Jom Panaskan Enjin, Bye-bye Cuti Raya

Mula-mula sekali nak ucapkan Selamat Hari Raya, Taqabbalalllahu Minna Wa Minkum, Maaf Zahir Batin.

Facebook dah meriah semula tandanya orang dah masuk kerja. (Aik, berfb ke bekerja rakyat Malaysia ni.hehehehe). Tak macam masa hujung puasa dan awal raya hari tu sunyi aje laman maya tu sebab orang dah mula bersosial di alam realiti kan. Blog pun sama juga lah, ada 2-3 kerat je entry baru kawan-kawan. Saya pun sama jugak, takde mood nak update blog raya-raya ni. SO, raya dah pun berlalu. Hari ni Isnin, suami saya cuti tapi saya tak dapatlah nak cuti sama dengan dia. Saya kena panaskan enjin, enjin dah lama sejuk tak hidup sepanjang cuti ni. Memang tinggal terus segala bahan bacaan mahupun tugasan. Cuma check tarikh dateline je, sebab ada banyak conference yang nak dihadiri, jadi risau keliru tarikh sebab semua dekat-dekat. (Akan update tentang conference dalam entri lain). Panas-panas enjin, nanti masuk gear tak boleh lama-lama kat gear 1 tau!

Eh, nak tempek gambo raya barang sekeping dua. Saya selalu sangat tak update tarikh-tarikh penting dalam blog...sejak dua menjak ni je baru rajin nak melakar kenangan.



Rambang mata banyak sangat sampul raya ye nak. Takpe, isinya bagi kat umi ye.hee.


Dah transfer gambar semua baru perasan takde pulak gambar kami bertiga, tu la kecoh-kecoh nak berganbar dengan family besar, gambar berdua dan bertiga takde. padahal baju saya dengan suami dah sedondon dah. Nak berlakon ambik gambar semula tu tak la, tak larat dah nak posing. Raya tahun ni sebenarnya raya yang sinonim dengan 'pertemuan mantan'. Mantan apa dan mantan siapa tu, terpaksa dirahsiakan kerana ianya hal keluarga. cewah. hii..apapun semuanya sangat harmoni. 

5 comments:

lia said...

x terlambat g rasanyer lis ucapkan salam lebaran wat kalian sekeluarga...

atoyissan said...

sama la kita..su pon takde gamba raya bertiga..byk ambik gamba org lain jek..

Min Aina Ila Aina said...

Lia: Selamat Hari Raya juga untuk Lia sekeluarga.

Su: Tu la ingat nak buh dalam album tahun demi tahun dapat tengok anak membesar, ayah umi menua.

fatin zaini said...

Salam Aidilfitri,

Fatin Zaini datang singgah dan menjadi follower baru anda..

salam perkenalan dari saya, jemput ke sini http://www.fatinzaini.com

Min Aina Ila Aina said...

Salam perkenalan Fatin. Terima kasih sudi singgah dan follow. Selamat Hari Raya.