LATIHAN KETENANGAN
Klimaks kehidupan adalah pada saat nyawa tercabut dari badan. Allah merakamkan dalam al-Quran betapa orang-orang yang beroleh husnul khotimah akan dipanggil pulang dengan panggilan
"Wahai jiwa yang tenang... kembalilah kepada Tuhanmu dengan redha dan diredhai.."
Subhanallah. Kita begitu mengimpikan panggilan ini! Sungguh ia lebih bermakna dari apa pun nikmat dunia yang pernah kita rasa atau pernah menjadi impian kita!
Dipanggil dengan gelaran 'jiwa yang tenang' adalah satu pengiktirafan. Namun gelaran ini tidak datang dengan keajaiban. Ia memerlukan latihan.
Persoalannya.. bagaimana mahu berlatih? Bila mahu berlatih?
Allahuakbar. Tentu sahaja dari ujian demi ujian yang terpaksa kita tempuhi setiap hari. Masakan kita tidak perasan betapa bergeloranya jiwa kita dengan satu persatu fasa kehidupan? Ujian demi ujian yang hadir seperti tidak tahu berakhir. Lepas satu, satu.
Kadang kita berasakan semakin kita cuba menjadi orang baik dan membuat perkara yang betul, semakin teruk Allah uji kita. Kerenah manusia sudah cukup menyesakkan dada. Saat ini juga, syaitan begitu agresif membisik segala perkara yang tidak baik. Itu belum termasuk semua kelemahan diri kita sendiri. Maka berlakulah pergelutan perasaan yang membuahkan tekanan. Sungguh. Ia cukup meletihkan!
Pause.
Duduk diam seketika. Kosongkan fikiran kita dan cuba fahami satu perkara. Kalau kita mengimpikan gelaran 'jiwa yang tenang' saat roh tercabut dari badan, inilah antara saat yang kita perlukan. Inilah saatnya untuk kita membuat latihan.
Latihan apa? Latihan ketenangan. Ya. Kita kena berlatih untuk menjinakkan jiwa kita agar bertenang-tenang selalu walau pun seluruh dunia ini seperti haru biru.
Fahami hakikat ini - orang yang ketika hidupnya tenang, matinya juga pasti akan tenang. Jadi, untuk mendapat gelaran 'jiwa yang tenang' saat berdepan dengan kematian, kita mesti melatih diri kita ketika hidup lagi.
Sekarang timbul persoalan. Bagaimana mahu tenang sedangkan jiwa kita sedang bergelombang?
Allah ya Allah. Mari kita bawa hati kita kepada hakikat hidup bertuhan. Fahamilah bahawa segala perkara yang berlaku telah diaturkan. Jiwa kita kalut kerana kita takut. Kita takut kalau berlaku begini. Kita takut kalau berlaku begitu... Jiwa yang ketakutan sentiasa membuahkan tekanan. Jadi, buang. Jangan lagi rasa takut kerana itu hanya akan menyebabkan fikiran kita berserabut.
Ingatkan diri kita bahawa perjalanan hidup kita sudah ditentukan. Pujuk hati kita untuk bersedia dan redha dengan apa juga takdir Allah. Dalam pada kita berusaha untuk merancang hidup kita, jangan lupa bahawa Allah telah pun memilih hasilnya.
Maka, percaya pada Allah. Apa pun yang berlaku adalah yang terbaik. Buang segala keegoan dan tundukkan hati kita untuk terima apa juga pilihan Tuhan. Insya-Allah.. kita akan cepat beroleh kembali ketenangan.
Saat hati seakan masih liar, sibukkan diri dengan istighfar. Sungguh. Dosa-dosa kita begitu banyak dan inilah caranya Allah membantu kita menghapuskannya. Dengan ujian ini. Dengan pergelutan hati. Dengan tekanan tanpa henti. Banyakkan beristighfar memohon keampunan, maka Allah akan beri jalan keluar yang disertai dengan ketenangan.
Sekali lagi, ingatlah misi utama kita. Sungguh kita sangat mengimpikan gelaran 'jiwa yang tenang' saat dicabut nyawa. Maka, setiap kali kita teruji dengan jiwa yang bergelora, ingatkanlah diri kita.. inilah saat dan ketikanya untuk kita berlatih. Berlatih menjadi orang yang tenang walau sedang lemas dipukul gelombang.
Kami memohon keampunan-Mu ya Allah.
*******************************************************
Inilah tulisan Bonda Nor, penulis buku Pujuklah Hati yang mendapat permintaan tinggi dan masih terus mendapat permintaan sehinggalah bakal terbit Pujuklah Hati 2.0.
Berhajat mendapatkan buku ini?
#pujuklahhati
#bukubondanor
#bondanor
#bukumaia
Bagi yang berminat untuk mendapatkan buku ini, dipersilakan hubungi saya melalui mana-mana medium di bawah:
Puan Mai
MAIA Natural Resources
(00225914-T)
Pengedar Sah MMR, ATM dan Agen Sahabat atTaqwa
SMS / WA / TELEGRAM: 012 3302067 (digalakkan untuk respons segera)
EMEL: minaina_ilaaina@yahoo.com
FB FANPAGE: Min-Aina-Ila-Aina
Instagram: @bukumaia
0 comments:
Post a Comment