Berapa banyakkah kita perlu berselawat kepada Rasulullah S.A.W

Berapa banyakkah kita perlu berselawat kepada Rasulullah S.A.W

~Selawat dan Cinta Pada Kekasih Allah~

Sayyidina Ubai bin Ka'b r.a berkata, adalah Rasulullah SAW apabila berlalu dua pertiga malam maka Baginda SAW akan berdiri dan berseru,
"Wahai manusia, ingatlah Allah SWT, ingatlah Allah SWT, sesungguhnya telah siap sedia akan ditiupkan sangkakala (yang mematikan keseluruhan makhluq) dan akan diikuti dengan tiupan yang kedua (yang akan membangkitkan mereka semuanya), maut pasti akan datang bersama apa yang ada padanya yakni segala kesusahan dan kesakitannya, ahwal kubur dan semua perkara selepasnya, maut pasti akan datang bersama dengan apa yang ada padanya."
Sayyidina Ubai r.a telah berkata kepada Rasulullah, "Ya Rasulullah, sesungguhnya saya akan memperbanyakkan selawat ke atas tuan, sebanyak manakah selawat yang perlu banyakkan?"
Jawab Baginda SAW, "Sebanyak yang kamu mahu." Sayyidina Ubai r.a berkata, "Satu perempat."
Kata Baginda SAW, "Sebanyak yang kamu mahu tetapi jika kamu menambahnya maka ia adalah lebih baik bagimu."
Balas Sayyidina Ubai r.a, "Separuh."
Jawab Baginda SAW, "Sebanyak yang kamu mahu tetapi jika kamu menambahnya maka ia adalah lebih baik bagimu."
Kata Sayyidina Ubai lagi, "Oleh itu, (saya perbanyakkan selawat ke atas tuan) sebanyak dua pertiga."
Jawab Baginda, "Sebanyak yang kamu mahu tetapi jika menambahnya maka ia adalah lebih baik bagimu."
Kata Sayyidina Ubai r.a, "Saya akan menjadikan keseluruhan doa saya sebagai selawat ke atas tuan."
Jawab Baginda, " Jika demikian maka selawat itu akan mencukupi segala hajat dan keperluanmu (di dunia dan di akhirat) dan akan diampunkan apa-apa sahaja dosamu."
(Tirmizi, dan kata beliau hadis ini adalah hadis hasan)

Copy and Paste daripada page saudara Hazim Azmi

Kitab Selawat Barakat Makkiyyah


kredit:  kitabselawat.com

Berselawat juga ada seni dan kemahirannya, untuk lebih rasa cinta kepada Rasulullah S.A.W dan menerima barakahnya. Kitab Selawat Barakat Makkiyyah ini merupakan satu usaha untuk kita beramal dengan selawat. Sebuah kitab yang pengamalnya mengakui berlaku kesan-kesan positif dan keajaiban dalam hidup mereka.

In sha Allah kami akan mula mengedar kitab ini dalam masa terdekat. Jika berminat mendapatkannya, boleh hubungi kami dengan segera.

Harga Kitab Barakat Makkiyyah:


Muqaddimah Barakat Makkiyyah ([pengenalan kitab):  RM5
Kitab Barakat Makkiyyah                                            : RM20

Puan Mai 
(MAIA Natural Resources)
Pengedar Barakat Makkiyyah
SMS / WA / TELEGRAM: 012 3302067
EMEL: minaina_ilaaina@yahoo.com
FB FANPAGE: Min-Aina-Ila-Aina

 
*Bagi yang berminat mendapatkan buku / kitab ini secara self-pickup dan pembayaran tunai, kami berada di Bandar Seri Putra, Bangi. (Berdekatan KUIS, Bukit Mahkota, Bangi Lama, Nilai 3, Stesen Komuter Bangi, UKM, Bandar Baru Bangi dan Kajang). Penghantaran melalui pos boleh dilakukan ke seluruh Malaysia, Sabah Sarawak dan negara-negara yang menerima perkhidmatan Pos Malaysia.

1 comments:

kuchalana said...

besar juga khasiat berselawat ke atas nabi ini