Entri ini adalah copy paste daripada page Puan Felinna Nadea, usahanita muslimah yang sedang meningkat naik dan namanya tidak asing lagi dalam industri kecantikan dan tekstil. Gambar kisah ayah dan 3 orang anaknya saya sertakan di sini kerana mungkin ada yang tidak follow kisah viral ini atau di satu masa nanti kisah ini tidak lagi diingati.
Ada apa di sebalik kisah seorang bapa , 3 orang anak dan sebuah motorsikal.
Mungkin ini yg kita nampak pada mata kasar. Secara zahirnya ramai bersimpati , ramai berasa sedih kerana kedaifan keluarga ini.
Pada fel , fel melihat di suatu sudut Allah sedang menghantar suatu pesanan. Iaitu besarnya kuasa Allah.
Bagaimana seorang yg susah tiba2 menjadi senang? Bagaimana beliau yg tak mampu membeli kereta ,mendapat kereta percuma.
Di sini bukti, tiada strategy lain sehebat kuasa Allah, fel yakin ada amalan yg si ayah buat hingga Allah turunkan rezeki seperti ini kepada nya. Mungkin di saat dia mengambil keputusan "selamber jala balik, selebihnya tawakal kat Allah" sedangkan waktu tu anak2 topi kaledar pon xdak, dan pastinya risau kalau2 ada polis yg memerhati.. Tapi demi anak, semua alasan ditolak tepi.
Tahap kebergantungan si ayah kepada Allah sgt tinggi! Beliau redah dan teruskan.. Sangat indah, sebab pengakhiran kesusahan mereka buahnya manis.
Sama macam kehidupan kita, perniagaan kita. Kita perlu yakin dgn Allah. Kita dah buat apa Allah suruh, datang atau tidak kesenangan itu belakang kira, yang penting YAKIN! Yakin bahawa apa yg aku buat adalah yg paling baik dan Allah akan bantu.
Orang kita buat bisnes . USAHA DAHULU BARU TAWAKAL.
Sebenarnya kena TAWAKAL DULU BARU USAHA.
Sama kes dengan kakfel kenapa kami tiba2 jadi senang? Sedangkan kami juga sdg mendaki dahulunya.
Kakfel ingat ayat keramat kakfel pernah cakap kat suami saat dia jual kamera demi sebuah perkahwinan "takpa b sayang akan ganti semula 3biji kamera tu" Dan Alhamdulillah Allah beri lebih.
Tanya diri berapa banyak kita yakin dengan kuasa Allah? Atau kita masih lagi menagih strategy strategy barat dan mahu buat sistem barat tanpa ingat pada asas, iaitu Allah.
0 comments:
Post a Comment