Solat Hajat Untuk Mangsa Banjir diadakan di Masjid Tuanku Mizan Putrajaya
Alhamdulillah.
Warga Putrajaya, Cyberjaya, Bangi, Kajang, Serdang...boleh sama-sama imarahkan.
Ternanti-nanti sebenarnya penganjuran solat hajat perdana atau yang seumpamanya. Tertunggu-tunggu suami balik dari masjid beritau tadi ada solat hajat buat mangsa banjir dan juga kesejahteraan negara. Alhamdulillah, ini poster pertama yang saya jumpa. Diharap banyak lagi penganjuran solat sebegini dibuat.
Namun di sudut hati, sedikit rasa terkilan. Kita lambat belajar. Dalam tragedi MH pun begini, solat hajat semacam ikhtiar terakhir. Apabila sudah buntu baru mahu mencari Pencipta. Baru teringat meminta daripada Yang Maha Kuasa sedangkan masing-masing tahu Dia lah Yang Paling Berkuasa Menentukan Segala-galanya. Benar, solat hajat secara individu pun boleh buat. Namun usaha secara berjemaah itu lebih mantap dan lebih padu.
Semoga Allah berlembut dan mengasihani kita rakyat Malaysia amnya dan mangsa-mangsa banjir khasnya. Semoga hujan tidak terus-terusan turun, angin yang menyebabkan air pasang juga mudah-mudahan terkawal dan tidak memudaratkan. Semoga mangsa-mangsa banjir dapat diselamatkan, diberikan kesihatan, harta-benda mereka diganti Allah dengan yang lebih baik dan mereka diberikan kekuatan iman dan kesabaran sentiasa. Dan semoga kita semua beroleh pengajaran dan iktibar daripada tragedi ini. Amin.
0 comments:
Post a Comment