Tahniah DLCW, Pandelela, Azizul dan Atlet Lain Cuba lagi ye


Tahniah kepada Datuk Lee Chong Wei walaupun tidak dapat membawa pulang emas pertama negara, tetapi permainan dan kesungguhan DLCW adalah sangat membanggakan. Lin Dan memang jaguh badminton era ini, diakui sendiri oleh Lee Chong Wei. Bagaimanapun, dalam Sukan Olimpik 2012 London ini, Lin Dan bermati-matian untuk mencapai kemenangan, menandakan betapa Lee Chong Wei memberikan saingan yang begitu sengit. Melihat bagaimana Lin Dan meraikan kejayaannya sehingga terbaring juga menandakan bahawa Lee Chong Wei adalah lawan yang hebat. Tahniah sekali lagi, dan semoga ada pelapis DLCW selepas ini bagi meneruskan impian Malaysia.


Sekalung tahniah juga buat serikandi sukan akuatik Malaysia iaitu Pandelela Rinong kerana berjaya meraih dan menghadiahkan gangsa buat Malaysia setelah rakyat Malaysia kehampaan atas kekalahan Azixulhasni Awang dalam acara Keirin Berbasikal. Pandelela telah meraih gangsa bagi acara 10m platform wanita. Saya tak daya nak tengok LIVE tengah malam tadi sebab saya demam. Tapi pagi tadi bangun sahur memang tertunggu-tunggu keputusannya. Rasa lambat sangat tayangan persaingan akhir bola sepak wanita antara Jepun dan USA tu nak habis. Lepas habis je, tengok ada selingan lagu dengan semua aksi Pandelela. Dah dapat agak mesti dia menang, dah bajet dapat emas dah sebab dalam lagu Sang Juara tu tak tunjuk pingatnya. Serius saya keluar air mata masa tengok dia peluk-peluk dengan kawan-kawan dan emak dia. Taktau la kenapa, saya ni patriotik sangat ke atau macam mana. Tempat ketiga di arena olimpik bukanlah satu kejayaan kecil-kecilan, ia suatu yang amat membanggakan bagi seseorang atlet ditambah pula Pandelela adalah atlet wanita Malaysia pertama yang meraih pingat di olimpik, dan juga pingat pertama selain sukan badminton buat Malaysia. Mendengar wartawan memuji karakter dan sikap Pandelela bahawa beliau adalah seorang atlet yang ramah, mesra dan tidak meninggi diri buat saya lebih hormat akan atlet muda ini.

Saya juga mengikuti page Azizulhasni Awang, dan mengikuti pertandingan yang disertainya di Olimpik London sejak pusingan awal. Azizul sebenanya masih boleh menghasilkan persembahan yang lebih baik. Mungkin juga faktor cuaca dan bulan puasa, walaupun itu bukanlah alasan. Apapun, Jijoe masih muda dan masih punya banyak peluang untuk beraksi. Atlet-atlet Malaysia yang lain juga diharap dapat memperbaiki persembahan, memantapkan latihan dan kesungguhan misalnya dalam arena gimnastik dan juga  permainan berpasukan contohnya bola sepak dan hoki. 

Kita tunggu pula pencapaian Bryan hari ini,juga dalam acara terjun, mana tau mungkin ada lagi pingat untuk Malaysia.

0 comments: