Para Pelajar Pascasiswazah Yang Dihormati,
Sukacita dimaklumkan bahawa Pusat Siswazah, Universiti Kebangsaan Malaysia akan menganjurkan “Syarahan Umum Siri 12/2016: Pengurusan Masa Di Alam Pascasiswazah”.
Untuk makluman Tuan/Puan, Syarahan Umum ini akan sampaikan oleh Prof. Dr. Nor Hashimah Jalaluddin , Pengarah, Institut Alam dan Tamadun Melayu (ATMA).
Pendaftaran: SILA KLIK DI SINI
Tarikh
|
:
|
28 JULAI 2016 (Khamis)
|
Masa
|
:
|
9.00 a.m. – 12.00 p.m.
|
Tempat
|
:
|
Dewan Kuliah Utama, Pusat Siswazah, UKM
Sinopsis
Syarahan ini bertujuan untuk membantu pelajar pascasiswazah mengurus masa dengan baik dalam pengajian mereka disamping mendepani cabaran yang dihadapi sebagai seorang pelajar pascasiswazah.
Antara laluan pengajian yang menjadi igauan pelajar pascasiswazah adalah;
- Tidak serasi dengan penyelia
- Pasangan lebih berkuasa daripada penyelia
- Tajuk yang tidak digemari
- Data yang tidak mencukupi
- Salah strategi pembelajaran
- Sistem sokongan yang rapuh
- MASA YANG TIDAK MENCUKUPI
Kemampuan mencari jawapan APA, MENGAPA, BILA, BAGAIMANA mampu membantu meringankan beban perjalanan penulisan tesis di alam pascasiswazah.
Latarbelakang penceramah:
Prof. Dr. Nor Hashimah Jalaluddin merupakan Pengarah, Institut Alam & Tamadun Melayu (ATMA). Beliau juga merupakan seorang pensyarah di Pusat Pengajian Bahasa & Linguistik, Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan (FSSK). Beliau mendapat ijazah Sarjana Muda Sastera (UKM) pada tahun 1985, MA (London) pada tahun 1988 dan PhD (UM) 1995. Beliau berjaya menyiapkan penulisan tesis PhD dalam masa 1 tahun 4 bulan.
Hadiah/Anugerah yang beliau terima:-
2011 Anugerah Inovasi Penerbitan (Makalah/ Jurnal)
2012 Anugerah Penerbitan Cemerlang (Makalah/ Jurnal)
2012 Anugerah Kertas Kerja Terbaik Kongres Pengajaran UKM
2013 Anugerah Kertas Kerja Terbaik (tmpt ke 3) di World Congress on Educational Sciences, Rome Italy.
2013 Anugerah Penyelidik Cemerlang
2014 Anugerah Penyelidik Terbilang
2014 Anugerah Tokoh Akademik Bahasa Melayu 2014
2016 Anugerah Prestasi Tahunan Cemerlang
Antara Bidang Kepakaran beliau adalah:
1. Sejarah Intelektual Melayu: Kajian Teks Melayu Tradisional Zaman Pra Kolonial
2. Pemetaan Isoglos Dialek di Perak: Pendekatan Geographical Information System (GIS)
3. Teori dan Praktis dalam Leksikografi: Pendekatan Pengajaran Eklektik
4. Kognitif Minda Melayu dalam Simpulan Bahasa
5. Geolinguistik dan Geospatial Dialek Melayu di Perak
6. Khazanah Alam, Pantun dan Permainan Bahasa Kiasan di KL East Ecopark (Melawati)
7. Akal Budi Melayu dan Elemen Sains dalam Peribahasa Melayu
8. Pelestarian Tamadun Melayu di Langkawi dan Satun, Thailand
|
0 comments:
Post a Comment