Buku Mudahnya Menjemput Rezeki: Pengedar Kawasan Bandar Seri Putra, Bandar Bukit Mahkota, Bangi, KUIS, UKM, Bandar Baru Bangi, Kajang

Assalamualaikum w.b.t

Saya mendapat banyak SMS bertanyakan Buku Mudahnya Menjemput Rezeki versi penuh dan versi mini, dan kemudian diikuti dengan soalan " Puan di kawasan mana?"

Saya tinggal di Bandar Seri Putra, Bangi. Saya belajar di Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi. Jadi, bagi anda yang berada di kawasan sekitarnya bolehlah membuat pembelian secara pick up (ambil sendiri dan bayar tunai) dengan kami. Saya faham, apabila melibatkan buku, jika tempahan anda banyak, kos pos mungkin menjadi faktor anda mencari pengedar yang hampir dengan anda berikutan berat buku tersebut. 

Walau bagaimanapun, setakat hari ini, saya telah pun membuat pengeposan buku mini dan buku penuh dalam kuantiti yang banyak ke Sabah, Pulau Pinang, Johor dan kawasan-kawasan lain di Lembah Kelang. Namun ada juga yang suka pick up sendiri, ada yang datang ke rumah, ada yang datang dengan tren dan kami berjumpa di stesen Komuter Bangi Lama, ada yang minta kenalan ambilkan. Jadi, ia terpulang kepada anda. 

Lazimnya, kami menawarkan pengeposan melalui BUNGKUSAN DOMESTIK POS MALAYSIA jika pelanggan membuat tempahan dalam kuantiti yang banyak. Ini kerana cajnya jauh lebih murah berbanding POSLAJU MALAYSIA. Apapun, jika pelanggan bersedia membayar lebih untuk servis yang lebih cepat, kami tiada masalah.


Harga:

Buku Penuh: RM18.00/ RM20.00 (SS)
Buku Mini:   RM2.00 / 3.00 (SS)
(Harga di atas belum termasuk kos pos)


Buku MMR Versi Penuh


Buku MMR Versi Mini

Pengedar Buku Mudahnya Menjemput Rezeki (MMR):

Puan Mai
SMS: 012 3302067
EMEL: minaina_ilaaina@yahoo.com
FB FANPAGE: Min-Aina-Ila-Aina

0 comments: