Haha..lama tak menulis tup tup update pasal drama kan? Tu tandanya suka sangatla tu dengan drama ni sampai nak review dalam blog. Ok, inilah kali pertama saya bercerita tentang drama Filipina. Dulu-lulu masa orang gila dengan Jerrico Rosales saya tak berapa ikut sangat, tengok pun lompat-lompat sebab ceritanya pun panjang sangat. Saya sebenarnya tak berapa minat tengok cerita Filipina ni sebab banyak sangat watak antagonis, sama la dengan drama Indonesia. Drama Melayu pun lebih kurang la jugak sekarang ni. Pada saya, watak antagonis tu ok kalau nak masukkan tapi janganlah sampai dominan, sampaikan watak antagonis tu dah kuasai keseluruhan cerita. Kita yang tengok pun sakit jiwa dibuatnya.
Drama Be Careful With My Heart ni pada saya lain daripada tipikal drama Filipina (setakat episod yang saya tengok sekarang la). Saya dah mula suka tengok drama ni dari episod pertama lagi. Mula-mula saya ingat macam drama-drama Filipina yang biasa, awal-awal macam best last-last musuh memusuh, bunuh membunuh jugak. Tapi saya layankan juga, alang-alang dah dok berehat masa dalam pantang hari tu, tu yang terjebak. Tapi episod demi episod karakter dia ok, plot pun menarik, yang saya jangka akan jadi watak antagonis pun tak sebenarnya.
Paling saya suka drama ni ada mesej jelas yang dibawa. Memang diulang-ulang pun oleh si watak utama (heroin) dan lama-lama semua orang pun dok ulang slogan tu "KAPIT BHISIK!" yang bermakna 'bersatu teguh' Tiap-tiap kali saya tengok drama ni saya akan rasa aura positifnya, saya rasa ceria dan rasa sedih cerita tu dah nak habis untuk episod hari tu. Ikatan kekeluargaan yang ikhlas dan penuh kasih sayang jadi tema utama, di samping berfikiran positif setiap masa dan dengan sesiapa sahaja. Pendek kata, tak ada langsung unsur benci yang dipaparkan dalam cerita ni.
Ok, sinopsis secara ringkas setakat episod yang saya dah tengok ye:
Maya (heroin) adalah dari keluarga yang susah dan dibesarkan tanpa kasih sayang bapa. Dalam keluarga dia ada nenek(lupa nama), mak (Teresita), kakak (Christina Rose a.k.a Kute - tomboi tapi ada anak sorang akibat terlanjur masa mabuk dengan kawan baik sendiri- tomboi kan kawan dengan lelaki), dan anak saudara lelaki (Cho- anak Kute). Satu hari, masa nak ganti atap yang bocor, Kute jatuh dan patah kaki menyebabkan dia tak boleh bekerja lalu Maya pun ambil keputusan berhijrah ke Dubai untuk cari kerja. Maya ni impian dia nak jadi pramugari. Tapi sampai di Manila, baru dia tau dia dah kena tipu dengan ejen tu. Tapi dia taknak balik kampung sebab dia taknak family dia susah hati.
Dipendekkan cerita, dia dapat kerja sementara di lapangan terbang, dan kat sinilah perkenalan dia dengan keluar hero (Richard Lim). Dia telah selamatkan anak bongsu Richard (Abby) yang mengalami masalah kelu (tidak boleh bercakap akibat trauma masa kemalangan yang mengakibatkan kematian ibunya). Daripada situlah dia diambil jadi pengasuh Abby memandangkan Abby suka kat dia. Mula-mula dia sampai kat rumah agam Richard ni memang sukar sangat untuk dia, sebab rumah tu dah macam mati, seisi keluarga muram dan marah-marah. Richard sendiri memang jenis angin dan perengus. Banyak sangat peraturan dalam rumah tu yang Maya dah langgar sebab dia kan datang dari kampung, dari keluarga yang ceria dan bercakap kuat sebab nenek dia pekak. Masa ni memang banyak adegan kelakar. Banyak kali dia dipanggil masuk ke bilik 'pengetua', Richard si bos yang dia dok panggil "Sir Chief" tu la! Lama-lama, disebabkan sikap dia yang positif, ikhlas, tak mudah mengalah, dan ada degil jugak, dia semakin diterima baik dalam keluarga ni. Maya ni ada hati dengan Richard, sebab pada mulanya dia admire dengan sifat tanggungjawab Richard pada keluarganya, lama-lama dia jatuh suka dan jatuh cinta. Sampai setakat yang saya tengok ni, Richard dah macam nak buka hatinya untuk menyayangi orang lain selepas isterinya. Tapi belum ada bibit-bibit dengan Maya lagi la. Abby pun dah mula pulih sebab keluarga diorang dah kembali ceria. Si budak Abby nipun pandai berlakon walaupun tanpa suara, rasanya mungkin lagi susah sebab nak kena tunjuk dengan memek muka dan bahasa isyarat saja. Semua watak pun ok, bersahaja.
Atas dari kiri: Jeff (ayah Cho), Nenek Maya, Mak Maya, Joma (driver), Doris atau Sabel (pembantu rumah ni patutnya ada 2 orang), Luke (anak lelaki Richard)
Bawah dari kiri: Kute, Cho, Madam Fe (ketua pembantu rumah), Maya, Richard, Abby, dan Nikki (anak perempuan Richard)
Drama ni berpusat kat dua lokasi je la secara spesifiknya..di kampung Maya dan di rumah Richard. Hubungan dalam dua keluarga, satu susah dan satu senang dipaparkan. Sampai rasa macam nak semai je kasih sayang begitu antara anak-anak kita, kasih sayang yang everlasting dan jujur.
Serius, saya rekomen anda tengok cerita ni kat tonton pun boleh tengok. Saya harap sampai habis nanti pun takde la watak antagonis yang berat-berat. Saya tak sabar nak tengok macam mana Maya yang asalnya pengasuh diterima masuk sebagai ahli keluarga yang disayangi, menggantikan tempat isteri dan ibu yang asalnya membuat keluarga tu hilang semangat untuk hidup selepas kematiannya.
Drama ini dah ada season 2 di Filipina, mula tayang Januari 2014 yang lalu. Dan..episodnya sudah 300++, Maya sudah pun pragnant sekarang tau! Sweetnya...
Saya mahu jadi positif dan bersemangat macam Maya. Oh ye, antara mesej baik yang dapat saya keluarkan...disampaikan secara bersahaja dalam drama ni.
-Bersatu teguh
-Kasih sayang tanpa syarat- keluarga, persahabatan
-Membakar lilin untuk menerangi orang lain
-Anak-anak kecil perlukan suasana dan persekitaran positif
-Ajar anak berterus-terang dan cakap dari hati ke hati
-Orang yang lupa asal-usul tidak boleh pergi jauh
-Api akan padam juga jika sering disimbah dengan air (orang pemarah akan sejuk juga hatinya jika sentiasa dilayan dengan lembut, mengalah tak bererti kalah)
-Time management, masa yang singkat tapi berkualiti
-Taraf dan darjat tidak membezakan manusia
-Jadi ibu bapa perlu kreatif
2 comments:
i love be careful with my heart....
Do you have link for me to watch full episode of 'be careful with my heart' with malay or eng subtittle?
Post a Comment