Print Sendiri Planner 2015

Print Sendiri Planner 2015




Siapa yang cuti panjang sempena hari wilayah dan Thaipusam? Selamat bercuti. Serius sebenarnya kalau ikutkan hati saya tak mau hari cuti. Bila banyak kerja belum siap memanglah macam tu. Walhal saya memang duduk di rumah je, tapi hari cuti biasanya tidak begitu produktif. Sudahlah hari biasa pun kadang-kadang tu tak dapat all out, hari cuti lagi la kus semangat.

Bercakap tentang produktiviti ni, memang betul la ungkapan yang mengatakan bahawa "gagal merancang bererti merancang untuk gagal'. Entah siapa pemilik ungkapan tapi tersangatlah betul. Bagi membolehkan azam 2015 direalisasikan, maka saya memang perlukan planner. Tiap-tiap tahun pun saya akan ada sebuah planner...tak dapat yang besar atau tebal, yang kecil dan nipis pun jadilah. Tapi kali ni rasa macam planner setahun tu macam tak cukup. Dalam kotak kecik tu je dah macam-macam nak jot down. Tarikh checkup Farhan, tarikh checkup Sofiy, tarikh period, tarikh anak demam, tarikh itu tarikh ini. Haii..kalah pak menteri konon! haha.

Jadi saya perlukan satu lagi planner. Yang ini khusus untuk kerja dan bukan untuk catatan peribadi. Tapi..sejak ada si kecik Farhan ni, kesempatan saya untuk ke kedai agak terhad. Pagi-pagi lepas hantar dia kat pengasuh tu ada masa, tapi kedai pulak belum buka. Nak shopping bawak anak kecik umur 3 bulan memang tidak begitu praktikal. Tambah lagi dengan beratnya yang dah 6kg. Babywearing? Saya ada sebab mengapa belum boleh berbabywearing..nanti ada kesempatan saya akan buat entri tentang tu. Jadi...alternatif lain yang ada ialah printable calendar / planner. Nak buat sendiri tak berapa rajin,  jadi kita google saja. Dipertemukan dengan blog mommy ni BUSYMOMHELPER Cantik dia design dan bagi download free saja. Yang bestnya sebab ada beberapa pilihan design dan juga ada beberapa pilihan planner. Sama ada nak yang standard sebulan, atau nak seminggu atau nak khas untuk mummy2, ada planner untuk menu lagi. Saya pilih Weekly Task planner, sebab saya nak tulis dengan detail tentang kerja saya. 


Kalau ikutkan memang saya nak yang lebih minimal, tak sebesar A4 macam ni. Kalau boleh nak 1 page (saiz A6) untuk sehari.. daily planner la kiranya. Tapi kalau setahun? Tebal la kan? Guna pocket note book atau buku 555 pun bolehkan? 1 bulan sebuah buku 555, ok ape? Tula.,.nak juga yang lawa-lawa. Jadi ambik aje la apa yang jumpa. 

Ok, saya tau sekarang dah banyak software / apps untuk planner ni..tapi saya tak berapa berminat. Saya nak yang boleh ditulis dengan pen, boleh dipegang, boleh disimpan. Takmau yang digital-digital ni. Rasa macam jauh dari hati. Ecece..

Ok, saya dah print saya punya weekly task. Anda nak juga? Bolehlah berkunjung ke rumah busymom's helper tu.

0 comments: