Selamat Tinggal 2014 dan Selamat Datang 2015!

Saya nak ambil kesempatan ini untuk mengucapkan selamat memasuki tahun baru 2015 untuk semua. Walau apapun yang berlaku sepanjang 2014, jadikan ia sempadan dan teladan bagi menghadapi hari-hari mendatang.  Selamat Tahun Baru 2015! Daripada: MAIA Natural Resources ~ pengedar Shaklee ~ pengedar...

Berapa banyakkah kita perlu berselawat kepada Rasulullah S.A.W

Berapa banyakkah kita perlu berselawat kepada Rasulullah S.A.W ~Selawat dan Cinta Pada Kekasih Allah~ Sayyidina Ubai bin Ka'b r.a berkata, adalah Rasulullah SAW apabila berlalu dua pertiga malam maka Baginda SAW akan berdiri dan berseru, "Wahai manusia, ingatlah Allah SWT, ingatlah Allah SWT, sesungguhnya telah...

Saluran Untuk Menyumbang Kepada Mangsa Banjir

Saya kongsikan saluran-saluran untuk menyumbang kepada mangsa banjir. ...

Hanya Tinggal Satu Kotak Lagi Cinch Tea, Siapa Mau?

Hanya Tinggal Satu Kotak Lagi Cinch Tea, Siapa Mau? Lama juga Cinch Energy Tea ni tiada di pasaran Malaysia. Kehabisan stok. Bagi pengamal tegar Cinch Tea ni, mesti rasa kehilangan yang amat sangat. Nak stay up pun jenuh sengkang mata la jawabnya.  Saya masih ada satu kotak sahaja lagi. Siapa cepat dia...

Promosi Collagen Shaklee Yang Terakhir

Promosi Collagen Shaklee Yang Terakhir Ye betul, yang terakhir untuk 2014 sehinggalah diberitahu kelak. Ini kerana SCP (Shaklee Collagen Powder) bakal dihentikan pengeluarannya sekurang-kurangnya untuk tempoh 9 bulan bagi proses penambahbaikan dan memohon kelulusan untuk rumusan terbaru itu nanti. Jadi, inilah...

Solat Hajat Untuk Mangsa Banjir diadakan di Masjid Tuanku Mizan Putrajaya

Solat Hajat Untuk Mangsa Banjir diadakan di Masjid Tuanku Mizan Putrajaya Alhamdulillah. Warga Putrajaya, Cyberjaya, Bangi, Kajang, Serdang...boleh sama-sama imarahkan. Ternanti-nanti sebenarnya penganjuran solat hajat perdana atau yang seumpamanya. Tertunggu-tunggu suami balik dari masjid beritau tadi ada...

Pre-Order Buku Mini MMR Disember 2014

Pre-Order Buku Mini MMR Disember 2014 Alhamdulilllah, penutup 2014 yang produktif. Buku Mini MMR semakin kehabisan stok di seluruh negara. Ramai ejen yang dah keputusan stok gara-gara permintaan pelanggan yang sangat tinggi. Pihak penerbit kini melaksanakan sistem baru, iaitu cetakan hanya akan dibuat selepas mendapat...

Jualan 72 Jam Novel Adiwarna Jemari Seni

Jualan 72 Jam Novel Adiwarna Jemari Seni Siapa yang hantu novel mesti suka ni...online dan offline, dua-dua boleh borong. Ada sesapa nak belanja saya novel sebuah? heheh...

AFF Suzuki 2014: Salah Seorang Rakyat Malaysia Yang Kuciwa

AFF Suzuki 2014: Salah Seorang Rakyat Malaysia Yang Kuciwa Selamat petang minggu..esok kerja la ye..hehe. Mungkin ada yang dah terbayang-bayang esok cutikan? Tapi tak kesampaian la nampaknya. Frust? Samalah macam budak dalam gambar ni, frust menonggeng Harimau Malaya kalah.  Dia memang ikut pertandingan...

Bolehkah Bersama Suami Sebelum Habis Tempoh Berpantang?

Bolehkah Bersama Suami Sebelum Habis Tempoh Berpantang? Masa mengandung, kita rajin cerita tentang hal-hal kehamilan. Bila bersalin, cerita tentang bersalin, bila berpantang kita cerita tentang pantang la pulakkan. Persoalan di atas ni, mungkin ada yang tercari-cari jawapannya.  Sebagai Muslim, semua...

Berpantang Dengan Bayi G6PD Deficiency dan Jaundis (Kuning)


Alhamdulillah, hari ni hari yang ke 45. Tapi bila entri ni publish nanti mesti dah masuk hari ke-46 sebab dah lebih 12 malam. Macam yang saya janji dalam entri berkenaan G6PD Deficiency, saya nak kongsi pengalaman bagaimana berpantang sekiranya kita dianugerahkan bayi kekurangan G6PD.

Berpantang kali ni, pantang bersalin anak ke-2. Kedua-dua anak saya merupakan mujahid, pejuang Islam, hero agama in sha Allah. Lelaki. Seperti mana sedia maklum, lelaki lebih mudah mengalami G6PD Deficiency. Jadi ini kali kedua saya berpantang dengan bayi kurang G6PD yang menyusu badan sepenuhnya.

Pertama sekali, ibu-ibu perlu tahu dan faham bahawa G6PD Def bukan penyakit, hanya satu bentuk kekurangam iaitu kekurangan enzim sel darah merah yang menyebabkan darah merah mereka mudah musnah / pecah. Kedua, ibu-ibu juga jangan risau kerana kita masih boleh menyusukan anak kita dengan susu ibu sepenuhnya. Ketiga, bayi kurang G6PD memang mudah kena kuning. Bayi normal lagi kena kuning, inikan pula G6PD Def, lelaki pulak. Kira macam pakej la. Jadi, usah panik. Namun harus hati-hati.

Saya sangat-sangat maklum dan faham akan dilema ibu yang anaknya kena kuning. Kalau yang kuning biasa pun, ibu-ibu sanggup tidak ikut rutin berpantang, sanggup biarkan set bersalin jadi bahan pameran, sanggup makan plain tanpa herba,..inikan pula ibu-ibu bayi G6PD Def. Ini melibatkan nyawa anak tau, ibu mana mahu mempertaruhkan nyawa anak dengan kesihatan diri sendiri. Saya pun sama, tak terkecuali. Untungnya saya sedikit ialah, saya memang tak beli set bersalin yang jenis jamu dan herba ni. Jadi tidak ada kerugian di situ. So, macam mana nak berpantang kalau dah tak boleh ikut cara orang berpantang?

Cara Berpantang Jika Anak G6PD Def dan Jaundis.


1- Seminggu di hospital

Ini tak boleh tidak. Anak mesti tinggal di hospital minimum 5 hari. Ibu? Pilihan masing-masing. Ada yang nak tinggal bersama anak, ada yang nak berulang. Anak pertama, saya berulang sebab saya demam masa tu dan NICU Hosp Serdang pun takde katil kosong untuk ibu. Anak kedua ni, saya stay bersama baby. Nasihat saya, kalau boleh tinggallah bersama baby sebab baby perlukan susu ibu untuk turunkan kuningnya dengan lebih cepat. Bagaimana dengan berpantang? Bawa keperluan berpantang ke hospital, biar nampak macam nak berkampung pun tak apa sebab 5 hari tu memang lama pun. Kalau perlu bawalah tungku elektrik.

2- Set Bersalin

Inilah yang jadi dilema ibu-ibu. Doktor akan nasihatkan ibu untuk tidak mengambil sebarang jamu jika anak kurang G6PD. Lalu apa yang boleh diambil untuk kesihatan ibu? Saya memilih untuk menggantikan jamu dan herba dengan suplemen berbentuk vitamin. Set Bersalin Premium Shaklee tidak memberi kesan kepada bayi G6PD def mahupun bayi jaundis. Apakah yang terkandung dalam set ini?

* B-Complex - memberikan tenaga, melegakan sakit dan sengal badan, mengawal stres
* Vita-lea (multivitamin) - menambah darah, membekalkan zat, vitamin dan mineral secara menyeluruh
* SR Vita-C Plus - baik untuk mengelakkan jangkitan, mempercepatkan penyembuhan luka dan mengelakkan demam, selesema dan batuk, mencantikkan kulit
* Zinc Complex - menyembuhkan luka luaran dan dalaman
* OsteMatrix - mengelakkan sembelit, membantu perdaran darah yang baik, mengelakkan kebas dan lenguh badan
* ESP Soy Protein - membantu sebagai penggalak susu, memekatkan susu, mengawal selera makan, membekalkan protein untuk membina tisu-tisu tubuh yang baru, memelihara otot, mencantikkan kulit

Add on:

* Alfalfa Complex- milkbooster dan memulih organ dalaman wanita
* Omega Guard - pemecah lemak, memanaskan badan, sumber DHA dan EPA, melegakan bengkak buasir
* Lecithin - memecahkan lemak dan membantu mengurangkan berat badan
* Peppermint Ginger Plus - membuang angin dalam badan
* Performance Drink - minuman bagi mengelak ternyahidrat, memberi tenaga segera

Ok, macam banyakkan? Tapi saya memang perlukannya. Setiap suplemen ada fungsinya masing-masing. Saya ambil semua yang di atas kecuali Lecithin saya belum ambil lagi. Semua yang asas saya ambil sejak di hospital. Alfalfa dan Peppermint saya ambil lewat sedikit, selepas hari ke-30. Walaupun sepatutnya tidak ada kesan buruk, namun disebabkan ianya herba maka lebih baik berhati-hati. Performance Drink saya minum sejak di hospital lagi sebab menyusukan anak buat tubuh kita kehilangan air dengan cepat. Ditambah dengan rutin sebagai ibu baru dan badan yang masih lemah, saya memang perlukan minuman tenaga, Nak minum air akar kayu kan tak boleh? Omega saya jadikan pemanas badan untuk menggantikan herba-herba yang kita tak boleh makan.

3- Makanan dalam Pantang

Yang ini memang sadis sikitlah, tapi apa boleh buat. Saya tak ambil langsung herba sampailah hari ke-16. Tak makan lada hitam, halia, kunyit memang buat kita rasa macam tak berpantang. Macam saya, alhamdulillah Set Bersalin Shaklee mampu memberikan saya tenaga dan kecergasan yang baik. Ada yang kata saya nampak sihat macam dah habis pantang. Tapiii...bab angin dalam badan, memang surrender la..Bila saya mula makan herba-herba ni? Selepas hari ke-16 secara sikit-sikit. Contohnya saya makan halia tapi saya tak makan lada hitam. Kalau makan lada hitam saya tak ambil halia. Kemudian saya akan bawa anak check darah untuk tengok bacaan kuning dia..kalau tak menaik maknanya ok. Saya makan betul-betul halia dan segala bagai herba ni selepas 30 hari, itupun lepas bacaan kuning anak dah betul-betul rendah. Alhamdulillah so far so good.

4- Minyak dan bahan sapuan ke badan

Ini pun doktor suruh hati-hati. Hari pertama berurut, saya biar je tukang urut guna minyak dia. Lepas urut kan minyak dibiar pada badan. Walaupun berbengkung dan berbaju lengan panjang, tapi kita risau kena pada anak jugakan. Kena pulak bacaan kuning menaik. Terus esoknya saya mintak tukang urut guna virgin olive oil saja untuk urut. Walaupun tak ada bukti minyak tu yang menyebabkan bacaan kuning naik, tapi lebih puas hati bila kita mengelak faktor-faktor yang dianggap menyumbang. Saya mula sapu minyak (saya guna minyak Nona Roguy & minyak Afiat) pada tubuh (pinggang ke bawah) selepas 16 hari.

5- Rutin lain seperti biasa

Rutin-rutin berpantang yang lain saya buat seperti biasa je. Mandi air rebusan daun dan akar kayu, berbengkung, bertungku dengan alas daun mengkudu, pakai stokin, ikat rambut tinggi dan ketat...semua tu buat macam biasa sebab tak ada kaitan dengan alahan G6PD.

6- Minyak pada anak

Ini lagi satu problem. Anak saya pun kesian, kembung perut masa 2 minggu awal tu. Dia kentut kerap, tapi malam-malam memang melalak la. Pujuk dan bagi menyusu pun tak setel. Akhirnya saya tanya doktor dan doktor bagi green light untuk sapu minyak telon pada perut baby. Alhamdulillah. Saya pun guna minyak telon. Boleh juga guna minyak habbatussawda'. Boleh dapatkan daripada saya jika berminat, saya jual yang jenis spray dan kapsul juga. Minyak ini juga boleh diminum oleh ibu berpantang selepas bacaan kuning anak dah normal nanti. 




Alhamdulillah.
Hari ke-44, sangat besar maknanya buat ibu-ibu. Rasa sekejap sangat masa berlalu. Mana tidaknya, sibuk sungguh tak macam Mak Tang.

Malam ni dah tak bertungku sebab badan dah rasa sihat sikit. Cadangnya nak tidur awal sebab hampir setiap malam tidur lewat.

Nanti ada masa saya cerita panjang pengalaman berpantang kali ni ye.

Selamat malam dan berhujung minggu!

Promosi Berganda Shaklee Disember 2014

Promosi Berganda Shaklee Disember 2014 Sedar tak sedar, kita dah pun berada di bulan terakhir 2014. Disember. Biasanya bulan Disember ni meriah dengan aktiviti membeli-belah. Ibu bapa sibuk dengan sesi beli-belah Back To School. Para wanita (biasanya) pula ambil peluang harga diskaun jualan akhir tahun untuk penuhi...

Pengalaman Pertama Kali Berniaga

Pengalaman Pertama Kali Berniaga Assalamualaikum, salam Jumaat buat semua... Semoga kita sudah dan sedang merebut kebaikan dan keistimewaan Jumaat yang datang hanya seminggu sekali, selawat, sedekah, bacaan al-Kahfi, dan lain-lain. Selepas Subuh tadi, sempat berbual seketika dengan rakan niaga di group Whatsapp....