Oh Laksa! Mengapa Engkau Sedap Sangat?

Oh Laksa! Mengapa Engkau Sedap Sangat?


Laksa Pak Ngah Kuala Kangsar
kredit: rosbasir.blogspot.com


Inilah makanan kegemaran saya. Sejak dari kecil sampai sekarang. Seingat saya, bermula sekolah darjah 1, masa rehat saya akan order laksa di kantin. Hari-hari. Sampaikan maikcik kantin tu nampak je muka saya tak payah cakap, dia dah tau dah. Mesti hulur laksa. Masa tu sepiring kecil laksa cuma RM 0.20. Alahai, sangatlah murah. Ayah bagi belanja RM 0.30. Sepuluh sen lagi dapatlah beli kuih sebiji. Biasa saya beli masalodeh (kat kedai mamak sini diorang panggil vadey kacang). Sedap sangat kuih tu dulu, garing dan rangup!

Tu masa sekolah pagi. Masa sekolah agama rakyat sebelah petang pun saya beli laksa jugak. Adoi..sekarang ni perasan maknanya pagi petang saya makan laksa. Masa kat sekolah agama, beli waktu rehat juga. Tak ada kantin, tapi beli kat rumah orang. Orang tu buat sikit ruang untuk jualan la depan rumah dia. Takde la tempat makan kat situ. Bungkus saja dalam plastik. Pulak tu plastik air yang ada tangkai dua tu.hehe. Jadi macam mana cara makannya? Mula-mula hirup kuah gunastraw sampai licin.ngeh ngeh. Lepas tu...ikat plastik. Kemudian gigit bucu plastik belah bawah sampai koyak. Kemudian makan la laksa ikut situ macam piping. Boleh imagine tak? kehkeh. Kadang-kadang saya tak buat macam tu sebab kalau koyak kecik sangat laksanya jadi hancur, tak sedap.. Saya makan ikut bukaan plastik, tapi tak pegang pun laksanya. Dari plastik terus ke mulut, ala-ala makan burger tu la cuma burger dalam kertas. Tak senonoh kan? Saya baru terfikir mesti kami-kami berbau hanyir masa  lepas makan tu. Yelah..laksa kan. Takde pulak nak berus gigi ke apa lepas makan. Kuah-kuah pun mesti kena tangan, kena pipi. Hahaha. Tahan je ustaz ustazah yang mengajar.

Kegemaran saya masih lagi laksa sampai masuk sekolah menengah, sampailah masuk universiti. Dah kawin pun, laksa masih jadi makanan kegamaran nombor 1. Suami saya tak berapa suka laksa, tapi dia tau isterinya hantu laksa. hehe. Kat area Bangi ni, Laksa Redup Rimba menjadi kegemaran saya. Dulu gerai laksa ni kat tepi persimpangan Teras Jernang, sekarang dah beroperasi di area Tasik Cempaka Bangi sebelah perpustakaan tu. Apa yang menjadi daya penarik laksa ialah baunya...semerbak gitu. Tambah pulak kalau letak bunga kantan. Pendek kata kalau masak laksa, orang lalu depan rumah mesti taulah kita masak laksa. Jadi, kalau masak laksa tu jangan la makan sorang-sorang..hulur la pada jiran-jiran ye.heheee.

Mengandung anak pertama dulu, saya masih suka makan laksa. Tapi mengandung anak kedua ni, saya langsung tak teringin laksa. Suami pulak yang mengidam laksa sampai merajuk-rajuk. Alololo. 

Sekarang...belum cukup 100 hari berpantang bersalin. Laksa? No no no! Walau suka macam mana manapun, pantang tetaplah pantang. Saya pun taktau sebenarnya kenapa orang tua-tua suruh berpantang laksa sampai 6 bulan. Ada yang kata setahun. Bila ditanya, ada kata sebab mi laksa tu sendiri yang perlu dimasak dua kali, dan perlu direndam dulu sebelum direbus. Wallahu a'lam. Saya secara peribadi, turutkan saja sebab tak berani nak menerai..kang kalau sakit kita jugak yang tanggung.

Psssttt: sebenarnya entri ni untuk cabaran blogging bersama Genki Bloggers tapi dah terperam kat draft...kita publish je la kemudian ye.heee.

0 comments: