Mata Letih, Pedih dan Rabun Akibat Menggunakan Komputer Terlalu Lama

Dewasa ini penggunaan komputer dan gajet berskrin menjadi satu gelombang yang tidak mampu lagi dibendung. Dengan teknologi yang semakin canggih dan laman sosial yang tumbuh bak cendawan selepas hujan, setiap individu seakan wajib menghadap skrin setiap hari. Ingat lagi saya, dulu-dulu emak selalu tegur supaya jarakkan kedudukan daripada TV risau mata cepat rabun. Emak juga melarang saya membaca dalam cahaya yang suram, misalnya waktu senja. Itu dulu, tetapi sekarang sejak adanya teknologi berskrin sama ada handphone, tab, ipad dan notebook...boleh dikatakan semua orang biasa membaca dalam gelap. Malah ada yang membaca dalam selimut sewaktu menunggu mata terlelap. Sekali tengok macam kebiasaan, tapi bila dipandang dari sudut negatifnya, ia membawa keburukan.

Masa kini, boleh dikatakan semua kerja terutama kerja pejabat mesti dilakukan dengan menggunakan komputer. Malah pelajar sekolah pun sudah mula menggunakan komputer untuk kerja-kerja mereka. Dari satu sudut, penggunaan komputer ini sememangnya dapat melancarkan kerja-kerja dan menjadikannya lebih kemas dan sistematik. Namun, apa jadi dengan pekerja yang perlu menghadap skrin sepanjang hari menyiapkan tugas-tugas tersebut. Pengalaman saya sendiri, walaupun saya mula rabun sejak tingkatan 5 kerana duduk di belakang sekali dalam kelas tetapi saya tak perlukan cermin mata secara total. Masa belajar di peringkat ijazah saya masih tidak pakai cermin mata sebab penglihatan saya masih baik untuk jarak dalam kelas yang tidak sebesar bilik darjah di sekolah. Tapi bila saya sambung pengajian di peringkat sarjana dan saya dilantik sebagai research assistant, saya perlu hadir ke makmal setiap hari dan mengeluarkan data serta menganalisis data, mencari bahan rujukan di internet dan seterusnya menulis tesis...mata saya semakin kabur dan power cermin mata naik dengan cepat. Keadaan bertambah ketara selepas saya melahirkan anak, sampaikan bila saya pergi kedai cermin mata untuk periksa kenaikan power, pekedai tu terkejut. Dia tanya "Betul ke ni spec awak ni? Banyaknya naik!"

Keadaan berlarutan hingga ke hari ini, tak dapat nak menolaknya. Saya masih belajar, masih buat kerja, masih searching malah sekarang aktif blogging dan berniaga di medium sosial. Walaupun sedar akan keburukannya tetapi aktiviti menghadap skrin ini perlu juga diteruskan kecuali hari-hari yang tidak produktif, misalnya tidak sihat atau hari-hari cuti misalnya balik kampung. Apakah gejala yang menunjukkan mata kita menghadapi masalah akibat penggunaan komputer ini?


GEJALA MASALAH PENGLIHATAN AKIBAT PENGGUNAAN KOMPUTER

Kajian yang dijalankan oleh Persatuan Optometrik Amerika Syarikat mendapati lebih kurang 75% pesakit yang menghidap penyakit berkaitan mata ialah mereka yang menggunakan komputer hampir setiap hari. Penyakit mata yang berkaitan dengan penggunaan komputer dinamai Sindrom Penglihatan Komputer (CVS). Antara gejala CVS termasuklah seperti berikut:


i) mata pedih, letih, rasa panas terbakar, gatal dan kering
ii) penglihatan yang kabur dan berbayang
iii) sakit kepala, sakit leher atau sakit bahu
iv) sukar untuk mengubah fokus di antara monitor dengan dokumen
v) sukar untuk fokus pada imej di skrin
vi) sensitif terhadap cahaya
vii) stres


GANGGUAN YANG LEBIH SERIUS

Gangguan-gangguan ini jika dibiarkan berlarutan, boleh membawa kepada masalah penglihatan yang lebih serius, seperti berikut:

(1) Astenopia, iaitu gangguan mata yang berlaku apabila mata berasa letih, tegang, pedih dan sakit sehingga boleh menyebabkan penglihatan berbayang dan sakit kepala.

(2) Miopia, iaitu penyakit rabun jauh. Pesakit rabun jauh dapat melihat imej dekat dengan jelas tetapi imej jauh yang melebihi 6 meter menjadi kabur.

(3) Presbiopia, iaitu penyakit rabun dekat. Pesakit rabun dekat tidak dapat melihat imej yang dekat dengan jelas (biasanya jarak kurang daripada 41cm)

(4) Astigmatisme, iaitu penyakit mata yang menyebabkan penglihatan menjadi kabur dan boleh menyebabkan sakit kepala.

PELIHARA MATA DENGAN CAROTOMAX

CarotoMax dapat membantu memelihara mata dan penglihatan anda di samping faedah-faedah kesihatan yang lain terutamanya menangkis serangan radikal bebas.


CarotoMax Terdiri daripada Enam Karotenoid Terbaik



CAROTOMAX merupakan campuran luarbiasa yang menggabungkan alfa-karotena, astaxanthin, beta-karotena, lutein, likopena dan zeaxanthin yang memberikan faedah karotenoid yang lengkap. Bahkan, anda tidak akan dapat ketulenan dan keberkesanan karotenoid daripada makanan semata-mata.



Beta-Carotene adalah sangat selamat dalam penghasilan vitamin A. Jika beta carotene diambil secara berlebihan sekalipun,jumlah pemindahan kepada vitamin A adalah terkawal dan dikurangkan mengikut keperluan tubuh.


Sumber:
Sh. Mastura Syed Mohamad (2011). Penyakit Bawaan Komputer Petua dan Panduan Pencegahan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Dr. Kumar Pati (2007). Vitamins & Herbal Digest. USA: New Edition Publishing.


TESTIMONI PENGGUNA CAROTOMAX

Pengguna CrotoMax ini tidak menghadapi masalah rabun dan tidak menggunakan cermin mata, tetapi menyedari penglihatannya terganggu akibat terlalu kerap menghadap skrin.

Klik imej untuk paparan lebih besar


Untuk membaca testimoni pengguna CarotoMax yang berjaya mengurangkan tahap rabunnya pula, jemput ke laman GenkiMomma.





Untuk maklumat lanjut, hubungi:


MAIA (SID 918631)
SMS: 012 3302067
EMEL: minaina_ilaaina@yahoo.com

FB FANPAGE: Min-AIna-Ila-Aina


** Disclaimer
This product is not intended to diagnose, treat, cure or prevent any diseases. This product is just a supplement to help you stay healthy.

0 comments: