Tambang Tren Komuter Naik Mendadak?


Hari ni kecoh tambang ERL akan naik mendadak bermula Januari 2016. Keluar berita. Memang banyak sungguh kenaikannya sampai RM20. Huhuhu...Menangis dalam hati weh! Pembuka tahun baru yang sangat best. 

Sebenarnya sejak 2-3 hari yang lepas pun saya dok mikirkan tambang komuter jugak. Naik bermula Disember 2015 selepas kenaikannya tahun lepas ditangguhkan. Sejak 2 bulan kebelakangan ni saya ke kampus dengan tren. Jimat banyak di situ, jimat minyak kereta la..tapi tidak jimat masa atau tenaga. Of course naik tren lebih letih dan lebih lambat sebab jarak rumah dan univ saya tak jauh pun...tapi disebabkan naik bas univ dulu round satu kampus, maka jadilah lambat. 

Saya agak-agak tambang tren ni mungkin naik dalam 50% kot. Sekali tanya kat kaunter, naik lebih 100% kau! Vahvahvah....buntang mata saya, ternganga jugak la sekejap. Spontan keluar ayat "Uih banyaknya naik?!" "Haah" kata pakcik kaunter. Tapi tak dan nak berhujah panjang (hujah pun tak guna bukan salah pakcik tu pun) tren pun dah nak sampai baik saya ke platform cepat-cepat dengan harapan pakcik tu salah sebut, atau pun yang dia sebut tu tambang pergi balik. hehehe.

Esoknya, saya search kat website KTM, dan ternyata ianya benar belaka..bukan gurauan bukan juga mimpi. Aduuu..duuu..duuu..Kalau saya yang dekat ni dah terasa, yang jauh macam mana la kan. Tapi mengikut kata kenyataan media macam dalam gambar di atas, kenaikan ni memihak kepada penumpang jarak jauh sebab harga jarak jauh lebih jimat sebaliknya jarak dekat makin mahal. Wallahu a'lam sebab saya pening nak tengok jadual dia yang macam semut halus je. Nak tengok kat pc memang la tak muat.

Jadi, buat anda yang terkejut hari ni sebab tambang dah naik banyak...inilah kenyataannya. Boleh baca kenyataan penuh di WEBSITE RASMI KTM. Ada macam-macam info kalau nak tau lebih lanjut, jadual tambang baru pun boleh la tengok, kira-kira bajet ke kan..hehe.boleh muatturun kat sana k.

Apapun, saya rasa sedikit lega..dan syukur. Saya baru tau tentang tambang konsesi untuk warga emas, OKU, pelajar sekolah dan pelajar IPT. Yes, saya masih pelajar walaupun pelajar tua. Janji ada kad matrikkan? Golongan yang layak dapat tambang konsesi ni dapat 50% DISKAUN. Alhamdulillah. Walaupun saya tak pernah cuba, tapi saya harap ianya bukan kenyataan di website semata-mata sebaliknya memang dilaksanakan. Sebab apa saya ragu? Sebab di kaunter, tak pernah nampak pun student hulur kad matrik. Takkan semua student tak tau kot? Dan penjaga kaunter pun diam je padahal tau dah semua student tu. Takpe, esok kita try. Mudah-mudahan rezeki saya. 

Klik pada gambar untuk paparan lebih jelas.

Dalam gambar ni saya kongsikan info tentang tambang konsesi, siapa yamg layak dan apa syarat-syaratnya. Yang pakai baju sekolah tu agak leceh la kan...

0 comments: