Ingin Hamil Semula Setelah Berhenti Pil Perancang?


Sebenarnya, ini adalah isu yang selalu menjadi dilema bagi setiap wanita yang ingin memulakan perancangan keluarga..spesifiknya mula mengambil sebarang perancang hormon. Boleh dikatakan sedikit sebanyak akan terkesan juga di fikiran kita bahawa perancang jenis hormon boleh mengakibatkan kemandulan kekal atau infertiliti secara berterusan. Namun demikian, kajian saintifik dan klinikal membuktikan bahawa perancang jenis hormon tidak mengakibatkan ketidaksuburan kekal terhadap wanita yang mengamalkannya. Wanita akan kembali subur setelah perancang dihentikan, hanya berbeza mengikut individu sama ada serta-merta atau secara beransur-ansur. Apa yang dinamakan sebagai Amenorea Post-pil iaitu yang merujuk kepada wanita yang tidak didatangi haid selepas berhenti pil perancang keluarga tidak pernah dilaporkan berpunca daripada pengambilan pil perancang.Fungsi pil perancang atau pencegah kehamilan adalah untuk menghalang rembesan FSH (hormon perangsang folikel) dan LH (hormon peluteinan) daripada kelenjar pituitari. Apabila rembesan ini terhalang, folikel di dalam ovari menjadi tidak matang dan ovum tidak dapat dilepaskan. Proses inilah yang menyebabkan persenyawaan tidak dapat berlaku. 

(Sumber: Nik Hazlina Nik & Shaiful Bahari. 2010. 100 Persoalan Mengenai Infertiliti. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.)

Saya merupakan salah seorang pengguna tegar perancang kehamilan jenis hormon, daripada masa belajar dulu sampai la April yang lepas. Saya mengambil perancang jenis pil, dua hormon sewaktu belum mengandung dulu (3 tahun), pernah ambil dua kali suntikan D-Provera (3 bulan sekali) selepas habis pantang anak pertama, pil satu hormon sewaktu tempoh penyusuan dan kembali pil dua hormon sehinggalah anak 4 tahun. Lama kan?

Di sini saya tak berhasrat membincangkan tentang pro dan kontra perancangan keluarga, jenis perancangan keluarga sama ada semulajadi, alat atau hormon dan jenis-jenisnya. Saya sarankan anda yang berkira-kira atau merancang untuk menggunakan kaedah ini membuat kajian, dan membuat pembacaam daripada sumber-sumber yang boleh dipercayai dan juga dapatkan konsultasi doktor. Ini pilihan masing-masing, ada yang suka cara alami, ada yang suka cara tradisional, ada yang suka guna alat (misalnya kondom atau IUCD), dan ada yang macam saya memilih kaedah hormon; (suntikan, pil atau implanon). Secara asasnya Islam tidak menegah perancangan keluarga, bergantung kepada niat mengapa kita mengambil pendekatan itu dan selagi kita tidak melakukan pengguguran, maknanya dah mengandung baru kita buang.

Ok, berbalik kepada tajuk...apa yang saya nak fokuskan ialah INGIN HAMIL SEMULA SETELAH AMBIL PERANCANG JENIS HORMON. Saya menulis bukan atas tiket pengamal perubatan, cuma bercerita melalui pengalaman, sedikit info berkaitan nutrisi dan pembacaan. Apakah langkah-langkah dan persediaan yang boleh anda lakukan.

1- BERHANTI MENGAMBIL PERANCANG

Of course la kan? Itu pun nak bgtau ka..haha. Relax..Maksud saya ialah, buat perancangan bilakah anda ingin berhenti mengambil perancang keluarga. Mengapa anda ingin berhenti dan bila anda jangka ingin hamil semula. Mengapa hal ini penting? Supaya anda boleh merancang gaya hidup dan pemakanan serta mengawal emosi anda. Satu perkara yang perlu diingat, berhenti mencegah kehamilan tak bermakna anda akan terus hamil. Sedangkan pasangan yang tak merancang pun ada yang bertahun-tahun tak dapat cahayamata kan? Jadi, jangan mudah panik jika selepas berhenti merancang, anda masih belum hamil. Yang penting, haid anda tetap datang, tak kisahlah period stabil atau tidak. Bagi saya secara peribadi, itu memang situasi yang patut kita jangka. Mengapa? Kerana badan perlukan masa untuk menstabilkan hormon dan juga itu lebih baik supaya apabila disahkan hamil nanti, kesihatan kita dalam keadaan tip top. Malah saya suka juga cadangkan jika anda boleh gapkan 3 cycle period sebelum TTC (trying to conceive) selepas berhenti merancang. Bagaimana? Itu terpulang, gunakan cara semulajadi atau alat, mungkin.

2- STABILKAN HORMON DALAM BADAN

Hormon dalam badan kita dikawal oleh sistem endokrin. Ia memberi impak yang besar kepada fizikal, mental dan emosi kita. Seperti yang kita tahu, namanya pun perancang kehamilan jenis hormon, maka hormon dalam badan kita tentunya akan mengalami sedikit kecelaruan apabila pil atau suntikan dihentikan. Kecelaruan ini sebenarnya adalah bersifat lazim kerana badan nak adjust semula kepada hormon yang seimbang dan normal. Apa yang boleh kita lakukan untuk mempercepatkan proses penyeimbangan itu? Inilah yang saya maksudkan di atas, iaitu beri masa kepada tubuh untuk kembali normal sebelum merancang untuk hamil.

a- B- Complex

B-Complex merupakan gabungan vitamin B yang sangat penting untuk keseimbangan dan fungsi  keseluruhan hormon dalam badan. Sebenarnya, sepanjang mengambil perancang hormon juga kita kena ambil B-Complex secara berterusan ( Dr. Kumar Pati. 2007. Vitamins and Herbal Digest). Sekurang-kurangnya anda perlu ambil vitamin B (dengan asid folik) 3 bulan sebelum berhenti pil perancang supaya badan anda dapat cukup nutrien menuju fasa kehamilan.

B-Complex Shaklee misalnya, mengandungi gabungan 8 jenis vitamin B yang diperlukan oleh badan, lengkap dengan asid folik yang sangat penting untuk membina saraf tunjang bayi. Katakanlah sebaik saja berhenti pil perancang, anda terus hamil jadi badan anda sudah punya nutrien yang cukup untuk kehamilan itu. Kekurangan asid folik boleh menyumbang kepada tumbesaran bayi yang cacat.



b- Gamma Linolenik Asid

Gamma Linolenik Asid (GLA) merupakan sejenis lemak Omega 6 yang sangat membantu dalam menyeimbangkan hormon terutama bagi wanita. Mereka yang mengalami masalah PMS seperti senggugut, mood swing , cramp dan breast tenderness juga sangat digalakkan mengambil GLA. GLA juga membantu menyihatkan kulit, kuku dan rambut apabila hormon prostaglandin diseimbangkan.

GLA Shaklee diperbuat daripada minyak borage, iaitu sumber GLA yang paling pekat, dilengkapi dengan minyak bunga matahari yang mengandungi vitamin e yang bertindak membantu penyerapannya. Sumber lain GLA ialah EPO dan Blackcurrant oil.


c- Soy Protein Isolate Powder (ESP)
 Soya (non gmo) mengandungi sumber phytoestrogen dan isoflavones yang menghalang hormone-dependent cancers seperti kanser payudara dan prostat. Hormon estrogen juga berfungsi memberi rangsangan kepada dinding rahim untuk menjadi lebih tebal sebagai persediaan menghadapi proses kehamilan, memberikan kesan kepada hipotalamus dan kelenjar pituitari yang terletak di otak. Hormon estrogen ini amat diperlukan apabila folikel telah masak.



d- Teh Hijau

Satu penyelidikan yang diterbitkan pada bulan Januari 2005, satu kajian oleh University of Southern California Keck School of Medicine menunjukkan risiko kanser payudara berkaitan hormon dapat dikurangkan untuk wanita pasca menopause dengan pengambilan teh hijau.

e- Asid Lemak Omega 3
Asid lemak omega 3 membantu menyeimbangkan pengeluaran hormon dan memperbaiki respon selular terhadap insulin. Antara sumber-sumber omega 3 ialah ikan laut dalam, telur yang diperkaya, makanan berasaskan soya, kacang walnut dan lain-lain. Mudahnya jika anda mengambil Omega Guard Shaklee yang ternyata bersumberkan ikan laut dalam yang ditapis daripada merkuri. Berita baiknya, bagi bulan Disember 2013 ini ialah promosi Omega Guard. Jangan lepaskan peluang harga runtuh akhir tahun ini.


3- KURANGKAN BERAT BADAN DAN AMALKAN GAYA HIDUP SIHAT

Ini juga merupakan antara faktor penting dalam merancang kehamilan. Saya percaya ia juga berkaitan dengan ketidakseimbangan hormon apabila jumlah lemak dalam badan kita melebihi daripada yang diperlukan oleh tubuh. Sudah ramai kawan-kawan yang telah lama berhasrat menimang cahayamata tetapi gagal, namun apabila mereka serius menurunkan berat badan dengan cara yang betul, mereka berjaya hamil. Segalanya dengan izin Allah juga. 
Jadi, jaga pemakanan dan amalkan senaman merupakan langkah yang perlu dibuat untuk mempercepatkan proses kehamilan.

4- DOA

Saya tidak berhasrat meletakkan point di bawah, kerana sememangnya doa ialah kekuatan dan pegangan kita dalam memperolehi sesuatu dalam kehiudupan. Namun, saya ingin menekankan di sini bahawa segala usaha kita tidak bererti tanpa diiringi doa, kerana DIA lah yang menentukan segala-galanya untuk hambaNya. 

Amalkan zikir Asma ul Husna "Ya Mutakabbir" " Ya Wahhab" " Ya Musowwir" sebagai amalan harian, sebaiknya 1000kali sehari.

** Disclaimer
This product is not intended to diagnose, treat, cure or prevent any diseases. This product is just a supplement to help you stay healthy.


MAIA (SID 918631)
SMS: 012 3302067
EMEL: minaina_ilaaina@yahoo.com
FB FANPAGE: Min-Aina-Ila-Aina

* MAIA merupakan pengedar Shaklee yang sah dan menerima pembelian secara Cash on Delivery (COD) atau Self Pickup di kawasan Bandar Seri Putra, Bandar Bukit Mahkota, Bangi Lama, KUIS, UKM. Caj penghantaran akan dikenakan bergantung pada jarak kawasan. Penghantaran melalui pos boleh dibuat ke seluruh Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak.

0 comments: