BISUL, dalam bahasa Inggeris disebut Boils. Bisul membawa konotasi tak berapa elok, atau agak memalukan. Tapi bila dah kena, rasa malu kena diketepikan. Mesti tercari-cari cara nak rawat bisul tu secepat mungkin.
Saya tak pernah kena bisul sejak kecil sampai laaaa umur 30 tahun ni baru kena! Itu pun, saya rasa adalah kesan daripada keguguran tempohari. Mungkin masih ada darah kotor, atau toksik yang belum keluar daripada badan. Ataupun masalah hormon saya yang haru-biru. Kenapa saya kata itu puncanya? Sebab muka dan belakang saya pun penuh naik jerawat, yang saya tak pernah kena seumur hidup ni jerawat macam tu punya teruk. Pasal jerawat nanti saya story dalam entri lain ye. Kali ni nak cerita tentang bisul.
Punca sebenar bisul ada pelbagai dan tidak diketahui dengan tepat, namun apa yang pasti ianya berupa sejenis jangkitan. Kata naturalnews.com, begini:
Boils (`furuncles`) are skin infections that provide mechanisms for toxin release. They present as round, red, pus-filled bumps. Furuncles are caused by Staphylococcus aureus (staph infection, a common bacteria) and are extremely contagious.
Bagi yang dah pernah kena, tahulah betapa azabnya kesakitan yang ditanggung akibat bisul. Sangat-sangat sakit okey, tak padan dengan saiznya. Saya kena yang saiznya tak sampai pun sebesar biji sawi, kenal tak biji sawi..ok..kalau tak kenal, saiz mata bisul tu lebih kecil daripada saiz sebutir gula pasir sahaja. Tapi sakit dia...berdenyut-denyut bukan kat tempat bisul je tapi sampai anggota-anggota lain, sampai pinggang, kaki pun semua sakit.Sakit dia sampai kita takleh nak buat apa-apa kerja pun, dan rasa nak marah orang je! Bengkaknya usah cakap laa...dan saya sebenarnya demam akibat bisul tu. Nauzubillah, janganlah kena lagi.
Ok, mula-mula kena tu saya memang tak tau apa suplemen yang patut saya ambil. Saya nak bukak Nutriferon saya rasa sayang sebab saya memang jarang sangat ambil Nutriferon. Saya tanya kakak, kakak saya kata bubuh bawang putih kat bisul tu..saya try laa adoi mak pedihnya, memang tak tahan! Maka saya pun menahanla sakit tu, nak tak nak makan jugakla panadol sebab tak tahan sakit ditambah pulak demam.
Tak tahan punya pasal, sebab dah tau garlic tu khasiatnya sebagai antifungal dan antiseptik, maka saya pun bukaklah Garlic Complex. Pagi tu saya makan, alhamdulillah, alhamdulillah, alhamdulillah, tengah hari tu hilang terus rasa sakit berdenyut-denyut tu. Bak kata mak saya, macam kutil dibuang. Bengkak pun susut, sakit pun hilang, bisul pun kecut. Sekarang ni saya ambil garlic sebagai precaution...dalam seminggu saya mesti akan ambil garlic tapi tak setiap hari sebab saya dah makan banyak suplemen lain.
Maka betullah kata Livestrong, salah satu cara untuk meredakan bisul ialah dengan makan bawang putih mentah setiap hari. Makan bawang putih mentah? Iyeerk..saya dah cuba dan tak lalu! Pedar rasanya. Jadi lebih mudahlah telan saja Garlic Complex Shaklee..hanya sebiji sahaja, tak ada rasa pedas, tak ada bau keterlaluan pada nafas atau sendawa. Dan jangan risau, suplemen Shaklee adalah semulajadi, selamat dan tidak ada bahan kimia.
Maka betullah kata Livestrong, salah satu cara untuk meredakan bisul ialah dengan makan bawang putih mentah setiap hari. Makan bawang putih mentah? Iyeerk..saya dah cuba dan tak lalu! Pedar rasanya. Jadi lebih mudahlah telan saja Garlic Complex Shaklee..hanya sebiji sahaja, tak ada rasa pedas, tak ada bau keterlaluan pada nafas atau sendawa. Dan jangan risau, suplemen Shaklee adalah semulajadi, selamat dan tidak ada bahan kimia.
Macam mana rupa Garlic Complex Shaklee?
Lagi cerita bisul, salah seorang kawan saya pun rupanya selalu kena bisul macam tu jugak. Saya tak pasti pulak apa puncanya. Sebelum-sebelum ni, dia mesti ambil antibiotik. Tapi tau je la antibiotik ni boleh menyebabkan rintangan bakteria. Maksudnya, kalau kena lagi, antibiotik yang sebelum tu dah tak lut dah dengan bakteria yang baru ni. Bakteria tu dah tambah kuat. Kebetulan kali ni, dia ada beli Nutriferon daripada saya, tujuannya nak beri pada anak-anaknya yang kena demam berulang dan kena keracunan makanan. Kiranya imun badan mereka rendah. Sebab dah ada stok Nutriferon, dia pun ambil Nutriferon untuk bisul tu dan alhamdulillah, sekejap je kesannya..terus tak jadi bengkak.
Bagaimana mengelakkan bisul berulang?
# Jaga kebersihan tubuh, terutama kawasan yang ada rerambut dan jaga kebersihan pakaian. Elakkan memakai pakaian daripada fabrik yang memerangkap haba.
# Tingkatkan sistem imun tubuh. Makan lebih buah-buahan dan sayur-sayuran terutama sayuran hijau. Pengambilan air kosong juga perlu mencukupi agar badan tidak mudah diserang penyakit.
# Suplemen yang boleh meningkatkan imuniti tubuh:
- Nutriferon Shaklee
- Vita-C
-Zinc Complex
-Vita- e (antioksidan)
# Remedi semulajadi lain yang boleh diambil bagi meredakan dan mengelakkan bisul seperti mencuci dengan tea-tree oil dan mengambil
** Disclaimer
This product is not intended to diagnose, treat, cure or prevent
any diseases. This product is just a supplement to help you stay healthy.
Pertanyaan / Order:
MAIA
(SID 918631)
SMS:
012 3302067
EMEL:
minaina_ilaaina@yahoo.com
FB
FANPAGE: Min-Aina-Ila-Aina
* MAIA merupakan pengedar Shaklee
yang sah dan menerima pembelian secara Cash
on Delivery (COD) atau Self Pickup di kawasan Bandar Seri Putra, Bandar
Bukit Mahkota, Bangi Lama, KUIS, UKM dan Bandar Baru Bangi. Caj
penghantaran akan dikenakan bergantung pada jarak kawasan. Penghantaran melalui
pos boleh dibuat ke seluruh
Malaysia termasuk Sabah dan
Sarawak.
0 comments:
Post a Comment