Ramadhan dan Syawal yang sederhana tetapi bermakna


Alhamdulillah, dah 10 hari Syawal diraikan. Saya harap masih belum terlambat untuk saya ucapkan Selamat Hari Raya kepada para pembaca. Maaf juga kerana blog ini dah lama tak terupdate. Sungguhlkah waktu mencemburui.

Ok, macam mana puasa dan saya 1437 H ni? 
Pada pandangan saya, puasa dan raya tahun ni agak tenang berbanding tahun-tahun yang lepas. Tak pastilah kot kot saya je rasa macam tu. Tapi, memang macam tu kot. Antara faktornya mungkin kegawatan ekonomi negara dan rakyat Malaysia sendiri. Saya lihat umat Islam d Malaysia tetap menyambut Ramadhan dan Syawal dengan meriah, tetapi sedikit berhemah. Masih lagi membeli baju raya, kuih raya, namun secara terkawal. Betulkan?

Lagi satu faktor mungkin faktor cuti raya. Cuti raya kali ni, orang KL beransur-ansur balik ke kampung sebab cuti sebelum raya agak panjang. Yang cuti awal balik kampung awal, yang cuti lewat sikit balik dekat-dekat nak raya. Jadi kurang la sikit jem tu. Cuma masa nak balik ke ibu kota je ada jem dalam sehari dua.biasalah tu, tak jem bukanlah raya namanyakan?

Rumah terbuka? Ini hujung minggu pertama. Ramai la yang buat minggu ni. Tapi saya rasa hujung bulan nanti lagi ramai kot yang buat, sebab dah gaji:)

Macam mana puasa dan raya keluarga kami tahun ni?

Alhamdulillah, saya rasa puasa dan raya tahun ni antara yang paling menarik walaupun sederhana. Ada beberapa sebab, mengapa saya rasa menarik.

Pertama sekali, anak saya Sofiy dah darjah 1 dan belajar puasa tahun ni. Walaupun dia tak dapat puasa penuh, sebenarnya tak plan pun nak suruh puasa penuh..tapi alhamdulillah dia merasa la puasa yang sebetul-betulnya. Maksudnya bangun sahur sampai la berbuka sama dengan kami yang dewasa. Tahun lepas, masa umur 6 tahun,  dia sahur pukul 7 pagi..hehe..kira tak betul-betul puasa la kan.

Kedua, tahun ni juga kami ubah jadual kami dalam bulan puasa. Tahun ni, masjid sebelah rumah ni memang allocate sejumlah kewangan untuk menaja orang yang berbuka puasa setiap hari. Jadi, kami ambil peluang ni untuk berbuka di masjid. Hari pertama, suami seorang je berbuka di masjid tapi kemudian dia beritahu ramai je jemaah perempuan yang berbuka kat sana. Puasa hari kedua, kami cuba berbuka kat sana dengan anak-anak. Mula-mula agak stres jugalah sebab Farhan memang tengah ligat. Mana nak buka puasa, mana nak layan Sofiy berbuka, mana lagi nak melayan Farhan yang dok berlari sana-sini. Alhamdulillah, lama-lama anak pun dah makin biasa. Saya pun tak makan berat di masjid, makan kurma, kuih, minum air je. Lepas Maghrib baru makan malam.

Ketiga, walaupun saya tak qiamullail dan iktikaf di masjid, tapi seronok tengok suami ke masjid tiap-tiap malam untuk iktikaf dan qiamulllail. 

Keempat, kami nampak apa yang Allah aturkan, walaupun kami tak pernah merancang sesuatu itu. Contohnya, kuih raya dan baju raya. Kami memang tak plan nak shopping baju raya tahun ni. Baju raya tahun lepas-lepas pun cantik lagi. Baju anak-anak pun memang muat lagi sebab Sofiy ni tak membesar sangat pun. Tapi, Allah hantar orang yang budiman yang sedekahkan baju raya untuk anak-anak. Alhamdulillah. Sungguh, bukan kami minta. Kuih raya pun sama, saya order 2-3 jenis je tapi orang bagi berjenis-jenis. Syukur.

Sama juga halnya dengan perancangan balik beraya ke kampung. Kami terpaksa untuk tidak fikir tentang balik beraya di kampung kerana keadaan kereta kami tidak mengizinkan. Sakit teruk kereta kami tu, kena pembedahan berskala besar baru ok.hehehe..takpun beli yang baru je. Tapi belum ada rezeki lebih lagi untuk kereta. Tapi, di saat akhir, sehari lagi nak raya entah tiba-tiba je terfikir nak sewa kereta dan balik kampung. Suami pun setuju. Mula-mula macam nak putus asa dah sebab of course semua kereta sewa dah rent out. Owner pun gaknya dah balik kampung. Tapi, saya serahkan dan sandarkan hanya pada Allah S.W.T. Kami niat pulang beraya memang semata-mata untuk menghiburkan hati orang tua, menghiburkan hati anak-anak, merapatkan silaturrahim lilla hi Taala. Jadi, jika memang rezeki kami, semoga Allah mudahkan. Dan sungguh, Allah mudahkan dan beri yang lebih baik. Kawan kepada kawan saya ada kereta lebih yang boleh kami sewa. Harga pun berpatutan, kereta dalam kondisi yang sangat baik, suami saya kata macam pandu kereta baru. Paling best kereta selesa sebab ALZA. Ayah pandu kat depan, umi dengan Farhan kat tengah, Sofiy baring kat belakang. Haaa...memang selesa la kan? Alhamdulillah, dapat 3 hari di kampung saya di Taiping, lepastu balikrehat jap ka rumah kemudian beraya belah suami di Selayang..haha dekat aje.

Kami masing-masing dah kembali ke mood bekerja sekarang ni, alhamdulillah. Mood raya pun masih ada, cuma dah tak la raya blues lagi. kikiki. Okeh, buat yang belum puasa 6 hari di bulan Syawal..jom kita rebut peluang ni.

Akhir kata daripada saya...


** gambar raya tak transfer ke lappy lagi

0 comments: