju Raya, Ada Kereta Raya


Belum ada lagi entry raya walaupun orang dah pakat-pakat balik kampung dah. Persiapan raya kami tahun ni macam biasa la, seadanya sahaja. Kuih raya ada la beberapa jenis yang tunjuk-tunjuk saja. Ntah bila la baru nak datang semangat membuat kuih raya, umur dah nak 3 series tapi tak datang lagi semangat mak-mak tu.heee..dasar pemalas la tu ada aja alasannya. Dan alasan saya yang paling bagus adalah: 'saya takde oven'.

Tahun-tahun yang lepas, baju raya saya memang beli siap sebab husband memang jenis beli last minute. Kalau nak tempah, sila guna duit sendiri dulu ye. Lagipun saya sendiri tak jumpa lagi tailor yang betul-betul buat saya puas hati dan selesa pakai. Sama jugak tahun ni, kain pasang yang belum jadi baju ada je dalam almari tak berusik. Rasa malas nak tempah baju kurung sebab la ni kan naik motor je. Jadi nanti bukan pakai sangat pun, dok simpan je. Kalau bonceng belakang ok lagi boleh juga pakai baju kurung, tapi nak bawak sendiri, pastu nak bawak anak lagi dok kat depan...memanglah leceh yang amat.

Tahun ni tunggu-tunggu juga husband tanya pasal shopping baju raya. At least baju raya anakkan? Hmmm..takde keluar suara pun. Memula tu saya rasa macam ok je biarla tak payah berbaju raya sekeluarga tahun ni. Tapi dah minggu-minggu akhir ni rasa kesian pulak kat Sofiy. Walaupun dia kecik lagi, tapi dia pun mesti teringin nak beraya dan melaram macam kanak-kanak lain. Takkan nak pakai t-shirt aje pergi masjid di pagi raya. Kesian anak umi. Jadi saya pun belilah baju melayu murah-murah yang ada jual kat kedai area rumah ni. Baju Melayu kena cuba sendiri ke badan tuannya. Nak ke BBB jauh la nak bawak dia naik motor, kang dia tido lagi haru. Kalau ayah dia bawak okla tangan lelaki kuat. Kang tangan umi lenguh dia sandar kan dah tak boleh kawal handle. Kemudian saya beli t-shirt selai, kemeja selai, seluar selai. Ok la tu, lagi pun dah lama tak beli baju jalan kat dia. Asyik beli baju basahan je. Harga baju budak lelaki sekarang pun buat umi berpinar, kalau nak yang elok sikit jangan haraplah yang bawah RM50. Melarat seratus lebih pun ada. Umi Sofiy? Recycle aje baju yang agak-agak baru 2-3 kali pakai tu.


raincoat yang comel beli di SOGO setalah penat mencari

Tentang kereta raya...inilah rezeki Ramadhan. Setelah Allah uji kami hampir setahun dengan kepayahan, alhamdulillah nampaknya kemudahan tu datang secara perlahan-lahan. Sebelum ni ada kereta besar, kena let go, naik motor aje. Berhujan berpanas tu dah jadi biasa. Sofiy pun dah ada baju hujan sendiri. Hati kami Allah je yang tau. Bukan tak tahan dengan dugaan susah, tapi hati meruntun bila dengar pertanyaan dan keluhan anak. Sofiy asyik tanya "kereta ayah mana,umi?" "Kereta ayah dah jual ke?" "Sian Sofiy nak naik keta ayah, tapi keta ayah dah takde" "Sian Sofiy nak pergi masjid tapi keta takde tak leh la nak pegi masjid" "Allah tak bagi lagi kereta kat Sofiy" dan macam-macam versi lagi la ayat dia...menandakan dia nak sangat naik kereta dan keluar jalan-jalan macam dulu. Alhamdulillah, ada rezeki sikit baru ni dapatlah beli kereta terpakai kecik-kecik jadila. Raya tahun ni dapatla Sofiy pergi masjid naik kereta ya nak. 


0 comments: